CSAH - BAB 12: Kecewa

Romance Series 9089

IRISA dan ibubapanya sedang bersiap untuk menyinggah rumah ibu saudaranya, Datin Azimah. Dia sebenarnya tidak sabar mahu berjumpa dengan Aizad kerana dia tidak sabar mahu melihat wajah Aizad. Selesai dia sudah bersiap, dia keluar dan menuruni anak tangga. Lalu mereka terus keluar dari rumah dan menuju ke rumah Datin Azimah dengan menaiki kereta Aruz milik Dato Sri Zahidi.

Sebaik pagar dibuka dan masuk ke perkarangan rumah keluarga Datin Azimah, mereka terus turun lalu mereka memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap Datin Sri Roslia.

Apabila pintu rumah dibuka, muncul seorang wanita tua yang berumur 54 tahun.

"Waalaikumsalam. Puan nak cari siapa ye?" tanya Mak Lina.

"Kak Zimah ada kat dalam tak?" tanya Datin Sri Roslia kepada wanita tua itu.

"Oh puan nak jumpa datin ye, datin ada kat dalam. Masuk la dulu ye." pelawa Mak Lina lalu mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Datin Azimah.

Tiba-tiba muncul kelibat Datin Azimah di anak tangga.

"Eh Ros, Di."

"Kak..." Datin Sri Roslia terus bersalam tangan Datin Azimah, Dato Sri Zahidi juga bersalam. Datin Azimah turut menyambut salam mereka.

"Kak long sihat?" tanya Dato Sri Zahidi setelah bersalam.

"Alhamdulillah kak long sihat."

"Eh anak mak long pun ada jugak."

Irisa segera bersalam tangan ibu saudaranya itu. Datin Azimah turut menyambut salam anak saudaranya itu.

"Irisa sihat? Dah lama mak long tak jumpa anak mak long." ujar Datin Azimah memandang wajah anak saudaranya itu.

"Alhamdulillah Irisa sihat je mak long." jawab Irisa angguk sambil senyum lebar.

Datin Azimah sangat gembira mendengarnya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak saudaranya itu.

"Baru sampai ke Ros?" tanya Datin Azimah setelah melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Ha'ah kak, baru je sampai. Saja kitaorang datang sini nak tengok menantu baru akak tu, siapa nama dia?" tanya Datin Sri Roslia pura-pura tidak ingat nama menantu Datin Azimah.

Inilah kali pertama dia mahu tahu siapakah nama menantu Datin Azimah itu. Maklumlah, dia tidak pernah kenal wajah menantu Datin Azimah.

"Nama dia Layla Adilya, diaorang tak bangun lagi tu. Kejap lagi bangun la diaorang tu." ujar Datin Azimah.

"Oh... Kak, abang Shimi mana? Tak nampak pun dia." tanyanya lagi.

"Dia biasa la ada kerja sikit kat luar. Kejap lagi dia balik la tu." ujarnya lagi. Mereka hanya sekadar faham sahaja.

Tiba-tiba muncul kelibat umi di anak tangga lalu menuju ke arah mereka.

"Ros? Idi?"

"Umi." Dato Sri Zahidi menoleh ke arah wajah umi lalu bersalam tangan umi dengan lembut. Datin Sri Roslia juga bersalam tangan umi. Umi turut menyambut salam mereka.

"Eh cucu umi pun ada. Apa khabar cu, cu sihat?" tanya umi kepada Irisa.

"Sihat tok." jawab Irisa lalu menoleh ke arah wajah tok mommy.

"Dah lama tok tak jumpa cucu tok ni. Tok rindu Irisa." umi terus mencium dahi Irisa. Irisa hanya sekadar membiarkan saja tok mommy mencium dahinya.

"Irisa pun rindu jugak kat tok."

Gembira tok mommy mendengarnya.

"Umi sihat? Dah lama kami tak jenguk umi." ujar Datin Sri Roslia.

"Alhamdulillah umi sihat." jawab umi.

"Mak long, abang Aizad mana mak long? Dia tak turun lagi ke?" tanya Irisa tiba-tiba.

"Hei! Apa tanya soalan macam tu, tanya la benda lain. Ni boleh pulak tanya kat mak long kamu macam tu." marah Datin Sri Roslia.

"Aik? Salah ke Irisa tanya macam tu mama? Biar la yang mama sibuk ni dah kenapa?" balas Irisa.

Datin Sri Roslia hanya berdiam sahaja. Tidak mahu bercakap.

"Zad dengan Layla tak turun lagi, kenapa Irisa?"

"Tak ada apa-apa. Saja tanya."

Datin Azimah hairan melihat wajah anak saudaranya itu. Begitu juga ibu dan bapa Irisa hairan melihat wajah anak perempuan mereka.

"Assalamualaikum." ucap Dato Hashimi apabila membuka pintu rumah.

"Waalaikumsalam." jawab mereka hampir serentak.

"Eh... Ros? Idi? Bila datang ni? Baru sampai ke apa?" bertalu-talu soalan Dato Hashimi.

"Ha'ah Shimi, kami baru je sampai tadi." ujar Dato Sri Zahidi. Dato Hashimi angguk faham.

"Oh... Eh anak pak long pun ada jugak. Irisa sihat? Dah lama pak long tak tengok muka anak pak long."

Irisa menoleh ke arah wajah bapa saudaranya sambil berkata, "Sihat."

Dato Hashimi hanya senyum saja mendengarnya.

"Okey la abang naik dulu ye." mereka angguk serentak lalu Dato Hashimi menaiki anak tangga menuju ke bilik. Lalu kelibat Aizad dan Layla pula turun dari anak tangga.

"Ha tu, turun pun diaorang." kata Datin Azimah. Mereka terus menoleh ke arah kelibat Aizad dan Layla di anak tangga.

Lalu masing-masing bersalam tangan Dato Sri Zahidi dan Datin Sri Roslia serta Irisa. Tetapi Irisa hanya sekadar bersalam tangan Layla secara tidak ikhlas. Datin Sri Roslia sedikit hairan melihat tingkah laku anak perempuannya itu.

Lalu mereka melabuhkan punggung mereka duduk di atas sofa, di tepi Datin Azimah.

"Datin, makanan tengahari dah siap." beritahu Mak Lina pada Datin Azimah. Datin Azimah angguk.

"Jom, kita makan sama-sama."

"Irisa nak makan tak?" tanya Datin Sri Roslia sebelum dia bangun.

"Tak apa la mama, mama dengan papa je la pergi makan. Irisa nak duduk sini je." ujar Irisa.

"Mm yalah..." lalu Datin Sri Roslia terus bangun dari sofa dan menuju ke ruang makan.

Dia ternampak Aizad dan Layla sedang bersantai di tepi kolam. Lalu dia mula mengambil kesempatan untuk mendekati Aizad dengan lebih rapat.

"Ehem... Ehem..." Irisa berdehem lalu mereka menoleh apabila mereka disapa oleh Irisa.

"Boleh Irisa join dengan korang?" pinta Irisa sambil senyum lebar.

"Boleh."

Aizad pula hanya berdiam sahaja. Tidak mahu berkata apa-apa. Inilah masanya untuk dia mahu memiliki hati Aizad.

"Kejap ye bang, kejap je. Nanti Ayla datang balik."

"Jangan lama sangat tau Ayla."

"Yeye Ayla tahu."

Lalu Layla meninggalkan Aizad di balkoni kolam. Irisa pula mahu mengambil kesempatan untuk mendekati Aizad. Aizad berasa terkejut apabila tangannya disentuh oleh Irisa, lalu dia terus bangun.

"Hei apa ni? Pegang tangan abang ni? Jangan sentuh abang boleh tak?" marah Aizad.

"Abang Aizad." panggil Irisa manja.

"Irisa nak apa sebenarnya ni?" tanya Aizad hairan.

"Irisa sebenarnya nak bagitahu sesuatu kat abang."

"Apa dia? Cakap la."

"Irisa cintakan abang. Irisa suka abang. Dari dulu lagi Irisa memang dah lama suka dan cintakan abang." ucap Irisa sambil menoleh ke arah wajah Aizad di sebelahnya.

"Irisa cakap apa ni? Abang tak faham." jawab Aizad pura-pura tidak faham dengan kata-kata Irisa.

"Abang ni memang tak faham ke saja buat-buat tak faham?"

"Tak... Abang betul-betul tak faham apa yang Irisa cakap tadi."

"Sampai hati abang kan, abang tahukan Irisa dah lama sukakan abang sejak Irisa first time kenal abang. Tapi abang tak ada perasaan sikit pun nak jumpa ke, nak berborak ke." ujar Irisa.

"Irisa, dengar sini abang nak cakap, abang tahu Irisa memang dah lama sukakan abang dari dulu lagi. Tapi Irisa tahukan abang tak pernah ada hati kat Irisa. Jujur abang cakap, abang tak cintakan Irisa. Abang cintakan Layla seorang." ujar Aizad.

Kata-kata Aizad itu telah membuatkan kedua-dua mata Irisa mula mengalir ke pipi. Dia berasa sangat kecewa kerana Aizad tidak menerima cinta darinya.

"Sampai hati abang ek, sanggup abang pilih perempuan tu daripada Irisa. Apa kurangnya Irisa, bang? Kenapa abang kahwin dengan perempuan tu? Kenapa abang tak pilih Irisa jadi isteri abang?" ucap Irisa sambil menangis.

"Irisa... Abang tak kahwin dengan Irisa sebab abang tak ada hati kat Irisa."

"Tapi Irisa ada hati kat abang. Irisa cintakan abang. Irisa nak kahwin dengan abang."

Kata-kata Irisa itu telah membuatkan dia berasa terkejut dengan wanita itu. Apakah benar Irisa masih ada hati lagi padanya, sedangkan dia dan Layla baru saja berkahwin. Tetapi Irisa tetap menyukai dan mencintai Aizad sepenuhnya.

"Irisa! Jangan nak buat gila boleh tak! Apa Irisa cakap ni? Hah? Irisa nak abang kahwin dengan Irisa?"

"Ye! Irisa nak kahwin dengan abang! Boleh kan?"

Aizad hanya berdiam sahaja, tidak tahu mahu berkata apa lagi pada Irisa. Mengapa Irisa mahu berkahwin dengannya, sedangkan hatinya tidak pernah mencintai wanita itu?

"Tak! Abang takkan kahwin dengan Irisa! Irisa bukan untuk abang! Abang bukan untuk Irisa!"

Aizad terus pergi meninggalkan Irisa di situ. Tetapi dia masih cuba untuk bertenang apa yang terjadi tadi. Tidak lama kemudian, muncul semula kelibat Layla.

"Abang..." panggil Layla.

"Kenapa ni bang?" tanya Layla hairan apabila melihat wajah suaminya seperti naik angin.

"Tak ada apa-apa."

"Abang bergaduh dengan Irisa ke?" tanya Layla lagi. Dia mahu tahu apakah benar Aizad dan Irisa sedang bergaduh.

"Tak. Mana ada. Abang tak gaduh dengan dia pun, dia tu je susah nak faham." ujar Aizad. Layla hanya faham sahaja.

Sungguh dia tidak faham mengapa begitu sekali tingkah laku sepupunya itu? Adakah benar Irisa masih mencintainya?

"Abang lapar la sayang. Jom makan."

"Tak apa la bang, abang pergi je la makan. Ayla nak sembang kejap dengan Irisa."

"Okey..." lalu Aizad meninggalkan Layla di ruang tamu.

"Assalamualaikum Irisa." ucap Layla. Irisa menoleh ke arah wajah Layla dengan wajahnya yang begitu kecewa.

"Waalaikumsalam." jawab Irisa acuh tak acuh.

Layla duduk di atas sofa, di sebelah Irisa. Irisa hanya membiarkan saja Layla mendekatinya.

"Boleh tak Ayla nak berkenalan dengan Irisa? Sebab Ayla tak pernah kenal Irisa lagi kan?" ujar Layla sambil memandang wajah Irisa di sebelahnya.

Irisa hanya berdiam sahaja, tidak mahu bercakap langsung dengan Layla.

"Nama saya Layla Adilya, panggil Ayla je." ujar Layla sambil menghulurkan tangannya ke arah Irisa.

"Irisa..." itu saja dia mampu menyebut namanya. Tetapi tangan Layla tidak bersalam dengan Irisa, seolah-olah merasakan tangannya seperti menjijikkan.

Dia tahu wanita itu sangat tidak sukakannya. Tetapi dia cuba berbual dengan Irisa secara hormat-menghormati.

"Irisa sekarang umur berapa? Kalau Ayla, Ayla sekarang dah umur 27 tahun."

"29." Layla hanya faham sahaja.

"Irisa dah kahwin ke belum? Ke Irisa bujang lagi?" tanya Layla. Irisa berdiam lagi.

"Belum." Layla angguk lagi.

"Layla, saya nak cakap sikit boleh?" Irisa terus menoleh ke arah wajah Layla di sebelahnya.

"Boleh, cakap la. Apa dia?" Layla sudah bersedia untuk mendengarnya.

"Layla tahukan saya ni dah lama sukakan abang Aizad dari dulu lagi. Saya cintakan dia. Saya cuma nak minta satu je daripada Layla." ucap Irisa.

Layla mendengar, sedikit hairan dengan kata-kata Irisa. Apakah niat Irisa sebenarnya?

"Apa dia Irisa?" tanyanya lagi.

"Saya nak kahwin dengan dia." jawab Irisa.

Kata-kata Irisa itu telah membuatkan kedua-dua matanya terbeliak dan berasa terkejut dengan wanita itu. Adakah benar niat Irisa untuk memisahkan antara Aizad dan Layla? Mengapa begitu sekali kata-kata wanita itu? Adakah Aizad rela melepaskan Layla dengan begitu saja? Tidak mungkin Aizad akan melepaskan Layla dengan begitu saja, kerana mereka baru saja melangsungkan perkahwinan.

"Kenapa awak nak kahwin dengan dia? Kenapa awak cintakan dia? Awak tahukan Aizad tu suami saya yang sah! Dan saya isteri Aizad Danisy! Awak tak boleh buat macam ni! Awak tu hanya sepupu dia je! Tak layak dapat cinta dari Aizad tu!" marah Irisa dengan nada yang sederhana.

"Tapi tolonglah Layla, saya merayu sangat dekat awak. Tolonglah!" rayu Irisa sambil menangis.

"Tak! Saya takkan benarkan dia kahwin dengan awak! Takkan sesekali!" Layla terus meninggalkan Irisa di situ tanpa berkata apa-apa.

"Tak apa! Kau cabar aku ye! Okey aku akan pastikan dia akan lepaskan kau satu hari nanti! Kau tunggu la kau perempuan!" gumam Irisa.

Nampaknya Irisa tidak boleh berkata apa lagi kerana Layla berkeras tidak akan membenarkan wanita itu berkahwin dengan Aizad. Sekarang barulah dia sedar dan faham, mengapa Aizad tidak mencintai Irisa, sedangkan lelaki itu tidak pernah ada hati pada Irisa. Mengapa Aizad memilihnya jadikan isteri? Mengapa?

Malam itu, di dalam bilik, Irisa menangis sendirian kerana Aizad tidak mencintainya. Datin Sri Roslia pula hairan apabila mendengar suara anak perempuannya sering menangis sendirian di dalam bilik. Datin Sri Roslia tidak tahu bagaimana mahu memujuk anak perempuannya yang sedang menangis sendirian di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience