CSAH - BAB 10: Majlis Sanding

Romance Series 9089

MINGGU seterusnya, kini sedang membuat majlis sanding antara Aizad dan Layla di rumah Datin Azimah. Lalu majlis sanding pun dilangsungkan. Suasana di situ sangat meriah kerana ramai sedang menjamu selera sambil didengari lagu pengantin baru.

"Bang, Idi tak sampai lagi ke?" tanya Datin Azimah kepada suaminya.

"Kejap lagi dia sampai la tu." ujar Dato Hashimi.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Dato Sri Zahidi dan Datin Sri Roslia serta bersama anak mereka yang bernama Irisa.

"Ha tu sampai dah tu."

"Assalamualaikum." ucap Dato Sri Zahidi.

"Waalaikumsalam." jawab Datin Azimah.

Sebaik Irisa berjalan bersama ibu dan bapanya, dia melihat kedua-dua pengantin itu yang sangat cantik. Dia mula merasakan yang dia berasa sangat cemburu dengan kedua-dua pengantin itu. Hatinya telah membuatkan dia berasa kecewa dengan kedua-dua pengantin itu.

"Ma pa, Ris nak pergi toilet kejap tau." pinta Irisa.

"Okey."

Lalu dia berjalan menuju ke arah pelamin pengantin itu.

"Hai!"

"Hai." jawab Layla apabila dia menoleh ke arah wajah wanita itu. Siapakah wanita di depannya itu? Dia tidak pernah kenal wajah wanita itu.

"Awak, siapa dia ni?" tanya Layla sambil dia berbisik di telinga Aizad di sebelahnya.

"Dia ni sepupu saya. Nama dia Irisa." beritahu Aizad. Layla hanya faham sahaja.

"Boleh saya bergambar dengan korang?"

"Boleh boleh." lalu Irisa melabuhkan punggungnya duduk di tengah-tengah antara Aizad dan Layla. Lalu jurugambar itu menangkap gambar mereka.

"By the way, selamat pengantin baru Aizad dan Layla." ucap Irisa setelah dia bangun.

"Terima kasih." ucap Layla. Lalu Irisa berlalu pergi.

Selepas selesai sahaja majlis sanding, mereka terus pulang ke rumah masing-masing. Hanya tinggal keluarga Layla sahaja di situ.

"Terima kasih la Datin sebab lancarkan majlis sanding kita ni." ujar Mak Nani.

"Sama-sama... Ni nak balik rumah ke ni?" tanya Datin Azimah.

"Ha'ah kami nak balik rumah dah ni lagipun kami tak nak susahkan Dato dengan Datin." jawab Mak Nani lagi.

"Laa kenapa tak tidur sini je. Kan dah malam dah ni." ujar Datin Azimah.

"Tapi kami tak nak menyusahkan Datin." ujar Pak Musa.

"Ala tak apa la, tidur je kat sini sementara. Esok balik la ye."

Bukan mereka tidak mahu dan menyusahkan, mereka merasakan mereka seperti hanya menumpang sahaja di dalam rumah Datin Azimah. Disebabkan hari sudah larut malam, mereka membuat keputusan untuk tidur di rumah Datin Azimah buat sementara waktu.

"Okey la kalau Datin dah cakap macam tu, kami tidur sini je la. Esok baru kami balik."

Datin Azimah berasa sangat gembira mendengarnya. Lalu mereka terus melangkah masuk dan berehat.

Irisa pula sedang dalam kekecewaan apabila dia mendapat tahu bahawa sepupunya, Aizad sudah berkahwin dengan wanita yang bernama Layla Adilya. Dia sungguh benar-benar tidak sangka Aizad memilih wanita itu sebagai isteri. Dia sungguh tidak boleh menerima hakikat yang Aizad sudah berkahwin dengan wanita itu. Tetapi perlukah dia menerima hakikat yang Aizad sudah berkahwin dengan Layla?

"Ya Allah! Patut ke aku terima hakikat yang Aizad dah kahwin dengan Layla? Kecewa betul aku dibuatnya." gumam Irisa.

Tiba-tiba telefon di sebelahnya berbunyi lalu dia mencapai dan melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Nama panggilan itu ialah sahabatnya, Fasya. Dia menekan punat dan menjawab panggilan rakannya itu.

Kedengaran suara Fasya di dalam panggilan itu, "Helo Ris."

"Helo... Kau nak apa call aku? Boleh tak kau jangan kacau aku, aku ni tengah sedih sekarang ni, tahu tak!" marah Irisa di dalam panggilan Fasya.

"Kau ni kenapa Ris? Tiba-tiba je kau marah aku." ujar Fasya hairan apabila mendengar suara kemarahan Irisa.

Irisa hanya berdiam sahaja, tidak tahu mahu berkata apa lagi. Perasaan kecewanya masih ada lagi dalam hatinya.

"Ris... Ris! Kenapa senyap je ni?" tanya Fasya setelah lama bersepi. Irisa sedikit tersentak apabila terdengar suara Fasya tiba-tiba saja membuatkan dia tersentak.

"Kau nak tahu tak Sya! Sepupu aku tu dah kahwin." beritahu Irisa.

"Hah? Dah kahwin? Serius la Ris? Sepupu kau dah kahwin? Dengan siapa?" tanya Fasya ingin tahu.

"Dengan Layla Adilya." jawab Irisa sambil menyebut nama Layla.

"Hah? Serius la?" tanyanya lagi dengan wajahnya terkejut.

"Ye serius."

"Oh... So macam mana kau happy tak tengok sepupu kau dah kahwin?"

"Entah la aku tak tahu nak cakap macam mana, nak kata happy, entah la. Tapi aku betul-betul kecewa Sya." ucap Irisa lagi.

"Oh okey aku tahu kau kecewa sebab Aizad kahwin dengan Layla Adilya tu kan?"

"Kau tahukan aku ni dah lama sukakan Aizad tu, aku cintakan dia. Tapi kenapa dia kahwin dulu?"

"Kau terima je la hakikat yang sepupu kau tu dah kahwin. Kau sepatutnya happy tengok sepupu kau dah kahwin."

"Macam mana aku nak terima hakikat yang dia tu kahwin dengan Layla? Aku tak boleh Sya! Aku tak boleh!"

Fasya pula tidak tahu mahu berkata apa lagi pada sahabatnya itu. Dia tahu Irisa sangat kecewa dengan Aizad kerana lelaki itu sudah berkahwin.

"Kau sabar je la Ris, insha-Allah kau akan bertemu jodoh suatu hari nanti. Sebab jodoh tu kan rahsia Tuhan. Kita tak tahu siapa jodoh kita sebenarnya. Berdoa la ye." ucap Fasya.

"Okey la aku tengah tak ada mood ni, aku nak tidur. Bye."

"Bye." lalu panggilan terus ditamatkan.

Dia sungguh tidak faham mengapa sahabatnya masih mencintai Aizad? Bukankah lelaki itu hanya menganggap Irisa sebagai sepupunya sahaja? Tetapi benarkah Irisa masih ada hati lagi pada Aizad, walaupun Aizad sebenarnya sudah berkahwin?

KEESOKANNYA, Mak Nani, Pak Musa, Nazrol, Hafizi dan Taniya telah bersiap untuk pulang ke rumah mereka.

"Eh nak balik dah ke?" tanya Datin Azimah apabila ternampak mereka yang sedang membawa beg pakaian.

"Ha'ah kami nak balik dah ni. Ingat nak tunggu Layla kejap." jawab Mak Nani sambil menoleh ke arah wajah Datin Azimah.

"Oh... Tak apa, diaorang tengah tidur lagi tu."

"Oh okey la kalau macam tu, kami balik dulu la ye Datin. Apa-apa pun terima kasih sebab tumpangkan kami tidur kat sini." jawab Mak Nani.

"Sama-sama... Awak pun jangan panggil saya Datin, panggil kak Mah je."

Mak Nani angguk sambil senyum. Setelah bersalam, mereka terus melangkah keluar dan pulang ke rumah mereka.

"Kami balik dulu ye assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Setelah lama mereka tertidur akibat kepenatan, Layla membuka matanya apabila melihat di luar belanda bilik, sudah bercahaya panas. Dia terus bangun lalu menggosok-gosok matanya. Dia melihat di sebelahnya, Aizad masih lagi tertidur lena. Lalu dia terus bangun segera mencapai tualanya dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia mengelap seluruh anggota badannya yang basah. Lalu dia memakai baju serta seluar.

Aizad terus terjaga dari tidurnya apabila melihat isterinya sudah bangun.

"Selamat pagi sayang!" ucap Aizad sambil menggosok-gosok matanya.

"Selamat pagi."

"Dah pukul berapa ni sayang? Abang rasa dah lama sangat abang tidur sebab penat sangat semalam."

"Dah pukul 11.30 pagi, bang." beritahu Layla. Aizad hanya faham sahaja.

"Abang pergi la mandi dulu, Ayla nak turun kejap."

"Okey sayang." lalu Layla keluar dan menutup pintu bilik.

Ketika hendak dia menuruni anak tangga, kelihatan ibu mertuanya di ruang tamu sedang menonton televisyen.

"Mama." panggil Layla dengan lembut.

"Hah dah bangun dah menantu mama ni, Zad mana? Tak bangun lagi ke dia?" tanya Datin Azimah sambil matanya fokus pada skrin televisyen di depannya.

"Dia dah bangun dah, mama." beritahu Layla. Datin Azimah hanya sekadar faham sahaja.

"Mana mak dengan abah, mama? Diaorang dah balik ke?" tanya Layla hairan apabila melihat suasana rumah itu sangat sunyi-sepi.

"Ha'ah diaorang dah balik dah Ayla, mak dengan abah kamu ingat nak tunggu kamu sekali tapi tak sempat nak salam." ujar Datin Azimah. Layla hanya faham sahaja.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Aizad di anak tangga.

"Ha Zad, dah bangun dah. Lama benar tidur sampai dah nak tengahari dah." ucap Datin Azimah lalu memandang wajah anaknya.

"Penat sangat mama, tu yang tidur awal." itu saja Aizad mampu berkata.

"Mama dah makan ke belum? Zad tiba-tiba rasa lapar pulak."

"Dah. Mama dah makan dah. Nak makan pergi la."

"Okey, jom sayang." Layla terus bangun dari sofa lalu menuju ke ruang makan.

"Assalamualaikum." ucap Dato Hashimi di muka pintu rumah.

"Waalaikumsalam." jawab Datin Azimah apabila kelibat suaminya sudah berada di muka pintu rumah.

"Hai bang, awal betul balik? Kerja dah habis ke?" sapa Datin Azimah apabila melihat suaminya baru saja pulang.

"Ha'ah abang penat la harini, abang nak rehat kejap la." Dato Hashimi terus menaiki anak tangga menuju ke bilik.

Pada malam itu, mereka hanya menonton televisyen sahaja di ruang tamu. Setelah beberapa jam kemudian, masing-masing buat haluan sendiri. Suasana pula menjadi sunyi-sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience