JAM di skrin telefonnya sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Dia segera bangun lalu mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia terus membuka almari dan mengambil baju kemeja yang berwarna putih serta baju kot. Setelah siap memakai, dia terus mencapai begnya lalu menuruni menuju ke meja makan. Kelihatan makanan di atas meja sudah siap dihidangkan.
"Good morning anak mama." sapa ibunya, Datin Azimah baru saja muncul di belakangnya.
"Good morning mama." jawab Aizad lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan.
"Sedapnya bau dia." ujar Aizad apabila dia terlihat hidangan nasi lemak di atas meja makan.
"Bau apa sedap sangat ni?" tiba-tiba muncul pula kelibat Dato Hashimi dan tok mommy.
"Eh bang, jom la makan nasi lemak." pelawa Datin Azimah apabila kelibat suaminya baru saja muncul.
"Mmmm boleh jugak." jawab Dato Hashimi lalu duduk di sebelah isterinya.
Tidak sempat dia menjamu sarapan pagi, jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.
"Okey la ma, Zad dah lambat ni nak pergi kerja." jawabnya sambil bangun dan bersalam tangan ibu dan bapanya.
"Eh Zad tak nak makan dulu ke?" tanya Datin Azimah lalu Aizad terus bangun dan bersalam tangan ibunya.
"Tak apa la, Zad makan kat office je la."
"Okey..." lalu Dato Hashimi dan Datin Azimah mula menjamu nasi lemak itu bersama tok mommy.
"Pak Ayub, hantar saya ke office." arah Aizad lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta berjenama Vellfire.
"Baik tuan." Pak Ayub mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam perut Vellfire. Lalu menghantar Aizad menuju ke pejabat.
Sampai sahaja di pejabat, Aizad terus turun dari Vellfire lalu Vellfire turut berlalu pergi, dia terus berjalan masuk ke dalam kawasan pejabat.
"Good morning bos." ucap pekerja yang bernama Amilin.
"Good morning."
Terus sahaja dia masuk ke dalam bilik pejabatnya, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu biliknya lalu muncul kelibat sahabatnya iaitu Elman di muka pintu.
"Helo good morning my friend." ucap Elman setelah dia masuk ke dalam bilik sahabatnya.
"Good morning."
"Lambat betul kau masuk ek Zad, selalu awal kau masuk office." ujar Elman lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa, di hadapan sahabatnya.
"Aku terlajak tadi, tu yang aku lambat masuk tu." jawab Aizad. Elman hanya sekadar faham sahaja.
"Okey la aku nak buat kerja dulu."
"Okey."
Elman terus bangun dan keluar dari bilik sahabatnya.
"Aku pelik la tengok bos tu, sebab jarang lambat masuk office. Selalu awal je datang." ujar Nabiha hairan sedikit.
"Dia terlajak tidur la tu." jawab Elman lalu pergi. Nabiha hanya sekadar angguk faham sahaja lalu dia turut pergi juga.
Pada pukul 1.00 tengahari, dia masih dalam membuat kerja pejabat. Tiba-tiba muncul Elman di muka pintu.
"Zad, jom lunch dengan aku." ajak Elman.
"Ala, aku tengah buat kerja ni Man. Jangan kacau aku."
"Kau tahu tak, sekarang dah pukul satu. Semua orang dah pergi lunch, jom la Zad. Ala lepas makan nanti kau sambung la buat kerja."
"Mmmmm yalah yalah..." Aizad terus bangun dan pergi bersama sahabatnya menuju ke kafe yang berdekatan dengan lobi pejabat.
Setelah mereka melayan diri, mereka duduk di belakang sedikit, lalu mereka membaca doa dan menjamu selera.
Selesai mereka makan, mereka terus menyambung kerja semula.
DALAM dapur rumahnya, Layla, Nazrol, Hafizi serta Taniya sedang bersarapan pagi di meja makan. Manakala Mak Nani pula sedang menjemur kain di luar rumah. Bapa mereka Pak Musa pergi memancing di sungai berdekatan. Itulah rutin harian Pak Musa.
Sedang Layla khusyuk bermain telefonnya, tiba-tiba Taniya bertanya kepadanya.
"Kak ngah buat apa tu?" tanya Taniya hairan apabila melihat kakaknya sedang bermain telefon.
"Tak ada buat apa." Layla terus menutup telefonnya lalu letak di depannya.
"Yeke tak ada buat apa, habis kau main telefon tadi tu bukan tak ada buat apa la?" usik Nazrol.
Sempat pula Layla memandang ke arah lain, tidak mahu memandang wajah abangnya kerana sangat malu.
"Dah la tak payah nak simpan rahsia sangat, bagitahu je kitaorang. Aku tahu kau sebenarnya rindu kat boyfriend kau kan?" teka Nazrol. Dia sudah dapat meneka apa yang Layla sedang berfikiran. Adakah benar Layla sangat merindukan Fariq?
"Macam mana along boleh tahu yang angah ni tengah rindu kat Fariq tu?" wajahnya terus menoleh ke arah wajah mereka.
"Kau rindu kat dia ek?" usik Nazrol lagi. Hafizi dan Taniya pula seronok apabila melihat Nazrol sengaja mengusik Layla.
"Shh jangan la cakap kuat-kuat, nanti mak dengar kang!" marah Layla sambil membuat tutup mulut supaya Mak Nani tidak mendengar perbualan mereka.
"Kak ngah rindukan siapa?" tanya Taniya lagi.
"Dia rindukan boyfriend dia tu dik." jawab Hafizi pula. Taniya angguk faham.
"Yeye memang angah rindukan dia." akhirnya Layla mengaku juga yang dia sangat rindukan teman lelakinya itu. Memang benar Layla sangat merindukan teman lelakinya itu.
"Haaa tengok, kan aku dah kata, mesti kau rindu punya kat boyfriend kau tu." akhirnya berjaya juga Nazrol dapat mengenakan Layla.
Wajahnya terus menjadi mengeluh kerana terpaksa memberitahu kepada abang sulungnya itu dengan jujur.
"Yang korang berempat ni buat apa? Dah habis makan ke belum?" tanya Mak Nani apabila selesai dia sudah menjemur kain tadi.
"Err dah habis dah makan tadi." jawab Hafizi lalu mereka terus bangun dan berlari menuju ke ruang tamu. Dan hanya tinggal Layla sahaja di dalam dapur.
"Yang kamu ni angah buat apa lagi kat sini? Basuh pinggan kat sinki tu." arah Mak Nani.
"Asyik-asyik aku juga yang kena basuh." gumam Layla terus bangun lalu mengambil dan membasuh pinggan di sinki. Selesai sudah membasuh, dia segera menuju ke biliknya lalu duduk di atas katilnya.
Dia terus mengeluarkan telefonnya di dalam poket seluarnya lalu menekan nama Fariq dan meletakkan di telinganya.
"Assalamualaikum awak." ucap Layla apabila panggilannya telah dijawab oleh Fariq.
"Waalaikumsalam, ada apa awak telefon saya ni?" tanya Fariq hairan.
"Awak tak nak ajak saya keluar ke?" tanya Layla dengan perasaan ingin tahu.
"Aik kenapa tiba-tiba je ni?" tanya Fariq lagi.
"Tak ada la, saja tanya saya bosan la tak tahu nak buat apa."
"Tak tahu nak buat apa? Macam ni, apa kata esok saya ajak awak keluar nak tak? Sebab harini saya nak rehat sehari, esok baru saya ajak awak keluar ek." jawab Fariq.
"Okey..."
"Awak buat apa tu?" tanya Fariq.
"Duduk dalam bilik je." kata Layla.
"Oh okey la nanti kita jumpa esok ye bye assalamualaikum."
"Bye waalaikumsalam." panggilan terus ditamatkan.
Nampaknya, dia berkurung dalam bilik sajalah kerana teman lelakinya ada hal yang perlu diselesaikan. Selepas semuanya selesai, dia akan membawa Layla keluar dengannya.
PUKUL 8 malam, dia masih lagi di dalam pejabat kerana kerjanya sangat banyak. Ia membuatkan dia semakin stres dan agak sukar untuk dia menahan keletihan.
Tidak lama kemudian, akhirnya dia telah siap juga kerjanya lalu dia segera meninggalkan kawasan pejabat yang sudah pun gelap-gelita dan sunyi-sepi. Semua pekerjanya sudah pulang kecuali dia kerana perlu menyiapkan kerjanya.
"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia melangkah masuk.
"Waalaikumsalam. Ha Zad, lambat betul balik." ujar Datin Azimah apabila melihat anaknya baru saja pulang.
"Ha'ah ma, kerja banyak tadi. Tu yang Zad lambat balik."
"Okey la Zad nak naik dulu." jawab Aizad lalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
"Penatnya aku!" rungut Aizad sambil duduk di atas katil.
Setelah lama dia berehat, dia menanggalkan pakaiannya lalu mencapai tualanya dan masuk ke bilik air. Selesai sudah dia mandi dan memakai baju tidur, dia menuruni semula menuju ke ruang tamu.
"Mama, ada makanan tak? Zad lapar la." ucap Aizad sambil memegang perutnya yang sudah berbunyi.
"Ada kat meja makan tu, pergi la makan."
"Mama dengan papa dah makan ke belum?"
"Mama dengan papa dah makan dah tadi." ujar Datin Azimah. Aizad hanya faham sahaja, lalu dia menuju ke meja makan dan melihat di atas meja makan ada sejenis lauk seperti sambal udang, sayur pucuk paku, ikan goreng dan timun. Dia mengambil pinggan yang sudah berisi nasi putih lalu dia duduk sambil membaca doa dan makan.
Selesai dia sudah makan dan perutnya pun sudah kenyang, dia terus bangun dan membasuh pinggannya. Selesai dia sudah membasuh pinggannya, dia terus menaiki semula ke biliknya dan berehat.
Assalamualaikum hai semua, welcome back semua. Jemput baca novel baru saya yang bertajuk Cinta Sampai Akhir Hayat. Selamat membaca
Share this novel
Tengah dok membawang haha