CSAH - BAB 28: Taman Permainan

Romance Series 9089

PAGI yang panas mentari, Aizad di ruang tamu bersama Zayad sedang menunggu Layla yang masih memakai alat solek di dalam bilik.

"Aik tak siap lagi ke isteri aku ni? Lama benar." bisik Aizad lalu dia menaiki dan bisik di tepi pintu.

"Sayang, dah siap ke belum? Lamanya sayang." ujar Aizad sambil membuka pintu bilik, lalu melihat isterinya sedang memakai maskara pada bulu mata.

"Kejap, nak siap dah ni." jawab Layla.

Selesai dia sudah siap memakai alat solek miliknya, dia bangun dan segera mencapai beg tangannya yang berwarna biru gelap.

Setelah mereka menuruni lalu mereka melangkah keluar dan masuk ke dalam perut kereta lalu Aizad menghidupkan enjin keretanya. Setelah enjin dihidupkan, Aizad mula memandu menuju ke warung untuk bersarapan pagi.

Sebaik sampai di warung yang berdekatan dengan bangunan sekolah, mereka terus turun dari perut kereta lalu mereka terus melayan diri. Setelah mereka melayan diri, mereka terus duduk sambil membaca doa sebelum makan. Selesai sudah membaca doa sebelum makan, mereka mula menjamu selera.

"Sedap?" tanya Layla pada Zayad yang sedang mengunyah makanan.

Zayad mengangguk-anggukkan kepalanya.

Selesai mereka sudah makan dan membayar, mereka meneruskan perjalanan mereka menuju ke pusat beli-belah di Klang.

Setelah kereta diparkirkan di tempat letak kereta, enjin kereta dimatikan lalu mereka terus turun dari perut kereta lalu Aizad menekan butang kunci keretanya.

Mereka terus berjalan bersama-sama menuju ke lif sambil Aizad menekan butang lif itu. Apabila pintu lif dibuka, mereka melangkah masuk ke dalam lif lalu pintu lif ditutup. Butang tingkat empat ditekan lalu lif dibawa naik ke atas. Sebaik lif berhenti, pintu lif dibuka lalu mereka melangkah keluar dari lif.

Sebaik mereka melangkah menaiki tangga eskalator, tangga eskalator itu lalu dibawa naik ke atas. Sebaik sampai di tingkat atas, mereka terus melangkah keluar dari tangga eskalator. Mereka terus singgah kedai berjenama Anakku, lalu mereka terus masuk dan membeli barang mainan untuk Zayad. Selesai mereka membayar, mereka terus keluar dan meneruskan perjalanan mereka di dalam pusat beli-belah.

Selesai mereka sudah membeli-belah, mereka terus pulang ke rumah. Sebaik sampai di rumah, mereka terus melangkah masuk dengan memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap mereka hampir serentak.

Barang-barang mainan yang dibeli tadi, lalu diletak di atas meja ruang tamu.

Setelah mereka menukar pakaian, mereka menuruni semula menuju ke ruang tamu lalu melihat barang-barang mainan itu.

"Yad, nanti petang ni kita main ya." jawab Aizad sambil menunjukkan kereta mainan itu kepada Zayad yang sedang duduk di atas sofa.

"Boleh la kita main sama-sama ye Yad." ujar Layla sambil mengeluarkan barang-barang mainan itu dari dalam beg plastik itu.

Tengahari itu, mereka tertidur sehingga dia tersedar kerana sudah masuk waktu zuhur. Dia menggosok-gosok matanya lalu melihat jam di dinding ruang tamu sudah menunjukkan pukul 1.20 tengahari. Dia terus bangun dan menuju ke bilik lalu mandi dan mengerjakan solat fardu zuhur.

Selesai dia sudah mengerjakan solat fardu zuhur, dia terus bangun dan melipat sejadah serta telekungnya. Lalu dia menuruni semula, lalu segera mengejutkan suaminya.

"Bang, bangun bangun."

Apabila matanya dibuka, muncul isterinya.

"Sayang, dah solat ke tadi?" tanya Aizad.

"Dah, baru je habis." jawab Layla.

"Laa kenapa Ayla tak kejutkan abang?" tanyanya lagi.

"Ayla saja tak nak kacau abang tidur, sebab tu Ayla solat sendiri."

"Abang pergi la solat, Ayla nak masak jap."

"Okey. Ayla tolong tengokkan Yad tu." pesannya sebelum dia menaiki.

"Okey."

Selesai dia sudah memasak lauk, lauk dihidangkan di atas meja makan. Tiba-tiba terdengar bunyi rengekan Zayad lalu Layla segera mendodoikan Zayad semula, lalu Zayad tertidur semula.

"Abang... Dah solat ke? Lauk dah siap dah ni." panggil Layla dari bawah, sambil meletakkan pinggan dan bekas berisi nasi putih di atas meja makan.

"Yeye abang dah solat dah ni." jawabnya sambil menuruni menuju ke ruang makan.

"Sedapnya bau, Ayla masak lauk favorite abang ke ni?" tanyanya sambil melihat lauk di depan matanya. Ada ayam goreng, masak lemak pucuk paku, kacang panjang goreng dan budu serta ulam.

"Ha'ah bang, lauk favorite abang ni."

Lalu mereka duduk sambil membaca doa sebelum makan. Selesai membaca doa, mereka mula menjamu selera.

"Tambah la lagi bang, banyak lagi lauk Ayla masak ni."

"Eh tak apa tak apa, abang dah kenyang ni sebenarnya." jawab Aizad lalu sendawa.

"Ala makan la lagi bang."

"Tak nak... Abang dah kenyang." jawabnya lalu bangun dan menuju ke dapur untuk membasuh tangannya.

Selesai dia sudah membasuh tangan, dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil merehatkan perutnya yang sudah kekenyangan. Manakala Layla pula, selesai sahaja dia sudah makan, dia terus bangun lalu menuju ke dapur.

Selesai dia sudah membasuh pinggan, dia melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya sambil menonton televisyen.

Pada jam pukul 4.30 petang, kini telah masuk waktu azan asar. Mereka terus bangun dan menaiki menuju ke bilik lalu mereka mengerjakan solat fardu asar. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu asar, mereka terus bersiap untuk membawa Zayad keluar bermain.

Sebaik mereka mahu melangkah menuju ke taman permainan, kelihatan taman permainan itu sungguh sunyi-sepi dan tiada orang serta kanak-kanak di situ. Lalu Aizad dan Zayad mula bermain dengan kereta mainannya itu. Layla pula melihatnya berasa sangat bahagia kerana dia bersyukur suami yang bernama Aizad Danisy seorang lelaki yang sangat penyayang. Kini mereka pun dikurniakan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki yang bernama Zayad Arfan yang sudah berusia 11 bulan.

Muncul pula beberapa orang serta kanak-kanak sedang mahu bermain bersama-sama.

Tiba-tiba terdengar suara wanita yang memberi salam kepadanya.

"Assalamualaikum." ucap seorang wanita yang berumur 40-an.

Dia menoleh ke arah wajah wanita itu sambil menjawab salam wanita itu, "Waalaikumsalam."

"Boleh akak duduk sini?" pinta wanita itu.

"Boleh, duduk la."

Lalu wanita itu melabuhkan punggungnya di sebelah Layla.

"Awak orang mana?" tanya wanita itu.

"Saya orang sini, akak orang mana pulak?" tanya Layla pula kepada wanita itu.

"Saya orang perlis." jawab wanita itu. Layla hanya sekadar faham sahaja dengan kata-kata wanita itu.

"Boleh saya nak tahu siapa nama awak?"

"Nama saya Layla Adilya, panggil Ayla boleh, panggil Layla pun boleh." beritahu Layla sambil menoleh ke arah wajah wanita itu.

"Oh... Nama saya Baizura, panggil Zura je, kalau awak nak panggil kak Zura pun boleh jugak."

"Oh... Selamat berkenalan."

Baizura hanya sekadar senyum sahaja.

"Budak tu anak akak ke?" tanya Layla apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan di situ sedang bermain gelongsor.

"Ha'ah nama dia Nurul Batrisyia, dia sekarang dah umur 4 tahun."

"Oh... Akak ada berapa orang anak? Akak dah kahwin ke?" tanyanya lagi.

"Dah lama dah akak kahwin, akak ada 6 orang anak. Tiga lelaki tiga perempuan. Termasuk Batrisyia tu."

Layla mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Saya dengan suami saya pun dah anak dah, nama dia Muhammad Zayad Arfan."

"Oh yeke? Uish sedap sangat nama tu."

"Akak duduk rumah mana?"

"Tak jauh pun, dekat je kat situ." beritahu Baizura.

"Layla dah lama ke pindah sini? Ke baru je lagi?" tanya Baizura pula kepada Layla.

"Baru je lagi kak, lepas Ayla berpantangkan Zayad. Lepas tu abang Aizad beli la rumah tu sebab dia kan banyak duit, kaya."

"Kaya? Biar betul suami Layla tu, kaya betul dia. Untung la Layla dapat suami kaya macam dia tu."

"Mmm... Ayla bukannya nak sangat, cuma terpaksa ikut kehendak orang tua je."

"Ye la betul jugak kan? Mana boleh bantah cakap orang tua."

"Tahu tak apa."

"Eh lama pulak kita bersembang ye, sampai tak sedar sebab dah senja." ujar Baizura apabila waktu petang sudah bertukar menjadi waktu senja.

"Eh ha'ah la dah senja, abang! Yad! Jom balik! Dah senja dah ni!" panggil Layla dari jauh.

"Okey."

"Okey la Layla, lain kali kita sembang lagi ye."

"Okey kak."

Belum sempat dia mahu menuju ke arah suami dan anaknya, suara Baizura memanggil namanya.

"Layla! Kejap..." panggil Baizura. Layla terus menoleh ke arah wajah Baizura yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Apa dia kak? Akak nak apa?" tanya Layla hairan.

"Boleh tak akak nak nombor telefon Layla?" pinta Baizura.

"Hah? Akak nak buat apa?" tanyanya lagi.

"Supaya senang la akak nak call Layla ke, whatsApp Layla ke."

"Oh boleh je..."

"Kejap, akak nak keluarkan telefon."

Setelah diberitahu nombor telefonnya kepada Baizura, nombor telefon serta nama Layla di skrin telefonnya sudah siap lalu ditekan 'done'.

"Okey done, terima kasih tau Layla."

"Sama-sama, bye kak."

"Bye..."

Malam itu, mereka di ruang tamu hanya menonton televisyen sahaja.

"Ayla, abang nak tanya sikit boleh?"

"Boleh, tanya la."

"Siapa perempuan yang duduk kat sebelah Ayla tu? Abang dari tadi perhati je tengok Ayla bersembang dengan perempuan tu."

"Oh... Perempuan tu nama dia Baizura, dia jiran sebelah kita." beritahu Layla dengan secara jujur.

"Baizura?"

Sungguh dia tidak kenal dengan wanita yang bernama Baizura. Dia kenalkah Baizura itu? Siapa Baizura sebenarnya? Adakah benar kata Layla, Baizura ialah merupakan jiran sebelah rumah mereka?

"Kenapa abang?"

"Tak ada apa-apa..." jawabnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aik? Abang ni beria sangat nak tahu kenapa?"

"Ye la, abang cuma nak tahu je siapa perempuan tu sebenarnya. Itu je."

"Oh okey, tapi abang jangan buruk sangka tau, kak Zura tu dah kahwin, dah ada anak dah pun."

"Yeke?"

"Ye la, kenapa? Abang tak percaya?"

"Eh abang percaya, abang bukannya nak buruk sangka kat orang. Lagipun tak baik kan buruk sangka kat orang."

"Betul tu bang... Ayla setuju dengan kata-kata abang tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience