CSAH - BAB 26: Rumah Sendiri

Romance Series 9089

SELAMA Layla berpantang di rumah keluarganya, kini anak mereka iaitu Zayad sudah masuk 4 bulan. Layla pula masih belum sembuh sepenuhnya kerana dia sedang dalam berpantang. Manakala suaminya Aizad pergi keluar sebentar, sekejap lagi dia akan pulang. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu biliknya lalu muncul wajah adiknya iaitu Taniya.

Dia menoleh lalu senyum ke arah mereka bertiga itu. Lalu mereka masuk dan Taniya duduk di tepi kakaknya.

"Kak, mari makan. Adik suapkan untuk akak ye."

"Tak apa la adik, akak boleh makan sendiri. Tak payah nak suap akak." jawab Layla lalu mengambil dulang bersama sepinggan nasi putih serta sudu dan garfu, lauk sup sayur, ikan goreng dan secawan air suam.

Setelah dia membasuh tangan di dalam mangkuk berisi air paip, lalu dia membaca doa makan. Selesai sudah dia membaca doa makan, dia mula menjamu selera.

"Zayad tu dah berapa bulan?" tanya Taniya.

"Dah masuk 4 bulan." jawab Layla sambil mengunyah nasi bersama sayur dan ikan goreng di dalam mulutnya.

Taniya hanya faham dengan kata-kata Layla.

"Mana abang Aizad, kak?" tanya Taniya apabila dia tidak nampak kelibat abang iparnya itu.

"Dia keluar tadi."

"Keluar? Dia pergi mana?"

"Entah, dia cakap kat akak, dia nak keluar kejap katanya."

"Laa akak tak tanya ke pergi mana?"

"Tak."

"Mmm akak ni, lain kali tanya la abang Aizad tu."

"Dia tak cakap kat akak pun, nak pergi mana."

Selesai sudah dia makan, Taniya bangun dan mengambil dulang itu lalu keluar dari bilik sambil menutup pintu bilik kakaknya.

Tidak lama kemudian, muncul wajah suaminya di muka pintu.

"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia membuka pintu.

"Waalaikumsalam." jawab Layla sambil mendodoikan Zayad itu.

"Eh, anak ayah dah bangun rupanya." ujar Aizad lalu melabuhkan punggungnya di atas katil di sebelah isterinya yang sedang mendodoikan Zayad.

Lalu Aizad pula mendodoikan Zayad itu sambil bernyanyi.

"Abang pergi mana tadi? Lama Ayla tunggu abang balik."

"Abang pergi cari rumah kat taman." jawab Aizad.

"Abang dah beli rumah ke?" tanya Layla ingin tahu.

"Ha'ah abang dah beli dah rumah tu, rumah teres dua tingkat." beritahu Aizad.

"Rumah tu tak ada orang duduk lagi kat situ sebab baru siap dan dijual, jadi abang beli la rumah tu."

Layla sangat faham dengan kata-kata suaminya.

"Nanti kalau sayang betul-betul dah sihat, kita boleh la duduk rumah tu."

Layla angguk sambil senyum. Aizad turut senyum juga.

SETELAH dua minggu Layla berpantang, kini dia sudah sembuh sepenuhnya. Dia dan Aizad sedang bersiap untuk pulang.

"Eh, nak balik dah ke?" tanya Mak Nani apabila melihat kedua-dua beg yang sedang dibawa oleh menantunya menuju ke ruang tamu.

"Ha'ah mak, kitaorang nak balik dah ni."

"Mm yalah yalah, baik-baik ye." pesan Mak Nani lalu mereka bersalam tangannya lalu bersalam dengan adik-beradik Layla pula.

"Baik mak."

"Lagi satu, jaga cucu mak tu elok-elok ya. Kalau ada apa-apa telefon la mak ye."

"Insya-Allah mak." jawabnya sambil menuju ke tangga luar rumah.

"Nanti kalau ada masa, kami datang la tengok kamu ye." jawab Pak Musa pula.

"Akak jaga diri baik-baik tau."

"Insya-Allah adik, adik pun jaga diri baik-baik jugak tau. Kalau adik rindu kat Zayad, adik call akak ye."

"Baik kak." jawabnya lalu mencium pipi Zayad. Lalu Nazrol dan Hafizi pun mencium juga Zayad bagi melepaskan rindu.

"Kami pergi dulu ye, assalamualaikum." ucapnya setelah memasukkan beg ke dalam bonet belakang keretanya, lalu dia terus masuk ke dalam perut kereta.

"Waalaikumsalam." jawab mereka hampir serentak.

Lalu kereta yang dipandu Aizad tadi terus pergi dan hilang dari pandangan mereka.

Setelah 45 minit perjalanan ke Taman Bukit Mutiara, kini mereka telah sampai di Taman Bukit Mutiara. Apabila pagar buka dengan sendirinya, kereta terus masuk ke dalam perkarangan rumah.

Dia melihat isterinya masih tertidur lalu dia mengejutkan isterinya.

"Sayang... Sayang... Bangun, kita dah sampai dah ni." kejutnya setelah dia membuka tali keledar.

Sebaik kedua-dua matanya dibuka, tiba-tiba dia merasakan dia seperti berada di tempat lain.

"Kita kat mana ni bang?" tanya Layla hairan sambil menggosok-gosok matanya.

"Kita dah sampai kat rumah ni."

"Rumah? Rumah mana ni bang?"

"Rumah teres la yang abang beli tu."

"Rumah teres?" dia terus menoleh ke arah wajah suaminya.

"Yalah, kenapa tak percaya?"

"Bukan tak percaya, tapi rasa macam kita ni kat tempat lain."

"Ish jangan fikir bukan-bukan la sayang."

"Mana la tahu, kot kita kat tempat lain."

"Tak ada la sayang, kita dah sampai kat rumah kita ni ha." beritahu Aizad.

Lalu mereka terus melangkah turun dari perut kereta lalu Aizad mengambil beg dari dalam bonet belakang keretanya lalu ditutup semula.

"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah itu, kelihatan rumah itu sungguh cantik dan kemas. Sungguh sedap mata memandang sekeliling rumah itu. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu. Sungguh selesa sofa itu.

Di depan matanya pula ada sebesar televisyen yang berjenama Haier serta juga ultra astro.

"Macam mana sayang? Cantik tak rumah ni?"

"Cantik... Pandai abang beli rumah ni." jawab Layla.

"Mulai sekarang dan mulai harini, ni la rumah kita." ujar Aizad lalu duduk di sebelah isterinya.

"Terima kasih bang."

"Sama-sama."

"Jom kita naik atas."

"Jom." lalu mereka bangun dari sofa dan menaiki tangga menuju ke bilik.

Sebaik Aizad membuka pintu bilik, kelihatan bilik itu sangat luas dan cantik. Setelah dia melangkah masuk, matanya tidak habis memandang sekeliling bilik itu.

Aizad pula hanya meletakkan beg itu di tepi pintu.

"Cantik la bilik ni bang, Ayla suka sangat bilik ni." ujarnya lalu duduk di atas katil itu.

Tiba-tiba anak mereka, Zayad tersedar dari tidurnya lalu dia merengek.

"Eh, anak ibu dah bangun." ucapnya lalu mendukung Zayad.

"Sayang... Lepas asar ni kita beli barang untuk anak kita. Sekarang ni kita rehat dulu, tidur lepas tu kita keluar ye."

Layla angguk sambil senyum.

Setelah lama mereka berehat dan tidur, Layla tiba-tiba tersedar dari tidurnya lalu dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 3.40 petang. Alamak! Dia hampir terlewat solat fardu zuhur, lalu dia terus bangun dan mencari tualanya lalu menuju ke bilik air.

Selesai sudah dia mandi, dia terus mengelap tubuhnya yang basah lalu dia mengambil dan memakai telekung, sejadah pula di hampar di atas lantai. Selesai sudah dia mengerjakan solat fardu zuhur, dia melihat suami dan anaknya masih lagi tidur lalu dia melipat sejadah dan telekungnya.

Selepas itu, dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu lalu dia duduk sambil mencapai alat kawalan televisyen dan ultra astro dan kedua-dua itu dibuka.

Sebaik dia mahu bangun dari tidurnya, isteri di sebelahnya sudah tiada. Lalu dia bangun dan menuruni, kelihatan isterinya sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Laa sayang tengok tv ke?" tanya Aizad sambil menggosok-gosok kedua-dua matanya.

"Eh, abang dah bangun?" tanyanya apabila melihat suaminya baru saja bangun.

"Sayang tengok cerita apa tu?" tanya Aizad lalu melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"Tengok cerita movie english." jawabnya sambil matanya fokus pada skrin televisyen di depannya.

Aizad hanya faham sahaja dengan kata-kata isterinya.

"Abang, Yad dah bangun ke belum?"

"Belum. Tak bangun lagi tu, sayang dah solat ke belum?"

"Dah bang, baru je tadi."

"Yeke? Tak apa la abang nak solat dulu jap."

"Okey..." lalu dia bangun dan menaiki semula menuju ke bilik.

Pada jam pukul 4.44 petang, selepas sahaja mereka mengerjakan solat fardu asar, mereka terus bersiap untuk membeli barang anak mereka.

Sampai sahaja di kedai menjual barangan bayi, mereka terus melangkah turun dari perut kereta lalu Aizad menekan butang kunci keretanya. Setelah keretanya dikunci, mereka berjalan masuk ke dalam kedai itu lalu mereka mula membeli.

Selesai sudah mereka membeli dan membayar, mereka terus keluar dari kedai itu lalu mereka tiba-tiba perut mereka berbunyi lalu mereka terus mencari restoran untuk mengisi perut mereka.

Sampai di restoran Haji Kassim, mereka terus masuk dan memesan. Setelah mereka memesan makanan dan minuman, mereka hanya menunggu sahaja. Beberapa minit kemudian, makanan dan minuman yang mereka pesan tadi, sudah sampai lalu mereka membaca doa dan mereka mula menjamu selera. Selesai mereka sudah makan, mereka terus bangun lalu Aizad membayar. Setelah membayar, mereka terus keluar dari restoran itu lalu mereka terus pulang.

Malam itu, selesai sahaja mereka mengerjakan solat fardu maghrib, mereka terus duduk di atas katil sambil menemani Zayad yang sedang bermain.

Tiba-tiba kepalanya mula teringat kepada rakannya iaitu Atia. Lalu dia membuka telefonnya dan menekan nombor telefon rakannya.

"Assalamualaikum Tia." ucapnya di dalam panggilan.

"Waalaikumsalam Ayla, ada apa kau telefon aku malam-malam ni?" tanya Atia hairan, setelah dia menjawab panggilan itu.

"Tak ada apa la, saja telefon kau sebab aku nak sembang." jawab Layla.

"Mm kau apa khabar Ayla? Sihat ke?"

"Alhamdulillah baik, aku sihat aje ni ha."

"Alhamdulillah... Aku nak tanya kau sikit boleh tak?"

"Kau nak tanya apa kat aku?" tanyanya dengan wajahnya tidak sabar mahu mendengar pertanyaan apakah yang diberi oleh rakannya itu.

"Kau dah ada anak ke?" tanya Atia, telah membuatkan dia berasa terkejut dengan pertanyaan rakannya itu.

Dia menoleh sekejap ke arah suaminya yang sedang bermain dengan anaknya lalu dia menyambung perbicaraannya.

"Kenapa kau tanya aku macam tu?" tanya Layla pula.

"Tak ada la, aku bukannya nak masuk campur hal rumah tangga korang. Yalah korang kan dah 4 tahun berkahwin, mesti korang tak ada anak lagi kan?" ujar Atia.

Kata-kata rakannya itu seolah-olah mengatakan yang Layla ini sebenarnya mandul. Tetapi Layla tidak mandul, dia mampu memberi zuriat kepada suami, keluarganya dan keluarga mertuanya.

"Aku sebenarnya dah ada anak dah." beritahunya.

"Hah betul ke ni wei? Aku tak salah dengar kan?"

"Betul wei."

"Ya Allah! Tak sangka betul aku! Congrats Ayla! Kau dapat anak lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"Alhamdulillah wei..." ucapnya sambil mengaminkan doanya.

Dia benar-benar tidak sangka Layla dan Aizad kini sudah dikurniakan anak lelaki yang bernama Zayad Arfan.

"Boleh tak esok aku nak datang rumah kau?" pinta Atia.

"Boleh, datang la."

"Boleh?"

"Ye boleh."

"Okey bye assalamualaikum."

"Bye waalaikumsalam." lalu panggilan ditamatkan.

"Ayla sembang dengan siapa tu?" tanya Aizad ingin tahu.

"Kawan Ayla."

"Kawan Ayla? Lelaki ke perempuan?"

"Ish abang ni, mana ada. Mesti la kawan Ayla tu perempuan."

"Oh... Ingatkan lelaki."

"Kalau lelaki pun, apa masalahnya abang?"

"Yalah mana la tahu, kot dia saja nak ambik kesempatan untuk pisahkan kita ni ha. Macam Irisa si penyondol tu."

Ya. Dia sungguh benci gadis penyondol yang bernama Irisa, sengaja mahu mengambil kesempatan untuk memisahkan mereka.

"Oh macam tu pulak ek."

"Eh mesti la, kalau abang dapat jumpa dia. Memang penumbuk ni yang dia dapat tau." ujarnya sambil menggenggam tangannya dengan kuat. Layla menggeleng-gelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience