CSAH - BAB 37: Melawat Pejabat

Romance Series 9089

KETIKA Dato Hashimi hendak bersiap untuk pergi melawat pejabat anaknya, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu biliknya, lalu muncul wajah isterinya, Datin Azimah di muka pintu bilik.

"Aik bang, abang siap-siap ni nak pergi mana? Bukan main lawa lagi baju abang." ujar Datin Azimah hairan apabila melihat suaminya sudah berpakaian seperti mahu keluar.

"Abang nak pergi lawat office Aizad, abang rasa dah lama abang tak pergi office tu." jawab Dato Hashimi, lalu mengambil minyak wangi ditekan dan menyembur ke seluruh bajunya.

"Mmmmmm... Cepat la turun, sarapan dah siap dah tu."

"Okey okey, kejap lagi abang turun."

Pintu bilik terus ditutup lalu dia menuruni dan menuju ke ruang makan.

"Mah, mana Shimi? Dia tak turun lagi ke?" tanya umi setelah dia duduk di atas kerusi makan.

"Kejap lagi dia turun la umi." kata Datin Azimah lalu duduk di atas kerusi makan dan mula menjamu selera bersama umi.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Dato Hashimi.

"Aik Shimi, nak pergi mana pulak ni?" tanya umi apabila melihat menantunya sudah berpakaian mahu keluar.

"Nak pergi office Aizad jap, dah lama Mi tak pergi office tu."

"Kalau macam tu, mari la sarapan dulu bang. Dah sejuk dah makanan ni."

Lalu Dato Hashimi duduk dan menjamu sarapan pagi itu bersama isteri dan ibu mertuanya. Selesai dia sudah menjamu sarapan pagi, dia terus bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari pintu rumah.

"Pak Ayub, hantarkan saya ke office." arahnya sambil melihat Pak Ayub sedang mengisap rokok.

"Baik Dato."

Setelah enjin kereta dihidupkan, dia terus membawa Dato Hashimi menuju ke pejabat.

Sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat, Pak Ayub bertanya kepada Dato Hashimi, sambil dia memandu.

"Dato, saya nak tanya sikit boleh tak?"

"Boleh, tanya la. Apa dia?"

"Dato bersara tahun berapa?" tanya Pak Ayub.

"Dalam tahun 2014 macam tu la saya pencen, kenapa Pak Ayub?" tanya Dato Hashimi pula.

"Tak ada apa la Dato, saya saja tanya, yalah dah lama Dato tak pergi tengok office kan?" ujar Pak Ayub. Dato Hashimi sekadar angguk faham sahaja.

Sebaik sampai di pejabat, Dato Hashimi terus melangkah turun dari kereta vellfire, lalu dia berjalan masuk ke dalam lobi pejabat.

"Eh Dato Hashimi kan?" tanya Amalia mula teringat akan wajah lelaki tua yang berumur 66 tahun.

Dato Hashimi angguk sambil senyum.

"Dato, sila tulis di sini ye. Nama, nombor telefon dan alamat rumah."

Dato Hashimi segera menulis di dalam buku pelawat itu. Selesai dia sudah menulis, dia terus membawa Dato Hashimi menuju ke tempat pekerja, lalu pintu lif dibuka dan lif menaiki ke tingkat empat. Sebaik tiba di tingkat empat, pintu lif dibuka lalu mereka melangkah keluar dari perut lif dan mereka masuk ke dalam pejabat.

"Eh Dato Hashimi datang la!" ucap salah seorang pekerja di situ, apabila muncul kelibat Dato Hashimi dan Amalia.

Semua pekerja di situ hanya memandang sahaja kelibat Dato Hashimi dan Amalia.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang.

"Come in." lalu pintu biliknya dibuka, muncul wajah Amalia dan Dato Hashimi.

Sebaik dia mengangkat mukanya, terlihat muncul wajah bapanya di situ.

"Eh papa? Papa buat apa datang office Zad ni?" tanya Aizad hairan, lalu dia bangun dan menuju ke arah bapanya.

Dato Hashimi terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabat anaknya. Manakala Amalia pula terus menutup pintu bilik dan berlalu pergi.

"Ada apa papa datang office Zad ni?" tanya Aizad setelah dia bersalam dengan bapanya.

"Saja papa nak tengok suasana dalam office ni, yalah maklum la papa kan dah tak kerja sekarang. Papa dah tua." jawab Dato Hashimi sambil dia memandang sekeliling bilik pejabat anaknya.

Bilik pejabat anaknya tidak pernah berubah apa-apa, sama sahaja seperti dia pernah bekerja di dalam pejabat itu, semasa dia berumur 46 tahun dahulu. Sejak dia bersara selama enam tahun, dia merasakan dia seperti dia sedang bekerja di dalam pejabat itu. Namun, dia kini tidak lagi mahu bekerja dan sehinggalah dia membuat keputusan untuk bersara kerana dia sudah meningkat ke tua.

"Jom pa, Zad kenalkan semua staff."

Aizad membawa Dato Hashimi keluar dari biliknya lalu membuat pengumuman di situ.

"Okey semua!"

Semua pekerja di situ terus bangun lalu menuju ke arah kelibat Aizad dan Dato Hashimi.

"Assalamualaikum semua." ucap Dato Hashimi kepada semua bekas pekerjanya di situ.

"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak.

"Semua mesti dah kenal saya kan?"

Mereka angguk serentak.

"Kami kenal sangat la Dato, Dato Hashimi ni dah la baik, peramah, pemurah, periang dan sebagainya." ucap salah seorang pekerja wanita itu yang bernama Farihah.

"Dah lama kami tak nampak Dato, lepas Dato pencen, suasana office ni macam sunyi-sepi je. Bila encik Aizad masuk sini, dia jadi bos di sini." jawab pekerja yang lain pula.

Mereka angguk setuju dengan kata-kata pekerja itu.

"Walaupun saya dah lama kerja kat sini selama enam tahun saya bekerja, saya terpaksa bersara sebab saya dah tak larat. Jadi saya berikan syarikat ni kepada anak saya Aizad Danisy dan saya lantik dia jadi bos."

Mereka melihat, hanya sekadar mendengar sahaja perbicaraan Dato Hashimi.

"Terima kasih pa, sebab papa berikan syarikat ni kat Zad. Tapi Zad beruntung sangat pa sebab papa lantik Zad jadi pengarah syarikat ni." ucap Aizad.

"Sama-sama nak, papa harap Zad buat yang terbaik."

Aizad angguk lalu memeluk tubuh bapanya dengan erat. Lalu pekerja di situ mula bertepuk tangan secara serentak. Pelukan dilepaskan.

"Okey kalau macam tu, saya nak balik dulu."

Sebelum dia pulang, pekerja mahu bersalam tangan Dato Hashimi. Setelah bersalam, kelibat Dato Hashimi terus pergi. Mereka terus menuju ke tempat masing-masing dan menyambung kerja semula.

Pukul 7.30 malam, dia segera meninggalkan kawasan pejabatnya yang sudah kelihatan sunyi-sepi. Lalu dia terus pulang ke rumah.

"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia membuka pintu bilik dan melangkah masuk.

"Waalaikumsalam." jawab isterinya, Layla yang baru saja selesai dia sudah mandi.

"Lambat betul bang balik, selalunya abang balik sebelum maghrib." ujar Layla sambil mengelap rambutnya yang basah.

"Sorry la sayang, tadi papa datang office abang. Tu yang abang saja nak buat pengumuman sikit." jawab Aizad lalu membuka tali leher di kolar baju kemejanya.

"Oh yeke?"

"Jom la abang, kita solat maghrib."

"Okey jom, abang nak mandi dulu."

"Okey."

Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu isyak, lalu mereka bersalam setelah membaca doa selepas solat.

Tiba-tiba dia merasakan perutnya sudah berbunyi.

"Kenapa abang?" tanya Layla hairan melihat wajah suaminya itu.

"Abang lapar la sayang." jawab Aizad sambil memegang perutnya itu.

"Lapar? Tadi kat office abang tak makan ke?" tanya Layla lagi.

"Tak, tadi kan papa datang office abang."

"Hah lepas tu?"

"Abang tak sempat nak makan tadi."

"Mmm... Ayla dah siap masak lauk kat meja. Nanti abang makan la ye."

"Lauk apa Ayla masak?"

"Lauk favorite abang la."

"Yeke. Abang nak pergi makan jap tau, nanti abang datang balik."

Layla angguk lalu Aizad bangun dan keluar dari bilik, menuruni ke meja makan dan membuka tudung saji, terlihat ada lauk kegemarannya. Dia terus mengambil nasi putih lalu duduk dan membaca doa, lalu dia mula menjamu selera. Selesai dia sudah makan, dia terus bangun lalu menuju ke dapur dan membasuh pinggannya. Selesai dia sudah membasuh pinggannya, dia menaiki semula ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience