Bab 12 : Hak Yang Dikembalikan

Fantasy Completed 1367

Habib dan Abiyah yang duduk dipangkin halaman rumah memerhatikan Dhia Ayasya yang berlari bermain bersama Aryanna Delara. Usia mereka hanya berbeza setahun.

‘Cantik Aryanna tu kan abang, kecik2 dah cantik’ puji Abiyah

‘Hrmmm’ Habib mengiyakan. Dia kemudian memandang ke arah Daffa Haiyan yang bersandar sambil berpeluk tubuh dipohon kelapa berhampiran. Dahin Haiyan pula duduk bersila diatas rumput. Keduanya memerhatikan sahaja lagak Dhia Ayasya dan Aryanna Delara yang asyik tertawa bermain bersama. Subuh tadi Habib sudah memaklumkan Tok Penghulu keadaan Aryanna dan meminta Tok Penghulu memberitahu ibu dan bapa Aryanna yang anak mereka akan pulang selepas Zohor.

Habib mengeluh lagi. Hatinya juga adakala diuji. Terdetik juga untuk memelihara Aryanna dialam nya namun dia segera memadamkan hasutan jahat itu meski tahu risikonya pada Daffa Haiyan. Dia lebih rela kehilangan Daffa Haiyan dari hilang pertimbangan diri. Dia juga tahu kesannya pada Aryanna namun menganggap ini takdir yang perlu dilalui Daffa Haiyan dan Aryanna Delara.

‘Cantikkan budak tu’ ujar Dahin Haiyan.

Daffa Haiyan hanya mengangguk.

‘Kau tahukan walid akan pulangkan dia’

Daffa Haiyan angguk lagi. Tapi matanya berkaca.

‘Kau boleh ke?’

‘Boleh atau tak, aku kena buat’

Suasana diam seketika. Daffa Haiyan cuba mengawal dirinya. Rasa sakit, pedih mengalir disetiap nafasnya bila mengenangkan Aryanna Delara bukan haknya walau janji yang mereka lafazkan telah mengikat mereka.

Aryanna Delara menghampiri mereka sambil tersenyum.
‘Shu...shu’ Dahin Haiyan seakan menghalau Aryanna. Daffa Haiyan mengetuk kepala adiknya. ‘Jaga adab kau!’

Dahin Haiyan menggosok2 kepalanya. Aryanna mencebik kearahnya. Namun tersenyum kepada Daffa Haiyan.

‘Nama abang siapa?’ soal Aryanna kepadanya.

Daffa Haiyan memandang Habib. Habib pantas menggelengkan kepala. Daffa Haiyan menundukkan sedikit badannya menyamai ketinggian Aryanna Delara. ‘Aiden!’ Jawabnya mengambil nama yang disebut Aryanna malam tadi.

‘Sama dengan kawan saya’ Aryanna tersenyum lagi

‘Aryanna nak kahwin dengan abang tak dah besar nanti?’ usik Daffa Haiyan. Aryanna mengangguk

Kini giliran Dahin Haiyan mengefuk kepalanya ‘Bodoh!!’

Daffa Haiyan ketawa besar. Cuba melawan perasaan sedih didalam hatinya.

‘Bodoh tanye soalan macam tu kat budak’ tempelak Dahin Haiyan sambil cuba mengangkat lagi tangannya, Daffa Haiyan segera menepis.

‘Biarla. Nanti besar Aryanna nak kahwin dengan Abang Aiden. Abang...out!’ balasnya pada Dahin Haiyan sambil menjeling tajam.

Pecah tawa Daffa Haiyan dan Dhia Ayasya.

‘Ehh...manusia ni. Kenape aku out? Muka kitaorang sama je kan’ Dahin Haiyan menyergah Aryanna.

‘Aryanna tahu beza la. Mata Abang Aiden hijau. Abang biru’ jawab Aryanna. Daffa Haiyan tersenyum lalu mengusap rambut Aryanna.

‘So kena membesar jadi budak baik, cantik dan selalu jaga diri...hrmm?’ pesan Daffa Haiyan sebak.

Aryanna mengangguk senyum lalu menarik tangan Dhia Ayasya dan kembali berlari2 sambil tertawa.

***

Selepas Zohor tadi, Habib, Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan bergerak menuju ke tapak perkhemahan. Dan kini mereka sudah tiba didepan pondok ranger. Daffa Haiyan sedari rumah tadi memimpin tangan Aryanna. Bergetar tangannya memikirkan sebentar lagi Aryanna harus dipulangkan. Tok Penghulu, ibu-bapa Aryanna sudah menanti. Haris juga ada bersama mereka.

Habib menzahirkan dirinya namun masih membiarkan Daffa Haiyan, Aryanna dan Dahin Haiyan dibalik hijab. Mereka kemudian duduk didalam surau yang terdapat didalam pondok itu.

Habib memberi salam dan memperkenalkan dirinya.
‘Saya Habib. Kita sudah berjumpa malam semalam. Tapi saya bukan golongan kamu, manusia. Jangan takut. Kami juga makhluk tuhan seperti kamu. Saya bukan dari golongan yang jahat. Tugas kami menjaga keamanan hutan ini. Sebelum saya menyerahkan Aryanna, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tuan dan isteri tidak terkejut seandainya ada perubahan sikap pada Aryannna selepas ini.’

‘Anak saya Daffa Haiyan selamatkan Aryanna dari lemas malam tadi. Sebenarnya saat bulan penuh, tenaga kami lebih kuat, jika jahat maka kami akan sejahat2nya, jika baik kami akan lebih baik dan akur, bagi golongan saya yang sentiasa menjaga batas kami, kami akan lebih akur dan patuh. Kerana itu saat bulan penuh golongan kami dilarang membuat sebarang janji, kerana kami akan patuh walau janji dibuat dengan apa jua makhluk, baik manusia atau makhluk jahat. Kerana itu saya selalu berpesan pada Tok Penghulu jangan izinkan siapa masuk kesini pada hari bulan penuh. Makhluk2 jahat akan berkeliaran mencari janji. Manusia terlalu mudah berjanji dan terlalu mudah engkar tapi tidak kami samaada kami baik atau jahat. Kerana itu janji iblis pada tuhan untuk menyesatkan manusia, mereka patuh hingga hari kiamat. Tapi saya redha, menganggap ini takdir yang perlu anak saya dan Aryanna lalui’

Dia diam seketika apabila mendengar Daffa Haiyan menahan esak.

‘Daffa Haiyan telah berjanji untuk tidak meninggalkan Aryanna sampai bila2 dan janji itu dibuat saat bulan penuh. Kami boleh berusia sehingga 1000tahun dan kerana janji itu antara seorang lelaki dari golongan kami kepada seorang perempuan maka hati Daffa Haiyan sudah terikat pada Aryanna untuk seribu tahun’ Habib menahan sebak, airmata yang jernih mengalir perlahan dipipinya.

Daim dan Haris saling berpandangan. Meremang seketika bulu roma mereka mendengar akan itu.

‘Daffa tidak akan boleh menerima sesiapa walau dari golongan kami dalam hidup dia sehingga seribu tahun. Semakin umurnya meningkat, rasa sakit sayang dan rindu pada orang yang dia berjanji akan semakin berat. Dia tidak akan mampu menanggungnya melainkan orang yang menjadi janjinya ada bersama dia, menjadi milik dia. Tapi kami bukan dari golongan yang sesat, kami tahu Aryanna bukan dari alam kami, maka kami akan pulangkan dia’

Daim dan Haris menarik nafas lega. Aishah pecah hibanya, terus menangis teresak2.

‘Tapi ada syaratnya’ sambung Habib, suaranya bertukar tegas.

‘Apa syaratnya Habib?’ soal Tok Penghulu.

‘Saya perlu putuskan hubungan saya dengan manusia sehingga usia Daffa Haiyan 21 tahun. Saya dan golongan saya tidak akan munculkan diri malah saya tidak akan jejak di kawasan seberang ini. Saya tidak akan membantu Tok Penghulu dan manusia yang lain dalam tempoh ini. Hutan ini akan memakan lebih ramai mangsa dari golongan manusia, kerana orang saya hanya akan menjaganya dari balik hijab. Seandainya ada makhluk jahat yang terlepas dari hijab kami maka kami tidak akan membantu. Sepertimana 3 wanita malam tadi, apabila makhluk jahat sudah menguasi tubuh manusia, kami tidak akan masuk campur lagi’
jelas Habib.

‘Tapi Habib....sudah berapa keturunan kamu membantu kami’ ujar Tok Penghulu mengenangkan sudah banyak Habib membantunya apabila dia berhadapan dengan masalah seperti pengunjung kerasukan dan sesat didalam hutan itu.

‘Memang tugas kami melindungi semua makhluk yang ada didalam hutan ini termasuk manusia. Tapi jika tidak diputuskan sekarang, Daffa Haiyan tidak akan boleh hidup. Aryanna juga akan sakit hingga habis nyawanya. Kecuali mereka hidup bersama. Tok Penghulu nak pilih yang mana? Saya memilih tidak mengabaikan hukum tuhan. Tidak akan simpan Aryanna di alam kami. Tok Penghulu masih berfikir sebaliknya?’ soal Habib, suara keras.

Tok Penghulu diam seketika. Daim segera menyampuk ‘Maaf Habib kerana ketamakan kami. Terima kasih kerana membantu kami selama ini. Tolong pulangkan Aryanna kepada kami’ rayunya.

‘Tapi ingat...walaupun hubungan ini akan saya putuskan dan semua ingatan Aryanna tentang Daffa Haiyan dan alam kami, begitu juga ingatan Daffa Haiyan pada Aryanna akan saya padam namun saya tidak mampu padamkan semua. Saya memerlukan 100 hari untuk merawat Daffa Haiyan, dia akan menderita sakit bila Aryanna kami pulangkan. Dalam tempoh 100 hari, setiap kali Daffa Haiyan melalui sakit yang terlalu perit, Aryanna juga akan sakit. Dalam tempoh 100 hari ini juga, Aryanna akan terbuka hijabnya, dia akan dapat melihat makhluk2 lain. Tuan perlu berikhtiar cara tuan untuk merawatnya. Selepas tempoh 100 hari, Daffa Haiyan akan pulih. Aryanna juga akan kembali seperti biasa. Kecuali saya tidak dapat memadam rasa rindu mereka. Mereka akan merasa rindu yang sangat dalam namun tidak akan tahu siapa yang dirindu mereka. Perasaan ini akan makin ketara bila mereka semakin besar'

Daim dan isteri angguk, bagi mereka saat itu yang lebih penting adalah Aryanna dikembalikan. Apa jua kemungkinan yang akan datang nanti, mereka akan hadapinya.

‘Namun ikhtiar saya ini hanya akan kekal jika Daffa Haiyan dan Aryanna Delara tidak bertemu sehingga Daffa Haiyan genap 21tahun. Jika mereka bertemu sebelum itu, ikatan janji itu akan terikat kembali. Malah lebih kuat. Tolong jaga Aryanna jangan hingga mereka bertemu terutama ketika hari bulan penuh, cahaya bulan akan membuka hijab mata Aryanna untuk Daffa Haiyan. Saya juga akan menjaga Daffa Haiyan agar tidak terlanggar batas larangan ini. Seandainya batas ini dilanggar, tiada apa yang dapat memisahkan mereka kecuali mati’

‘Baik Habib, kami akan akur’ Daim segera berjanji. Dia ingin Aryanna kembali dengan segera.

‘Saya akan membuka hijab antara kita seketika. Aryanna ada disini bersama Daffa Haiyan. Kita sama2 berusaha agar kedua2 anak kita kuat melalui tempoh ini’ suara Habib mengendur semula. Hijab yang menghalang alam mereka dibukanya.

Daim dan isterinya meraung melihat Aryanna yang sedang duduk disisi dua orang budak lelaki, seorang darinya sedang menggenggam kemas tangan Aryanna.

‘Ibu...!’ jerit Aryanna. Dia cuba bangun untuk mendapatkan Aishah. Namun Daffa Haiyan enggan melepaskan tangan gadis kecil itu.

‘Daffa Haiyan lepaskan Aryanna’ ujar Habib.

Daffa Haiyan menggeleng2. Esak tangisnya semakin kuat.

‘Daffa Haiyan!!’ tempik Habib.

Daffa Haiyan masih enggan. Habib cuba bangun namun dihalang Daim. Dia seperti simpati melihat Daffa Haiyan lalu meminta Aishah bangun dan mendapatkan Aryana. Aishah segera bangun dan Aryanna dipeluk erat. Seketika kemudian memeluk Daffa Haiyan yang menangis tanpa henti. Hatinya sayu.

‘Daffa, maafkan kami . Tapi kami sayangkan Aryanna, tanpa Aryanna kami tak kan boleh teruskan hidup. Pulangkan Aryanna ye?’ pujuknya.

Daffa Haiyan merenung Aishah tajam. Anak matanya yang hijau memancar terang.

‘Daffa Haiyan! Lepaskan tangan kamu’ desak Habib lagi.

Dengan raungan tangis yang lebih kuat, Daffa Haiyan perlahan melepaskan tangan Aryanna. Terlepasnya genggaman itu, Aryanna longlai kesisi Aishah lalu tidak sedarkan diri. Daim segera bangun mendukung anaknya.

‘Aryanna!!!!!’ jerit Daffa Haiyan bagai kerasukan.

‘Dahin, pegang abang kamu’

Dahin Haiyan segera memeluk Daffa Haiyan dengan kuat. Daffa Haiyan meronta2. Masih memanggil nama Aryanna berkali2.

‘Sampai disini sahaja urusan kita. Jaga Aryanna sebaiknya’ pesan Habib kemudian menutup semula hijab antara mereka. Perlahan bayang Aryanna hilang dibalik hijab.

Dia kemudian bangun, menghampiri Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan. Memeluk erat kedua anaknya. Raungan Daffa Haiyan bagai merobek hatinya. Janji itu telah menghukum anaknya yang masih tidak mengerti apa yang melanda dirinya. Didukung anak sulungnya itu dibelakang pundaknya.

Sepanjang perjalanan pulang, Daffa Haiyan tidak berhenti menangis sehingga basah bahu Habib.

‘Walid, macamana kalau Daffa jumpa budak tu semula sebelum kami 21 tahun?’ soal Dahin kerisauan.

‘Kita akan berusaha mengelaknya. Walid yakin mereka juga akan cuba mengelaknya’ jawab Habib tenang.

‘Tapi macamana kalau gagal?’ soal Dahin.

‘Ada hijab antara kita, Dahin. Tapi jangan sampai mereka bertemu pada hari bulan penuh mengambang bila mana kamu berdua genap 21 tahun’ pesan Habib kepada Dahin Haiyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience