Bermula kehidupan seorang lelaki bernama Aizad Danisy, yang sangat bahagia dan disayangi keluarganya. Dia kini mempunyai seorang sepupunya bernama Irisa, seorang gadis yang sangat mencintai Aizad kerana lelaki itu sangat kacak. Muncul Fariq Nasif, merupakan bekas teman lelaki Layla. Sejak mereka berhubungan, Layla dan Fariq mula merasakan mereka sangat bahagia di sisi mereka. Namun, tidak lama selepas itu, Fariq dipaksa oleh ibunya supaya dia menerima gadis itu sebagai tunang, atas permintaan ibu Fariq. Disebabkan ibu Fariq mendesaknya, dia terpaksa setuju menerima gadis itu. "Saya nak bertunang minggu depan." - FARIQ NASIF. "Sampai hati awak Fariq, saya betul-betul tak sangka awak sanggup buat macam ni kat saya." - LAYLA ADILYA. Selepas saja hubungan mereka berpisah, Layla kini bertemu pula dengan seorang lelaki bernama Aizad secara tidak sengaja. Walaupun mereka baru saja pertama kali berkenalan, tetapi hatinya mula merasakan dia seperti telah mencintai wanita itu. Setelah pertama kali mereka ditemukan, Aizad mula terjatuh hati pada wanita bernama Layla Adilya, seorang gadis yang sangat baik dan penyabar. Layla pula masih belum terbuka untuk menerima lelaki itu, walaupun hatinya remuk disebabkan bekas teman lelakinya itu. Sejak hadirnya Aizad di dalam hidupnya, hatinya mula merasakan dia seperti tersuka pada lelaki itu. Tetapi apakan daya lelaki itu sudah berkahwin dengan wanita pilihan Aizad. "Irisa cintakan abang. Irisa suka abang. Dari dulu lagi Irisa memang dah lama suka dan cintakan abang." - IRISA. "Abang tahu Irisa memang dah lama sukakan abang dari dulu lagi, tapi Irisa tahukan abang tak pernah ada hati kat Irisa. Jujur abang cakap, abang tak cintakan Irisa, abang cintakan Layla seorang." - AIZAD DANISY. Irisa tetap akan cuba mencari jalan untuk memiliki hati Aizad. Tetapi adakah kenangan Fariq dan Layla sudah tiada lagi dalam ingatan? Adakah Layla setuju berkahwin dengan lelaki bernama Aizad? Dapatkah Irisa memiliki hati Aizad?
Update 04 May 2025
2025-05-02 2 Replies
tq for the update...teruskan. karya ok
2025-03-10
Maaf tumpang promote. Hi siapa yang minat cerita action boleh singgah di profile saya.
2025-03-05 1 Replies
kenapa dengan layla sakit ke dia