CSAH - BAB 31: Murung

Romance Series 9089

SELEPAS sahaja Aizad pergi bekerja, entah mengapa dia tiba-tiba teringat kata-kata Irisa semalam. Perlukah dia meminta cerai dari Aizad? Perlukah dia patut diceraikan saja oleh Aizad? Tidak patut! Dia harus menjadi kuat bukannya lemah. Dia harus tegas! Dia harus melawan dengan wanita bongkak seperti Irisa! Dia tidak boleh lemah! Dia tidak boleh kalah! Dia pasti akan menang! Namun, wanita itu tetap benci dengannya kerana Layla tidak layak menjadi isteri Aizad. Sungguh benci benar wanita itu padanya. Apa salah dia? Apa dosa Layla Adilya? Dia terus mencapai telefon pintarnya yang berjenama Iphone 14, lalu dia mencari nombor telefon rakannya Atia, lalu menekan dan meletakkan di gegendang telinganya.

"Helo assalamualaikum Tia, kau buat apa tu?" tanya Layla apabila Atia sudah menjawab panggilannya.

"Waalaikumsalam Ayla, tak ada buat apa, aku tengok tv je ni ha." jawab Atia. Layla sekadar faham sahaja.

Lalu dia bertanya pula kepada Layla, "Ada apa kau telefon aku ni Ayla? Lain macam aku dengar suara kau, kau kenapa Ayla?"

"Entah la Tia, aku rasa macam tak ada mood la harini." beritahu Layla.

"Tak ada mood? Laa dah kenapa pulak tak ada mood?" tanya Atia lagi.

"Semalam sepupu suami aku datang sini." beritahu Layla lagi kepada Atia.

"Sepupu suami kau? Siapa?" tanyanya lagi ingin tahu siapakah nama sepupu Aizad.

"Nama sepupu dia tu Irisa." jawab Layla.

"Irisa? Sepupu suami kau? Eh suami kau ada sepupu ke Ayla? Aku tak pernah kenal pun dia tu." ujar Atia hairan apabila mendengar nama yang disebutkan oleh rakannya. Siapakah Irisa sebenarnya? Dia kenalkah wanita yang bernama Irisa?

"Entah... Aku pun tak pernah kenal Irisa tu siapa, masa aku dengan Aizad buat majlis sanding hari tu, aku tanya la Aizad, Irisa ni siapa. Rupanya dia tu sepupu Aizad."

"Eh yeke? Patut la. Okey sekarang ni kau bagitahu aku kenapa dengan dia?"

"Dia datang rumah aku semalam."

"Oh okey lepas tu?"

"Kau nak tahu tak dia cakap apa kat aku."

"Apa dia?"

"Dia suruh aku mintak cerai dekat suami aku, kau rasa macam mana?"

"We serius la dia tu, dah gila ke apa perempuan ni? Sanggup suruh isteri mintak cerai dekat suami lepas tu baru puas hati. Hee dia tu dah melampau betul la sekarang ni!"

"Aku pun tak tahu kenapa dia benci sangat dengan aku ni?"

"Ayla, kau jangan ambik hati dengan kata-kata perempuan tu. Biarkan aje perempuan gila macam dia tu."

"Hish kau ni Tia, tak baik la kau cakap macam tu. Aku hormat dia tau, aku ni tak pernah nak berdendam dengan orang, apatah lagi Irisa tu. Aku hormat dia."

"Hormat la sangat, kau ni pun Ayla baik sangat dengan orang. Tak macam aku, aku ni kalau orang nak cuba sakitkan hati aku, aku siap maki lagi tau."

"Ye la Tia, kau ni boleh tak jangan emosi sangat. Aku yang dengar ni pun rasa nak pecah telinga aku."

"Mesti la, aku kan kawan karib kau, kalau kau ada masalah, bagitahu je aku, aku ada untuk kau."

"Ye la Atia, terima kasih sebab support aku selama ni. Kau memang kawan karib aku selama-lamanya."

"Esok kau nak tak pergi tengok wayang?"

"Dah mula dah tukar topik kau ni."

"Aku dah tak nak dengar pasal tu lagi, sekarang ni kau nak tak pergi tengok wayang esok dengan aku?"

"Oh boleh je, nanti aku bawak Yad sekali."

"Boleh jugak. Okey la lama pulak kita sembang ek, okey bye assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." lalu panggilan ditamatkan.

"Ibu, ibu kenapa nangis?" tanya anaknya, Zayad apabila melihat wajah ibunya yang menitis air mata. Dia segera menyeka air matanya itu.

"Tak ada apa la, ibu mana ada nangis. Mari sini peluk ibu."

Lalu Zayad segera memeluk tubuh ibunya dengan erat sambil menonton televisyen.

DALAM bilik pejabatnya, dia sedang membuat kerja projek di meja kerjanya. Sedang membuat kerjanya, entah mengapa dia tiba-tiba menjadi serabut apabila memikirkan tentang isterinya yang masih lagi murung kerana teringat kejadian kelmarin. Mengapa Irisa sanggup menyuruh Layla meminta cerai darinya? Perlukah dia menceraikan saja isterinya? Tidak! Dia tidak sanggup mahu menceraikan isterinya kerana dia terlalu sayang pada isterinya. Dia tidak mahu menjadi suami yang dayus dan derhaka. Namun, apakan daya Irisa sangat membenci isterinya sehingga sanggup mahu memisahkan mereka.

"Ya Allah! Serabutnya aku!" bentak Aizad sambil kedua-dua tangannya menyapu rambutnya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan apabila dibuka, muncul wajah sahabatnya, Elman di muka pintu.

"Kau ni kenapa Zad? Aku tengok kau ni macam serabut je, apa yang membuatkan kau jadi serabut ni? Cuba kau bagitahu aku." ucap Elman setelah duduk di atas kerusi di hadapan sahabatnya.

"Entah la Man, aku ni jadi serabut tahu tak!" ujar Aizad masih lagi menyapu rambutnya.

"Laa dah kenapa pulak serabutnya?" tanya Elman lagi, hairan.

"Sepupu aku tu la! Dia tu tak habis-habis buat hal!" marah Aizad sambil menghentakkan meja kerjanya.

Bam!

Elman sedikit terkejut apabila bunyi hentakkan meja itu sangat kuat di gegendang telinganya.

"Oh sepupu kau yang nama Irisa tu ek? Kenapa dengan dia?" tanyanya lagi.

"Ye la habis tu siapa lagi kalau bukan perempuan tu! Kau nak tahu tak, bini aku bagitahu aku dia datang rumah aku kelmarin. Tapi bukan dia sorang je, dengan kawan dia sekali ada masa tu." ucap Aizad lalu memulakan perbicaraannya.

"Oh okey lepas tu? Diaorang buat apa datang rumah kau?"

"Dia nak aku ceraikan Layla, kau rasa?"

"We... Biar betul dia tu, dia nak kau ceraikan bini kau?"

"Itu la aku yang tak puas hati sekarang ni, dia tu betul-betul dah melampau sekarang ni! Kalau ikutkan hati aku yang panas ni, nak je aku tampar muka dia tu. Perangai memang tak pernah berubah! Dari dulu sampai sekarang sama je perangai!"

"Habis tu, kau nak buat macam mana?"

"Aku takkan ceraikan Layla sebab aku sayang sangat dekat dia. Aku tak nak kehilangan dia dan anak aku. Aku tak nak jadi suami dayus, aku tak nak jadi suami derhaka." ujar Aizad.

"Kau tunggu la kau Irisa! Tahu la aku nak buat apa dengan kau! Kau memang dasar perempuan sial!" ucap Aizad sendirian.

Elman melihat wajah sahabatnya yang sedang menahan marah, cuba menenangkan sahabatnya yang menahan marah itu. Tetapi Aizad tetap geram dengan Irisa. Elman tidak tahu mahu buat apa lagi untuk menenangkan sahabatnya yang menahan geram.

Share this novel

Ariff Aizat
2025-01-20 16:28:05 

Uish marah betul Atia ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience