SUDAH beberapa hari Aizad bekerja di pejabatya, dia di dalam bilik pejabatnya, sedang membuat kerjanya. Tetapi entah mengapa dia tiba-tiba teringat kejadian semalam. Irisa hadir ke pejabatnya untuk mengajak makan bersama wanita itu. Sungguh benar-benar memalukan apabila Irisa hadir ke pejabatnya semata-mata mahu mengajaknya makan. Kepalanya berasa seakan-akan pening memikirkan kejadian semalam. Ketika dia sedang berfikir, tiba-tiba muncul wajah sahabatnya, Elman di muka pintu.
"Kau kenapa ni Zad? Pening kepala ke?" tanya Elman hairan apabila melihat Aizad dalam pemikiran yang agak sukar untuk dia berfikir.
"Aku mana ada pening kepala, aku tiba-tiba teringat pasal semalam tu." jawab Aizad sambil memegang kepalanya yang seakan-akan terasa pening.
"Pasal semalam? Ada apa semalam tu?" tanya Elman hairan lagi. Dia memang tidak pernah tahu apa-apa tentang kejadian Irisa hadir ke pejabatnya semalam.
"Sepupu aku tu la, dia tu tak habis-habis buat hal! Dah la main masuk je bilik aku lepas tu dia nak ajak aku makan dengan dia! Aku betul-betul malu wei dengan dia! Suka-suka dia je main masuk bilik aku!" beritahu Aizad. Dia mula teringatkan wajah Irisa yang tidak tahu rasa malu. Ia membuatkan dia berasa benci dengan sepupunya itu.
"Oh aku ingatkan kau nak cakap benda lain, rupanya kau cakap pasal semalam tu. Tapi aku tak faham dengan sepupu kau tu, kenapa dia beria-ria sangat nak ajak kau makan dengan dia?" tanyanya lagi, kepalanya mula berfikir tentang kejadian itu.
"Entah la aku pun tak tahu la kenapa dia beria-ria sangat nak ajak aku makan dengan dia. Aku tahu kalau dia ajak aku makan, mesti dia nak buat perkara tak senonoh dekat aku. Kau rasa?" ujar Aizad, pinta pendapat Elman.
"Uish yeke wei? Bahaya jugak ek sepupu kau tu, mentang-mentang la kau ni sepupu dia, dia tu nak sangat kahwin dengan kau. Kaki laki betul la Irisa tu." ucap Elman. Sungguh dia benar-benar tidak sangka, dia mengingatkan Irisa seorang wanita yang baik, peramah dan penyayang. Tetapi tidak, Irisa seorang wanita yang sangat penyondol dan suka merampas lelaki orang.
"Kan? Tahu tak apa."
"Dah, kau tak payah la nak fikir lagi pasal tu. Kau lupakan aje."
"Macam mana aku nak lupakan, dia tu ada je nak buat perkara terkutuk dekat aku. Kalau aku, tak ingin aku nak jadikan dia isteri aku. Kau nak ke perempuan kotor macam dia tu, jadikan isteri kau?" tanya Aizad pula kepada Elman.
"Kalau aku, tak nak la aku. Aku nak cari perempuan yang baik-baik je macam isteri kau tu Layla, dia tu kan baik, penyabar dan penyayang orangnya. Aku nak perempuan macam bini kau tu la." jawab Elman.
"Aik kau ni Man, kau macam nak try je kat bini aku, kau suka dia ek?"
"Bila masa aku cakap aku suka bini kau tu?"
"Tadi."
"Maksud aku, aku nak cari perempuan yang baik, penyabar, penyayang macam bini kau tu. Bukannya aku nak bini kau tu, kau ni jangan sampai aku tumbuk muka kau kang!" ujar Elman.
"Aku gurau je, gurau pun salah ke?"
"Kau nak bergurau dengan aku pun agak-agak la!"
"Eh tak silap aku, bukan ke hari ni birthday kau?" tanya Elman sambil menukar topik.
Kata-kata sahabatnya itu, membuatkan dia terfikir seketika. Dia terfikir bilakah hari lahirnya? Adakah benar hari ini merupakan hari lahirnya yang ke 36 tahun?
"Birthday aku?" keningnya disengetkan sedikit, berasa hairan dengan kata-kata sahabatnya itu.
"Yalah, birthday kau kan 6.4.2024." beritahu Elman.
Lalu dia segera membuka skrin telefonnya dan melihat kalendar di telefonnya. Ya benar, 6.4.2024 ialah merupakan hari lahirnya yang ke 36 tahun.
"Eh betul la hari ni birthday aku, ya Allah macam mana aku boleh lupa ni! Hari ni birthday aku! Man terima kasih la bagitahu aku, kalau kau tak bagitahu aku hari ni birthday aku, aku mesti banyak leka sangat."
"Sama-sama, bila kau nak buat birthday kau? Nanti kau jemput aku dengan diaorang sekali tau."
"Nanti la aku nak telefon mama aku jap." dia terus mencari dan menekan nombor telefon milik Datin Azimah, lalu membuat panggilan. Manakala Elman pula segera keluar dari bilik Aizad.
Tidak lama kemudian, panggilannya sudah dijawab oleh ibunya.
Kedengaran suara ibunya di dalam panggilan, "Helo Zad, ada apa Zad telefon mama ni?"
"Mama, mama rasa hari ni birthday siapa? Birthday papa ke birthday Zad?" teka Aizad sambil ketawa kecil, saja mahu bermain teka-teki dengan ibunya.
"Hari ni? Ada apa dengan hari ni?" tanya Datin Azimah hairan lagi.
"Mama ni dah lupa kot hari ni kan birthday aku." gumam Aizad. Dia berharap ibunya akan mengingati hari lahirnya.
"Hari ni ek? Kejap mama tengok."
Lalu Datin Azimah segera melihat kalendar di dinding ruang tamu. 6.4.2024 tertulis di situ 'birthday Zad'. Datin Azimah sedikit terkejut 6.4.2024 ialah hari rabu, iaitu merupakan hari lahir anaknya yang ke 36 tahun.
"Eh hari ni birthday Zad kan?"
"Fuh... Nasib baik mama ingat." gumam Aizad lagi.
"Ya Allah macam mana mama boleh lupa ni! Ya Allah!"
"Tu la Zad pun hampir-hampir lupa sebab hari ni birthday Zad, mama bila nak buat birthday Zad ni?"
"Apa kata malam ni mama buat majlis besar-besaran kat depan rumah mama." beritahu Datin Azimah pada anaknya.
Kata-kata ibunya itu, telah membuatkan dia berasa teruja dan tidak sabar mahu menyambut hari lahirnya.
"Boleh jugak mama, nanti Zad ajak Ayla dengan kawan-kawan Zad sekali datang."
"Boleh je, mama pun nak ajak pak lang dengan mak lang lepas tu kawan-kawan mama sekali."
"Okey mama, nanti kita jumpa ye mama. Bye assalamualaikum."
"Bye, Waalaikumsalam."
Tiba-tiba suaminya, Dato Hashimi menyapanya.
"Awak telefon Zad ke tadi?" tanya Dato Hashimi tiba-tiba.
Datin Azimah sedikit tersentak apabila suaminya, Dato Hashimi menyapa di belakangnya.
"Ha'ah bang."
"Ada apa dia telefon awak?" tanya Dato Hashimi lagi.
"Dia bagitahu saya, hari ni birthday Zad."
"Hari ni? Birthday Zad?" tanyanya hairan.
"Iye bang, hari ni birthday anak kita bang. Kenapa?"
"Tak ada apa-apa, abang cuma tanya je."
"Ni ada apa pulak ni?" tiba-tiba umi pula menyapa mereka.
"Erk... Tak ada apa-apa la umi."
"Aik yeke tak ada apa-apa ni? Ni mesti ada benda nak bagitahu sesuatu kat umi, cakap la apa dia?" umi mahu tahu apa yang disembunyikan itu.
"Ni tadi Zad telefon Mah, dia bagitahu Mah hari ni birthday dia." beritahu Datin Azimah pada umi.
"Oh yeke? Umi ingatkan apa la tadi, jadi bila nak buat majlis birthday Zad?" tanya umi.
"Malam ni umi." umi hanya faham sahaja.
"Nanti umi tolong bagitahu kat Idi, cakap datang rumah kak long sebab nak buat majlis birthday Zad."
"Yalah nanti umi bagitahu dia."
Datin Azimah lalu bangun dan menuju ke dapur.
"Mak Lina." panggil Datin Azimah. Mak Lina segera menoleh ke arah wajah Datin Azimah di belakangnya.
"Ya datin, ada apa datin panggil saya?" tanya Mak Lina hairan.
"Saya nak bagitahu ni, hari ni birthday anak saya tau. Jadi malam ni lepas isyak, awak masak sedap-sedap tau." beritahu Datin Azimah. Mak Lina angguk faham.
"Oh okey baik datin." lalu Datin Azimah keluar dari dapur.
"OH YEKE? Insha-Allah umi, kami akan datang. Assalamualaikum." lalu panggilan ditamatkan.
"Umi telefon ke bang?" sapa isterinya, Datin Sri Roslia lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa, di sebelah suaminya.
"Ha'ah... Umi bagitahu hari ni birthday Aizad." beritahu Dato Sri Zahidi. Datin Sri Roslia hanya faham sahaja.
Irisa yang sedang menuruni, tiba-tiba terdengar perbualan ibu dan bapanya. Dia mula memasang telinga untuk mendengar perbualan ibu dan bapanya di ruang tamu. Dia terfikir ibu dan bapanya sedang berbual apakah? Hari lahir siapa yang bapanya menyebut? Adakah hari lahir Aizad?
"Apa dia papa? Birthday? Birthday siapa?" tanya Irisa lalu berdiri di tepi ibubapanya.
"Tadi tok mommy bagitahu papa, hari ni birthday Aizad."
Terus terbeliak kedua-dua matanya apabila mendengar kata-kata bapanya itu.
"Seriously papa? Today is birthday Aizad?"
"Iye... Kenapa?"
"Nothing." itu saja dia mampu berkata.
Lalu dengan berasa teruja, dia segera menaiki semula, menuju ke biliknya.
"Aku mesti kena pakai cantik-cantik ni, mesti dia akan terpesona dengan pakaian aku ni! Eee tak sabarnya aku!"
Irisa terus membuka almari biliknya dan mengambil pakaian yang sesuai untuk ke majlis hari lahir Aizad.
Malam itu, selepas sahaja Aizad pulang dari pejabat, dia mengarah isterinya bersiap sebaik selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu isyak.
Layla pula terfikir mengapa Aizad mengarahnya bersiap? Mahu ke manakah Aizad membawanya? Aizad pula hanya berdiam sahaja.
"Abang, kita nak pergi mana ni?" tanya Layla sambil matanya menoleh ke arah wajah suaminya.
"Ala, sayang ikut je la abang nak bawak pergi mana." jawab Aizad sambil matanya fokus pada pemanduannya.
Nafasnya dihembus perlahan. Dia mengikuti sajalah ke mana Aizad mahu membawanya.
Sebaik mereka tiba di depan rumah Datin Azimah, kelihatan ramai orang di situ sedang menjamu selera di halaman rumah.
Dia terfikir dan melihat hari lahir siapa yang mereka mahu menyambutnya. Lalu mereka melangkah turun dari perut kereta, lalu mereka melangkah masuk ke halaman rumah.
"Assalamualaikum." ucap Aizad.
"Waalaikumsalam." jawab mereka hampir serentak.
"Zad! Ayla! Sampai pun anak, menantu dan cucu mama." jawab Datin Azimah sambil mencium Aizad, Layla dan cucunya Zayad.
Dato Hashimi turut bersalam tangan anak, menantu dan cucunya juga.
Tiba-tiba muncul beberapa wajah pekerja-pekerja Aizad.
"Assalamualaikum." ucap salah seorang pekerja itu.
"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak, sambil menoleh ke arah wajah pekerja-pekerja itu.
Lalu pekerja-pekerja Aizad bersalam Datin Azimah dan Dato Hashimi.
"Eh cik Layla Adilya kan?" tanya Amalia apabila dia mula teringatkan wajah Layla.
"Ye saya, awak ni siapa nama?" tanya Layla pula kepada wanita itu.
"Saya Amalia." ucap Amalia lalu menghulurkan tangannya. Layla turut bersalam tangan Amalia.
"Awak boleh panggil saya Ayla je." Amalia hanya angguk sambil senyum saja.
Muncul pula wajah Dato Sri Zahidi dan isterinya Datin Sri Roslia serta Irisa.
Mereka menoleh ke arah wajah Irisa yang begitu bergaya. Bajunya gaun pendek berwarna ungu tua, berkasut tumit tinggi dan wajahnya sangat tebal dengan menggunakan alat solek miliknya.
"Wah cantiknya dia tu." ucap salah seorang pekerja Aizad.
"Ha'ah la cantik betul dia tu." jawab pekerja Aizad yang lain.
"Hai..." tangannya dilambai pada pekerja-pekerja Aizad. Pekerja-pekerja itu turut melambainya.
Aizad pula hanya menjeling saja melihat pemakaian sepupunya itu.
"Hai Aizad, happy birthday to you."
"Thank you Ris." ucap Aizad acuh tak acuh.
Sempat anak mata Irisa menjeling ke arah isteri Aizad yang sedang berborak dengan pekerjanya itu, lalu dia terus pergi.
"Okey semua, jom kita mulakan sambut hari lahir anak kami!" jerit Dato Hashimi.
Lalu majlis hari lahir Aizad dimulakan. Mereka terus berkumpul di situ, lalu mereka menyanyi lagu hari lahir untuk Aizad.
Selesai sahaja mereka menyanyi, Aizad mengambil pisau pemotong kek, lalu memotong kek itu. Lalu mereka mula melayan diri dan menjamu selera. Manakala yang lain pula sibuk mahu bergambar bersama.
Aizad berasa sangat teruja kali ini kerana suasana majlis hari lahirnya sangat meriah sekali.
"Happy birthday bos!" ucap pekerja-pekerjanya itu.
"Thank you korang sebab datang majlis saya hari ni. Thank you sangat-sangat."
"Sama-sama bos! Kami betul-betul tak sangka bos sekarang dah umur 36 tahun." jawab pekerja lelaki itu. Aizad hanya sekadar senyum saja mendengar kata-kata pekerjanya itu.
"Happy birthday Zad! Aku doakan semoga kau kekal sihat selalu dan dipanjangkan umur... Amin!" ucap Elman lalu mengaminkan doa.
"Amin insha-Allah, thank you bro sebab datang majlis aku." jawab Aizad, lalu memeluk tubuh sahabatnya dengan erat. Elman turut memeluk tubuh Aizad dengan erat.
"You're welcome, eh jom la kita makan kek."
"Jom!"
"Abang saja tak nak bagitahu Ayla yang hari ni birthday abang." ujar Layla pula.
"Abang saja nak surprise kat sayang."
Layla hanya menjeling saja. Lalu dia dan Zayad mula mengambil sepotong kek dan makan. Sungguh manis rasa kek kopi itu.
Pukul 11.30 malam, selesai membuat majlis hari lahir Aizad, masing-masing terus pulang ke rumah. Dan hanya tinggal Aizad, Layla dan Zayad saja di situ.
"Terima kasih mama, terima kasih papa. Zad doakan semoga mama dan papa kekal bahagia dan sihat selalu. Amin."
"Amin, mama doakan semoga Zad, Ayla dan cucu mama papa kekal sihat selalu dan dipanjangkan umur."
"Amin! Okey la kalau macam tu kami balik dulu ye."
Setelah mereka bersalam, mereka terus pulang.
Share this novel