HARI demi hari seterusnya, dia kini di dalam bilik pejabatnya. Ketika dia sedang membuat kerjanya, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu biliknya, lalu dia berkata, "Masuk." pintu itu dibuka dan muncul wajah Wafia di muka pintu. Aizad mengangkat wajahnya dan memandang wajah pekerjanya itu.
Wafia terus melangkah masuk ke dalam bilik Aizad.
"Bos, tolong sign di sini." pinta Wafia lalu memberikan fail itu kepada Aizad. Aizad turut menyambut pemberian Wafia, lalu dia membuka fail dan menandatangan.
Selesai dia sudah menandatangan, dia memberikan semula fail itu kepada Wafia. Wafia mengambil failnya itu semula.
"Fia, saya nak bagitahu ni, nanti pukul 11.30 pagi, kita ada meeting tau." beritahu Aizad kepada Wafia.
"Baik bos." jawab Wafia sambil bibirnya senyum lebar. Lalu dia berjalan melangkah keluar dari bilik Aizad.
Pada pukul 11.30 pagi, kini mereka sedang bermesyuarat di dalam bilik mesyuarat. Mereka bermesyuarat tentang projek kerja mereka. Setelah 1 setengah jam mereka bermesyuarat, mesyuarat itu pun sudah tamat lalu masing-masing bersurai. Lalu mereka menyambung kerja mereka semula.
Ketika dia sedang fokus pada skrin komputer ribanya, dia melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 1.10 tengahari. Dia terus bangun lalu melangkah keluar dan berjalan menuju ke kafe bersama sahabatnya, Elman.
Sampai sahaja di kafe itu, mereka terus melayan diri sambil mencedok nasi putih dan pelbagai jenis lauk yang ada di situ seperti sambal telur rebus, masak lemak cili api, ikan keli goreng kunyit, ayam goreng tepung dan lain-lain lagi.
Selesai mereka sudah melayan diri, mereka duduk lalu membaca doa sebelum makan. Selesai mereka sudah membaca doa sebelum makan, mereka mula menjamu selera.
"Wei Zad, aku nak tanya sikit boleh tak?"
"Tanya la, apa dia?"
"Ayah kau tu dah berapa umur sekarang?" tanya Elman ingin tahu.
Sejak berpuluh-puluh tahun Dato Hashimi bekerja di situ selama enam tahun dahulu. Kini Dato Hashimi tidak lagi bekerja di situ kerana dia sudah meningkat ke tua. Sehinggalah dia tidak pernah kenal wajah bapa Aizad sehingga ke hari ini.
"Ayah aku tu dah umur 76 tahun." kata Aizad. Elman angguk faham.
"Kenapa kau tanya?"
"Tak ada la, aku cuma nak tahu je umur ayah kau tu dah berapa tahun. Maklum la aku tak pernah kenal ayah kau tu." jawab Elman.
"Kau tak pernah kenal ayah aku tu?" Elman menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kau kenal ke Dato tu?"
"Eh mesti la aku kenal, aku ni kan anak dia. Muhammad Nor Aizad Danisy bin Hashimi."
Elman mendengar terus wajahnya terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu. Dia benar-benar tidak sangka, Aizad ialah merupakan anak kepada Dato Hashimi dan Datin Azimah. Keluarga Aizad itu sangat kaya.
"Hah? Serius la Zad? Kau anak Dato Hashimi tu?"
"Ye. Kenapa? Tak percaya?"
"Bukan aku tak nak percaya, tapi aku betul-betul tak sangka, rupa-rupanya kau anak Dato Hashimi dan Datin Azimah. Kaya betul ek keluarga kau tu." ujar Elman.
"Mesti la aku anak orang kaya, sepupu aku Irisa tu keluarga dia pun kaya jugak. Mak ayah dia tu mak ayah saudara aku sebab keluarga aku dengan dia memang rapat." beritahu Aizad sambil menyebut nama Irisa.
Entah mengapa dia tiba-tiba teringat kepada sepupunya itu. Senyap saja gadis itu. Tidak ada pun dia menelefonnya ataupun berjumpa dengannya.
Elman mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Lama pulak aku tak dengar cite pasal sepupu kau tu, dia ada telefon kau ke?"
"Entah, tak ada pulak dia nak telefon aku. Senyap je dia tu."
"Habis, kau nak telefon dia ke apa?"
"Eh, tak nak la aku telefon dia."
"Kenapa tak nak pulak? Kau kan sepupu dia, kau tanya la khabar ke apa ke."
"Tak ada kerja aku nak tanya khabar kat dia, kau ni Man ada je nak suruh aku buat itu, buat ini. Malas aku."
Elman hanya menjeling saja. Lalu mereka terus bangun dari kerusi dan meneruskan menyambung kerja mereka semula.
DALAM rumahnya, Layla sedang memasak di dapur untuk menyiapkan makan malam. Selesai dia sudah memasak, lalu dihidangkan di atas meja makan. Manakala anaknya Zayad pula sedang menonton televisyen sendirian di ruang tamu rumah. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa, di sebelah anaknya.
"Yad tengok cerita apa ni?" tanyanya.
"Cerita kartun." itu saja Zayad mampu berkata.
"Oh cerita kartun."
Lama mereka menonton televisyen itu, tiba-tiba dia melihat jam di dinding ruang tamu, sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Mereka terus bangun dari sofa lalu mereka menaiki anak tangga menuju ke bilik, lalu mereka mengerjakan solat fardu asar. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu asar, mereka bersalaman apabila selesai membaca doa solat.
Pada pukul 7.30 malam, dia sudah bersiap untuk pulang ke rumahnya apabila selesai dia sudah menyiapkan kerjanya. Dia terus bangun lalu melangkah keluar dari kawasan pejabat yang sudah pun kelihatan sunyi-sepi. Hanya tinggal dia sahaja di situ, lalu dia terus masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Dia mula memandu menuju pulang ke rumahnya. Tiba sahaja di perkarangan rumahnya, dia terus masuk ke dalam perkarangan rumahnya apabila pagar rumahnya itu dibuka dengan sendiri.
Setelah dia mematikan enjin keretanya, dia terus melangkah turun dari perut kereta.
"Assalamualaikum." ucapnya setelah dia membuka pintu rumah dan melangkah masuk.
Keihatan di ruang tamu rumahnya sangat sunyi-sepi. Pintu rumah terus ditutup lalu dia menaiki anak tangga menuju ke bilik.
"Assalamualaikum." ucapnya lagi sebaik dia membuka pintu bilik.
"Waalaikumsalam." jawab Layla lalu menoleh ke arah wajah suaminya.
"Buat apa tu? Mengaji ke?" tanya Aizad lalu pintu biliknya ditutup.
"Ha'ah Ayla ajar Yad mengaji." kata Layla. Aizad angguk faham.
"Pandainya anak ayah ni mengaji." puji Aizad.
Aizad terus menanggalkan pakaian kerjanya lalu mandi dan mengerjakan solat fardu maghrib sendirian. Selesai dia sudah mengerjakan solat fardu maghrib, dia terus bangun lalu melipat sejadah.
"Sayang, makanan ada tak? Abang tiba-tiba rasa lapar la."
Aizad melihat Layla dan Zayad baru saja selesai sudah mengaji.
"Ada, Ayla dah siap masak petang tadi."
"Kalau macam tu, jom makan dengan abang."
"Jom."
Mereka terus bangun lalu keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Setelah mereka duduk dan mencedok nasi putih, mereka terus membaca doa makan. Selesai sudah membaca doa makan, mereka mula menjamu selera.
Selesai mereka sudah makan, masing-masing buat haluan sendiri. Layla di dapur sedang membasuh pinggan di sinki dapur. Manakala Aizad dan Zayad pula duduk di atas sofa, sambil merehatkan perut mereka yang sudah kenyang. Lalu alat kawalan televisyen dicapai dan skrin televisyen dibuka.
Setelah lama mereka berehat di atas sofa dan menonton televisyen, mereka terus bangun dari sofa, lalu mereka menaiki anak tangga menuju ke bilik lalu mereka mula mengerjakan solat fardu isyak. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu isyak, mereka bersalaman apabila selesai sudah membaca doa solat. Mereka terus bangun lalu baring di atas katil, sambil bermain telefon. Selepas itu, mereka mula tidur dengan lena dan nyenyak.
Hai, maaf ye buat korang menunggu chapter seterusnya. Hari ni saya dah update chapter 38. Selamat membaca semua
Share this novel