SEJAK beberapa hari Aizad tidak bekerja kerana tiada angin, dia kini mahu duduk di rumah sahaja bersama isteri dan anaknya. Mereka di ruang tamu hanya menonton televisyen sahaja, dengan rancangan filem Evolusi KL Drift 2 yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Scha Al-Yahya dan Farid Kamil. Walaupun rancangan fliem itu diharamkan kerana aksi sebegitu sangat berdosa bagi orang-orang Islam seperti kita.
"Ayah, Yad bosan la. Ayah tak nak bawak Yad pergi jalan-jalan ke?" tanya Zayad yang wajahnya kebosanan.
"Nak pergi mana?" tanya Aizad hairan.
"Bawak la Yad pergi zoo ke pergi mandi pantai ke."
"Nanti la tengahari ni kita pergi zoo ye."
"Yeay! Sayang ayah!" jerit Zayad sambil memelk erat tubuh bapanya.
"Pergi mana bang?" tanya Layla pula.
"Ada la... Nanti Ayla akan tahu punya."
"Oh tak nak bagitahu Ayla ek, okey tak apa."
Pukul 12.00 tengahari, mereka terus bersiap untuk pergi melawat taman haiwan di Shah Alam. Selesai sudah mereka bersiap, mereka terus menuruni dan melangkah keluar dari rumah lalu Aizad segera menghidupkan enjin keretanya. Setelah enjin keretanya dihidupkan, dia mula memandu menuju ke taman haiwan di Shah Alam.
Setelah 50 minit dalam perjalanan menuju ke taman haiwan, kini mereka telah tiba di taman haiwan yang bernama Taman Haiwan @ TBNSA. Apabila keretanya sudah diparkir di tempat letak kereta, mereka terus melangkah turun dari perut kereta.
"Ni la tempatnya sayang, yang abang nak bawak sayang dengan Yad ke sini." ujar Aizad setelah keretanya dikunci.
Layla sekadar faham sahaja, lalu mereka berjalan menuju ke kaunter untuk membayar masuk.
"Selamat datang ke Taman Haiwan." ucap juruwang itu kepada Layla dan Aizad. Mereka hanya senyum sahaja.
Selesai sudah membayar, mereka meneruskan perjalanan mereka lalu melangkah masuk ke dalam taman haiwan. Kelihatan ramai pengunjung di situ sedang melihat pelbagai haiwan seperti arnab, ikan dan ular sawa. Masing-masing melihat pelbagai haiwan itu lalu Aizad mengeluarkan telefonnya untuk bergambar. Setelah menangkap beberapa gambar, lalu mereka berjalan lagi sehingga ke luar taman. Di situ pula ada kuda, rusa, kura-kura, kambing dan landak.
"Ayah, tu apa?" tanya Zayad sambil menunjuk ke arah haiwan yang berduri itu. Dia menoleh ke arah landak yang sedang berehat di tepi sangkar.
"Itu landak." beritahu Aizad kepada Zayad. Zayad hanya sekadar faham sahaja.
Di hujung sana, ada lembu dan juga kerbau. Layla segera menutup hidungnya dengan menggunakan kain tudungnya, kerana tercium bau najis haiwan yang sangat busuk menusuk ke hidungnya.
"Eeee busuknya bau ni! Bau apa la ni ek? Ni mesti bau tahi kambing! Eeee tak sukanya aku tempat ni! Dah la busuk! Tak tahan aku! Rasa nak muntah pun ada! Wek!" gumam Layla dengan wajahnya agak kegelian. Walaupun bau itu sangat busuk, dia terpaksa redah sajalah.
Aizad pula sedang sibuk mengambil gambar dan merakam seluruh taman haiwan itu.
"Ayah, Yad nak naik kuda."
"Okey jom."
Lalu mereka berjalan ke arah tempat kuda. Aizad terus membayar kepada penjaga kuda itu.
"Sayang tak nak naik kuda ke?" tanya Aizad sambil berbisik pada telinga isterinya.
"Tak nak la, abang dengan Yad je la naik kuda. Ayla nak rakam aje." jawab Layla. Aizad hanya berdiam sahaja setelah faham dengan kata-kata isterinya. Dia tahu isterinya sangat takut jika dia terjatuh.
Selesai siap memakai topi dan penutup lutut keselamatan, mereka terus berjalan dan melangkah menaiki kuda dengan perlahan-lahan. Lalu kuda itu berjalan perlahan-lahan sambil berpusing satu tempat itu. Layla di situ hanya merakam ke arah suami dan anaknya.
Setelah kuda itu berpusing satu tempat, mereka terus melangkah turun dari badan kuda dengan perlahan-lahan lalu turun perlahan. Topi dan penutup lutut keselamatan dibuka sebaik selesai mereka menaiki kuda.
Selepas sahaja mereka menaiki kuda, Aizad mengajak mahu bergambar di situ. Selesai menangkap beberapa gambar, mereka berjalan ke arah sangkar rusa. Selesai sahaja membayar, mereka terus memberi rusa dengan sebatang lobak merah dan daun lalu beberapa ekor rusa itu makan yang diberi oleh mereka.
Setelah puas mereka menikmati pemandangan haiwan, mereka terus keluar dari kawasan taman haiwan.
"Macam mana Yad, dah puas dah? Seronok dapat tengok haiwan tadi?" tanya Layla.
"Yad seronok sangat ibu. Nanti pergi lagi boleh?"
"Boleh sayang."
"Yeay! Sayang ibu dengan ayah!" jawabnya sambil memeluk tubuh ibu dan bapanya. Aizad dan Layla berasa sangat gembira kerana melihat keseronokan Zayad apabila puas melihat haiwan-haiwan itu.
Tiba-tiba terdengar suara menegur mereka.
"Layla?" apabila dia mendengar suara itu memanggilnya, dia terus menoleh ke arah wajah itu. Wajah itu adalah bekas teman lelakinya serta isteri dan anak perempuan Fariq yang bernama Umara Dalisha.
"Fariq?"
Dia sungguh terkejut apabila sudah kali kedua dia berjumpa dengan bekas teman lelakinya itu. Mengapa setiap kali jika dia keluar ke mana-mana, lelaki ini juga dia terjumpa. Bukankah kenangan itu sudah lama hilang kerana mereka tiada jodoh? Tetapi apakah Fariq masih mengingati bekas teman wanitanya ataupun dikatakan mereka berhubungan semula?
"Assalamualaikum." ucap mereka hampir serentak.
"Waalaikumsalam." jawab Aizad dengan lembut.
"Apa khabar awak Layla? Awak sihat ke?"
"Baik, alhamdulillah sihat. Awak sihat ke Fariq?"
"Alhamdulillah sihat." itu saja Fariq mampu menjawab. Layla sekadar faham sahaja.
"Ni anak kau ye Fariq?" tanya Aizad apabila dia melihat seorang kanak-kanak gadis yang berada di tubuh isteri Fariq iaitu Jasmeen.
"Ha'ah nama dia Umara Dalisha binti Fariq Nasif." beritahu Fariq. Mereka hanya faham sahaja.
"Kenalkan ni anak kami, nama dia Muhammad Zayad Arfan bin Mohamad Nor Aizad Danisy."
Mereka sekadar faham sahaja.
"Okey la kami nak balik dah ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Bye Layla." ucapnya lalu pergi bersama isteri dan anaknya.
Lalu mereka terus melangkah masuk ke dalam perut kereta, dengan wajah kehairanan.
"Lain macam abang tengok Fariq tu, Ayla masih ingat lagi ke dekat ex-boyfriend Ayla tu?" tanya Aizad apabila melihat wajah isterinya penuh kemarahan.
"Helo tolong sikit, tak ada maknanya Ayla nak ingat balik dekat Fariq tu. Kitaorang dah lama putus bang."
"Putus sebab apa?" tanya Aizad lagi.
"Kitaorang putus sebab dia nak kahwin dengan pilihan mama dia, sebab tu dia minta putus dengan Ayla."
Akhirnya kini baru Aizad faham, mengapa Layla dan Fariq berputus begitu saja. Tetapi bukankah hubungan Layla dan Fariq sudah tiada apa lagi? Dia merasakan ada sesuatu yang membuatkan fikirannya melayang entah ke mana.
"Aik bang, lama benar abang fikir. Abang fikir pasal apa?" tanya Layla apabila membuatkan dia tersedar dari mimpinya.
"Tak ada apa la." itu saja Aizad mampu berkata.
"Abang, boleh tak singgah kedai makan jap. Ayla nak cari lauk untuk lunch, Ayla malas la nak masak." ujar Layla. Aizad angguk lalu dia menghidupkan enjin keretanya dan memandu menuju ke restoran.
Sebaik sampai di depan restoran Pak Haji Qasim. Layla terus melangkah turun dari perut kereta, kecuali Aizad dan Zayad sahaja di dalam kereta. Lalu dia melangkah masuk ke dalam restoran. Ada pelbagai jenis lauk di dalam bekas seperti masak lemak cili api, ayam masak merah, ikan keli goreng, ayam goreng tepung serta pelbagai sambal dan lain-lain. Layla terus mengambil satu plastik lalu menyedok lauk ke dalam plastik itu. Selesai sudah dia mengambil beberapa lauk, lalu dia membayar. Semua lauk yang dibelinya dengan harga RM37.00. Selesai sudah dia membayar, dia terus mencapai plastik berisi lauk lalu melangkah semula masuk ke dalam perut kereta lalu mereka pulang.
Sebaik mereka sampai di perkarangan rumahnya, mereka terus melangkah masuk dengan memberi salam, "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." jawab Layla dalam hati.
Plastik yang berisi lauk di letak di atas meja. Lalu mereka terus menaiki anak tangga menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Selesai sudah mereka mengerjakan solat fardu zuhur, mereka terus menuruni menuju ke ruang tamu. Manakala Layla pula menghidangkan lauk yang dibelinya.
"Abang! Yad! Meh makan!" panggil Layla, setelah lauk dihidangkan di atas meja makan. Mereka terus bangun lalu melabuhkan punggung di atas kerusi makan dan Zayad membaca doa sebelum makan. Selesai amin membaca doa, mereka mula menjamu selera. Selesai sudah mereka makan, mereka terus merehatkan perut mereka di sofa sambil menonton televisyen.
Setelah lama mereka berehat, mereka tertidur di bilik sehingga ke waktu maghrib.
Malam itu, selepas selesai sudah mereka mengerjakan solat fardu isyak, mereka hanya duduk di dalam bilik sahaja. Aizad sedang sibuk membuat kerja di komputer ribanya. Manakala Layla pula di dapur, sedang menyiapkan air sirap bandung untuk suaminya. Selesai siap membuat air sirap bandung, dia membawa cawan itu menuju ke biliknya lalu diberi kepada suaminya.
"Nah, air sirap bandung untuk abang." kata Layla sambil meletakkan cawan di tepi suaminya.
Dia menoleh sambil berkata, "Thank you sayang."
"You're welcome."
Lalu Layla terus melabuhkan punggungnya di atas katil sambil bermain telefonnya.
Dia segera mencapai cawan itu lalu minum sedikit demi sedikit dan sehingga habis diminum. Sungguh manis rasa air sirap bandung itu.
Jam sudah pukul menunjukkan pukul 11.30 malam, setelah siap kerjanya, dia menutup skrin komputer ribanya lalu dia mengemas dan cawannya dibasuh dan masuk semula ke dalam bilik. Dia melihat isteri dan anaknya sudah lena tidur, lalu dia terus menutup lampu. Biliknya sudah menjadi gelap-gelita.
Share this novel