CSAH - BAB 9: Persiapan

Romance Series 9089

PADA waktu pagi itu, Mak Nani, Pak Musa dan Layla sedang bersiap untuk menyinggah di rumah Datin Azimah. Setelah mereka menyiapkan diri, Mak Nani memesan supaya Nazrol, Shahmy dan Taniya menjaga rumah. Mereka terus melangkah keluar lalu menuju ke rumah Datin Azimah dengan menaiki kereta Wira.

Tiba sahaja di depan rumah Datin Azimah, mereka terus turun lalu Mak Nani memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap Mak Nani setelah dia menekan loceng rumah.

"Waalaikumsalam." jawab seorang wanita tua yang berumur 66 tahun. Dia berasa hairan siapakah mereka bertiga ini. Dia tidak pernah melihat wajah mereka bertiga ini.

"Ye, puan cari siapa?" tanya wanita tua itu.

"Ni rumah Datin Azimah ye?" tanya Mak Nani kepada wanita tua itu.

"Ha'ah... Puan nak jumpa Datin ye?" tanya wanita tua itu lagi.

"Ye saya nak jumpa dia, dia ada tak kat rumah?" tanya Mak Nani.

"Datin ada, kalau macam tu. Masuk la dulu ye." lalu mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah yang kelihatan besar, cantik dan luas. Sedap mata memandang melihat rumah itu.

"Duduk la dulu, saya panggilkan Datin jap." mereka terus melabuhkan punggung di atas sofa yang sangat lembut. Manakala Mak Lina pula memanggil Datin Azimah.

Tiba-tiba muncul kelibat Datin Azimah.

"Eh baru sampai ke?" tanya Datin Azimah dengan baru saja dia menuruni.

"Ha'ah kami baru je sampai." jawab Mak Nani.

"Ada apa datang ni?" tanya Datin Azimah setelah dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Sebenarnya kami datang ni sebab nak bagitahu pasal pinangan semalam tu la Datin." ujar Mak Nani.

"Oh pasal tu... Jadi macam mana, setuju ke?"

"Ye kami setuju, anak kami pun dah setuju." Mak Nani menoleh ke arah wajah anaknya, lalu menggoyangkan sedikit bahunya ke bahu Layla supaya memberitahu kepada Datin Azimah.

"Layla setuju ke?" tanya Datin Azimah kepada Layla pula.

Sungguh berat mulutnya mahu memberitahu yang dia terpaksa setuju dengan cadangan ibunya. Jika tidak memberitahu, pasti Mak Nani akan kecewa dengannya. Jadi terpaksalah dia memberitahu kepada Datin Azimah.

Layla angguk lalu berkata, "Saya setuju."

Datin Azimah sangat gembira mendengarnya.

Tiba-tiba terdengar suara Dato Hashimi.

"Assalamualaikum." ucap Dato Hashimi.

"Waalaikumsalam." jawab Datin Azimah.

"Eh... Baru sampai ke?" tanya Dato Hashimi lalu menoleh ke arah mereka bertiga.

"Kami baru je sampai." jawab Pak Musa pula. Dato Hashimi hanya sekadar angguk faham sahaja.

"Abang nak pergi mana? Meh la duduk sini dulu dengan Mah." Dato Hashimi terus melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"Dato, kami sebenarnya dah setuju dengan pinangan Datin tadi. Jadi nak buat majlis akad nikah macam mana Dato?"

"Okey macam ni, kita buat majlis akad nikah dulu lepas tu buat majlis sanding pulak, macam mana?"

Mereka angguk setuju dengan cadangan Datin Azimah.

"Abang tak kisah Mah, abang ikut je. Dah la abang nak naik ni." Dato Hashimi terus bangun dan menaiki anak tangga menuju ke bilik.

Lalu muncul kelibat pembantu rumah mereka iaitu Mak Lina yang sedang membawa dulang bersama jug berisi teh sejuk dan tiga cawan kaca.

"Jemput la minum ye."

"Tak payah susah-susah la Datin. Kami datang ni sekejap je bukannya lama pun." ujar Mak Nani.

"Ala minum la dulu."

Mereka terus mencapai cawan kaca yang sudah diisi dengan air teh sejuk lalu menghirup. Sungguh sejuk apabila diminum lalu diletak semula di atas meja, di hadapan mereka.

"Oh ye, anak Datin yang lelaki tu mana? Datin sorang je ke kat rumah ni?" tanya Mak Nani setelah minum.

"Ha'ah dia kerja harini. Suami saya tu pulak dia pergi jumpa kawan tadi." ujar Datin Azimah.

Mereka hanya angguk sahaja. Fuh... Nasib baik Layla tidak bertembung dengan Aizad itu. Jika tidak, pasti Aizad akan memandangnya dengan lebih lama lagi.

"Kalau macam tu, kami balik dulu la ye Datin." Mak Nani terus bangun dan bersalam tangan Datin Azimah, serta Layla.

"Ha yalah..."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Pada malam itu, Aizad hanya termenung saja di belanda biliknya. Tiba-tiba muncul kelibat ibunya, Datin Azimah. Dia terus menoleh ke belakang lalu dia terus menutup pintu belanda dan menarik langsir.

"Ni mama nak bagitahu yang keluarga Layla datang ke sini tadi." beritahu Datin Azimah kepada Aizad.

"Oh yeke? Lepas tu diaorang ada apa-apa ke nak bagitahu pasal pinangan tu?"

"Ada, diaorang dah setuju dah pinangan tu."

"Serius la mama?"

Datin Azimah angguk sambil senyum.

"Tapi, Layla tu dia setuju ke tak?"

"Dia kata dia setuju."

Terus kedua-dua matanya terbeliak apabila mendengar kata-kata ibunya.

"Kenapa Zad? Ada yang tak kena ke?"

"Tak ada apa la mama. Terima kasih tau mama." ucap Aizad lalu bersalam dan mencium ibunya.

"Sama-sama nak, mama keluar dulu ye." Datin Azimah terus bangun dari katil lalu keluar dari bilik anaknya.

"Tak sabarnya aku nak jadi suami dia." bisik Aizad sendirian.

Beberapa hari lalu, barang hantaran perkahwinan antara Layla dan Aizad, sudah disiapkan. Dan hanya tinggal bunga telur dicucuk pada pasu emas berlubang itu.

Pelamin di ruang tamu pun sudah lama bersiap. Layla hanya senyum saja melihatnya. Lalu butang telefon dibuka dan mencari nombor telefon Atia.

"Helo Tia, assalamualaikum." ucap Layla di dalam panggilan.

"Helo, waalaikumsalam. Ada apa kau telefon aku ni, Ayla?" tanya Atia hairan.

"Aku nak bagitahu kau ni, aku dah nak kahwin." beritahu Layla. Atia mendengar berasa terkejut apabila rakannya mahu kahwin.

"Hah? Biar betul kau ni Ayla! Kau nak kahwin? Dengan siapa? Siapa lelaki tu?" tanya Atia lagi. Sungguh dia tidak sangka rakannya mahu kahwin.

"Ada la. Nanti kau akan tahu punya. Jadi kau boleh datang tak esok?"

"Insha-Allah aku datang."

"Okey jangan lupa pulak tau Tia."

"Ye aku tak lupa punya la."

"Yalah-yalah, bye."

"Bye." panggilan terus ditamatkan.

KEESOKAN paginya, mereka terus bersiap kerana majlis akad nikah akan bermula sekejap saja lagi. Layla pula sedang dipakai alat solek yang dibantu oleh rakannya, Atia.

"Cantik betul la kau ni Ayla." puji Atia sambil membetulkan tudung yang dipakai Layla.

"Ala kau ni Tia, tak payah nak puji aku macam tu la. Aku tahu la aku ni cantik. Ramai lelaki suka kat aku." ujar Layla.

"Kak ngah! Dah siap ke belum? Cepat la tok kadi dah sampai." ujar adik Layla, Taniya di muka pintu.

Mereka terus keluar dari bilik, kelihatan di ruang tamu, ramai tetamu hadir ke majlis akad nikah Layla dan Aizad, Aizad pula memandang ke arah kelibat Layla, sungguh cantik kain pengantin yang dipakai oleh Layla. Ia membuatkan dia bertambah terjatuh hati pada wanita itu, lalu Layla duduk di atas kusyen putih sambil bersilang kedua-dua tangannya.

"Semua dah sedia ke?" tanya tok kadi sambil memandang mereka.

Mereka angguk. Lalu tok kadi bersalam tangan Aizad, dengan lafaz akad nikah bermula.

"Mohamad Nor Aizad Danisy bin Hashimi."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Layla Adilya binti Musa dengan seutas gelang tangan dan senaskah al-quran. Dan mas kahwinnya RM440 ringgit tunai."

Kini Layla Adilya telah sah menjadi isteri kepada Mohamad Nor Aizad Danisy. Selesai membaca doa pelindung, Aizad terus menuju ke arah Layla lalu Aizad mengambil cincin dari dalam kotak baldu dan disarung ke jari manis milik Layla. Dia bersalam tangan Aizad dengan lembut, Aizad mencium kepala Layla dengan sopan.

Selepas sahaja selesai akad nikah, Aizad mahu mengerjakan solat hajat. Selesai saja dia mengerjakan solat hajat, dia terus keluar semula untuk pulang ke rumahnya. Suasana di situ telah menjadi sunyi-sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience