CSAH - BAB 7: Boyfriend?

Romance Series 9089

"EH, Zad siap-siap ni nak pergi mana? Nak pergi kerja ke?" tanya Datin Azimah apabila melihat anaknya sudah berpakaian mahu keluar.

"Zad nak keluar kejap ma." ujar Aizad sambil membetulkan jam di pergelangan tangannya.

"Kalau macam tu, jom breakfast dulu." pelawa Datin Azimah.

"Tak apa la ma, Zad breakfast je la kat luar." jawab Aizad.

"Mmm okey..."

"Eh Zad nak pergi mana ni?" tanya Dato Hashimi pula. Baru saja dia muncul dari anak tangga.

"Zad nak keluar dengan kawan, pa." jawab Aizad sambil mencapai kunci keretanya.

"Yalah yalah," Dato Hashimi terus pergi menuju ke meja makan.

Aizad terus melangkah keluar dengan perlahan-lahan lalu masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Setelah dia menghidupkan enjin, dia mula berniat mahu menelefon Layla kerana ingin berjumpa dengannya. Buang telefonnya dibuka skrin dan mencari nombor telefon Layla. Akan tetapi nombor telefon Layla itu tidak ada di dalam telefon pintarnya.

"Alamak! Tak ada la nombor telefon dia, aduh nak buat macam mana ni? Ni semua kau punya pasal la ni Zad! Kau tak minta nombor telefon dia semalam!" ujar Aizad sendirian.

"Ya Allah bengap betul aku ni!" kepalanya seolah-olah pening tetapi tidak pening pun kepalanya.

Sedang lama dia berfikir, dia mula mengambil nafas dan hembus perlahan-lahan. Namun, dia tetap juga meneruskan memandunya menuju ke rumah Layla. Pagar dibuka dengan sendirinya lalu dia terus berlalu pergi.

Di rumahnya, dia sedang melihat beberapa gambar kenangannya bersama Fariq dahulu. Dia sangat rindukannya. Akan tetapi, dia tidak tahu apa khabar Fariq sekarang. Lelaki itu langsung tidak mahu menelefon dan menanya khabar padanya.

"Awak tak nak call saya ke Fariq? Saya rindukan awak Fariq." ujarnya sambil menyentuh gambar wajah bekas teman lelakinya di dalam skrin telefonnya.

Sejak mereka putus hubungan, Layla masih mengingati kenangannya itu. Tidak mudah dia untuk melupakan segala kenangan mereka dahulu. Nombor telefon Fariq dicari dan menekan.

"Assalamualaikum Fariq, awak apa khabar? Awak sihat?" tanya Layla di dalam panggilan.

"Waalaikumsalam, kau nak apa call aku?" tanya Fariq pula. Terkejut Layla apabila mendengar Fariq mengeluarkan perkataan 'aku' dan 'kau' pada Layla.

"Saya saja nak tanya khabar awak, awak sihat ke?" tanya Layla.

"Eh suka hati aku la! Aku sihat ke aku dah mati ke, apa kena-mengena dengan kau?"

Layla mendengar hanya bersabar dan berdiam saja.

"Awak apa khabar Fariq?" tanya Layla lagi.

"Khabar baik! Aku nak tanya kau sikit la sikit je tak banyak pun, kau nak apa call aku? Kalau tak ada apa-apa nak cakap, aku letak kang telefon ni!" tengking Fariq.

"Awak ni kan sejak awak kahwin dengan Jasmeen, perangai awak dah makin berubah. Awak tak nak call saya, awak tak nak tanya khabar saya, kenapa ek? Sanggup awak buat macam ni kat saya!" jawab Layla sambil menangis.

"Kau nak tahu tak sebab kenapa aku tak call kau? Sebab aku dah tak ada kena-mengena dengan kau! Kau bukan girlfriend aku lagi! Aku sekarang dah jadi suami orang! Kau faham?"

"Sampai hati awak ek, awak cakap macam tu kat saya. Awak tak ingat ke kenangan awak dengan saya dulu? Awak tak ingat?"

"Entah la aku tak ingat langsung,"

Sungguh dia tidak sangka Fariq tidak mengingati kenangan mereka dahulu. Sungguh kecewa hatinya bagai dihiris dengan sembilu. Telefonnya diletak lalu tertamat dengan sendirinya. Dia menangis sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua lututnya.

Sebaik dia sampai di depan rumah keluarga Layla, dia terfikir inikah rumah keluarga Layla. Rasanya betullah itu rumah keluarga Layla. Dia terus mematikan enjin keretanya lalu melangkah turun dan memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap Aizad.

"Waalaikumsalam." jawab Pak Musa lalu keluar dan melihat ada kelibat seorang lelaki di depan rumahnya.

Aizad terus bersalam lalu beratnya kepada lelaki tua itu yang berumur 54 tahun, "Pakcik ni ayah Layla ye?"

"Ye saya ayah dia, kamu ni siapa?" tanya Pak Musa pula kepada Aizad.

"Saya Aizad, kawan Layla." beritahu Aizad kepada Pak Musa. Pak Musa angguk faham.

"Jom kita masuk." pelawa Pak Musa lalu mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Duduk la dulu Aizad, pakcik nak solat zuhur kejap." Aizad angguk lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu. Manakala Pak Musa pula masuk ke dalam bilik untuk mengerjakan solat fardu zuhur.

"Macam ni rumah dia." bisik Aizad sendirian, sambil memandang sekeliling di dalam rumah itu.

Sebaik Layla keluar dari biliknya, anak matanya tepat memandang ke arah kelibat Aizad di situ sedang menunggu. Lalu dia berjalan menuju ke arah Aizad.

"Hei awak! Awak buat apa hah datang rumah saya ni?" tanya Layla hairan dengan kehadiran Aizad.

"Saja nak jumpa awak, tak boleh?"

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak nak datang sini?" tanya Layla.

"Saya ingat nak telefon awak tapi saya terlupa nak minta nombor telefon." keluh wajah Layla.

Muncul pula Nazrol, iaitu abang sulung Layla. Lalu Aizad bersalam. Nazrol turut menyambut salamnya itu.

"Kau ni siapa?" tanya Nazrol setelah dia melabuhkan punggungnya di sebelah Layla.

"Saya Aizad, kawan Layla."

"Kawan?" Aizad angguk.

"Sejak bila kau ni jadi kawan Layla pulak? Saya tak pernah tahu pun."

"Kitaorang berkawan memang dah lama dah." tipu Aizad. Nazrol angguk faham.

"Kejap ye, nak pergi buatkan air."

"Eh awak, tak payah la awak. Susah-susah je."

"Ala tak apa, kang awak nanti balik dahaga pulak."

Aizad angguk terpaksa. Lalu Layla berjalan menuju ke dapur untuk menyiapkan air sirap.

"Laa ada orang datang rupanya." Mak Nani keluar dan melihat ada kelibat Aizad yang sedang bersembang dengan Nazrol.

"Assalamualaikum makcik." ucap Aizad.

"Waalaikumsalam. Baru sampai ke ni?" tanya Mak Nani lembut.

"Ha'ah baru sampai, makcik." jawab Aizad. Mak Nani angguk faham.

"Oh duduk la dulu ye, makcik nak ke dapur kejap." Aizad angguk, lalu Mak Nani terus berjalan menuju ke dapur.

Layla keluar dengan membawa segelas air sirap untuk Aizad lalu diletak di atas meja di hadapan Aizad.

"Nah minum la."

"Terima kasih la, susah-susah je buatkan air." tangannya terus mencapai gelas dan minum. Sungguh sedap rasanya air sirap itu lalu diletak semula di hadapannya.

"Tak apa."

"Kejap ye," Nazrol terus bangun dan menuju ke dapur.

"Awak, jom kita sembang kat pondok."

Layla angguk lalu mereka bangun dan Nazrol bertanya kepada mereka.

"Eh nak pergi mana tu?" tanya Nazrol.

"Nak sembang kat pondok kejap." Nazrol angguk faham lalu dia terus masuk ke dalam biliknya.

"Awak, saya nak tanya sikit boleh tak?"

"Boleh, tanya la apa dia?" Layla sudah bersedia mendengarnya.

"Awak ada boyfriend tak?" tanya Aizad tiba-tiba.

"Boyfriend?" Aizad angguk.

Dia baru saja tadi bersembang dengan Fariq di dalam panggilan. Akan tetapi, perlukah dia untuk memberitahu perkara sebenar tentang bekas teman lelakinya itu kepada Aizad? Hatinya masih mengingati bekas teman lelakinya itu. Namun, apakan daya Fariq bukan teman lelakinya lagi. Mereka sudah lama berputus hubungan sejak Fariq bertunang. Dari situlah dia sangat kecewa dan sedih dengan bekas teman lelakinya.

Layla menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, "Tak ada, kenapa?"

"Saja tanya kalau awak ada boyfriend, lepas ni saya takkan kacau awak dah."

"Saya tak ada boyfriend, awak." jawab Layla lalu menoleh ke arah wajah Aizad di sebelahnya.

"Awak tak ada boyfriend?" tanya Aizad terkejut mendengar kata-kata Layla. Layla angguk.

Aizad mula terdiam seketika, benarkah Layla tidak mempunyai teman lelaki? Ataupun Layla memang seorang yang bujang?

"So selama ni awak memang tak ada boyfriend la ye,"

"Ye." kata Layla sambil dia angguk.

"Kalau macam tu, saya nak melamar awak boleh? Jadi isteri saya?"

"Jadi isteri awak?" ujarnya sambil menoleh ke arah wajah Aizad. Aizad angguk.

Dia terdiam seketika, perlukah dia untuk melupakan segala kenangan mereka dahulu? Perlukah dia untuk melupakan saja bekas teman lelakinya?

"Nanti la tengok macam mana, bila saya dah buat keputusan. Saya akan bagitahu awak."

"Okey... Eh dah senja la! Okey la awak, saya balik dulu ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Kereta yang dipandu oleh Aizad terus hilang dari pandangannya. Layla pula terus masuk ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience