CSAH - BAB 40: Tak Sihat

Romance Series 9089

SEJAK dari hari itu lagi Layla asyik berdiam sahaja tidak mengeluarkan pepatah apa pun. Aizad berasa hairan apabila melihat isterinya masih lagi tertidur di atas katil biliknya. Lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya sambil dia memeriksa dahi Layla. Panas sungguh! Benarkah Layla demam panas?

"Eh, panasnya! Demam ke dia ni?" bisik Aizad sendirian.

Kedua-dua mata Layla dibuka perlahan-lahan lalu muncul wajah suaminya di hadapannya.

"Abang..."

"Eh, sayang dah bangun rupanya." Aizad cuba mengusap wajah isterinya. Terasa wajah Layla agak panas sedikit.

Kelihatan Layla berasa sangat tidak larat untuk bangun. Dia mula merasakan tubuhnya seperti lemah sahaja.

"Eh, sayang jangan bangun. Sayang tengah demam ni." beritahu Aizad.

Lalu kepala Layla dibaring di atas bantal empuk itu. Aizad terus bangun dan keluar lalu mengambil satu helai kain putih bersama satu besen yang berisi ais, lalu kain yang berisi ais dan diletakkan di atas dahi Layla yang panas itu.

"Patut la abang tengok sayang ni macam tak ada suara je nak cakap dengan abang. Rupanya sayang demam." ujar Aizad apabila melihat wajah isterinya yang sedang diserang demam panas.

Tiba-tiba muncul kelibat Zayad di muka pintu bilik mereka.

"Ayah, kenapa dengan ibu?" tanya Zayad hairan apabila melihat wajah ibunya itu.

"Ibu demam."

"Ibu demam?"

Aizad angguk.

"Sayang nak makan apa-apa ke? Boleh la abang beli bubur untuk sayang."

"Ayla tak ada selera la bang." ucap Layla dengan suaranya agak lemah.

"Mmmmmm tak apa la, abang nak pergi beli ubat kejap tau. Yad jaga ibu okey."

"Okey ayah." jawab Zayad sambil senyum.

Lalu Aizad segera melangkah keluar dari bilik lalu keluar untuk membeli ubat-ubatan. Sampai sahaja dia di farmasi, dia melangkah masuk dan mengambil beberapa jenis ubat di situ lalu membuat bayaran. Selesai dia sudah membayar, dia mengambil plastik berisi ubat yang dibelinya, lalu dia segera pulang ke rumah.

Malam itu, selesai sahaja Aizad menunaikan solat fardu maghrib, dia mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada Allah SWT.

"Ya Allah Ya Tuhanku! Sembuhkanlah isteriku Layla Adilya supaya dia boleh berjalan seperti biasa. Aku mohon padamu ya Allah! Sembuhkanlah isteriku Layla Adilya. Amin..." lalu kedua-dua tangannya mengaminkan doa.

Aizad bangun dan melipat sejadah, lalu duduk di sebelah isterinya, sambil dia mengusap kepala Layla. Terlihat wajah Layla sedang tidur lena.

"Kesiannya Ayla, abang ada di sini sayang. Abang akan jaga sayang sampai sayang sembuh." ucap Aizad.

Tidak lama kemudian, dia turut tertidur juga.

BEBERAPA hari kemudian, Layla masih belum sembuh sepenuhnya kerana dahinya terasa panas lagi. Dia mula membuat keputusan untuk membawa Layla ke Hospital Selayang. Tiba-tiba muncul kelibat keluarga Aizad iaitu Datin Azimah, Dato Hashimi dan tok mommy datang untuk melawat Layla apabila Aizad memberitahu kepada mereka yang Layla sedang diserang demam panas sejak hari itu. Selepas diberitahu yang Layla demam, mereka membuat keputusan untuk melawat Layla.

"Zad, Layla macam mana?" tanya Datin Azimah ingin tahu.

"Dia demam panas, mama." beritahu Aizad.

"Macam mana Layla boleh demam, Zad?" tanya Dato Hashimi pula.

"Zad tak tahu la mama papa, tiba-tiba je dia demam, badan pula lemah tak larat nak bangun. Terpaksa la Zad bawak dia ke sini."

"Ya Allah sembuhkanlah menantu aku ya Allah!" pinta Datin Azimah. Dia berharap menantunya akan sembuh tidak lama lagi.

"Mah... Sabar Mah..."

Tok mommy cuba menenangkan anak perempuannya yang kerisauan itu lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat jururawat sebaik selesai dia merawat Layla.

"Nurse, isteri saya macam mana?" tanya Aizad ingin tahu. Datin Azimah dan tok mommy turut bangun juga.

"Puan Layla agak teruk jugak ye demam, suhunya 46 darjah celcius. Saya harap encik dan keluarga encik dapat bersabar ye dengan dugaan ni." beritahu jururawat itu kepada mereka.

Mereka berasa sangat terkejut apabila mendengar kata-kata jururawat itu. Sungguh tidak sangka, Layla benar-benar sangat teruk sehingga suhu demam turut menaiki. Mereka hanya berasa sangat sedih.

"Ya Allah..."

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu ye." jururawat itu segera berlalu pergi meninggalkan mereka.

Sebaik mereka melangkah masuk ke dalam wad, kelihatan tubuh Layla terbaring di atas katil pesakit. Mereka hanya melihat Layla dengan perasaan bimbang.

"Ya Allah risau betul hati mama bila Zad bagitahu mama yang Layla terkena demam panas." ucap Datin Azimah sambil menangis apabila melihat menantunya itu.

Kelihatan wajah Layla sedang memakai alat pernafasan pada hidung dan mulutnya. Tangannya pula sudah dicucuk oleh jarum.

"Sabar la Mah... Abang tahu Mah risau sangat dekat menantu awak ni. Kita boleh doakan untuk menantu kita. Supaya dia boleh sembuh." ucap Dato Hashimi pula, sambil dia mengusap kedua-dua bahu isterinya. Tetapi Datin Azimah tetap bimbang juga melihat menantunya itu.

Aizad segera menggenggam tangan Layla lalu mencium lembut tangan Layla.

"Sayang... Abang ada, abang janji abang takkan tinggalkan sayang. Abang nak jaga sayang sampai sayang sembuh."

Kedengaran nafas Layla yang agak sedikit tersekat. Dia cuba mengusap rambut Layla yang sedikit kusam.

Tiba-tiba dia perasan apabila melihat mata Layla sedikit berair. Dia terfikir adakah benar Layla sedang menangis dalam hati? Ataupun Layla sedang terfikirkan sesuatu?

Setelah lama mereka di situ, tiba-tiba jam di situ sudah menunjukkan pukul 6.10 petang.

"Zad, mama rasa mama, papa dengan tok nak balik dulu la ya." Aizad angguk.

"Zad tak nak balik sekali ke?" tanya tok mommy pula.

"Tak apa la, Zad nak tidur sini." jawab Aizad.

"Okey la kalau macam tu, kami balik dulu ya, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Lalu kelibat keluarganya sudah hilang dari pandangannya.

KEESOKAN harinya, Layla masih lagi tidak sedarkan diri. Aizad pula tertidur sehingga dia terjaga dari tidurnya apabila jururawat itu mengejutkannya.

"Encik.. Bangun encik.."

Aizad segera membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang jururawat itu.

"Encik sila keluar sekejap ye, saya nak check pesakit ni dulu."

Aizad angguk lalu bangun dan melangkah keluar. Dia melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Dia memegang perutnya yang berbunyi itu.

"Lapar la pulak.."

Dia segera berjalan melangkah menuju ke kantin yang berdekatan Hospital Selayang. Setelah dia melayan diri dan mula menjamu sarapan pagi. Selesai dia sudah menjamu sarapan pagi, dia mula mengambil satu bekas plastik lalu membungkus makanan untuk isterinya. Selesai sahaja dia sudah membayar, dia segera meninggalkan kantin lalu menuju ke wad semula.

Setelah lamanya dia tidak sedarkan diri, dia mula membuka matanya perlahan lalu memandang sekeliling di wad itu. Di wad itu muncul jururawat di sebelahnya yang sedang memeriksa suhu badannya.

"Nurse..."

"Alhamdulillah puan dah sedar akhirnya." ucap jururawat sambil senyum manis.

"Saya kat mana ni?"

"Puan kat hospital." beritahu jururawat itu.

"Saya kat hospital?" tanyanya hairan.

"Ya puan... Puan demam teruk tadi. Sebab tu suami puan bawak puan ke sini." ujar jururawat itu.

Bagaimana dia boleh berada di wad situ? Siapakah yang membawanya ke hospital? Dia syak pasti Aizad yang membawanya ke sini kerana demamnya sangat teruk.

"Puan rehat la banyak-banyak ya, saya nak bagitahu puan punya demam dah turun sikit. Nanti bila puan dah nak sembuh, saya akan tanya doktor. Buat masa sekarang ni, puan kena rehat dulu ya." pesan jururawat itu. Layla angguk faham dengan kata-kata jururawat itu.

"Baik, terima kasih nurse." ucap Layla.

"Sama-sama..."

Tiba-tiba muncul wajah Aizad di muka pintu wad.

"Eh, sayang dah sedar la!"

"Nurse, isteri saya macam mana sekarang? Dia dah sihat ke?"

"Puan Layla belum sembuh lagi encik, demam Puan Layla dah turun sikit. Cuma buat masa sekarang ni, Puan Layla kena rehat dulu. Bila dah tiba masanya, saya akan bagitahu nanti."

Aizad angguk faham dengan kata-kata jururawat itu.

"Baik, terima kasih." ucap Aizad.

"Sama-sama." lalu jururawat itu segera melangkah keluar.

"Abang pergi mana tadi?" tanya Layla hairan.

"Abang pergi kantin tadi pastu abang ada makanan untuk sayang. Kalau sayang lapar, makan la, abang dah makan tadi kat kantin." jawab Aizad lalu duduk di sebelah katil isterinya.

"Nanti la kalau Ayla lapar, Ayla makan la. Buat masa ni, Ayla tak rasa lapar lagi bang."

"Mmmmmm yalah..."

Beberapa jam kemudian, jururawat memberitahu kepada Aizad yang Layla kini dia sudah sembuh sepenuhnya. Dia mendengar berita itu sudah membuatkan dia berasa gembira kerana isterinya benar-benar sudah sembuh.

"Alhamdulillah..." lalu kedua-dua tangannya mengaminkan doa. Dia segera bangun dan keluar lalu menuju ke wad Layla.

Selepas sahaja dia melangkah masuk, kelihatan isterinya sudah bersiap untuk pulang ke rumah setelah beberapa hari dia di dalam hospital kerana demam panas teruk.

"Jom sayang, kita balik..."

"Jom..." lalu mereka keluar dengan perasaan gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience