SUDAH beberapa minggu kemudian, selepas sahaja Aizad dan Layla pulang dari Dubai kerana mereka sedang berbulan madu di situ. Dia sudah lama tidak menelefon Aizad walaupun Aizad dan Layla baru saja selesai berbulan madu. Semakin dia menyukai, semakin dia menjadi gila lelaki pada Aizad. Dia mula merasakan seperti dia sudah menjadi gila lelaki. Wajahnya terus menjadi tidak suka pada wanita bernama Layla Adilya. Tetapi adakah benar Irisa berniat untuk memisahkan Aizad dan Layla? Namun, Aizad masih cintakan Layla kerana wanita itu sangat cantik di matanya.
"Tak guna! Berani kau tolak cinta aku ye! Ni semua perempuan tu punya pasal! Kau la punca hidup aku jadi macam ni! Aku akan pastikan dia akan ceraikan kau!" gumam Irisa.
Disebabkan dia terlalu rindukan wajah Aizad, dia terus mencapai telefonnya lalu mencari nombor telefon Aizad dan menekan.
Kedengaran suara Aizad di dalam panggilannya, "Helo..."
"Helo abang Aizad."
"Ris, ada apa Ris telefon abang ni?" tanya Aizad hairan.
"Saja Ris telefon abang, abang Aizad sihat?"
"Alhamdulillah abang sihat je."
"Layla mana, abang?" tanya Irisa sambil menukar topik.
"Dia ada, Ris nak cakap dengan dia ke?"
"Boleh jugak."
Inilah masanya dia untuk membuatkan supaya Layla menyakiti hati.
"Kejap ye, abang panggil dia."
"Ayla! Ayla!" panggil Aizad. Muncul kelibat Layla.
"Ye bang? Ada apa abang panggil Ayla ni?"
"Irisa, dia nak cakap dengan Ayla." lalu telefonnya diberi oleh Layla. Layla turut mengambil telefon dari pegangan Aizad, lalu telefon itu meletakkan di gegendang telinganya. Layla membawa ke tempat lain untuk berbicara dengan Irisa di dalam panggilan itu.
"Awak... Awak nak cakap apa dengan Ayla ni?" tanya Layla hairan.
"Tak ada apa la, saja Ris nak sembang dengan Ayla. Boleh ke?"
"Boleh je. Nak sembang apa?"
"Ris sebenarnya nak cakap sikit dengan Ayla."
"Apa dia? Cakap la."
"Ayla tahukan Ris ni memang dah lama suka kat abang Aizad tu dari dulu lagi. Ris rindu sangat kat abang Aizad tu."
Layla mendengar, seolah-olah faham dengan kata-kata Irisa.
"Ayla tahukan Ris ni nak sangat kahwin dengan abang Aizad tu."
Dengar saja keluar perkataan 'kahwin' dari mulut Irisa, terus wajahnya menjadi terkejut dengan kata-kata Irisa. Dia tidak tahu apa niat Irisa sebenarnya. Benarkah Irisa mahu mengahwini Aizad, disebabkan dia terlalu mencintai lelaki itu?
"Awak cakap apa ni Irisa? Apa maksud awak ni?" tanya Layla lagi ingin tahu apa niat Irisa sebenarnya.
"Kau faham kan maksud aku? Aku nak kahwin dengan Aizad!" jawab Irisa satu-persatu.
Kata-kata Irisa itu membuatkan dia teringat dengan ayat yang sama diberi oleh Irisa sejak minggu lepas.
"Awak nak kahwin dengan suami saya? Awak dah gila ke apa?"
"Aku.. Gila? Herh! Ye memang aku gila! Aku memang nak sangat kahwin dengan Aizad tu! Kau tu tak layak dengan Aizad! Kau tu perempuan kampung! Tak sedar diri! Perempuan macam kau tak layak jadi bini Aizad tau!" tengking Irisa.
Dia mendengarnya sudah membuatkan hatinya cukup terluka kerana Irisa berkata begitu kepadanya.
"Ya Allah! Hina sangat ke aku ni? Sampai dia hina aku perempuan kampung? Tak sedar diri? Tak layak jadi bini abang Aizad? Ya Allah! Apa salah aku? Apa dosa aku?" gumam Layla.
Sungguh dia benar-benar tidak sangka, sehingga begitu sekali hinaan Irisa pada Layla. Wanita itu sangat tidak suka dengannya kerana dia menjadi isteri Aizad. Tetapi apa salah dia? Apa dosa dia? Dosakah Layla Adilya?
"Hei! Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi kat kau?"
"Ye, saya dengar."
"Ha bagus! Kau kena ingat tau apa yang aku cakap tadi kat kau! Kau simpan kata-kata aku tu dalam kepala otak kau! Kau jangan bagitahu apa-apa kat Aizad tu ek!" keras sekali amaran Irisa pada Layla.
Lalu panggilan ditamatkan begitu saja. Air matanya mengalir ke wajahnya.
Muncul kelibat Aizad di belakang Layla.
"Sayang, kenapa sayang menangis ni?" tanya Aizad apabila melihat wajah isterinya basah akibat menangis. Layla segera menyeka air matanya.
"Tak ada apa-apa la bang." itu saja dia mampu berkata.
"Betul ni tak ada apa-apa?" Layla angguk sambil senyum sedikit.
"Irisa cakap apa tadi kat sayang?" tanyanya lagi sambil duduk di depan balkoni kolam.
"Tak ada apa la."
"Ya Allah sayang ni, asyik cakap tak ada apa je. Cuba cakap dengan abang, kenapa?"
"Tak ada apa! Abang faham tak!" marah Layla sambil menoleh ke arah wajah suaminya. Aizad terkejut apabila dia dimarahi oleh isterinya.
"Sayang! Kenapa ni, tiba-tiba marah abang ni? Hah?"
"Ayla bukan marah abang, Ayla cuma tak nak cakap apa-apa. Itu je dah cukup! Jangan paksa Ayla!" Layla terus bangun dan meninggalkan suaminya di situ.
"Sayang!" Aizad memandang kelibat isterinya terus masuk ke dalam rumah.
"Ya Allah! Apa masalah isteri aku ni hah? Dia langsung tak nak cakap apa-apa kat aku. Dia ada sembunyi apa-apa ke daripada aku? Ya Allah tolong la aku ya Allah!" ucap Aizad sendirian.
Dia tidak faham mengapa isterinya jadi begitu? Adakah Layla mempunyai rahsia yang tersimpan rapi? Apakah rahsia yang tersimpan rapi tanpa pengetahuannya?
Waktu malam itu pula, selepas selesai mereka mengerjakan solat fardu isyak, mereka terus turun lalu menuju ke ruang makanan dan makan bersama keluarga.
Mereka berasa hairan apabila melihat Layla berdiam dan makan sahaja. Datin Azimah cuba menanya sesuatu kepada menantunya.
"Ayla." panggil Datin Azimah. Layla menoleh ke arah wajah ibu mertuanya.
"Ye mama?"
"Ayla kenapa? Diam je, ada apa-apa masalah ke?" tanya Datin Azimah ingin tahu.
"Tak ada apa-apa la mama, Ayla okey je ni." jawab Layla bersahaja.
"Betul ke ni, Ayla okey?" tanyanya lagi.
"Ye betul, Ayla okey."
Mereka berpandangan sesama sendiri. Tetapi mereka tetap hairan dengan Layla. Mengapa Layla banyak diam saja sejak kebelakangan ini?
Selesai mereka makan dan kenyang, mereka terus masuk ke dalam bilik semula. Setelah masing-masing buat haluan sendiri, Aizad sedang membuat kerja dari rumah. Manakala Layla pula baring di atas katil dan terus tidur. Aizad memandang isterinya yang sudah tidur lena di atas katil. Setelah itu, dia terus tidur dengan lena dan nyenyak.
Share this novel