Aryanna menggalas lemah beg campingnya. Melangkah longlai memasuki kereta. Damia sudah menunggu didalam kereta. Berbeza dengan Aryanna Delara, Damia paling teruja untuk mengikuti program kem kecemerlangan sekolah mereka. Dari awal pagi sudah bersiap sedia.
‘Nape muncung je baby papa sorang ni? Yang sorang teruja sangat’ sapa Haris yang duduk di sebelah Daim yang memandu.
Aryanna tutup kereta sambil mengeluh panjang. ‘I dont like this kind of thing’ jawab Aryanna.
‘Bukan Aryan suka tempat2 macam tu ke? Nature?’ soal Haris lagi.
‘Memang la papa. Tapi pergi ramai2 dengan kanak-kanak riang tak cukup umur macam Damia ni, semak!’ balas Aryanna menjeling ke arah Damia. Damia mencebik.
‘Ini masa dengan kawan-kawan, nanti dah habis SPM semua bawa haluan masing2’ Daim bersuara sambil melihat kelibat Aryanna dari dalam cermin. Anak gadisnya itu memang tidak suka aktiviti luar yang melibatkan ramai orang. Waktunya lebih banyak di isi dengan melukis dan mendengar lagu.
‘Papa, abah, nanti kami combine dengan sekolah presint lain tau. So dapat jumpa oppa2 baru’ Damia menyerlahkan lagi keterujaannya. Aryanna memberi pandangan sinis.
‘Cari 1 untuk Aryanna ye Dami’ balas Daim.
Aryanna buat tak dengar, pandangannya dilempar ke luar.
‘Bukan 1 Abah, kene cari 9’
Aryanna pantas menutup mulut Damia. Haris dan Daim tertawa.
‘9? Banyak nye’ soal Daim
‘The more the better, abah’ jawab Damia tersengih.
‘Haha’ Aryanna buat2 tertawa. Malas melayan kerenah Damia.
Haris dan Daim hanya tersenyum.
Sampai diperkarangan sekolah, Aryanna dan Damia bersalaman dengan Haris dan Daim lalu menuju ke arah bas yang sudah sedia menanti. Daim memandu kereta menuju ke pejabat. Hari ini meskipun Sabtu, Haris ada mesyuarat penting bersama pasukan pengurusannya. Tugas sebagai CEO sebuah syarikat advertising membuat Haris sering bekerja tidak mengira hari dan waktu. Daim sebagai pemandu dan pembantu peribadinya harus sentiasa bersama majikan yang sudah menjadi seperti keluarganya itu. Status bapa tunggal membuatkan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Masih belum terfikir mencari pengganti pasangan masing2 meskipun Damia dan Aryanna seringkali memujuk mereka.
Suasana bas riuh rendah. Pelajar-pelajar sibuk mencari tempat duduk masing-masing. Ada yang menyusun beg dibahagian atas. Saat melangkah ke dalam bas, Aryanna memberi isyarat kepada Damia yang berada dibelakangnya apabila melihat pemandu bas sedang tersenyum menyambut seorang demi seorang pelajar yang melangkah naik. Damia yang mengerti maksud Aryanna segera mendahului Aryanna lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
‘Abang driver!’ panggil Aryanna Delara.
Pemandu bas yang berumur sekitar 30an itu memandang Aryanna.
‘I love you’ ucap Aryanna sambil tersengih. Pemandu bas itu terpinga-pinga.
‘Oo...tak de ape. Just saying i love you bro. Drive elok2 ye bro. Kami semua single lagi..haha’ Aryanna menunjukkan isyarat mini love dengan jarinya.
Pemandu bas itu mengangguk-angguk dan membalas dengan mini love juga membuatkan Damia yang merakam video dari sisi Aryanna ketawa.
Tiba2 bahunya di cuit dari belakang. Aryanna menoleh. Dia menelan liur. 'Aiden Adrien’
‘Yang tu tak valid ye. Lupa syarat ke?’ bisiknya perlahan ke telinga Aryanna sambil melangkah melepasi Aryanna.
Aryanna menarik topi yang dipakainya kebawah. Menahan geram dihati. Damia segera menutup telefon bimbitnya. Gara-gara mengikut gelagat gila2 Aryanna dia hampir lupa syarat yang ditetapkan Aiden Adrian.
‘Abang dah kahwin ye?’ soal Damia kepada pemandu bas. Pemandu itu tersenyum sambil menggangguk. 'Aishh mane si Aiden ni tahu brother ni dah kahwin' bisiknya sendiri.
Aryanna lupa itu syarat pertama yang harus diikut, dia mengeluh dan melangkah mencari tempat duduknya. Aiden yang duduk diantara kerusi dibelakang bas memandangnya sambil senyum sinis. Aryanna menyumpah dalam hati.
‘Aryanna, over here!’ Daniyal yang duduk betul2 dikerusi belakang Aiden melambaikan tangan. Aiden melihat seketika ke belakang dari celah kerusi. ‘991’ bisiknya. Mengingati guru lelaki itu adalah lafaz ke 991 Aryanna.
Aryanna menghampiri Daniyal, sengaja tidak memandang ke arah Aiden yang sedari tadi memerhatikannya.
‘Awak duduk sini dengan saya. Damia duduk sebelah sana degan Fauzee’ Daniyal menunjukkan kerusi barisan sebelah. Damia mengangguk dan duduk disebelah Fauzee yang tersengih2 memandang mereka.
‘Kenape saya kene duduk dengan cikgu plak?’ soal Aryanna. Dia masih tercegat seakan enggan duduk.
‘Pastu awak nak duduk sebelah siapa? Wangsoo?’ usik Daniyal memandang ke arah Aiden.
‘Ishhh...yela yela. Cikgu keluar la dulu,saya nak duduk kat tingkap’ bentaknya.
Daniyal ketawa kecil, dia bangun memberi laluan Aryanna masuk.
‘Awak tak penat ke pakai hoodie dengan topi je?’ seloroh Daniyal.
‘Saya yang pakai, cikgu pulak yang penat’ tempelak Aryanna bersahaja, tahu gurunya itu memang suka mengusiknya.
‘Cuba macam Damia tu sekali sekala pakai skirt labuh, blouse. Comel je’ puji Daniyal sambil memandang Damia. Damia tersenyum bangga.
‘You gonna fall for me if i dress like that’ jawab Aryanna selamba.
‘I already now. So if you dress like that i gonna fall hard la. Like fall from the sky?’ usik Daniyal.
‘Semak’ pendek jawapan Aryanna menyedari Daniyal sekadar bergurau.
‘Semalam I love you, hari ni dah semak’ rungut Daniyal.
‘Cikgu!!!’ kuat suara Aryanna berteriak. Semua menoleh ke belakang. Daniyal ketawa besar.
‘Garang sangat. Nah ni kod lagu untuk persembahan sekolah kita nanti. Kita tak banyak masa berlatih. Dalam bas ni je nak berlatih. Sebab tu saya suruh duduk sini’ Daniyal bangun dan mencapai beg guitar dibahagian atas. Dikeluarkan dari dalam beg dan diserahkan pada Aryanna.
‘Hahh?? Nape saya plak?’ Aryanna menolak.
‘Siapa yang janji dengan saya kalau saya boleh tolong dia dapat A+ masa ujian weekly test lepas, dia nak tunai wish saya?”
‘Hahh??? Serius lar cikgu?’ soal Aryanna teruja mendengar keputusan ujiannya.
Daniyal mengangguk. Kertas ujian minggu lalu dikeluarkan dari dalam beg galasnya. Diserahkan kepada Aryanna kertas yang tertera nama Aryanna Delara. Selebihnya diserahkan kepada Fauzee. ‘Fauzee, pas kat kawan2 lain’
Aryana mengambil lalu membelek sehelai demi sehelai kertas itu, sesekali menoleh ke arah Daniyal. ‘Cikgu...’ matanya berkaca.
‘Congrate. Terus fighting. Dah boleh straight A dah’ Daniyal senyum.
‘Terima kasih cikgu. Tapi i think this result because i was born with brilliant brain’ ujar Aryanna memuji diri sendiri.
Daniyal mencebik ‘I just dont care. Promise is promise so you can sing for me kan? Wakil sekolah. Just nak hiburkan kawan2 kem je. Boleh kan?’ pujuk Daniyal.
‘Boleh tapi cikgu duet dengan saya’
‘Ok cool. Lagu ape? Jangan suruh saya nyanyi lagu Korea. Saya tak pandai. 1 song u nyanyi sendiri, 1 song I sing along, ok?’
Aryanna akur, dicapai guitar ditangan Daniyal. Bas mula bergerak, Aryanna memejam mata seketika dan mulutnya membaca sesuatu.
‘Baca ape?’
‘Doala..cikgu tak baca doa ke?’ Aryanna menjeling sinis. Daniyal ketawa ‘Dah awal2 naik bas td’
Aiden yang sejak tadi mendengar perbualan Aryanna dan Daniyal merasa seakan panas telinga. Berbeza kelas membuatkan Aiden kurang berkomunikasi dengan Daniyal. Cuma rakan sekelasnya selalu menceritakan keakraban Aryanna Delara dan Daniyal Hakimi. Ada yang mengatakan Daniyal menyukai Aryanna. Hanya Damia yang memahami. Antara Daniyal Hakimi dan Aryanna Delara ibarat abang dan adik yang sering bercakaran bagai anjing dengan kucing.
Mendengar petikan guitar membuatkan Aiden menoleh kebelakang, matanya pegun pada jari jemari Aryanna yang memetik tali guitar. Dia tidak tahu gadis itu pandai bermain guitar. Mengenangkan Daniyal membawa guitar dan meminta Aryanna menyanyi, terlintas difikirannya bagaimana guru itu seakan tahu banyak perkara tentang Aryanna. Aiden kembali menyandarkan badan ke kerusi. Menutup mata dan tidak mahu berfikir lebih jauh.
Gandingan suara Aryanna dan Daniyal yang melagukan remix ‘Fly Me to The Moon’ dan ‘Cant Take My Eyes Off You’ mengundang seribu rasa. Sesekali gelak tawa mereka merimaskan. Ditambah sorakan dan tepukan dari teman2 lain didalam bas itu. Aiden Adrien mengeluh berat.
‘In other word I love you??’ soalnya dalam hati mengejek patah kata dari lagu itu. ‘Annoying’ rungutnya sendiri.
Selesai nyanyian mereka, semua didalam bas bersorak ‘We want more! We want more!’
Daniyal mencapai guitar ditangan Aryanna, ‘Record’ pesannya pada Aryanna lalu dia bangun dan bergerak ke bahagian hadapan bas. Sambil berdiri bersandar di kerusi, Daniyal memetik alunan lagu ‘Perfect’ Ed Shereen.
Aryanna bergerak ke arah Daniyal sambil merakam melalui hp nya. Sesekali dia tertawa melihat keasyikan nyanyian Daniyal menghayati bait2 lirik. Daniyal juga sesekali menoleh kearah Aryanna dan senyum.
Mata Aiden Adrien bagai sakit melihat situasi itu ‘I found a girl, beautiful and sweet...who does he mean. Are they flirting?’ soalnya pada teman sebelahnya, Farid. Farid hanya mengangkat bahu ‘Why? Jealous?’
‘No way!’ jawab Aiden keras.
Selesai merakam Daniyal, Aryanna kembali ke tempat duduknya. Daniyal mengekori dari belakang. Menyedari Aiden memandangnya dengan pandangan mengerikan, Daniyal tersenyum sendiri.
‘Anyone?’ soal Daniyal tiba2 sambil mengangkat guitar.
‘Aiden & the boys!!!’ jerit mereka.
Aiden memandang Farid, memberi isyarat bangun. Farid bangun di ikuti tiga lagi temannya. Mereka berdiri dan Aiden mengambil alih guitar ditangan Daniyal. Daniyal tersenyum dan berbisik kepada Aiden ‘So cute’ dan segera kembali ke sisi Aryanna. Aiden menggigit bibirnya, menahan rasa panas darah yang mengalir ke muka.
Aiden dan rakan-rakannya itu memang dikenali sebagai boy band disekolah. Sering membuat persembahan diacara2 sekolah. Aiden mula bermain guitar. Semua bersorak mendengar alunan lagu itu ‘One Direction. What Make You Beautiful’ jerit mereka mengenali alunan itu.
Saat sampai bait rangkap tertentu, Aiden berlari anak ke belakang. Bersandar dikerusi Damia duduk dan sambil memandang Aryanna. Aryanna melarikan pandangannya ke luar tingkap. ‘Crazy’ bisiknya sendiri.
So c-come on, you got it wrong
To prove I'm right, I put it in a song
I don't know why you're being shy
And turn away when I look into your eyes
Everyone else in the room can see it
Everyone else, but you,
Baby, you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground, it ain't hard to tell
You don't know, oh-oh
You don't know you're beautiful
If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm lookin' at you, and I can't believe
Aiden kemudian berlari semula ke bahagian depan. Riuh rendah bila Aiden menjerit ‘come on all’, semua turut menyanyi.
You don't know, oh-oh
You don't know you're beautiful, oh, oh-oh
That's what makes you beautiful
Na-na-na, na-na-na, na, na, na
Na-na-na, na-na-na
Na-na-na, na-na-na, na, na, na
Na-na-na, na-na-na
Daniyal Hakimi senyum memerhatikan pelajar2nya. Kegembiraan jelas diwajah mereka. Sudah berminggu2 mereka berperang dehgan kelas2 tambahan demi persediaan untuk percubaan. Adakalanya kelas tambahan sehingga ke malam. Cabaran dunia mereka lebih berat dari saat dia remaja meskipun beza usianya dengan para pelajar cuma 9 tahun.
Saat memulangkan semula guitar kepada Daniyal usai menyanyi, Aiden merenung Daniyal tajam sebelum kembali ke tempat duduknya. Daniyal tertawa. Aiden Adrien, pretty boy yang lengkap segalanya dimata Daniyal. Favourite boy disekolahnya meskipun agak nakal. Wajahnya bersegi, berambut ikal yang sedikit perang, kulitnya putih, hidungnya terletak, tinggi lampai dan bermata hazel seperti Aryanna cuma anak mata Aiden lebih cerah menonjolkan lagi warna hazelnya.
‘Romeo’ getusnya tertawa sendiri dalam hati. Saat remaja saat paling menyeronokkan. Mengingati zaman remajanya, tidak saling tumpah seperti Aiden, Romeo sekolah. Pemain bola sepak sekolah dan juga nakal. Memandang Aryanna disebelah yang tetap leka merenung keluar tingkap, lengan gadis itu dicuit perlahan.
‘What?’ seloroh Aryanna perlahan seakan tahu gurunya itu tidak akan berhenti mengusiknya.
‘He is so cute’ bisik Daniyal. Aryanna membalas dengan jelingan tajam.
‘Aryanna, mana video saya tadi. I want to send to ‘my girlfriend’ suaranya sengaja dikuatkan, kakinya menolak perlahan kerusi Aiden, sengaja memastikan Aiden mendengar suaranya.
‘Dah send dah tadi kan’ Aryanna menjawab sambil memeriksa semula messagenya pada Daniyal. Video nyanyian Perfect oleh Daniyal sebentar tadi telah pun berjaya dihantar. Daniyal menyedari perkara itu, sengaja dia ingin mengusik Aiden Adrien.
Mendengar kata-kata Daniyal, Aiden segera menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya menahan malu mengenangkan reaksinya pada Daniyal sebelum ini. ‘What the ...’ dia mengeluh perlahan. Farid disebelah ketawa berdekah-dekah.
‘Ok my perfect liltle girl, can you sing a song from your heart yang you pilih untuk show malam ni' Daniyal memberi guitar kepada Aryanna.
‘Sekarang??’ Aryanna membeliakkan matanya kearah Daniyal.
Daniyal mengangguk. Aryanna memejam matanya rapat, kali ini dia memilih lagu korea. Lagunya perlahan dan penuh emosi. Damia yang mendengar nyanyian Aryanna memandang rakannya itu dan kemudian memandang Aiden Adrien.
Suara lunak Aryanna menyanyikan lagu itu membuatkan hati Aiden Adrien tertanya maksud lagu dari bahasa yang tidak difahaminya itu. Namun liriknya kedengaran begitu indah.
~Merakam setiap indahnya waktu itu bagai sudahku mengerti saat dan tika itu akan berlalu dan menjadi memori~
Share this novel