Laungan azan subuh mengejutkannya dari lena. Perlahan dibuka kelopak matanya. Memandang sekeliling bilik itu. Kepala yang masih berat dipegang. 'Hospital?' soalnya sendiri. Apa yang terakhir diingatinya adalah saat hidungnya tiba2 berdarah dan pandangannya menjadi gelap.
Dia mengamati seseorang yang terbaring disisi dikatilnya. 'Aiden?' soalnya sendiri lagi. Kemudian dilihat Daniyal yang tidur di sofa.
Wajah Aiden yang terdapat luka itu ditenung kebingungan. Lengan Aiden juga berbalut. Rambut yang menutupi sebahagian wajah lelaki itu diselak ke tepi mencari masihkah ada kesan luka yang lain. Perlahan mata Aiden terbuka, memandangnya dan tersenyum. Dia segera mengalihkan tangannya.
'Kau dah sedar' ujar Aiden lega. Dia melihat jam di dinding wad itu. 'Morning'
Aryanna hanya senyum hambar. Masih bingung melihat keadaan dirinya dan Aiden. 'Kau kenapa?' soalnya.
'Ni?' Aiden mengangkat lengannya.
'Hrmmm'
'Tak ada apa. Saja biar jadi parut luka cinta' Aiden berseloroh.
'Ehemm...ehemm' Daniyal berdehem mendengar kata2 Aiden.
'Ehh...Cikgu...bila bangun?' soal Daniyal.
'Sejak ucapan morning kamu tadi!'
Aiden tersengih. 'Tak pelah. Saya nak pergi solat dulu' dengan mukanya yang merah dia mencapai tongkat ditepi katil dan bangun dari duduknya. Tubuhnya terasa lenguh kerana tidur dalam keadaan duduk sepanjang malam.
Aryanna tergamam melihat Aiden yang berjalan terdengkit2 bertongkat dan kaki berbalut menuju ke pintu.
'Yarghh...Aiden. Kau kenapa?' soalnya.
'Kan tadi aku cakap ni....' niatnya untuk bergurau lagi dibatalkan melihat Daniyal yang memberinya pandangan tajam. 'Haha...x de ape. Aku solat jap, nanti aku datang balik'
Daniyal tergelak kecil sambil bangun menghampiri Aryanna. Dia menekan butang disisi katil, menegakkan sedikit katil adiknya.
'Are you feeling better?' dahi Aryanna dirasa. Sudah tidak panas lagi.
'Jom solat. Lepas ni kita borak ok?' ajak Daniyal menyedari wajah adiknya itu penuh tanda tanya.
Aryanna angguk. Daniyal memimpinnya hingga ke bilik air. Selesai solat, Aryanna kembali ke katil. Badannya masih lemah.
'Damiya, papa, abah mana?' soal Aryanna.
'Balik rumah malam tadi. Sekejap lagi datang la tu'
Aiden membuka pintu perlahan. Kemudian ditutup semula bila melihat Daniyal sedang membersihkan wajah Aryanna. Dia bersandar seketika diluar pintu. Tidak mahu mengganggu perbualan dua beradik itu.
'Kenapa dengan Aiden?' tanya Aryanna. Dia benar2 risau melihat keadaan lelaki itu.
'Ehh...tanya Aiden dulu? Tak nak tanya diri sendiri kenapa?' Daniyal menyoal.
Aiden yang dibalik pintu senyum meleret.
'Adik tahu la adik pengsan. Buat ape nak tanya lagi' jawab Aryanna sambil mengeluh berat.
'Ye ke? Ke risau Aiden lebih?' usik Daniyal.
'Ok...tak pe. Tak payah cite' Aryanna malas melayan usikan abangnya itu.
'Merajuk pulak! Adik kurung diri dalam bilik. Kunci dari dalam. Lepas tu pengsan. Lama tau baru Dami sedar. Aiden terpaksa panjat dan pecahkan sliding door bilik adik' hujah Daniyal.
'Sebab tu ke dia luka?' suara Aryanna hampir tenggelam.
'Ye' Daniyal angguk.
Aryanna tunduk. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. 'Sebab adik Aiden...' suaranya tersekat.
'Jangan cakap macam tu. Jangan salahkan diri sendiri. Tu bukti Aiden betul2 ambil berat kat adik' terang Daniyal, dia tidak mahu Aryanna menambah bebanan difikiran sendiri.
Aiden melepaskan keluhan. Dia juga tidak mahu Aryanna menyalahkan diri sendiri. Tuhan sahaja yang tahu tindakannya malam tadi. Dalam fikirannya saat itu hanya ada Aryanna Delara. Jantungnya bagai terhenti melihat tubuh Aryanna yang terbaring dilantai tidak sedarkan diri.
'Adik, boleh tak stop simpan semua masalah sendiri. Adik tak boleh berterusan macam ni. Tak boleh pendam sendiri sampai beri tekanan. Damiya dah cerita semua kat abang, abah dan papa'
Aryanna memandang Daniyal. Matanya mula berkaca.
'Kami semua sayang adik. Kenapa adik masih rasa adik menyusahkan kami if adik bercerita semua masalah. Kenapa adik terlalu banyak pendam sendiri. Adik bukan menumpang hidup dengan kami. Adik ibarat nyawa kami. Please Rian, Rian anak abah, Rian adik Abang. tidak ada istilah susahkan Abang dan abah'
Airmatanya bercucuran jatuh mendengar kata2 Daniyal. Apa yang dia cuba simpan akhirnya terbongkar jua.
'Rian terlalu paksa diri lately ni, why? Rian paksa diri jadi macam biasa..Rian paksa gelak ketawa sebab tak nak semua risaukan Rian? Sampai seksa diri sendiri?'
Suara tangisan Aryanna itu menghibakan hati Aiden yang terus mendengar perbualan dua beradik itu. Apa yang disimpan gadis itu? Apa yang berlaku hingga Aryanna sakit begini?
'Rian masih ingat dia? Masih rindu dia?' soal Daniyal lagi.
Aryanna tidak menjawab. Dia tidak tahu bagaimana harus diceritakan pada abangnya itu. Apa yang berlaku pada dirinya di luar dugaan manusia biasa. Bagaimana harus diterangkan, dia buntu.
Daniyal memeluk Aryanna erat melihat adiknya itu semakin kuat tangisannya.
'Rian sayang dia, abang' suara Aryanna bergetar. Wajah Daffa Haiyan menerpa diingatannya.
'Abang tahu. Tapi Rian tahu kan semua tu mustahil. Rian tahu Rian sakit kan?'
Aryanna angguk berkali2. Ya, dia tahu. Dan dia sudah cuba melawan sekuat hatinya. Namun lelaki itu muncul semula semalam. Bagaimana harus dijelaskan dengan logik akal kepada mereka disekelilingnya. Dia sudah cuba membuka pintu hatinya pada Aiden namun kenapa Daffa Haiyan muncul dan bagai meragut semua kekuatannya semula.
Aiden Adrien terdiam. Terasa bagai dipanah petir mendengar Aryanna menyebut 'Rian sayang dia'. Siapa? Jantungnya berdegup pantas. Ada sesuatu yang berlaku pada Aryanna dalam tempoh setahun lalu, itu dia pasti. Siapa yang kau sayang, Aryanna?
'Sangat mustahil Rian, sangat mustahil dia untuk Rian dan Rian untuk dia. Rian jangan seksa diri Rian, abang tak sanggup tengok Rian macam ni' sambung Daniyal lagi.
'Rian tahu abang. Maafkan Rian' hanya itu mampu dikatakan Aryanna. Dia juga sedar kebenaran kata2 Daniyal.
'Damiya bagitahu Rian dah terima Aiden dalam hidup Rian. Rian buat semua tu sebab nak legakan kami ke?' Daniyal memegang erat jari jemari adiknya itu.
'Tak, abang. Rian ikhlas dengan Aiden. Rian betul2 nak bagi ruang pada Aiden. Rian takkan gunakan Aiden. Rian terima Aiden sebab Aiden sendiri bukan sebab lain' jawab Aryanna yakin. Ya, dia tidak terniat menerima Aiden untuk kepentingannya sendiri. Lelaki itu bagai satu lukisan baru yang akan dilukis dalam hidupnya.
Aiden memejamkan matanya rapat2. Airmatanya gugur, kata2 Aryanna membunuh semua persoalannya sebentar tadi. Dia tidak mahu goyah. Tidak, kali ini dia tidak akan mengalah. Dia tidak akan putus asa untuk memiliki hati Aryanna. Apapun yang berlaku, dia akan sentiasa ada dengan Aryanna. Dia tidak mahu kehilangan Aryanna Delara lagi.
Pintu itu dibuka bila dia sudah tidak lagi mendengar tangisan Aryanna. Daniyal masih duduk disisi katil adiknya. Wajah Aryanna jelas menunjukkan dia menangis.
'Aiden, teman Aryanna kejap. Saya nak pergi beli makanan sekejap' ujar Daniyal sengaja memberi alasan. Dia mahu beri ruang Aryanna dan Aiden. Dia mahu adiknya itu benar2 menerima kehadiran Aiden dalam hidupnya dan berharap Aiden mampu menjadi penawar kepada sakit misteri adiknya itu.
'Lama2 pun X pe. Ice cream sekali' balas Aiden berseloroh.
'Ishh...budak ni!' Daniyal menunjal kepala Aiden. Aiden tersengih. Dia mahu suasana suram tadi bertukar ceria semula.
Aiden melihat Aryanna yang memandangnya dengan wajah seakan marah.
'Pagi2 dah buat muka marah ni kenapa?' tanye Aiden sambil duduk.
'Kenapa kau buat macam tu?' suara Aryanna agak lantang.
'Buat ape?' Aiden pura2 tidak faham.
'Tu sampai luka macam tu!'
'Ooo...ni ke? Hero memang macam ni. Aku saja nak lumba dengan abang kau yang berlagak tu, siapa yang dapat jadi hero' seloroh Aiden.
'Aku serius ni. Kau boleh serius tak?' Aryanna geram mendengar jawapan Aiden.
'Sebab aku sayang kau' suara Aiden serius kali ini dengan anak matanya tepat memandang mata Aryanna.
Aryanna menundukkan pandangannya.
Wajah serius Aiden mengundang seribu rasa. Lelaki itu nampak serius dengan kata2nya.
'Sekarang kau percaya tak aku sayang kau?' soal Aiden.
Aryanna diam. Aiden menjengah ke wajah Aryanna yang tunduk itu.
'Hrmmm...percaya tak?' soal Aiden lagi.
'Hrmmm'
'Good girl' ujarnya mencuit hidung Aryanna. Aryanna yang tersentak dengan tindakan Aiden itu mengerutkan dahinya.
'Tak sakit ke?' tanya Aryanna memandang lengan Aiden.
'Skit je. Tak ada apalah. Tolong ikat rambut aku boleh?'
'Tak Nak!'
'Tolong la. Tangan aku sakit ni!'
'Ishh...mengada la kau ni' getusnya sambil merampas getah rambut ditangan Aiden.
Aiden yang duduk dikerusi berpaling membelakang Aryanna. Aryanna mencapai sisir rambut dimeja ditepi katil.
'Nak ikat macamana ni?'
'Tak kisah lah. Janji ikat. Rimas dah ni'
'If rimas, gunting je pendek'
'Nak aku gunting macamane'
'Ikut suka kau la'
'Bagi la idea. Walaupun aku tahu gunting macamana pun aku tetap handsome'
Aryanna menunjal kepala Aiden 'Perasan!'
'Ok, dah siap'
Aiden kembali berpaling mengadapnya 'Handsome tak?'
Aryanna mencebik. Memang tidak dinafikan Aiden memang memiliki rupa paras yang kacak. Dari sekolah hingga lah kolej lelaki itu mencuri hati ramai perempuan. Aryanna senyum sendiri mengingat zaman sekolah mereka.
'Why?'
'Nothing. Jap aku google hair cut'
'Hrmmm'
'Hahh ni ok untuk kau' Aryanna menunjukkan gambar di handphonenya.
'Weyyy!!! Tu orang utan. Betul2 la!'
Aryanna ketawa. 'Ok2...ni serius. Yang ni'
'Ermmm...ok. Ehh kau ni tengok model tu ke kau tengok rambut dia?'
Aryanna tertawa lagi. 'Dua2'
'Bagi sini handphone kau tu. Stop tengok gambar2 tu' Aiden merampas handphone Aryanna. Aryanna hanya tertawa.
Daffa Haiyan menggetap gigi. Menggenggam erat jari-jemarinya. Mendengar Aryanna berada di hospital, dia bergegas ke situ. Namun kemesraan Aryanna Delara dan Aiden Adrien yang disaksikan dari cermin kecil pintu itu mengundang perasaan cemburu dan marah. Ikut hati dia mahu menerjah masuk. Namun dia menahan dirinya.
Daffa Haiyan beredar bila melihat keluarga Aryanna dan Aiden Adrien berjalan ke arah bilik itu. Tidak mahu kehadirannya menjadi persoalan mereka.
***
Daniyal dan Daim duduk di kerusi berhadapan dengan Doktor Haiqal. Selesai minum pagi tadi bersama keluarga Aiden di wad, Doktor Haiqal ada bertemu dengan Aryanna untuk melihat keadaan gadis itu.
'Macamana keadaan Aryanna, Haiqal?' soal Daniyal. Haiqal adalah teman rapatnya ketika di US.
'Apa yang aku dapat beritahu, Aryanna pengsan dan sakit tiba2 akibat tekanan yang lama dia simpan. Dan pasti ada sesuatu yang berlaku yang memberi kejutan besar untuk dia. Dia masih belum mahu bercerita dengan aku. Kita bagi dia masa. Aku tak mahu beri tekanan pada dia. Jadi kau dan family pun jangan paksa dia. Aiden tu budak dalam video ice skating tu kan?' ujar Haiqal. Wajah Aiden muncul difikirannya.
Daniyal angguk membenarkan telahan Doktor Haiqal.
'Aryanna look better and happy bila Aiden ada. It's good untuk Aryanna. Tapi... cuma aku rasa pelik. Bila aku bercakap dengan Aryanna, dia akan sekejap2 memandang ke satu sudut yang sama. Macam ada seseorang. Aku bimbang imaginasi dia datang semula sebab kejutan semalam. Tapi aku masih perlu pantau dia. Pastikan dia makan ubat macam biasa' terang Haiqal, keadaan Aryanna itu turut membimbangkannya.
Daim dan Daniyal saling berpandangan. Dada mereka berdebar mendengar kata2 Doktor Haiqal. Apakah yang dimaksudkan Doktor Haiqal adalah Daffa Haiyan.
Aryanna mengambil novel didalam laci. Dia membaca pada muka surat yang ditanda. Semua ahli keluarganya sudah beredar. Begitu juga keluarga Aiden. Dan Aiden pula pergi mendapatkan rawatan dressing untuk lukanya.
Aryanna tiba2 mengeluh kuat. Pembacaannya bagai terganggu. Novel itu diletakkan kesisi.
'Sampai bila kau nak ikut aku?' soalnya tiba2 dan menoleh ke arah kerusi yang kosong disisi katilnya.
'Ye aku bercakap dengan kau, Dahin Haiyan' sambung Aryanna lagi.
Dahin Haiyan bangun dari duduknya. Jantungnya bagai jatuh ke lantai. Aryanna Delara memandang tepat ke matanya. 'Dia nampak aku?' bisiknya sendiri.
'Aku tanya kau ni' desak Aryanna lagi. Dia sudah tidak mampu berdiam diri dan berlagak seperti dia tidak melihat lelaki itu.
''Kau nampak aku ke?' Dahin Haiyan melambai2 tangannya didepan muka Aryanna.
'Oushh....Aku nampak la!!' tangan Dahin Haiyan ditepis.
'Sejak bila?' soal Dahin.
'Sejak semalam lagi di cafe' jawab Aryanna.
Dahin Haiyan ternganga.
'Tutup mulut kau tu'
Benar, dia sudah nampak Dahin Haiyan sejak semalam lagi. Lelaki itu tiba2 sudah berdiri disebelahnya bila dia menoleh melihat ke arah Daffa Haiyan yang ditunjukkan Laila.
Dahin Haiyan juga mengekori Aiden Adrien yang berjalan ke kaunter cafe membeli ubat untuknya bagai mengawasi Aiden.
Ketika Daffa Haiyan menghampiri mereka juga, Dahin Haiyan terus berdiri disisinya. Dan Aryanna menyedari pandangan mata Daffa Haiyan yang sesekali memandang Dahin Haiyan. Pandangan itu bagai ada sengketa antara mereka. Keadaan itu membuat Aryanna terkejut, bimbang, takut bercampur baur.
Dahin Haiyan malah mengekori Aryanna hingga ke rumah. Dan beberapa kali Aryanna keluar dari pintu biliknya, Dahin Haiyan ada disitu bagai pengawal yang menjaga pintu masuk. Malah sesekali dilihat Dahin Haiyan berlegar di balkoni sambil memerhatikan keadaan rumahnya. Dia tidak punya keberanian untuk menegur Dahin Haiyan. Perasaannya bercampur baur saat itu. Apakah yang dilihatnya realiti atau imaginasi dari sakitnya.
Malah dihospital juga Dahin Haiyan setia menemaninya. Hanya ketika Daniyal, Aiden dan ahli keluarganya ada barulah lelaki itu keluar dari wad Aryanna.
'Jadi kau sakit sebab aku ke?' soal Dahin Haiyan panik.
'Salah satu sebab. Dan aku dah tak boleh diam lagi, jadi aku nak tahu apa kau buat kat sini? Aku takut kau tau tak?' Aryanna seakan mahu menangis.
'Ehhh...kau jangan la nangis. Aku bukan hantu' Dahin tergagap2
'Kau berlegar2 dekat aku dah macam hantu, tau tak!'
'Maaf! Mana aku tahu kau nampak aku. Tapi macamana kau boleh nampak? Bukan aku tunjukkan diri pun'
'Mana la aku tahu. Aku serabut tau tak? Kau jelaskan pada aku dan kenapa Daffa boleh muncul dalam keadaan macam tu? Aku dapat rasa ada yang tak kena' duga Aryanna
Dahin Haiyan memandang Aryanna dengan pandangan serba salah. Bagaimana harus dijelaskan pada gadis itu? 'Adakah kerana dia merupakan waris Syed Mubasyir maka dia boleh menyedari kehadiran aku?' bisiknya sendiri.
'Kenapa kau diam?' soal Aryanna melihat Dahin Haiyan hanya membisu sambil memandangnya lama.
'Aku tak tahu nak mulakan dari mana'
'Kau bagitahu aku kenapa kau ada dengan aku dan kenapa Daffa Haiyan datang ke alam aku? Daffa nak tuntut janji aku ke?'
Dahin Haiyan terpinga. 'Kau...kau dah ingat semua ke?'
'Ye!'
'Sejak bila?'
'Tak lama lepas Daffa tinggalkan aku begitu je dan Aiden kembali ke alam ni'
'Daffa tak tinggalkan kau macam tu je Aryanna'
'Maksud kau?'
'Kau betul2 bersedia nak dengar?'
Aryanna angguk. Hatinya kembali resah melihat reaksi Dahin Haiyan. Apakah sesuatu telah berlaku kepada Daffa Haiyan sebelum ini?
Share this novel