KETIKA dia sedang tidur lena, tiba-tiba dia terasa mahu termuntah lalu dia bangun dan menuju ke bilik air. Aizad pula terjaga dari tidurnya apabila melihat isterinya yang sedang memuntahkan loya di dalam bilik air. Aizad segera menuju ke bilik air lalu melihat isterinya masih lagi muntah loya.
"Wek! Wek! Wek!"
Lalu dia menepuk perlahan belakang badan Layla sehingga dia berhenti muntah. Setelah itu, dia keluar dari bilik air lalu duduk di atas katil.
"Sayang kenapa ni? Muntah lagi ke?" tanya Aizad dengan wajahnya agak risau keadaan isterinya begitu.
"Ayla tak tahu la bang, tiba-tiba je muntah." jawab Layla.
"Sayang ada salah makan ke?" tanya Aizad lagi.
"Tak ada..."
"Abang risau la tengok sayang macam ni. Takut abang kalau apa-apa jadi kat sayang nanti." ujar Aizad. Dia memang sangat risau jika apa-apa jadi pada isterinya.
"Ayla tak ada apa-apa la bang, Ayla muntah je bukannya ada penyakit pun. Apa la abang ni tak payah nak risau sangat dengan Ayla ni. Ayla okey."
"Eh mesti la abang risau, kot nanti ada penyakit ke dalam badan sayang. Mana tahu."
"Yeke abang ni? Ayla ada penyakit ke sekarang ni?" tanya Layla pula.
"Tak ada la, kot la mana tahu."
"Abang jangan risau, Ayla okey. InsyaAllah."
Bukannya apa, dia sangat risaukan keadaan isterinya begitu. Dia tidak boleh melihat isterinya jika isterinya kena penyakit.
Dia menoleh ke arah jam di dinding bilik sudah menunjukkan pukul 3.44 pagi.
"Sayang, esok pagi kita pergi klinik ye." Layla menoleh dan angguk lalu mereka menyambung tidur.
Esoknya, mereka terus bangun, mandi dan bersiap untuk pergi ke klinik. Lalu mereka menuruni ke ruang tamu.
"Nak pergi mana siap-siap tu?" tanya Dato Saliman.
"Nak pergi klinik pa, Ayla ni dia muntah lagi pagi tadi." beritahu Aizad.
"Hah muntah lagi?"
"Teruk sangat ke muntah tu?"
"Entah la papa. Zad pun tak tahu."
"Pergi tu elok-elok la ye." pesan Datin Azimah.
"Okey mama."
Lalu mereka melangkah keluar dari rumah dan mereka menuju ke klinik dengan menaiki kereta.
Sampai saja di depan klinik putrajaya, mereka terus melangkah masuk ke dalam klinik lalu Aizad mendaftar nama Layla di kaunter. Setelah mendaftar nama, mereka terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Setelah lama menunggu, kini nombor mereka telah dipanggil lalu mereka bangun dan masuk ke dalam bilik doktor yang bernombor enam. Sebaik mereka masuk, ada seorang doktor wanita yang sedang menunggu pesakit.
"Sila duduk." pelawa doktor wanita itu.
"Terima kasih." lalu mereka duduk di hadapan doktor wanita itu.
"Apa masalahnya, encik?" tanya doktor wanita itu.
"Isteri saya ni asyik muntah je, doktor." beritahu Aizad kepada doktor wanita itu.
"Muntah? Puan ada salah makan ke?" tanya doktor wanita itu kepada Layla pula.
"Setakat ni, saya tak ada salah makan pun. Tapi kenapa doktor?"
"Tak ada apa, selalunya kalau ibu yang alahan mengandung ni dia akan rasa kerap muntah, sakit perut, air kencing kuning gelap ataupun berdarah, sakit ketika kencing, tak selera makan minum dan lain-lain." beritahu doktor wanita itu. Mereka angguk faham saja.
"Setakat ni saya pernah muntah je la, yang lain saya tak pernah kena lagi, doktor." lalu doktor pun angguk faham dengan kata-kata Layla.
"Bagus la tu, kalau macam tu puan baring atas katil tu. Saya nak check." arahnya lalu Layla bangun dan baring atas katil di tepi dinding.
Beberapa jam kemudian, Layla bangun dan duduk semula di tepi meja doktor.
"Macam mana doktor?" tanya Aizad ingin tahu.
"Okey, saya tengok benda ni tak ada apa-apa pun okey je. Tahniah encik! Encik tak lama lagi akan jadi ayah!" beritahu doktor. Aizad seolah-olah terkejut apabila mendengar doktor berkata begitu.
"Hah?"
"Puan Layla mengandung."
"Saya mengandung, doktor?"
"Ye puan, puan mengandung empat bulan."
"Betul ke ni doktor? Isteri saya mengandung?"
"Ye encik. Tahniah puan dan encik!"
"Terima kasih doktor!"
"Sama-sama, jangan lupa ambil ubat di farmasi. Dan puan jangan lupa makan ubat ye supaya baby dalam perut puan tu sihat."
"Baik doktor." Layla angguk senyum lalu mereka bangun dan keluar dari bilik doktor.
Mereka terus mengambil ubat lalu pulang ke rumah.
"Ya Allah sayang! Abang tak sangka betul, sayang betul-betul mengandung! Terima kasih ya Allah! Kau telah berikan kami zuriat! Terima kasih sayang!" mohon Aizad lalu memegang perut Layla.
Dia benar-benar tidak sangka dia kini sedang hamil. Benar kata ibu mertuanya. Tidak lama lagi mereka akan menjadi seorang ibu dan bapa. Bersyukur padamu ya Tuhan!
"Assalamualaikum." ucap Layla setelah melangkah masuk.
"Waalaikumsalam. Ha macam mana? Okey ke?" tanya Datin Azimah.
"Alhamdulillah okey." jawab Layla. Lalu mereka senyum sendiri.
"Aik ni apahal senyum je, ada apa-apa ke?"
"Tak ada apa-apa la mama."
"Yeke tak ada apa-apa? Ni mesti ada apa-apa ni kan?"
"Eh tak ada la mama."
"Habis tu? Kenapa senyum sorang-sorang tu?"
"Saja." itu saja Aizad mampu berkata. Lalu mereka terus menaiki menuju ke bilik. Dato Hashimi yang baru saja keluar dari bilik setelah dia mandi, dia berasa hairan melihat kelakuan mereka itu.
"Kenapa tu?" tanya Dato Hashimi setelah menuruni.
"Entah." jawabnya sambil mengangkat kedua-dua bahunya.
"Laa entah pulak..." Dato Hashimi sedikit hairan.
"Ye la habis tu nak jawab apa lagi. Itu je la jawapan saya."
"Mmm..."
Malam itu, selepas mereka mengerjakan solat fardu isyak, kini tiba masanya untuk mereka membuat kejutan pada ibu, bapa dan nenek mertua mereka. Mereka terus keluar dari bilik lalu menuruni menuju ke ruang tamu. Lalu mereka duduk di situ.
"Mama, papa, tok, sebenarnya Zad ada benda nak bagitahu ni."
"Nak bagitahu apa Zad?" tanya tok mommy.
Lalu bahunya ditolak sedikit oleh Aizad. Dan dia menoleh, menyuruhnya memberitahu.
"Mama, papa, tok, Ayla sebenarnya Ayla... Ayla mengandung."
"Hah apa dia? Mama tak berapa nak dengar la? Apa dia?"
"Ayla mengandung ma, pa, tok." beritahu Aizad.
"Betul ke ni Ayla? Ayla mengandung?" tanyanya lagi. Layla angguk senyum.
Datin Azimah lalu bangun dan duduk mendekati menantunya. Lalu memegang perut Layla.
"Ya Allah! Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah! Kau telah berikan aku cucu!" gumam Datin Azimah.
Dia sungguh berasa gembira kerana tidak lama lagi mereka akan menimang cucu pertama. Lalu mereka berpelukan. Pelukan dilepaskan.
"Mama sebenarnya dah lama sangat tak timang cucu tapi sekarang bila menantu mama mengandung, baru mama rasa gembira sangat-sangat. Terima kasih Layla!" ucap Datin Azimah lalu mencium dahi Layla dengan lembut.
"Sama-sama mama." jawab Layla dalam pelukan itu.
Share this novel