"GOOD morning sayang." ucap Aizad setelah menuruni dari anak tangga lalu menuju ke meja makan.
"Good morning." jawab Layla sambil menyiapkan sarapan pagi di atas meja makan. Lalu muncul suaminya di situ. Layla hanya senyum saja memandangnya lalu menuju ke dapur semula.
Aizad terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan, sambil dia menunggu isterinya yang sedang menyiapkan sarapan pagi.
Selesai dia sudah menyiapkan sarapan pagi, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan lalu mereka membaca doa. Selesai sudah membaca doa, mereka mula menjamu sarapan pagi.
Selesai sahaja Aizad sudah menjamu sarapan pagi, dia terus bangun dan mencapai beg kerjanya.
"Abang..." panggil Layla. Aizad menoleh ke arah wajah isterinya. Layla menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aizad turut menyambut salam isteri dan anaknya.
"Abang pergi kerja dulu ya..." ucap Aizad selepas bersalam lalu mencapai kunci keretanya. Layla angguk lalu Aizad melangkah keluar dari rumah, menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke pejabat.
Sebaik dia tiba di kawasan tempat pekerja pejabat, dia terus masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sedang dia mula bekerja, tiba-tiba muncul wajah sahabatnya, Elman di muka pintu.
"Helo my friend..." ucap Elman di muka pintu lalu melangkah masuk.
"Hmmmm..."
"Kau nak apa Man?" tanya Aizad sambil matanya fokus pada kerjanya itu.
"Hai, saja nak jenguk kau. Tak boleh ke?" tanya Elman pula.
"Boleh je..."
"Kau ni macam tak nak je pandang muka aku. Kau merajuk dengan aku ke Zad?" tanya Elman lagi.
"Bila masa aku merajuk dengan kau? Kau ada buat salah dekat aku ke?" Aizad pula bertanya kepada Elman. Dia hairan sedikit dengan soalan yang diberikan oleh sahabatnya. Adakah Aizad benar-benar palau dengan Elman? Adakah Elman bersalah pada Aizad?
"Tak ada..." jawab Elman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Dah tu... Tak ada tak ada la. Boleh tak kau keluar sekarang, aku nak buat kerja aku ni."
"Yalah yalah..." Elman segera melangkah keluar dari bilik Aizad.
Di dalam rumahnya, Layla dan Zayad di ruang tamu sedang menonton televisyen bersama. Kini mereka menonton rancangan hindustan yang bertajuk Kabhi Khushi Kabhie Gham yang sedang ditayangkan di skrin kaca televisyen. Dia tidak pernah menonton rancangan seperti itu, inilah pertama kali dia menonton rancangan itu bersama anaknya. Cerita itu sungguh menyedihkan bagi Layla, baru saja menonton separuh rancangan, matanya sudah mengalir. Dia mengambil sehelai tisu lalu mengelap matanya yang mengalir itu. Sudah beberapa dia mengambil helaian tisu untuk mengelap matanya, tetapi matanya tetap mengalir juga. Itulah kasih seorang ibubapa, ibubapa tidak akan pernah memisahkan anak dan ibubapa. Tetapi ibubapa harus menyayangi anak sepertimana ibubapa sudah menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Sedang khusyuk dia menonton rancangan itu, tiba-tiba telefon di sebelahnya berbunyi lalu dia melihat nama panggilan di dalam skrin telefonnya. Nama panggilan itu ialah sahabat baiknya, Atia. Dia terus menekan punat hijau dan menjawab panggilan sahabat baiknya itu.
"Helo assalamualaikum Ayla..." ucap Atia di dalam talian.
"Waalaikumsalam..." jawab Layla, sambil menyeka matanya yang mengalir itu.
"Eh apasal aku dengar suara kau macam nangis je, kau nangis ke ni Ayla?" tanya Atia hairan apabila mendengar suara tangisan Layla di dalam talian itu.
"Eh tak la, mana ada aku nangis." tipu Layla. Dia sebenarnya sedang menangis dalam diam kerana menonton rancangan itu.
"Yeke kau tak nangis? Ke sebenarnya kau betul-betul menangis ni?" tanya Atia lagi dengan perasaan ingin tahu benarkah Layla sedang menangis?
"Ha'ah Tia, aku menangis sebab tengok cerita kat tv ni."
"Cerita apa kau tengok Ayla?"
"Cerita Kabhi Khushi Kabhie Gham."
"Oh cerita hindustan ya?"
"Kau dah tengok ke cerita kat tv ni?"
"Banyak kali dah aku tengok cerita tu."
"Hmmmm... Ingatkan kau tak tengok lagi cerita ni."
"Kau tengah buat apa tu Tia?" tanya Layla.
"Tak ada buat apa-apa pun." jawab Atia bersahaja. Layla hanya faham saja.
"Hmmm dah la aku nak sambung tengok cerita ni ha."
"Mmmm yalah... Bye."
"Bye..." lalu panggilan itu ditamatkan.
Pada jam pukul 1.30 tengahari, dia kini sudah menyiapkan kerjanya setelah beberapa jam dia memulakan kerjanya. Dia segera mengemas mejanya lalu bangun dan melangkah keluar. Tiba-tiba, Elman menyapanya.
"Eh kau nak balik dah ke Zad? Baru pukul 1 tengahari. Kau tak nak lunch ke?" tanya Elman hairan sedikit, apabila melihat Aizad sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah.
"Tak apa la, aku lunch kat rumah je lagipun kerja aku dah siap dah. Aku balik dulu tau." Aizad segera meninggalkan kawasan pejabat lalu pulang ke rumahnya dengan menaiki keretanya.
Sebaik pagar rumah dibuka dengan sendiri, lalu kereta terus masuk ke perkarangan rumah. Dia terus melangkah turun dari keretanya lalu menekan butang kunci keretanya.
"Assalamualaikum." ucap Aizad selepas membuka pintu rumah dan melangkah masuk.
"Eh ayah dah balik!" Zayad terus bangun dan memeluk bapanya.
"Eh abang dah balik? Awalnya abang balik, kerja dah siap ke abang buat tu?" tanya Layla hairan apabila tiba-tiba muncul saja Aizad di muka pintu.
"Dah siap dah pun, saja abang balik awal sebab abang malas nak lunch." jawab Aizad sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa dan menyandar setelah keletihan.
Layla turut melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya sambil membuka baju kot yang dipakai oleh Aizad lalu diletak di sofa.
"Ayla tak masak apa-apa lagi bang, abang nak makan apa? Ayla masak kan."
"Sayang masak je la apa-apa pun, janji kita makan. Itu je."
"Betul ni?"
"Ye."
"Okey sebelum tu, abang pergi mandi dulu."
"Kejap la, bagi la abang rehat dulu pastu baru abang pergi mandi."
Layla terus bangun dari sofa lalu menuju ke dapur.
Selepas beberapa minit dia berehat seketika, dia terus bangun dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Selesai dia sudah mandi dan mengerjakan solat fardu zuhur, dia menuruni semula menuju ke ruang tamu.
Setelah beberapa jam dia di dalam dapur, selesai sahaja dia sudah memasak, lalu dia terus hidangkan masakan itu di atas meja makan, lalu ditutup dengan tudung saji. Layla terus mencapai telefonnya lalu menaiki anak tangga dan menunaikan solat fardu zuhur.
Selesai sahaja dia sudah mengerjakan solat fardu zuhur, dia terus menuruni dan menuju ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari.
"Abang! Yad! Jom makan! Makanan dah siap dah!" panggil Layla apabila selesai dia menyiapkan makan tengahari.
Aizad dan Zayad terus bangun lalu menuju ke meja makan dan melabuhkan punggung mereka di atas kerusi makan. Selesai sahaja sudah membaca doa, mereka mula menjamu selera.
Selesai mereka sudah makan, mereka merehatkan perut mereka di atas sofa sambil menonton rancangan di skrin kaca televisyen.
DI DALAM biliknya, dia sedang bersiap untuk pergi ke kelab malam bersama sahabatnya, Fasya. Dia bercadang mahu bersantai di sana kerana dia sudah bosan dengan ibubapanya yang asyik mengongkongnya sahaja. Selesai dia sudah menyiapkan diri, dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga menuju ke pintu rumah. Tiba-tiba, ibunya menyapa Irisa.
"Irisa ni siap-siap nak pergi mana malam-malam?" tanya Datin Sri Roslia hairan melihat pemakaian anak perempuannya itu.
"Irisa nak keluar kejap dengan kawan." jawab Irisa.
"Keluar? Nak pergi mana malam-malam ni? Baru pukul sembilan. Tak payah la nak keluar malam-malam ni." tegas suara Dato Sri Zahidi.
"Ala Irisa nak keluar sekejap je dengan Fasya."
"Pergi mana?" tanya mereka serentak.
"Ada la..." Irisa terus mencapai kunci kereta.
"Hei! Balik awal sikit! Jangan asyik nak balik lambat je!" pesan Datin Sri Roslia dengan nada yang tegas. Irisa terus melangkah keluar lalu menyarung kasut tumit ke dalam kedua-dua kakinya.
Irisa terus melangkah masuk ke dalam keretanya sambil berkata, "Suka hati aku la nak balik pukul berapa pun, aku nak balik lambat ke tak balik langsung pun jadi la!"
Lalu menghidupkan enjin. Setelah dia menghidupkan enjin, dia menuju ke rumah Fasya yang tidak jauh dari rumahnya, lalu mereka terus memandu menuju ke kelab malam.
Tiba sahaja di depan kelab malam, mereka terus menuruni dari kereta lalu Irisa menekan butang kunci keretanya. Setelah Irisa mengunci keretanya, mereka berjalan masuk ke dalam kelab itu dengan lampunya yang berwarna-warni. Kedengaran bunyi muzik di dalam kelab itu penuh bergema. Beberapa ramai wanita dan lelaki di situ sedang bersantai. Mereka terus mencari kelibat lelaki yang mereka kenali.
"Hai you all..." ucap Irisa pada dua orang lelaki itu.
"Hai..."
"Boleh I join dengan you all?" pinta Irisa.
"Sure..." lalu mereka terus duduk di sebelah dua lelaki itu.
"Hai Irisa... You look so pretty! I like your pretty!" puji Rayqal di sebelahnya.
"Oh thank you so much... Oh by the way. What's your name?" tanya Irisa di sebelah Fasya.
"His name is Haiden, my friend."
"Oh hai, my name is Irisa." ucap Irisa sambil menghulurkan tangannya pada lelaki itu. Haiden turut menyambut salam wanita itu dengan memberi senyuman sinis.
"Irisa... Wow your name is so pretty." puji Haiden sambil memandang Irisa dengan pandangan yang agak serius.
Dia memandang wajah Irisa, seolah-olah dia merasakan dia mula terjatuh hati pada wanita itu, walaupun pertama kali dia berkenalan dengan wanita itu. Tetapi hatinya mula menyukai wanita itu. Sampai sahaja air beralkohol itu, Haiden mengeluarkan sepaket berisi serbuk tidur lalu ditaburkan sedikit ke dalam cawan air beralkohol itu.
"Nah, this is for you my darling!" sempat Haiden memberikan cawan itu kepada Irisa. Irisa sangat terharu dengan kata-kata lelaki itu.
"Awww thank you Haiden!" Irisa menyambut berian cawan itu lalu diminum sedikit.
"You're welcome."
Mereka minum sambil mendengar bunyi lagu muzik yang sedang dimainkan. Haiden mula bangun dan menghulurkan tangan pada Irisa. Irisa menyambut huluran tangan Haiden, lalu dia bangun dan mula menari. Fasya dan Rayqal hanya senyum saja melihat Haiden dan Irisa yang sedang menari bersama. Kini giliran Rayqal dan Fasya pula menari.
Setelah puas Haiden dan Irisa menari, mereka berehat seketika lalu menyambung minum air beralkohol itu. Ketika mereka minum, mereka merasakan mereka mula menjadi mabuk dan tidak larat kerana terlebih minum air beralkohol.
"You, I rasa I tak larat la sekarang ni. Boleh tak you hantar I balik?" pinta Irisa apabila kepalanya seakan-akan berdenyut.
"Eh you kenapa Irisa? You pening ke?" tanya Haiden.
Lama-kelamaan, kepalanya semakin berdenyut-denyut. Irisa menyeringai sakit. Dengan tiba-tiba saja, Irisa terus terbaring di atas paha Haiden. Kali ini misi Haiden sudah berjaya.
"Yeah! Berjaya jugak akhirnya!" gumam Haiden sambil senyum sinis.
"Haiden, kau nak pergi mana?" tanya Rayqal apabila melihat Haiden sedang mengangkat tubuh Irisa yang tidak larat.
"Aku nak balik kejap, nak hantar dia ni balik. Dia pengsan." jawab Haiden lalu meninggalkan kawasan kelab malam.
Lalu Haiden keluar dan memasukkan Irisa ke dalam perut keretanya. Haiden segera menghidupkan enjin keretanya lalu membawa Irisa ke rumahnya yang penuh sunyi-sepi.
Tubuh Irisa terus diletakkan di atas katil lalu diselimutkan tubuh wanita itu. Haiden menanggalkan pakaiannya lalu memulakan perbuatannya sehingga keesokan hari.
Share this novel