Bab 41 : Cinta Ke Akhir Hayat

Fantasy Completed 1367

Mereka meredah hutan belantara itu. Habib yang menanti mereka tadi turut serta bersama mereka. Aryanna melihat bulan dilangit, gerhana penuh akan berlaku malam itu. Langit di alam ghaib itu akan menjadi merah. Aryanna memuji kebesaran Ilahi didalam hatinya. Dan kejadian alam itu juga disalah ertikan oleh golongan manusia yang sesat. Memuja makhluk ghaib untuk kepentingan sendiri.

Aryanna menoleh ke sisi. Daffa dan Dahin berada di kedua2 sisinya. Kemudian dia menoleh ke belakang, Habib, Adan dan pengikut2 mereka mengekorinya rapat. Mereka semua bergantung harap kepadanya untuk menemui Hijazi. Sebelum gerhana berlaku sepenuhnya, mereka harus menghapuskan mereka. Pemujaan pemimpin baru mereka harus dihentikan.

Aryanna memejam matanya rapat. Apakah begini keadaan Syed Mubhasyir hampir 300 tahun yang lalu. Mampukan dia menggalas tugas itu. Dia membaca segala surah amalannya yang diajarkan Habib. 'Wangsoo, tolong aku. Kau pernah berada pada pertempuran yang sama. Bantu aku selamatkan Daffa dan golongannya. Demi tuhan, tugas ini berat untuk aku. Kau saja yang aku harapkan' bisik hatinya. Wangsoo mengaum kuat.

Telinganya sayup2 terdengar suara2 seperti membaca mentera yang tidak difahaminya. 'Wangsoo! Ke kiri!' arahnya. Suara itu lama kelamaan semakin jelas di telinganya. Dia membuka matanya. Tidak jauh didepannya kabus tebal menyelubungi. Dia mengarahkan Wangsoo menembusi kabus itu.

'Daffa, Dahin. Kita sudah hampir sampai' jeritnya memandang Daffa dan Dahin.

Daffa dan Dahin angguk. Mereka sama2 meredah kabus tebal itu. Wangsoo mengaum dengan kuat sebelum menghentikan langkahnya. Suaranya bergema disegenap hutan itu.

Sekumpulan makhluk yang berhimpun itu tergamam. Bacaan mentera mereka terhenti. Hijazi dan Uzza berada di tengah2 kumpulan makhluk itu.

'Uzza!!!!!' jerit Aryanna.

Hijazi melompat dan tubuhnya mendarat diatas sebuah batu besar berhampiran Aryanna. Matanya merenung Aryanna yang duduk diatas seekor harimau putih yang besar. Wajah gadis itu saling tidak tumpah seperti Lufiya, wanita yang pernah dicintainya. Yang dianggap mengkhianati dirinya.

'Aryanna Delara. Akhirnya kau datang kepadaku' ujar Hijazi.

'Aku datang untuk cabut nyawa kau dan Uzza' jawab Aryanna dengan berani.

Hijazi tertawa kuat. 'Kau lebih mengingatkan aku pada orang tua tak guna tu berbanding Lufiya. Kata2 mu sama seperti Syed Mubhasyir, yang sentiasa rasa dia lebih baik dari kami!'

'Itu hakikat yang kau kena terima' balas Aryanna.

'Daffa Haiyan, terima kasih bawa Aryanna ke sini. Kami semua menantikan kau' pandangan Hijazi beralih arah kepada Daffa Haiyan.

'Daffa anak aku, bukan anak kau, Hijazi' Habib bersuara. Hatinya marah melihat Abang kembarnya yang sudah betul2 berubah menjadi makhluk hina.

'Baik. Kita tunggu dan lihat sahaja Habib' balas Hijazi sambil ketawa menyeringai.

'Bunuh mereka semua!!' pekik Uzza.

Makhluk2 yang berkumpul tadi bersorak kuat dan berduyun2 berlari ke arah mereka. Ada diantara mereka adalah manusia yang memuja Hijazi dan Uzza.

'Aryanna, jaga diri kau' pesan Daffa sebelum dia dan Dahin melompat turun dari Qaswa dan Wardu lalu berlari ke arah kumpulan makhluk siung itu.

Dada berdedar semakin kencang. Ini adalah perjuangan pertamanya. 'Ya Allah, jangan jadikan ini yang terakhir untukku' bisiknya dengan wajah ahli keluarganya menerpa di minda. Syahadah di lafazkan lalu Aryanna menggelongsor turun dari Wangsoo sambil menarik kedua pedang dibelakangnya lalu berlari mengekori Daffa dan Dahin.

Aryanna merempuh kumpulan makhluk itu dengan hayunan pedangnya. Beberapa dari mereka rebah menyembah bumi. Matanya ada kala memandang ke arah Daffa dan Dahin yang berada dihadapannya. Mereka dengan mudah menumbangkan musuh2 disekeliling mereka. Begitu juga Habib dan Adan yang berada dibelakangnya.

Setelah banyak makhluk2 itu tumpas ditangannya. Dia menyarung semula pedang dibelakangnya. Matanya tajam merenung Uzza. Lelaki itu dikeliling pengikutnya yang melindungi dirinya. Wajah mereka yang ngeri itu menyeringai memandangnya. Kedua kerambitnya di cabut. 'Kau akan mati ditangan aku, Uzza' detak hatinya.
Dia kemudian meluru ke arah Uzza.

'Jidan, pergi dapatkan gadis itu. Jangan sampai kau bunuh dia' arah Uzza pada Ketua kepada pengikutnya. Lelaki itu lebih tinggi dan besar berbanding yang lain.

Jidan mengangguk dan mengarahkan yang lain mengikutnya. Mereka kemudian turut berlari ke arah Aryanna. Melihat situasi itu, Daffa dengan pantas mendapatkan Aryanna. Mereka saling berpandangan dan melajukan langkah ke arah Jidan dan pengikutnya.

Satu demi satu pengikut Jidan tumbang. Jidan mula gagal mengawal kemarahannya. Kuku panjangnya mencakar bahu Aryanna. Darah merah mengalir ditangannya. Aryanna terduduk separuh melutut menahan sebelh tangannya ditanah. Sakit terasa akibat cakaran itu. Dia merenung Jidan dengan tajam. Perlahan dia kembali berdiri. Mengemaskan genggaman kerambitnya kemudian berlari dan saat menghampiri Jidan, badannya berpusing lalu menendang dada Jidan dengan kuat. Lelaki itu terdorong ke belakang dan terbaring ke tanah. Aryanna dengan pantas melompat ke atas tubuh lelaki itu. Sebelah kerambit di benam ke dada dan sebelah lagi dikelarnya leher Jidan. Jasad Jidan bertukar menjadi debu dan berterbangan.

Dia berdiri lalu mengesat darah Jidan yang memercik di wajahnya. Matanya kembali merenung Uzza yang kini berseorangan. Dia senyum sinis. Uzza kaget. Dadanya berombak laju.

'Aryanna!!!!!' pekik Hijazi yang sedari tadi berdiri diatas batu besar memerhatikan pertempuran itu. 'Orang tua tak guna. Dah mati pun kau masih cuba menentang aku' ujar Hijazi sendiri bila melihat kemampuan Aryanna dan senjata yang digunakan. Dia yakin semjata itu adalah pemberian Syed Mubhasyir. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu membunuh golongannya dengan cara itu. Dan hanya lelaki itu sahaja yang dapat mengesannya.

'Turun!!! Pengecut! Kau buat apa diatas sana. Turun dan selamatkan anak kau kalau kau mampu atau kau akan tengok dia jadi debu depan mata kau!' balas Aryanna.

Nafas Hijazi turun naik dengan laju. Kemarahannya sukar untuk dikawal namun dia tidak boleh membunuh gadis itu, perancangannya akan tergendala. Dia mesti mendapatkan Aryanna Delara hidup2.

'Baik! Kalau kau penakut, kau tengok saja anak kau mati!' jerit Aryanna lalu dia melompat tinggi ke arah Uzza.

Uzza menyeringai menampakkan taringnya. Kukunya yang panjang terkeluar dari jarinya. Aryanna bagai menggila menyerang Uzza tanpa henti.
Saat lelaki itu cuba lagi mara kearahnya, dia dengan pantas mengelak ke samping dan melompat naik ke belakang tubuh Uzza dan menguncinya. Kerambitnya dibenamkan dibelakang Uzza.

Hijazi yang melihat keadaan genting untuk nyawa Uzza itu segera melayangkan tubuhnya ke arah Aryanna. Tubuh gadis itu diangkat dan dicampakkan dengan kuat ke udara.

'Aryanna!!' jerit Daffa Haiyan saat melihat tubuh gadis itu melayang di udara.

'Wangsoo!' bisik Aryanna. Wangsoo dengan laju berlari dan melompat tinggi kearah Aryanna. Menahan tubuh Aryanna dengan kepalanya dan menolak ke belakang badannya. Wangsoo kemudian mendarat ke tanah bersama Aryanna. Aryanna tersenyum memandang Hijazi.

'Kau masih menjadi hamba keturunan manusia itu, Puteh!' jerkah Hijazi. Wangsoo mengaum dengan lantang.

'Kau yang menjadi hamba syaitan!' balas Aryanna.

Daffa Haiyan menghampiri Aryanna. 'Aryanna, biar aku yang berdepan dengan Hijazi'

'Tidak! Ini urusan aku. Kau tolong Dahin dan Walid' balas Aryanna.

'Tapi..'

'Hanya aku yang akan mengakhiri semua ini, Daffa. Kau percaya aku kan?'

Daffa Haiyan mengeluh kecil lalu mengangguk.

'Daffa!! Kau dan Aryanna takkan dapat lari dari aku' ujar Hijazi sambil tertawa.

Aryanna memandang keadaan bulan dilangit. Dia sudah tidak punya banyak masa.

'Aku dan Daffa bukan hak kau!' balas Aryanna. Dia kemudian mengarahkan Wangsoo mara. Hijazi menolak Uzza ke samping. Gadis yang serang mara ke arahnya itu bukan lawan Uzza, itu dia pasti. Bayangan Syed Mubhasyir bagai mengekori gadis itu di setiap pergerakan dan kerasnya tutur kata dia.

Hijazi melompat naik ke atas batu besar. Aryanna turut melompat dari belakang Wangsoo. Dan mendarat betul2 di hadapan Hijazi.

'Cukup sampai sini dendam antara kau dan keturunanku' ujar Aryanna.

'Walaupun aku mati, kau takkan dapat mengatasi pengganti aku' balas Hijazi.

'Kau jangan bimbang. Aku akan tamatkan riwayat pengganti kau juga selepas ini' suara Aryanna semakin keras.

Hijazi menyeringai dan ketawa dengan kuat 'Kau begitu daif, Aryanna. Kita tengok saja nanti'

'Aku tak punya masa untuk bercakap dengan kau lebih lama' balas Aryanna lagi lalu menyerang Hijazi.

Pertembungan dua makhluk itu bagai buku bertemu ruas. Hijazi beberapa kali menahan dadanya yang sakit akibat tendangan2 dari Aryanna. Dan tubuh Aryanna juga dipenuhi luka akibat cakaran Hijazi.

Hijazi selaju kilat melayangkan tubuhnya dan memeluk erat tubuh Aryanna dan naik tinggi ke dahan pohon besar. 'Aku tak kan biarkan kau mati sebelum ku jadi milik kami!'

'Aku lebih rela mati dari jadi iblis macam kau' Aryanna lalu menolak tubuh Hijazi dengan kuat dan menutup matanya rapat sebelum menjatuhkan tubuhnya dari pohon yang tinggi itu.

'Aryanna!!!!' jerit Daffa dan Dahin serentak. Mereka berlari ke arah pohon itu. Wangso mengaum dengan kuat. 'Wangsoo, jangan!' bisik Aryanna mengarahkan agar Wangsoo tidak menghampirinya.

Hijazi yang tergamam dengan tindakan Aryanna itu segera melompat mendapatkan Aryanna. 'Tidak, kau tak boleh mati' bisiknya.

Perlahan Aryanna membuka matanya. Seperti telahannya, Hijazi tidak akan membiarkan dia mati. Saat Hijazi semakin hampir, dia segera mencabut sebilah pedang pemberian Daffa Haiyan dan menghunuskan ke tubuh Hijazi. Hijazi gagal untuk mengelak. Pedang itu tembus ke dadanya. Aryanna segera mencabut pedang itu dan berpusing dengan laju lalu mendarat. Tubuh Hijazi terduduk melutut disisinya. Kerambit di cabut dan dibenamkan ke leher lelaki.
'Sampai sini dendam kau. Kembali kepada tuhanMu'

Daffa, Dahin dan Habib hanya berdiri kaku melihat keadaan itu. Tekad Aryanna dalam perjuangan itu sangat dikagumi mereka.

'Ayahhh!!!!!' jerit Uzza. Dia melayangkan tubuhnya ke arah Hijazi lalu memeluk tubuh ayahnya yang kemudian perlahan menjadi debu. 'Ayahhh!!!!' suara tangisan Uzza bergema dalam hening malam.

Aryanna kembali melihat cahaya bulan. Gerhana hampir muncul. Dia menghampiri Uzza. Lelaki itu bagai sudah menyerah. Kematian Hijazi bagai meragut keinginannya untuk terus hidup.

Uzza hanya menadah wajahnya ke arah Aryanna yang merenungnya tajam. 'Kau rasa diri kau terlalu mulia, Aryanna?'

'Aku tak pernah rasa begitu tapi untuk aku tunduk pada makhluk seperti kau tidak sama sekali' balas Aryanna mengangkat tinggi kerambit di tangannya.

'Baik, aku mahu lihat pendirian kau ini sampai mana. Apa kau rasa dengan membunuh aku dan ayahku akan menamatkan semua ini? Aku mahu lihat kau mampu atau tidak untuk hapuskan bakal pemimpin kami' soal Uzza.

'Apa maksud kau?' soal Aryanna penuh tanda tanya. Perlahan tangannya diturunkan.

'Kenapa kau diam, Daffa?' Uzza memandang ke arah Daffa Haiyan yang tunduk memandang tanah.

Daffa Haiyan mencampakkan pedangnya ke tanah. Habib dan Dahin berundur ke belakang. Dahin menarik anak panahnya dan di ikuti pengikutnya yang mengelilingi mereka. Anak panah itu diarahkan ke arah Daffa Haiyan. Habib merenung Aryanna dengan wajah sayu.

'Apa semua ni, Walid? Daffa? Dahin?' soal Aryanna lagi. Dia memandang mereka silih berganti. Hatinya mula berkocak. Apakah yang telah berlaku, apa yang tidak diketahuinya.

Habib hanya diam. Dahin juga membisu, tangannya agak terketar memegang busur panahnya. Airmata jernih mengalir dipipi. 'Maafkan aku, Aryanna. Kuatlah kau sepertimana aku dan keluargaku menerima takdir ini' bisiknya sendiri.

Uzza tertawa. 'Kau milik kami, Aryanna'

'Diamm!!!!!' tempik Aryanna. Amarah pada Uzza tidak mampu dibendung. Kerambitnya di benamkan ke leher Uzza. Lelaki itu menjadi debu yang berterbangan.

Aryanna menghampiri Daffa Haiyan. 'Apa semua ni, Daffa?'

'Maafkan aku, Aryanna. Aku tak mampu pulih sepenuhnya. Aku adalah bakal pemimpin yang ditunggu Hijazi dan Uzza. Gerhana malam ini akan menjadikan aku sepenuhnya makhluk seperti mereka. Dan aku tak mahu, Aryanna' jawab Daffa Haiyan perlahan.

'No! Kau....tak...bukan ini yang aku mahu. Bukan ini tujuan aku belajar dari Walid dan Kau. Bukan ini...tak...aku tak mahu!!!' tubuh Aryanna bergetar. Dia memandang Habib dan Dahin. Mereka bagai sudah mengetahui perkara itu dari awal. Dan mereka merahsiakan perkara ini darinya.

'Aku tak mahu jadi seperti mereka, Aryanna. Tolong aku, masa yang aku ada hanya tinggal beberapa detik lagi' sambung Daffa Haiyan sambil merenung ke arah bulan.

'Kau tak patut sekejam ini pada aku, Daffa. Kau mahu aku bahagia. Aku pulang ke alam aku dengan janji yang kita lafaz. Aku cuba untuk teruskan hidup aku. Menerima dan menghargai apa yang ada disekeliling aku sepertimana kau mahu. Walau rindu aku pada kau tak pernah hilang, aku cuba bertahan. Tapi kau menghukum aku seperti ini' airmatanya mengalir deras. Bukan ini takdir yang dibayangkannya. Dia terduduk melutut.

'Maafkan aku, hanya kau yang boleh selamatkan aku, Aryanna. Aku mahu mati aku ketika tuhan masih dalam hati dan jiwa aku. Tolong aku, Aryanna. Aku tak mahu hidup dan mati dalam keadaan aku hilang diri aku. Kerana tuhan aku mencintaimu, Aryanna Delara dan kerana tuhan selamatkan aku' rayu Daffa Haiyan memegang bahu Aryanna erat.

'Kau kejam, Daffa!' Aryanna merenung wajah Daffa Haiyan yang dibasahi airmata.

'Aryanna, please' rayu Daffa Haiyan lagi dan memandang ke langit. Dadanya mula rasa terbakar. Matanya bercahaya terang.

'Aryanna Delara, aku mahu pergi membawa segala memori yang indah, izinkan aku. Jangan biar aku pergi sebagai makhlul hina' bisik Daffa Haiyan.

Aryanna Delara menangis sekuat hati. Tangan Daffa Haiyan yang erat memegang bahunya terasa panas. Kerambit di tariknya perlahan. Matanya dipejam erat. Hatinya menyebut nama tuhan berkali2, mencari kekuatan yang sudah tinggal sisa. 'Daffa Haiyan, aku mencintaimu kerana Allah'.

Mata kerambit ditikam perlahan ke dada lelaki itu. Dan tangisannya semakin kuat. Aryanna memaut tubuh Daffa Haiyan yang hampir rebah lalu memangku kepalanya.

Dahin mencampakkan busurnya ke tanah. Dia berlari kearah Daffa dan Aryanna. Habib juga melangkah lemah dengan airmatanya yang membasahi pipi.

'Walid, ampunkan semua dosa Daffa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat untuk Daffa. Sampaikan salam Daffa pada Ibu dan Ayasha. Dan terima kasih Daffa pada ibu kerana redha dengan pemergian Daffa. Dahin, aku sayang kau, semoga Allah izinkan kita jumpa di syurga nanti. Jaga ibu dan Ayasha' ucap Daffa dengan suara yang hampir hilang.

Dahin memegang erat tangan Daffa Haiyan. 'Hrmmm...aku sayang kau. Kau tunggu aku, Daffa'

'Adan, tolong jaga Dahin untuk aku'

Adan mengangguk lemah. Daffa Haiyan kemudian tersenyum memandang Aryanna.

'Terima kasih, Aryanna Delara. Aku bersyukur diberi peluang bertemu kau. Aku tunaikan janji aku untuk mencintai kau sampai akhir hayat aku' suaranya semakin lemah.

Habib membisikkan syahadah di telinga Daffan Haiyan. Bibirnya tanpa suara mengikuti sebutan Habib. Seketika kemudian, Daffa Haiyan menutup matanya dan tiada lagi suara. Dadanya juga sudah berhenti berombak.

Tubuhnya menggeletar. Semua yang terjadi itu diharap hanya mimpi. Sukar menerima takdir ketika itu. Dunia terasa gelap untuknya. Wajah Daffa Haiyan yang sudah kaku itu bagai perlahan hilang dari matanya. 'Daffa Haiyan' panggil Aryanna sebelum rebah ke tanah.

Aku sendiri menangis teruk sebab kena matikan watak Daffa Haiyan. Tapi aku rasa itu saja jalan yang cerita terbaik. Aku tak sanggup Daffa Haiyan menunggu hingga seribu tahun. Sorry Daffa Haiyan..you will always be my fav ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience