CSAH - BAB 27: Lunch Bersama

Romance Series 9089

SELEPAS mereka berpindah, Layla dan Aizad berasa sangat selesa dengan rumah itu kerana keperluan mereka sangat cukup bagi mereka walaupun mereka baru saja berpindah di situ. Layla dan Aizad kini sedang keluar untuk membeli barang masakan kerana Atia mahu hadir ke rumahnya. Selesai sudah membeli barang masakan, terus dia menukar baju dan menuruni menuju ke dapur. Manakala Aizad dan Zayad pula di ruang tamu sedang menonton televisyen. Anak mereka kini sudah meningkat usia 9 bulan.

Sedang mereka menonton televisyen, tiba-tiba terdengar bunyi loceng di luar rumah lalu dia bangun dan melihat, ternampak kelibat rakan Layla iaitu Atia di luar pagar rumahnya. Apabila pagar rumah dibuka dengan sendirinya, Atia terus melangkah masuk ke perkarangan rumah Layla.

"Masuk la Atia..." pelawa Aizad.

"Terima kasih..." ucapnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Sebaik Layla keluar dari dapur, muncul kelibat Atia di ruang tamu.

"Eh, kau dah sampai dah?" tanyanya apabila melihat rakannya baru saja tiba.

"Ha'ah, kau buat apa kat dapur?" tanya Atia setelah melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu di sebelah Zayad.

"Ni aku baru nak start masak." jawab Layla.

"Oh yeke? Jom aku teman kau masak." ujarnya sambil meletakkan begnya di sofa itu.

"Eh tak payah la Tia, aku boleh masak sendiri."

"Tak apa tak apa, jom." lalu Atia bangun dan menarik tangan Layla menuju ke dapur.

"Kau nak masak apa harini?" tanya Atia apabila melihat banyak bahan-bahan masakan ada di depan matanya.

"Aku nak masak masak lemak kangkung pastu dengan ikan goreng." beritahu Layla.

"Dua lauk tu je ke?" tanya Atia lagi.

"Yalah kenapa? Tak cukup ke?"

"Eh tak la, aku dah biasa makan ikan goreng ni. Tak apa la aku ikut je la asalkan makan aje."

Lalu mereka mula memasak. Setelah 55 minit masak, kini lauk yang mereka sudah siap lalu dihidangkan di atas meja makan. Nasi di dalam periuk nasi sudah siap dimasak lalu menyedok nasi ke atas pinggan.

"Abang, jom makan. Lauk dah siap dah ni." panggil Layla sambil meletakkan pinggan berisi nasi di atas meja makan.

"Okey..." jawabnya lalu mendukung Zayad dan menuju ke meja makan.

Selesai mereka sudah membaca doa, mereka mula menjamu selera.

"Sedapnya kau masak, Ayla!" ujarnya sambil mengunyah nasi putih bersama masak lemak kangkung dan sedikit isi ikan goreng di dalam mulutnya.

"Sedapnya sayang masak!"

Layla berasa sangat gembira mendengarnya apabila masakannya sangat sedap dirasa.

"Kalau tak cukup, tambah lagi."

Selesai mereka sudah makan, Layla bangun dan menuju ke dapur lalu membasuh pinggan itu. Selesai sudah membasuh pinggan, dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil merehatkan perut mereka yang sudah kenyang.

"Terima kasih la Ayla, masak sedap-sedap untuk aku. Kenyang pula aku harini." jawab Atia sambil bersandar di sofa.

"Sama-sama."

"Siapa nama anak kau ni?" tanya Atia apabila melihat anak Layla sedang asyik menonton televisyen bersama Aizad.

"Nama dia Muhammad Zayad Arfan." beritahu Layla.

Atia hanya faham sahaja.

"Anak kau dah berapa bulan dah?" tanyanya lagi.

"Sekarang dah masuk 9 bulan." beritahunya lagi.

"Oh... Jadi ni la rumah kau ye?" tanyanya sambil memandang sekeliling di rumah itu.

"Ha'ah cantik kan rumah kitaorang ni?"

"Cantik. Besar pulak tu rumah ni siap dua tingkat lagi." ujar Atia masih lagi memandang sekeliling rumah itu.

"Itu pun suami aku yang beli rumah ni." beritahu Layla.

"Oh yeke? Untung la kau kan Ayla dapat suami kaya macam Aizad tu. Dah la kaya, pastu banyak duit pulak tu."

"Aik mengumpat aku ke?" dari tadi Aizad mendengar kata-kata rakan Layla itu.

"Eh tak ada la, mana ada aku mengumpat kau. Aku cakap benda baik apa."

"Yalah tu... Macam la aku ni nak percaya cakap kau."

"Kalau kau tak percaya cakap aku, sudah."

Setelah lama mereka bersembang, jam di ruang tamu sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Lama benar mereka bersembang kali ini.

"Eh dah pukul dua setengah la, okey la aku nak balik dah ni. Lama betul kita sembang ek." ucapnya lalu mencapai beg tangannya dan bangun dari sofa.

"Itu la, tak apa la lain kali kita jumpa lagi ye." ucapnya sambil menuju ke pintu rumah bersama Atia.

Atia angguk senyum sambil berkata, "Okey..."

Sebaik Atia keluar dari rumah lalu dia pulang dengan menaiki kereta miliknya.

Manakala mereka menaiki menuju ke bilik lalu mereka terus mengerjakan solat fardu zuhur.

Waktu malam itu, mereka hanya menonton televisyen sahaja di ruang tamu selepas selesai mereka mengerjakan solat fardu isyak. Sedang mereka menonton televisyen, tiba-tiba telefon Aizad berbunyi lalu mencapai telefonnya dan melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Dia melihat nama panggilan video itu ialah ibunya, Datin Azimah. Terus jarinya menekan punat itu dan menjawab panggilan ibunya.

"Assalamualaikum." ucap Datin Azimah setelah Aizad menjawab panggilan videonya.

"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak.

"Semua sihat ke kat sana?" tanya Datin Azimah ingin tahu.

"Alhamdulillah mama, kami sihat walafiat. Kenapa mama call ni?" tanya Aizad pula.

"Saja mama nak sembang, cucu mama mana?"

"Ada ni ha..." lalu dihalakan ke wajah Zayad yang sangat comel.

"Eh cucu tok ma..." ucapnya apabila melihat cucunya sedang fokus pada skrin telefon itu.

"Cucu tok ma sihat? Tembam la pipi dia." ucapnya sambil ketawa melihat cucunya di dalam skrin telefonnya itu.

"Alhamdulillah cucu tok ma sihat, sekarang dah masuk 9 bulan." beritahu Aizad.

"Alhamdulillah... Kamu duduk kat mana sekarang ni?"

"Zad dengan Ayla duduk kat rumah baru, ma." beritahu Aizad.

"Rumah baru? Kat mana?" tanya Datin Azimah lagi.

"Dekat Taman Bukit Mutiara." beritahunya lagi.

"Oh duduk kat sana terus la ye?"

"Ha'ah..."

"Mm tak apa la, tengok la bila papa, mama dengan tok mommy kalau ada masa, kami datang rumah kamu ye?"

"Boleh, datang je lagipun Ayla dengan Zad ada je kat rumah dengan Zayad."

"Okey la kalau macam tu, mama pun nak tidur dah ni."

"Okey mama, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." lalu panggilan video itu ditamatkan.

Jam di ruang tamu sudah menunjukkan pukul 11.50 malam. Sekarang masanya untuk mereka tidur. Mereka menaiki menuju ke bilik dan terus tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience