Bab 25 : Rindu Yang Terlarang

Fantasy Completed 1367

Dahin Haiyan merenung Aryanna Delara yang airmatanya sudah membasahi pipi. Dia tidak punya pilihan melainkan menceritakan semua pada gadis itu.

'Selama setahun ini, Walid terpaksa mengurung Daffa Haiyan. Kami sentiasa menjaga dia dari pergi kepada Hijazi. Kami tak boleh lepaskan dia, dia sudah menjadi sebahagian siung. Uzza adalah anak Hijazi bersama manusia yang memuja golongan mereka. Sebab itu Uzza dan Aiden boleh berada dialam kau seperti manusia yang lain. Daffa tak tinggalkan kau Aryanna. Dia tak pernah lupakan kau. Selama setahun ini setiap malam dia akan meraung dan menangis memanggil nama kau. Dan seminggu yang lalu, Daffa terlepas lari. Dan kami gagal kesan dia sehingga aku dapat tahu Daffa sudah pergi kepada Uzza dan Hijazi dan berada di alam kau'

Aryanna turun dari katilnya. Sweater ditepi katil dicapai dan disarungkan ke badan.

'Kau nak pergi mana?' Dahin menghalang menyedari Aryanna mahu keluar dari bilik itu.

'Aku nak jumpa Daffa!'

'Jangan! Jangan, Aryanna!' Dahin memegang lengan Aryanna kuat.

'Lepas! Aku nak tengok Daffa. Dia jadi macam tu sebab aku, Dahin!'

'Tak! Bukan sebab kau. Dan aku cerita pada kau bukan untuk kau cari dia!'

'Tapi aku nak jumpa Daffa. Aku sayang dia, Dahin. Aku rindu dia!'

'Aku tahu. Tapi Daffa bukan lagi Daffa Haiyan yang kau kenal. Dia dah jadi sebahagian dari mereka, Aryanna!'

'Tolong lepaskan aku. Aku nak jumpa dia!'

Dahin Haiyan memegang kedua2 bahu Aryanna. 'Aryanna Delara! Kau dengar ni, aku tahu kau sayang Daffa. Aku tahu kau tunggu dia, rindu dia. Aku tahu sbb setiap kali kau sakit rindukan dia, Daffa akan lebih sakit. Tapi aku, Walid, ummi, Ayasha pun sayang Daffa. Aku sayang Daffa lebih dari nyawa aku sendiri. Kalau aku boleh tukar diri aku dengan Daffa, aku sanggup. Kau faham tak apa aku rasa? Perasaan aku lihat abang aku sendiri jadi macam ni. Peritnya aku terpaksa kurung abang aku sendiri. Macam binatang. Tapi kita tak ada pilihan, Aryanna. Kami kena kuat. Kau kena kuat, Aryanna. Jangan mengalah pada kehendak Hijazi. Aku yakin itu juga yang Daffa mahukan. Kami masih mencari jalan untuk pulihkan Daffa. Kau percaya aku hrmm?' pujuk Dahin. Dia tidak mahu Aryanna hilang arah.

Aryanna akur, angguk. Mesti hatinya saat itu bagai dirobek. Jiwanya bagai melayang. Dia terduduk ke lantai.

'Arghhhh....' jeritnya dan menangis sekuat hati.

Jeritan tangisannya itu didengari jururawat yang bertugas. Mereka bergegas ke bilik Aryanna. Gadis itu dilihat terduduk dilantai sambil menangis dengan kuat.

Haiqal segera berlari masuk ke bilik Aryanna ditempatkan. Aryanna dipegang oleh dua jururawat. Masih belum berhenti dari tangisannya.

Seketika kemudian, akibat suntikan ubat yang diberikan, tubuh Aryanna perlahan lemah. Tangisan mula reda dan dia akhirnya terlena.

Dahin Haiyan hanya bersandar di dinding bilik itu. Memerhatikan Aryanna yang kini didiamkan dengan perubatan moden manusia. Tubuh itu bagai lena di ulit mimpi. Hanya Dahin Haiyan yang masih dapat merasakan tangisan batin gadis itu. Dia menyeka airmatanya. Terlalu sukar baginya untuk menelan pahitnya takdir antara Daffa Haiyan dan Aryanna Delara. Mereka menjadi mangsa dendam orang lain.

Tidak lama kemudian, Daniyal, Daim, Haris dan Damiya tiba. Aiden juga menyusul kemudian. Dahin Haiyan menyaksikan resah gundah keluarga itu.

'Dani, aku nak cakap sikit dengan kau' ujar Haiqal.

'Dami, Aiden mari kita keluar dulu' ajak Haris memahami maksud Doktor Haiqal. Aiden dan Damiya ikut bangun dan mengekori Haris keluar dari bilik itu. Meninggalkan hanya Daim dan Daniyal bersama Doktor Haiqal.

'Saya mungkin perlu tahan Aryanna sehari dua lagi. Keadaan dia lebih teruk dari semalam. Dia menjerit dan menangis tiba2. Saya perlu pantau dia. Saya risau apa yang saya fikirkan tu betul. Sejak saya masuk ke bilik tadi, Aryanna hanya memandang ke satu arah dalam keadaan menangis hinggalah dia tertidur' terang Haiqal sambil matanya memandang ke arah Dahin Haiyan berdiri. Daniyal dan Daim turut melihat ke sudut dinding berhampiran pintu masuk yang dipandang Haiqal. Kosong.

Dahin Haiyan mengeluh panjang. Sudah pasti dia di anggap imaginasi Aryanna. Sesuatu yang tidak wujud di mata manusia. Yang hanya Aryanna Delara sahaja yang dapat melihatnya.

'Apa patut kita buat Haiqal?' soal Daim. Wajahnya kusut.

'Saya nak pastikan dulu uncle. Jika betul, saya perlu tahu imaginasi Aryanna itu membahayakan dirinya atau tidak'

'Baiklah, kamu buatlah apa yang terbaik' balas Daim.

'Aku takkan buat sesuatu yang bahayakan Aryanna. Aku di sini untuk melindungi dia' bisik Dahin Haiyan sendiri.

'Buat masa ini kita bagi Aryanna berehat dahulu. Jururawat akan pantau dari semasa ke semasa'

Daniyal dan Daim angguk faham. Haiqal kemudian meminta izin untuk keluar. Daim dan Daniyal bingung memikirkan apa yang sebenarnya berlaku pada Aryanna. Selepas minum pagi tadi, Aryanna sudah beransur pulih. Sudah mula bergurau, gelak tawa bersama Damiya, Aiden dan Amelia. Riuh rendah bilik itu dengan kerenah mereka.

'Abah, Daffa Haiyan??' soal Daniyal meluahkan apa yang ada di fikirannya.

'Abah tak pasti. Tapi susah untuk kita jelaskan pada Haiqal. Dan kita sendiri tak pasti memang itu Daffa Haiyan atau tidak. Atau mungkin betul kata Haiqal, imaginasi adik. Kita tunggu Haiqal pantau dulu' jawab Daim. Dia tidak mahu buat andaian yang bukan2. Bimbang menyukarkan lagi Haiqal untuk merawat Aryanna.

Jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 ptg bila dia membuka matanya. Tidak tahu berapa lama dia tertidur akibat suntikan yang diberikan. Perlahan dia bangun dari katil menuju ke tingkap biliknya.

'Kau tengok apa?' soal Aryanna.

'Uishhh....terkejut aku. Bila kau bangun?' soal Dahin Haiyan pula.

'Yang muka kau terkejut sangat tu kenapa? Makhluk yang pelik kat sini, kau. Bukan aku' getus Aryanna.

Dahin Haiyan senyum senget.

'Kau tengok apa sampai tak sedar aku bangun?'

'Tu...' Dahin Haiyan menunjuk ke bawah.

Aryanna Delara memandang ke bawah. Bilik wadnya itu berada di tingkat 4. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang berjalan menghala ke pintu keluar.

'Daffa?'

'Hrmmm...dia datang tadi. Tapi hanya tengok kau dari luar pintu tu'

Aryanna diam. Matanya hanya memerhatikan Daffa Haiyan melangkah perlahan dan sesekali lelaki itu menoleh ke atas. Wajah itu terlalu dirinduinya.

'Kau dah ok ke?' soal Dahin melihat wajah pucat Aryanna.

'Hrmmm'

'Kau ingat apa aku cakap tadi?' soal Dahin. Mengingatkan Aryanna agar tidak hilang arah lagi.

'Ye. Aku tahu'

'Pelik la kau ni'

'Ape yang pelik?'

'Ye la. Tadi kau nangis teruk2. Ni bangun terus ok'

'Kau nak aku berterusan macam tu ke?'

'Bukan. Maksud aku cara kau kawal perasaan kau. Cepat betul..Mungkin sebab kau keturunan Syed Mubhasyir ke?'

'Apa kau merepek ni. Aku tak kenal satu pun sedara mara aku. Asal usul aku semua aku tak tahu. Aku tahu aku ada ibu aku je'

'Kau tak ada rasa pelik2 ke? Macam mimpi pelik2 ke? Macam ada orang jaga kau ke?'

'Ade!'

'Hahh?? Ade?' Dahin kaget.

'Haah...ni' ujar Aryanna menunding jari ke muka Dahin Haiyan.

'Ishhh...aku tanya betul2 la' bentak Dahin. Tangan Aryanna di tepis.

'Dah la. Aku nak solat. Zohor pun aku terlepas, tak sedar tadi. Kau tak solat ke?'

'Dah la. Lepas azan tadi'

'Uishhh...calon imam sangat kau ni! Nanti aku cari jodoh utk kau!' usik Aryanna sambil berlalu ke bilik air.

Dahin Haiyan geleng kepala. Keliru apakah Aryanna sudah betul2 tenang atau gadis itu sekadar memendam sendiri perasaannya.

Selesai solat, Aryanna mencapai sweater dan menyarung ke badan.

'Ehh...kau nak pergi mana?' Dahin cuak.

'Aku nak ambik angin jap'

'Aku ikut' Dahin berlari anak ke arah Aryanna.

'Sebelum ni kau tak minta izin pun ikut aku ke hulu ke hilir' balas Aryanna.

Dahin Haiyan tersengih. Mereka kemudian turun ke kawasan rekreasi kecil di hospital itu. Aryanna duduk diatas sebuah bangku panjang lalu memeluk lutut.

'Hijazi tu bapa saudara kau la kan?' soal Aryanna tiba2.

Dahin Haiyan mengangguk lemah. Kerana keliru dengan rupa paras lelaki itu yang menyerupai walid lah punca dia, Aiden dan Adan terperangkap dulu.

'Uzza?' soal Aryanna lagi.

'Uzza anak Hijazi dengan manusia yang amalkan ilmu hitam'

'Vampire?'

'Kau ni tak habis2 dengan drama kau tu'

'Bukan. Aku nak gambaran mudah utk aku faham'

Dahin Haiyan mengeluh berat. 'Aku tak tahu apa istilah manusia. Tapi Uzza adalah anak Siung dan manusia. Dia boleh hidup kat dua2 alam. Minum darah manusia'

'Jadi selain Uzza, masih ada banyak lagi ke spesis dia kat alam aku ni?'

Dahin Haiyan pantas menoleh kearah Aryanna. Wajahnya seakan terkejut.

'Mana kau tahu?'

'Aku teka je la. Kenapa kau buat muka pelik?'

'Kagum'

'Tiberrr la kau!'

'Betul la. Aku tak sangka kau terfikir macam tu'

'Jadi Daffa?'

'Walid kata sebab kami dari darah yang sama jadi Uzza dah satukan darah dia dan Daffa jadi Daffa dah jadi sebahagian mereka'

'Vampire?'

'Kau ni! Setakat kami kurung dia belum lagi dia berubah jadi macam vampire. Kau kalau tengok wajah sebenar Uzza dan golongan mereka, kau tahu la. Kau ingat diaorg handsome sangat macam vampire ke?'

Aryanna tertawa kecil.

'Kau boleh rileks pulak macam ni. Aku tak faham la kau ni'

'Aku tak suka layan perasaan lama2. Aku lebih suka fikir cara penyelesaian'

'Betul la kau mewarisi sifat nenek moyang kau!'

'Tak habis2 dengan teori kau tu. Kau cerita kat aku, aku nak dengar pasal Syed Mubhasyir'

'Tak banyak yang aku tahu. Walid lebih arif. Tapi moyang kau tu hebat ilmunya. Agama dan ilmu pertahankan diri. Kata Walid golongan kami pun gentar dengan dia. Dia kasyaf, boleh nampak kami. Mungkin sebab tu kau boleh nampak aku'

Aryanna mengeluh berat 'Tapi di alam aku, aku di anggap sakit jiwa. Ada masalah psikologi. Dan kau ni imaginasi je'

'Kau kena tahu Aryanna. Setiap satu kelebihan itu didatangkan dengan kekurangan dan ujian'

'Hrmmm' Aryanna mengakui kata2 Dahin Haiyan.

'Jom naik. Sekejap lagi nak masuk magrib'

Mereka kemudian berjalan masuk semula ke dalam bangunan hospital.

'Aku lapar la. Nak cari makanan sekejap. Ehh kau tak makan ke?'

'Aku tak makan berhari2 pun tak apa'

'Itu aku tahu, Daffa pernah cakap. Ke kau pun nak cakap tengok muka aku yang cantik ni pun dah kenyang dah?!'

'Oushhh.....Nak muntah aku' Dahin Haiyan mengacah hendak memukulnya.

Aryanna ketawa 'Kau boleh tak tukar baju kau ni macam manusia biasa. Aku seram la tengok kau dengan costume kau ni. Dah macam samurai pun ade!' usiknya.

'Kau gelak la, gelak. Semua orang pandang kau tahu tak? Nanti diaorg cakap muka cantik tapi gila!'

'Idiot!' tutur Aryanna perlahan. Dia berhenti ketawa. Baru tersedar mata2 yang memandangnya. Dia hanya tersengih membalas pandangan mereka, mengangkat tangan lalu pantas berlari.

'Giler la dia ni!' Dahin Haiyan terkial2 berlari mengekori langkah Aryanna. Gadis itu berubah emosinya terlalu cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience