BEBERAPA hari kemudian, Aizad kini di dalam rumahnya bersama isterinya Layla serta anak mereka iaitu Zayad, sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah. Aizad pula di meja makan, sedang menghirup air teh di dalam gelas kecil, sambil dia menaip sesuatu di komputer riba miliknya. Layla walaupun sudah sembuh, Aizad tetap mahu menjaga isterinya, kerana dia takut apabila isterinya diserang sakit semula.
"Aik abang, abang tengah buat apa tu?" tanya Layla hairan apabila melihat suaminya di meja makan, sedang menyiapkan kerja pejabat.
"Abang tengah siapkan kerja abang ni." jawab Aizad, sambil matanya fokus pada skrin komputer riba miliknya.
"Tak siap lagi ke kerja abang tu?" tanya Layla lagi.
"Belum, sikit je lagi nak siap dah ni kerja abang." jawab Aizad lagi.
Beberapa jam kemudian, akhirnya siap juga kerjanya, lalu dia segera menutup skrin komputer riba miliknya. Dia bangun dari kerusi makan, lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Layla menoleh ke arah wajah suaminya di sebelahnya dengan senyuman yang manis sekali.
Layla pun turut senyum juga melihat wajah tampan suaminya. Lama mereka memandang, tiba-tiba Zayad memanggil mereka.
"Ibu! Ayah!" panggil Zayad lembut.
Mereka menoleh ke arah wajah anak mereka apabila anak memanggil mereka.
"Ya Yad? Ada apa Yad panggil ibu dan ayah ni?" tanya Aizad hairan.
"Kenapa ayah pandang muka ibu lama sangat?" tanya Zayad pula, hairan.
"Saja ayah nak bermanja dengan ibu, Yad cemburu ek?"
"Mesti la Yad cemburu, ayah ni saja tau." Zayad mula membuat wajahnya rajuk. Aizad dan Layla ketawa kecil melihat anak mereka yang merajuk itu.
"Merajuk pulak anak ayah ni, ayah gurau je la tadi. Jangan la merajuk, meh sini kat ayah." Zayad terus bangun lalu duduk di atas riba bapanya.
"Nanti petang ni kita main kat taman okey."
"Okey! Yeay! Sayang ibu dan ayah!" segera Zayad mencium wajah ibu dan bapanya.
Lalu mereka menyambung menonton televisyen sehingga ke waktu asar.
Pukul 4.44 petang, kini sudah masuk waktu azan asar. Apabila bunyi azan sudah habis, mereka terus menaiki menuju ke bilik lalu mengambil wuduk dan segera mengerjakan solat fardu asar. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu asar, berdoa dan bersalam, mereka terus bangun lalu bersiap untuk membawa anak mereka ke taman permainan.
Sampai sahaja di taman permainan, kelihatan muncul beberapa kanak-kanak di situ sedang bermain.
Aizad dan Zayad mula bermain di sana. Manakala Layla pula duduk di atas kerusi batu yang ada di situ. Sedang melihat suami dan anaknya bermain, tiba-tiba terdengar suara menyapanya.
"Assalamualaikum Layla." ucap Qairina.
Dia menoleh ke arah wajah Qairina, lalu menjawab salam Qairina, "Waalaikumsalam Rin, duduk la."
Qairina mula melabuhkan punggungnya di sebelah Layla.
"Awak buat apa kat taman ni? Awak sorang je ke?" tanya Qairina sambil menoleh ke arah wajah Layla yang senyum itu.
"Eh tak la, saya dengan suami saya dan anak saya. Tu..." segera jarinya menunjuk ke arah kelibat Aizad dan Zayad di situ, tidak jauh dari mereka. Qairina hanya angguk faham sahaja.
"Mana akak tu?" tanya Qairina lagi.
Layla mendengar pura-pura tidak faham dengan bicara Qairina tadi. Akak yang manakah satu? Baizurakah? Ataupun orang lain?"
"Akak yang mana satu ni?"
"Ala, akak yang selalu ada kat taman ni. Siapa nama akak tu?"
"Oh Baizura?"
"Ha'ah mana dia? Lama tak nampak."
Layla hanya mengangkat bahu sahaja. Sudah beberapa hari tidak muncul kelibat Baizura. Ke manakah perginya wanita itu? Dia pergi bercuti bersama suami dan anaknyakah?
"Rin, aku nak tanya sikit boleh?"
Qairina segera angguk, lalu dia berkata, "Boleh, nak tanya apa?"
"Kau ada mak dan ayah tak?"
Qairina angguk lagi.
"Mak dan ayah kau apa khabar? Sihat ke?"
"Baik, alhamdulillah sihat."
"Kau anak sorang je ke? Ke kau ada adik-beradik lain?"
"Saya cuma anak sorang je, mak dengan ayah saya dah lama bercerai. Jadi saya tinggal dengan mak saya je." beritahu Qairina, sambil menunduk ke bawah.
Layla berasa sangat terkejut apabila mendengar bicara Qairina. Sungguh dia benar-benar tidak tahu, Qairina kini tinggal bersama ibu sahaja, setelah beberapa bulan ibu dan bapa Qairina bercerai, disebabkan wajah Qairina yang sangat hodoh.
"Kesiannya kau Rin! Ya Allah!" ucap Layla.
Qairina pula menangis apabila dia mengenangkan ketika dia masih dalam lingkungan 16-an. Layla cuba menenangkan Qairina yang sedang menangis teresak-esak. Dia mengusap tubuh Qairina supaya berhenti menangis.
"Tak apa awak, saya sedar saya ni siapa. Saya dah takde siapa-siapa, saya cuma ada mak saya je." ucap Qairina.
"Aku minta maaf ye Rin, aku betul-betul tak tahu."
"Tak apa, tak perlu awak nak minta maaf pun."
"Saya balik dulu ye, assalamualaikum." ucap Qairina sebelum dia bangun.
"Waalaikumsalam." jawab Layla. Lalu Qairina segera meninggalkan kawasan taman permainan itu.
Sedang lama dia termenung, tiba-tiba Aizad menegurnya.
"Sayang, kenapa ni? Termenung je abang tengok sayang ni?" tanya Aizad hairan.
"Tak ada apa-apa la bang." jawab Layla sambil menoleh ke arah wajah suaminya, lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Sayang sembang dengan siapa tadi?" tanya Aizad lagi.
"Kawan." jawab Layla pendek.
"Kawan? Kawan mana pulak ni?" tanyanya lagi.
"Ala kawan..."
"Yalah, kawan mana? Lelaki ke perempuan?"
"Perempuan."
"Oh... Siapa nama kawan Ayla tu?"
"Qairina." jawab Layla sambil menyebut nama Qairina.
"Qairina?"
"Kenapa bang?"
"Abang macam pernah dengar nama tu, tapi kat mana ek?"
"Laaa kan Ayla dah pernah bagitahu kat abang pasal budak bernama Qairina tu." ujar Layla.
"Oh yeke? Abang macam lupa nama budak tu."
Layla hanya menjeling saja ke arah wajah Aizad.
"Sayang kenapa ni? Merajuk dengan abang ke?"
"Mana ada."
"Betul ni sayang tak merajuk dengan abang?"
"Tak..."
"Okey... Eh jom la kita balik. Yad! Jom balik!" panggil Aizad.
Zayad segera berlari ke arah ibu dan bapanya, lalu pulang ke rumah.
Pukul 9.30 malam, selepas selesai mereka mengerjakan solat fardu isyak, Aizad menyambung semula kerjanya di dalam skrin komputer riba miliknya. Manakala Layla pula di katil sedang bermain telefon. Zayad pun sudah lena tidur. Dia mengantuk katanya. Selesai dia membuat kerjaya, dia terus duduk di atas katil dan mula tidur dengan lena.
Keesokan paginya, pukul 8.30 pagi, Aizad terus bangun dari baringannya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Selesai dia sudah mandi dan memakai baju kerja, dia segera mencapai beg kerjanya, lalu menuruni melangkah menuju ke meja makan. Terlihat di atas meja makan sudah terhidang maggi goreng dan roti kosong serta perisa coklat.
Tiba-tiba muncul isterinya dari dapur.
"Selamat pagi sayang." ucap Aizad.
"Selamat pagi. Mari la breakfast dulu bang." jawab Layla, sambil meletakkan teko kaca yang berisi kopi hitam di atas meja makan.
"Tak apa la sayang, abang dah lambat ni nak pergi kerja." Aizad terus mengambil sekeping roti kosong, lalu disapu dengan perisa coklat ke dalam roti itu.
Lalu dia mempercepatkan langkahnya menuju ke keretanya dan memandu ke pejabat.
Sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya, tiba-tiba sahabatnya, Elman menegurnya.
"Hai Zad, dah berapa hari dah kau tak masuk office ni. Kau tak sihat ke apa semalam?" tanya Elman hairan.
Aizad segera memberhentikan langkahnya sebaik sahabatnya menegurnya.
"Bukan aku yang tak sihat, tapi bini aku tu yang tak sihat. Dia demam." beritahu Aizad kepada Elman. Elman sungguh terkejut mendengar bicara sahabatnya itu.
"Hah yeke? Bini kau macam mana? Dah sihat ke?" tanya Elman lagi ingin tahu.
"Alhamdulillah dia dah sihat dah sekarang."
Lega Elman mendengar bicara sahabatnya.
"Hai bos, dah lama tak nampak bos. Bos tak sihat ke apa?" tiba-tiba muncul pula Nabiha.
"Eh eh eh kau ni Nab, aku tengah sembang dengan Zad, kau pulak sibuk nak tanya." ujar Elman apabila muncul kelibat Nabiha tadi.
"Aik, kau ni Man. Aku nak tanya kat bos pun salah ke?" tanya Nabiha pula.
"Salah la. Kau tu jangan menyibuk boleh tak? Pergi buat kerja kau tu!" arah Elman, lalu Nabiha pergi.
"Hah kau pun Man, pergi buat kerja kau jugak." lalu Aizad segera meninggalkan Elman di situ. Elman terkejut dengan bicara Aizad tadi.
"Aik aku pulak yang kena."
Lama dia menyiapkan kerja pejabatnya, jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Dia terus mengemas mejanya lalu dia segera meninggalkan kawasan pejabatnya dan pulang ke rumahnya.
"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam. Abang dah balik." jawab Layla apabila suaminya sudah pulang.
Lalu pintu rumah ditutup. Layla segera bersalam tangan suaminya. Aizad turut bersalam tangan isterinya.
"Sayang masak apa kat dapur?" tanya Aizad apabila dia tercium bau masakan di dapur.
"Ada la, abang kena mandi dulu pastu kita makan sama-sama okey."
"Okey sayang, abang naik dulu ye." Layla angguk senyum, lalu Aizad menaiki menuju ke bilik.
Selesai dia sudah mandi dan mengerjakan solat fardu maghrib, dia bergegas menuruni menuju ke dapur. Isterinya masih lagi memasak.
Selepas selesai Layla memasak, dia mula menghidangkan masakannya di atas meja makan. Bau masakan itu sampai ke hidung Aizad. Aizad segera bangun dari sofa lalu menuju ke meja makan.
Selesai mereka sudah makan, mereka bangun dari kerusi makan dan berehat di atas sofa sambil menonton televisyen dengan rancangan siaran di skrin kaca televisyen.
Share this novel