CSAH - BAB 30: Minta Cerai?

Romance Series 9089

SETELAH dihidangkan di atas meja, dia mula memanggil suaminya untuk turun bersarapan pagi dengannya sebelum Aizad pergi bekerja. Setelah beberapa hari Aizad tidak bekerja, kini Aizad tidak perlu lagi mahu menjaga Layla dan Zayad kerana Zayad sudah pandai cakap sedikit demi sedikit.

"Abang! Dah siap ke belum? Cepat la breakfast dah siap dah ni." panggil Layla.

"Ye! Kejap! Kejap!" balas Aizad dari bilik atas.

Sebaik dia mahu menuruni anak tangga, Layla melihat suaminya yang berpakaian kerja yang berwarna kot hitam.

"Wah! Hensemnya bang!" puji Layla.

"Hensem sangat ke abang ni?" tanyanya hairan. Layla angguk.

"Ayah nak pergi mana?" tanya Zayad pula.

"Ayah nak pergi kerja la." jawab Aizad.

"Yad nak ikut,"

"Eh mana boleh, Yad duduk rumah dengan ibu la ye."

"Ala ayah ni..." lalu wajahnya terus menjadi rajuk dan memeluk tubuh.

"Yad, jangan la merajuk. Nanti petang ni ayah balik la ye."

"Betul ni?"

"Ye..."

"Okey."

"Macam tu la anak ayah. Jom breakfast." ujarnya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan sambil menghulurkan pinggan. Manakala Layla pula menyedok mee goreng ke atas pinggan yang dipegang oleh Aizad. Lalu mereka membaca doa dan mula menjamu sarapan pagi.

"Sayang, abang nak pergi dah ni." ujar Aizad lalu bangun segera mencapai beg kerjanya.

"Okey bang." pesan Layla sambil bersalam tangan Aizad.

Setelah bersalam Layla dan Zayad, dia terus melangkah keluar lalu menuju ke pejabat dengan menaiki keretanya.

Tengahari itu, mereka di ruang tamu sedang menonton rancangan di dalam skrin televisyen.

Sebaik kereta Irisa hampir tiba di depan rumah Aizad, dia mula berfikir inikah rumah Aizad? Di dalam perut keretanya, dia bersama rakannya, Fasya untuk membawanya ke rumah Aizad. Dia tidak tahu apa niat Irisa sebenarnya.

"Ni rumah siapa?" tanya Fasya hairan apabila melihat rumah itu.

"Aku rasa ni rumah Aizad la kot." jawab Irisa masih lagi melihat rumah itu.

"Rumah Aizad?" tanyanya lagi.

"Entah, betul la kot ni la rumah dia."

"Eh kejap, kita nak buat apa kat rumah dia ni?"

"Aku nak jumpa Aizad la, apa lagi takkan itu pun tak tahu."

"Masalahnya kau tak nak bagitahu aku yang kau nak bawak aku ke sini."

"Sebab tu aku ajak kau teman aku."

Lalu mereka melangkah turun dari perut kereta setelah enjin kereta dimatikan.

Setibanya mereka di depan pagar rumah Aizad, jarinya terus menekan loceng berbunyi 'ting tong'.

"Assalamualaikum."

Layla pula sedang menonton televisyen, tiba-tiba terdengar bunyi loceng dan suara dari luar rumah. Dia terfikir siapa pula yang datang ke rumahnya, lalu dia bangun dari sofa dan melihat di cermin tingkap, ada dua orang gadis sedang menunggu Layla. Layla terus membuka pintu rumah dan mengambil alat kawalan pagar, pagar pun dibuka dengan sendiri. Lalu muncul wajah Irisa dan rakan Irisa iaitu Fasya.

"Oh kak Irisa dengan kawan akak rupanya, ingatkan siapa tadi. Kak Irisa nak apa datang ni? Kalau macam tu, jom la kita sembang kat dalam."

"Oh jadi ni la rumah kau ye?" tanya Irisa dengan wajahnya ingin tahu.

"Ha'ah ni la rumah Ayla dengan Zad, rumah baru ni."

"Oh... Cantik!"

"Tak apa la, kita sembang kat sini je la ek."

Layla hanya sekadar angguk sahaja dengan penuh ikhlas.

"Kenalkan ni kawan aku, nama dia Fasya."

Lalu mereka mula bersalam dengan penuh senyuman.

"Aizad mana?" tanya Irisa apabila tidak nampak kelibat Aizad.

"Dia tak ada, dia pergi kerja harini. Kenapa kak?"

"Oh... Tak ada apa-apa, saja tanya."

"Aku nak tanya kau sikit boleh tak?"

"Boleh tanya la, akak nak tanya apa?"

"Kau dengan Aizad dah berapa tahun korang kahwin?"

"Sekarang kami dah enam tahun, kak."

"Oh... Macam mana hubungan kau dengan dia? Ada apa-apa masalah ke?"

"Buat masa ni, alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Semuanya okey."

"Boleh tak aku nak minta tolong sikit dekat kau."

"Boleh, akak nak Ayla tolong apa?"

"Aku nak kau minta cerai dekat Aizad." jawab Irisa sambil senyum sinis.

"Hah? Cerai? Apa maksud akak ni? Ayla tak faham?"

"Kau ni kan, buat-buat je la faham. Aku cakap aku nak kau minta cerai dekat Aizad! Itu pun kau tak faham lagi ke!" tengking Irisa.

Terus terbeliak kedua-dua matanya apabila mendengar perkataan 'cerai' dari mulut Irisa. Sudah gilakah Irisa ini? Suka-suka saja dia mahu Layla meminta cerai pada Aizad.

"Hei Ris! Kau ni dah gila ke apa hah! Siapa bagi hak kau suruh Aizad ceraikan dia!" marah Fasya.

"Kau diam! Kau jangan masuk campur urusan aku! Ini urusan aku dengan dia! Kau cuma tutup mulut kau je!" jerkah Irisa.

"Kau tak boleh buat macam ni Ris!"

"Kan aku cakap diam, diam la!" jerit Irisa sekuat suara pada Fasya.

Air mata Layla mula mengalir ke pipi. Dalam hatinya terasa sangat kecewa dengan kata-kata Irisa.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi dekat kau?"

Melihat wajah Layla hanya menunduk sahaja.

"Kenapa akak nak saya minta cerai dekat dia?" tanya Layla dengan wajahnya basah akibat menangis.

"Eh ada pula suara kau, aku ingat kau ni dah pekak bisu ke apa kan?"

"Kau tahukan hati aku ni masih cintakan Aizad Danisy, sebab tu aku datang sini nak kau minta cerai dekat Aizad tu!"

Layla menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berkata, "Tak! Saya takkan minta cerai dekat suami saya, sebab saya sangat sayangkan dia. Dia tak boleh buat saya macam ni. Dia suami saya!"

"Dia bukan suami kau la! Dia tak layak jadi suami kau! Kau tu cuma perempuan kampung! Tak sedar diri!"

Pang! Tamparan mula berbunyi! Terasa perit pipinya akibat ditampar oleh Fasya. Layla sedikit terkejut apabila melihat tindakan rakan Irisa sebegitu.

"Berani kau tampar aku ye Sya!" jawab Irisa sambil menoleh ke arah wajah Fasya di sebelahnya.

"Aku tampar muka kau sebab kau tu kurang ajar sangat! Kenapa kau suka-suka je suruh Aizad tu ceraikan dia ni?" marah Fasya, dia sudah tidak boleh tahan dengan tingkah laku rakannya.

"Sebab aku cintakan dia! Perempuan ni tak layak dengan Aizad! Aku sorang je yang layak untuk Aizad! Tak ada siapa boleh rampas Aizad dari aku!" jerkah Irisa.

"Kau ni dah gila la Ris! Dah gila!" jerit Fasya.

"Aku gila? Perempuan ni yang gila! Sebab kau la aku jadi macam ni, tahu tak! Dasar perempuan tak sedar diri!" lalu Irisa terus menolak kasar tubuh Layla hingga jatuh ke atas tanah batu rumahnya.

Terasa sakit punggungnya akibat ditolak oleh Irisa.

"Kau ingat ek, selagi Aizad tak ceraikan kau! Selagi tu aku akan datang sini jugak!"

Lalu dia menarik tangan Fasya dan mereka berlalu pergi meninggalkan kawasan Taman Bukit Mutiara.

Setelah dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia cuba berjalan perlahan-lahan lalu duduk di atas sofa. Punggungnya terasa sakit lagi.

"Ibu, ibu kenapa ni?" tanya Zayad apabila melihat wajah ibunya seolah-olah seperti sakit sesuatu.

"Tak ada apa-apa la sayang, ibu okey je ni."

"Betul ni? Ibu okey?"

"Ye. Ibu okey." lalu Zayad duduk semula.

"Ya Allah! Kenapa dia benci sangat dengan aku? Apa salah aku? Apa dosa aku ya Allah! Tak layak ke aku jadi isteri Aizad, sampai dia suruh aku minta cerai dekat Aizad. Ya Allah!" gumam Layla.

Malam itu, pukul 7.30 malam, sudah tiba masanya untuk dia pulang setelah dia menyiapkan kerjanya. Setelah dia kemas meja pejabatnya, dia terus berjalan keluar dari kawasan pejabat lalu dia menghidupkan enjin keretanya lalu dia memandu menuju pulang ke rumah.

Sebaik pagar dibuka dengan sendiri, kereta terus masuk ke perkarangan rumah. Dan pagar itu ditutup dengan sendiri.

"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia membuka pintu bilik dan melangkah masuk.

Kelihatan Layla dan Zayad sedang mengaji di dalam bilik.

"Waalaikumsalam. Eh ayah dah balik." jawab Layla yang sedang mengajar Zayad mengaji. Zayad melihat kelibat bapanya sudah berada di pintu bilik.

"Ayah!..." lalu Zayad bangun dan memeluk bapanya.

"Yad tengah buat apa ni? Mengaji dengan ibu ye?"

"Ha'ah yah, ibu ajar Yad mengaji." jawab Zayad.

"Oh... Yad dah solat maghrib ke belum?"

"Belum. Ibu kata tunggu ayah balik, baru solat maghrib." lalu dia duduk dan menyambung mengaji bersama ibunya.

"Oh... Okey ayah mandi kejap pastu baru kita solat ye."

"Okey ayah."

Selesai sahaja dia sudah mandi dan mereka mengerjakan solat fardu maghrib, Layla dan Zayad bersalam tangan Aizad setelah mengaminkan doa selepas solat.

"Aduh sakitnya!" perih Layla apabila cuba mahu bangun.

"Eh kenapa sayang, sakit tu?" tanya Aizad hairan apabila melihat wajah keperihan isterinya.

"Punggung Ayla ni sakit, bang." jawab Layla lalu duduk di atas katil.

"Sakit? Ayla buat apa sampai sakit macam tu?" tanyanya lagi sambil duduk di sebelah isterinya.

Dia mula teringat kejadian tadi antara dia dan Irisa. Tetapi perlukah dia memberitahu kepada Aizad yang Irisa datang ke rumahnya? Haruskah dia memberitahu yang niat Irisa sebenarnya ingin memisahkan mereka? Namun, apakan daya perlukah dia menyimpan rahsia sahaja? Layla kini bukan lagi seorang yang pandai menyimpan rahsia, tetapi dia tidak sampai hati mahu memberitahu hal sesuatu kepadanya.

"Tadi kak Irisa dengan kawan dia datang sini." beritahu Layla.

"Hah? Dia dengan kawan dia datang sini? Dia nak apa?" tanyanya dengan nada suara yang kuat.

"Dia datang sebab..." terdiam seketika kerana membuatkan dia berdebar untuk meneruskan perbicaraannya. Melihat wajah suami di sebelahnya sedang menunggu jawapan apakah yang disampaikan olehnya.

"Sebab apa?"

"Sebab dia nak Ayla minta cerai dekat abang."

Dari situlah dia sudah lama tahu apa niat Irisa sebenarnya.

"Astaghfirullah al-azim... Dia ni dah gila ke? Ya Allah!" jawabnya sambil bangun dan memegang kepalanya seolah-olah seperti pening.

"Tak! Tak! Tak! Abang takkan ceraikan sayang, Ayla tahukan abang sayang sangat dekat Ayla dan Yad. Abang tak nak hilang Ayla, abang tak nak hilang anak kita." ucap Aizad.

"Tapi kenapa dia benci sangat dengan perempuan macam Ayla ni? Apa salah Ayla, bang? Apa dosa Ayla? Ayla tak layak ke jadi isteri abang?" ujar Layla sambil matanya mengalir. Dia menangis disebabkan dengan kata-kata Irisa itu.

"Ayla, jangan cakap macam tu. Abang pilih Ayla sebab abang ikhlas nak kahwin dengan Ayla. Bukannya abang nak kahwin dengan Ayla sebab dendam ke apa tak! Layla Adilya hanya milik Aizad Danisy! Dalam hati abang, tak ada perempuan lain. Hanya Layla Adilya di dalam hati Aizad Danisy." lalu mereka memeluk sambil menangis.

Setelah pelukan dilepaskan, Aizad berkata lagi, "Dah, lupakan aje dia tu, jangan fikir pasal dia lagi. Biar la dia nak buat apa pun dekat kita. Tak apa, abang ada." Layla angguk, jari Aizad terus menyeka air mata isterinya.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAA!" jerit Irisa sekuat suara sambil menepuk stereng keretanya berkali-kali.

"Kau ni dah kenapa hah Ris? Terjerit-jerit, sakit telinga aku ni tahu tak!" marah Fasya.

"Kau diam la Sya! Ni semua kau punya pasal tahu tak!" bentak Irisa.

"Eh salah aku pulak, kau yang bawak aku pergi rumah dia pastu nak salahkan aku pulak." jawab Fasya.

"Kau ni boleh tak jangan bawak laju sangat, aku ni nak termuntah. Kau tahu tak!"

"Boleh tak kau diam! Kang aku suruh kau turun dekat situ baru tahu! Aku tengah stres sekarang ni tahu tak! Disebabkan perempuan tu la aku ni memang benci! Benci! Benci! Benci!"

Sungguh laju sekali pemanduan Irisa kali ini, Fasya pula bagaikan mahu termuntah akibat Irisa memandu laju.

Share this novel

Ariff Aizat
2024-12-30 16:16:59 

Kan dah kena tampar! Bagus Layla!


NovelPlus Premium

The best ads free experience