CSAH - BAB 13: Tak Ada Mood

Romance Series 9089

SEJAK dari semalam lagi Irisa langsung tidak mahu keluar kerana dia tiada angin. Tetapi Datin Sri Roslia menjadi hairan dengan tingkah laku anak perempuannya kerana Irisa hanya berdiam sahaja di dalam bilik. Dia menaiki anak tangga menuju ke bilik anaknya, lalu mengetuk pintu bilk anaknya.

"Irisa, buka pintu ni nak. Mama nak cakap sikit ni." pinta Datin Sri Roslia.

Lalu kunci tombol pintu dibuka, Datin Sri Roslia melangkah masuk ke dalam bilik anaknya.

"Irisa kenapa ni? Bagitahu la mama. Mana tahu mama boleh tolong Irisa ke." ujar Datin Sri Roslia lagi.

Irisa hanya berdiam sahaja, tidak mengeluarkan apa-apa. Anak matanya hanya merenung di luar tingkap bilik sahaja.

"Irisa, bagitahu la mama. Kenapa muram je ni?" tanya Datin Sri Roslia lagi.

"Irisa tengah tak ada mood la mama." lemah suara Irisa berkata.

"Tak ada mood? Kenapa tak ada mood pulak? Cuba Irisa bagitahu mama, kenapa." tanyanya lagi. Irisa berdiam lagi.

"Irisa, cakap la kat mama! Dari tadi asyik diam aje!"

"Mama ni dah kenapa? Irisa tengah tak ada mood ni! Jangan kacau Irisa boleh tak!" marah Irisa pada ibunya.

"Irisa, kenapa tiba-tiba je ni marah mama? Mama cuma tanya Irisa elok-elok je kan? Kenapa tiba-tiba je marah ni?" tanya Datin Sri Roslia apabila terkejut dengan kemarahan anak perempuannya itu.

"Mama..." lalu Irisa menangis tiba-tiba. Sambil dia memeluk tubuh ibunya.

"Eh kenapa Irisa nangis ni?" tanya Datin Sri Roslia hairan apabila melihat wajah anaknya menangis teresak-esak.

Dia tidak faham mengapa tiba-tiba saja Irisa menangis teresak-esak?

"Irisa, kenapa Irisa nangis ni? Cuba cakap kat mama, kenapa?"

"Irisa kecewa sangat-sangat, mama." layu sahaja suara Irisa yang menangis itu.

"Siapa yang buat anak mama kecewa sangat ni?"

"Abang Aizad, mama. Irisa kecewa sangat-sangat."

"Kenapa Irisa kecewa dengan Aizad tu? Sebab apa?"

"Sebab dia dah kahwin, mama."

Dia mendengar turut berasa sedih dengan anak perempuannya. Dia tahu Aizad berkahwin dengan Layla kerana lelaki itu tiada hati pada Irisa. Tetapi apakah benar Aizad tidak sukakan Irisa, disebabkan tiada hati padanya?

"Ya mama tahu Irisa kecewa sangat tapi Irisa tak boleh la macam ni ya. Irisa kena happy, ceria. Tak boleh la muka tu muram je. Anak mama mesti kena happy dan ceria okey." nasihat Datin Sri Roslia.

Dia cuba memberhentikan tangisannya itu tetapi tidak boleh. Tangisannya masih berbunyi lagi.

"Sudah la tu jangan nangis." Datin Sri Roslia segera menyeka air mata anak perempuannya.

"Mama tahukan Irisa dah lama sukakan abang Aizad dari dulu lagi sejak Irisa kenal dia. Irisa sangat cintakan dia, mama.

Dia mendengar, seolah-olah faham dengan kata-kata anak perempuannya itu. Dia tahu anak perempuannya sangat mencintai Aizad kerana lelaki itu sangat kacak.

"Ya mama tahu sayang. Tapi Aizad tu kan dah kahwin. Apa kata Irisa move on je boleh?"

"Apa mama cakap ni? Mama nak Irisa move on macam tu je? No! Mana boleh, mama! Irisa tak boleh move on! Irisa masih cintakan abang Aizad tu!" jerkah Irisa.

"Kenapa Irisa susah sangat nak faham hah? Aizad dengan Layla tu kan dah kahwin. Irisa kena la move on."

Kepala Datin Sri Roslia semakin pening kerana tidak tahu mahu berkata apa lagi pada anak perempuannya yang tidak pernah faham dan menerima hakikat yang Aizad dan Layla sebenarnya sudah berkahwin.

"No! No! No! No! Irisa takkan sesekali move on, mama! Irisa tetap cintakan abang Aizad!"

"Irisa! Kenapa Irisa masih nak terhegeh-hegeh dekat Aizad tu hah? Irisa ingat Aizad tu nak ke kahwin dengan Irisa? Irisa fikir Aizad tu ada hati kat Irisa? Sudah la Irisa! Tolong la move on, Irisa!" tengking Datin Sri Roslia.

"Irisa akan buat apa saja selagi Irisa tak dapat abang Aizad tu! Mama and papa jangan nak halang Irisa tau! This is my choice!"

"Eeeee sudah la! Malas mama nak cakap dengan kamu lagi!" Datin Sri Roslia terus bangun dan keluar dari bilik anak perempuannya.

Datin Sri Roslia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu lalu dia menghempaskan punggungnya di atas sofa dengan perasaan marah dan geram. Dato Sri Zahidi berasa hairan apabila melihat wajah isterinya yang begitu marah dan geram.

"Awak ni dah kenapa Ros? Tiba-tiba je marah. Kenapa ni?" tanya Dato Sri Zahidi hairan melihat wajah isterinya yang sangat marah dan geram.

"Irisa tu la bang! Dia tu tak habis-habis cakap benda sama kat Ros. Ros dah lama sabar sebenarnya dengan perangai dia tu." jerkah Datin Sri Roslia.

"Awak ni kan Ros, biarkan aje la dia tu. Dia kan tengah sedih tu sebab Aizad tolak cinta dia. Yang awak ni nak marah dia dah kenapa?" ucap Dato Sri Zahidi.

"Tapi kan bang, dia masih cintakan si Aizad tu. Abang rasa?"

"Eh betul ke ni Ros? Irisa cintakan Aizad tu? Biar betul?"

"Betul la, abang ingat Ros cakap ni main-main ke? Ros tak tipu. Dia yang bagitahu Ros tadi."

Dato Sri Zahidi terdiam seketika. Benarkah Irisa masih mencintai Aizad? Dia tidak pernah ambil tahu pun tentang hal itu. Tetapi wajah Datin Sri Roslia tetap menahan geram dan menggenggam tangannya. Dato Sri Zahidi menggeleng-gelengkan kepalanya melihat isterinya masih menahan geram.

Suasana di situ menjadi sunyi-sepi.

"ASSALAMUALAIKUM, Irisa oh Irisa." panggil Fasya sambil menekan loceng di tepi pagar rumah keluarga Irisa.

Datin Sri Roslia terus bergegas menuruni dan membuka pintu rumah lalu ternampak kelibat sahabat Irisa iaitu Fasya sedang berdiri di depan pagar rumahnya. Lalu pagar rumah dibuka dan Fasya melangkah masuk.

"Assalamualaikum aunty." ucap Fasya setelah melangkah masuk ke perkarangan rumah keluarga Irisa.

"Waalaikumsalam, oh Fasya rupanya. Ada apa Fasya datang rumah aunty ni?" tanya Datin Sri Roslia hairan dengan kehadiran sahabat Irisa.

"Fasya datang ni saja nak singgah kejap. Irisa ada kat dalam tak aunty?" tanya Fasya pula.

"Oh... Dia ada kat dalam bilik. Kalau macam tu, mari la masuk dulu." pelawa Datin Sri Roslia, lalu kedua-dua kaki Fasya terus melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Irisa.

Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu.

"Duduk la dulu ye, aunty buatkan air kejap."

"Eh tak payah la aunty, susah-susah je." ucap Fasya sambil menoleh ke arah wajah Datin Sri Roslia.

"Ala tak apa..." lalu Datin Sri Roslia berjalan menuju ke dapur untuk menyiapkan jus blackcurrant.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Irisa di anak tangga.

"Eh Sya? Bila kau datang ni?" tanya Irisa hairan apabila muncul sahabatnya di ruang tamu.

"Aku baru je sampai, saja nak singgah kejap." jawab Fasya lalu menoleh ke arah wajah sahabatnya.

Selesai sudah siap membuat jus blackcurrant, dia keluar dan membawa segelas jus blackcurrant lalu diberi kepada Fasya.

"Nah minum la."

"Terima kasih aunty." jawab Fasya lalu mengambil gelas itu dari pegangan Datin Sri Roslia. Lalu diminum dan letak di atas meja di hadapannya.

"Irisa, kenapa dengan muka kau tu? Kau menangis ke tadi?" tanya Fasya hairan melihat wajah Irisa.

"Tak ada apa la, aku lupa nak basuh muka aku tadi." jawab Irisa.

"Kau cuba cerita kat aku, kenapa?"

Fasya melihat Irisa hanya berdiam sahaja. Langsung tidak bercakap apa-apa.

"Irisa! Kau dengar tak ni?" tanya Fasya lagi.

"Ye! Aku dengar la! Aku belum pekak lagi tau!"

"Habis tu, aku panggil kau, kau buat-buat tak dengar."

"Kau cerita la kat aku, aku nak dengar ni." Fasya sudah bersedia memasang kedua-dua telinganya.

"Semalam aku dengan family aku pergi rumah mak saudara aku." beritahu Irisa.

"Oh okey, lepas tu?"

"Aku jumpa Aizad Danisy." beritahu Irisa lagi.

"Serius la Irisa... Kau jumpa dia kat rumah mak saudara kau?"

Irisa angguk lemah.

"So, kau masih lagi cintakan Aizad tu?"

Irisa angguk lagi sambil menoleh ke arah wajah rakannya.

"Tapi tu la dia dah kahwin kan, dengan pilihan hati dia tu."

"Aku tahu mesti kau sedih sangat kan bila kau dapat tahu yang Aizad tu dah kahwin dengan perempuan bernama Layla Adilya tu." ujar Fasya. Begitu juga Fasya, dia tidak pernah kenal wajah wanita yang bernama Layla Adilya. Inilah pertama kali dia pernah mendengar nama wanita itu daripada mulut sahabatnya.

"Macam mana aku tak sedih Sya, kau tahukan aku ni dah lama sukakan Aizad tu dari dulu lagi. Hati aku ni tetap nakkan dia." ucap Irisa sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Kau sabar la Irisa, aku tahu kau kecewa sangat dengan Aizad tu. Tapi kau tetap sepupu dia jugak kan?"

"Aku tahu, aku ni memang sepupu dia. Tapi aku dah anggap dia macam abang aku sendiri."

"Bagus la tu, walaupun kau hanya seorang sepupu dia je. Tapi dah anggap macam adik-beradik."

Nafasnya dihembus perlahan-lahan.

"Irisa, kau okey tak ni?" tanya Fasya setelah lama menyepi.

"Aku okey je la Sya." jawab Irisa. Tetapi dia masih belum menerima ujian itu.

"Yeke kau okey ni? Aku tengok kau ni macam tak okey je."

"Aku okey je la, kau tak payah risau pasal aku. Aku okey."

Bagi pendapat Fasya pula, dia melihat wajah sahabatnya itu masih belum menerima ujian.

"Eh mesti la aku risau, macam mana aku tak risau tengok kau macam ni. Mesti la aku kena ambil tahu pasal kau."

Tiba-tiba, air matanya mula mengalir ke pipi, menandakan dia sedang menangis dalam hati.

"Eh Irisa, kau menangis ke ni?" tanya Fasya apabila melihat kedua-dua mata Irisa basah akibat menangis.

Fasya segera mengusap belakang badan sahabatnya supaya berhenti menangis. Tetapi Irisa tetap menangis juga.

"Irisa, sudah la tu kau jangan la nangis. Ya aku tahu kau tengah sedih sekarang ni. Tapi kau kena terima hakikat yang Aizad tu dah kahwin." pujuk Fasya.

"Bukan senang aku nak terima hakikat. Hati aku ni masih cintakan abang Aizad tu. Kau tahukan aku ni nak sangat kahwin dengan Aizad tu! Sanggup dia pilih perempuan tu daripada aku! Kecewa betul aku dibuatnya!"

Fasya pula sebagai sahabat, dia perlu menenangkan sahabatnya yang sedang sedih. Dia tahu Aizad sanggup menolak cinta Irisa disebabkan lelaki itu tiada hati pada wanita itu. Tetapi mengapa Irisa masih mencintai Aizad, walaupun Aizad dan Layla sebenarnya sudah berkahwin? Suasana di situ menjadi sunyi-sepi seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience