WAKTU petang itu, pukul 2.40 petang, selepas selesai dia sudah mengerjakan solat fardu zuhur, Layla sedang bersiap untuk pergi menonton wayang bersama Zayad dan rakannya Atia. Selesai saja dia bersiap, dia keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga menuju ke pintu rumah, lalu mereka melangkah keluar dan menyarung kasut. Kelibat kereta Atia pun sudah tiba di depan rumahnya, lalu mereka terus menuju ke pusat beli-belah.
Sampai sahaja di pusat beli-belah, Atia terus memarkirkan keretanya, lalu mereka terus melangkah turun dari perut kereta, lalu Atia menekan butang kunci keretanya. Setelah keretanya dikunci, mereka terus berjalan masuk ke dalam pusat itu. Sebaik mereka ingin menuju ke panggung wayang, kelihatan ramai orang di situ sedang beratur membeli tiket wayang.
"Ayla, kau nak tengok cerita apa?" tanya Atia sambil berbisik di telinga Layla.
"Aku ikut kau je la Tia." jawab Layla. Atia hanya sekadar angguk sahaja.
"Okey..."
Selesai sahaja Atia membayar tiket dengan harga RM44 ringgit. Manakala Layla pula sedang membeli popcorn dan jus mangga. Selepas itu, mereka terus berjalan menuju ke bilik yang ditetapkan. Sebaik mereka melangkah masuk, mereka terus mencari tempat duduk. Atia memilih tempat duduk yang berhuruf F ditengah-tengah. Suara di skrin wayang itu sangat besar di depan matanya. Cerita akan bermula sekejap saja lagi.
Zayad bersuara, "Ibu, besarnya tv tu." ujar Zayad apabila pertama kali dia melihat skrin sebesar itu.
"Ha'ah, tv memang besar pun. Yad kena diam tau, dalam bilik ni kita tak boleh buat bising. Kita kena diam dan tengok cerita tu." pesan Layla kepada anaknya sambil berbisik.
"Okey ibu."
Apabila cerita itu hendak bermula, lampu di atas telah pun ditutup. Cahaya skrin yang menerangi bagi penonton.
Setelah tamat cerita itu, mereka terus bangun dari kerusi, lalu mereka terus keluar dari bilik wayang itu.
"Macam mana Yad? Seronok tak tengok cerita tu?" tanya Layla.
"Seronok." itu saja Zayad mampu menjawab.
"Eh, apa kata kita pergi shopping sikit nak tak Ayla?" pinta Atia pula.
"Oh aku on je, jom la." lalu mereka masuk semula ke dalam pusat itu.
Mereka terus berjalan lalu menyinggah kedai menjual kasut yang berjenama Yebeng. Di dalam kedai itu, pelbagai kasut yang ada di situ seperti kasut sukan, kasut tumit, kasut kerja dan lain-lain. Layla mengambil kasut tumit yang berwarna ungu muda, lalu duduk sambil cuba menyarung ke tumit kakinya. Setelah dipakai, memang sesuai kakinya muat memakai kasut tumit.
"Tia, cantik tak kasut yang aku pakai ni?"
Atia terus menoleh ke arah kaki Layla yang sudah dipakai kasut tumit.
"Huish cantiknya kasut kau Ayla, sesuai la kasut tu dengan kaki kau. Cuba kau jalan, boleh tak." arah Atia, lalu Layla cuba bangun perlahan-lahan lalu berjalan langkah sambil langkah.
"Wow cantiknya kau Layla Adilya!" puji Atia apabila terpegun melihat tubuh rakannya yang sedang berjalan ke hulur ke hilir.
"Hish kau ni Tia, tak payah nak puji aku macam tu la. Aku tahu la aku ni memang cantik orangnya, tapi tak payah nak puji aku macam tu, malu la aku nanti." ucap Layla sambil menutup wajahnya yang berpipi merah.
Atia ketawa kecil melihat tingkah laku rakannya itu.
"Haa gelakkan aku la tu kan?"
"Eh mana ada aku gelak." jawab Atia apabila bunyi ketawanya terus berhenti.
"Habis, aku tengok muka kau tu macam nak gelakkan aku je." ujar Layla.
Atia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ibu, Yad nak ni." Zayad menunjukkan kasut itu kepada ibunya. Layla terkejut apabila melihat kasut yang dipegang oleh Zayad itu ada 4 sepasang kasut kecil yang berwarna-warni.
"Ya Allah Yad! Banyaknya Yad ambik, ambik dua kasut sudah la. Ini ambik empat kasut pulak Yad ni." ujar Layla.
"Ala tak apa la Ayla, biar la dia. Aku belanja."
"Eh tak payah la Tia, biar aku je. Susah-susahkan kau je la Tia."
"Eh tak susah la Ayla, tak apa. Dah la jom bayar."
Mahu tidak mahu, terpaksalah Layla mengikut saja kehendak anaknya. Selesai saja membayar, mereka terus keluar dari kedai itu.
"Ibu! Yad nampak ada basikal la! Yad nak basikal!" pinta Zayad
"Nak basikal pulak, okey la jom."
"Yad nak yang tu." ujarnya sambil jarinya menunjuk ke arah basikal yang ditunjuk oleh Zayad. Layla terus mencapai basikal yang berwarna biru muda.
"Dah puas dah dapat basikal?" tanya Atia apabila melihat wajah anak Layla yang sangat gembira kerana basikalnya sudah pun dibeli.
Zayad hanya sekadar senyum sengih sahaja. Layla pula sempat menjeling ke arah anaknya. Mahu buat bagaimana, ikut sajalah kehendak anaknya itu.
Sebaik mereka di depan rumah Layla, kelihatan kereta Aizad belum muncul di perkarangan rumah.
"Eh, suami kau tak balik lagi ke?" tanya Atia apabila melihat ruang perkarangan rumah rakannya itu sangat kosong.
"Biasanya, dia akan balik sebelum maghrib. Dalam pukul enam setengah macam tu, dia balik la." jawab Layla. Atia hanya faham saja dengan kata-kata rakannya.
Mereka terus melangkah turun dari perut kereta milik Atia, lalu basikal di dalam bonet belakang kereta, dibuka dan diangkat. Lalu bonet ditutup semula.
"Terima kasih tau Tia sebab kau belanja anak aku beli kasut dengan basikal." ucap Layla apabila pagar rumahnya terus dibuka dengan sendiri.
"Sama-sama, nanti lain kali kita keluar lagi ya. Okey la aku pergi dulu, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Hati-hati tau Tia." pesannya sambil Atia melangkah masuk ke dalam perut keretanya.
"Ya aku tahu." lalu dia terus pergi dari situ.
Pada pukul 5.00 petang, kini sudah masuknya waktu asar, lalu Layla terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai dia sudah mengambil wuduk, dia terus mencapai dan memakai telekung yang berwarna biru tua, lalu dia mengerjakan solat fardu asar. Selesai dia sudah mengerjakan solat fardu asar, dia terus bangun lalu melipat telekung dan sejadah. Dia terus bersiap seperti biasa untuk menemani Zayad.
Sebaik tiba di taman permainan, kelihatan kanak-kanak di situ sedang bermain gelongsor, bermain buaian, bermain jongkang-jongket dan lain-lain.
"Eh kak Zura!" panggil Layla, lalu Baizura memandang ke arah kelibat jirannya itu.
"Eh Layla! Sini! Sini!" arahnya lalu mereka berjalan menuju ke arah kelibat Baizura.
"Akak buat apa kat sini? Teman anak bermain ke?" tanya Layla.
"Ha'ah yang Layla pula teman anak bermain jugak ke?" tanya Baizura pula.
"Ha'ah ni Yad ni, tak sabar sangat nak naik basikal baru dia." beritahu Layla sambil memegang basikal yang dinaiki oleh Zayad, lalu Zayad mengayuh basikalnya perlahan-lahan.
"Oh beli ke basikal tu?" tanya Baizura lagi.
"Ha'ah."
"Yad pusing satu taman ni je tau, jangan pergi tempat lain."
"Tak apa Layla, suami aku ada kat situ dengan anak aku." beritahu Baizura sambil menunjuk ke arah kelibat suami Baizura. Layla terus menoleh ke arah kelibat suami Baizura di situ sedang menemani anak mereka bermain gelongsor.
"Abang! Tolong tengokkan Yad tu!" jerit Baizura ke arah suaminya, Bakhtiar.
"Okey!"
"Siapa nama suami akak?" tanya Layla sambil duduk di atas kerusi batu, di sebelah Baizura.
"Bakhtiar." jawab Baizura sambil menyebut nama suaminya. Layla hanya faham saja.
Setelah lama berdiam sepi, tiba-tiba datang seorang wanita menegur mereka.
"Assalamualaikum." ucap wanita itu yang menutupi purdah yang berwarna hitam.
Mereka terus menoleh ke arah wajah wanita itu lalu menjawab salam serentak, "Waalaikumsalam."
"Boleh akak duduk sini?" pinta wanita itu.
"Boleh boleh, duduk la." lalu mereka menyerek punggung mereka ke tepi, lalu wanita itu terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu.
Mereka berasa hairan apabila melihat wanita itu memakai purdah yang menutupi mulut dan hidung.
"Eh akak, kenapa dengan perempuan sebelah Ayla ni? Kenapa dia pakai purdah?" tanya Layla sambil berbisik di telinga Baizura.
"Entah mana la akak tahu."
"Boleh kita berkenalan?" pinta wanita itu. Mereka angguk hampir serentak.
"Saya Baizura, panggil kak Zura."
"Saya Layla Adilya, panggil Ayla je."
Wanita itu hanya sekadar senyum saja selepas menyambut salam mereka.
"Saya Qairina, panggil Rin je."
Mereka hanya sekadar faham saja.
"Boleh saya tahu kenapa Rin pakai purdah ni?" tanya Layla hairan apabila melihat Qairina yang menutupi mulut dan hidung dengan menggunakan purdah.
"Rin sebenarnya malu kak." ucap Qairina sambil menunjuk wajahnya ke bawah.
"Malu kenapa pulak Rin?" tanya Baizura pula.
"Semua orang tak nak kawan dengan Rin."
"Sebab apa diaorang tak nak kawan dengan Rin?"
Lalu Qairina terus membuka purdahnya, sebaik dia membuka purdahnya, mereka terkejut apabila melihat mulut Qairina sangat buruk seperti dibakar.
"Sebab mulut awak ni ke, diaorang tak nak kawan dengan Rin?" Qairina angguk lemah sambil menangis.
"Ya Allah Rin! Kesiannya awak Rin! Saya kesian betul dengan awak Rin, macam mana mulut awak boleh jadi macam ni? Mulut awak memang macam ni ke dari lahir?" Qairina angguk lagi.
Mereka berasa sangat kasihan dengan pendirian Qairina yang sebegitu. Hanya disebabkan mulut Qairina yang cacat, mereka sanggup memutuskan persahabatan dengan begitu saja. Sungguh kecewa Qairina dibuatnya.
"Tak apa Rin, biar saya jadi kawan awak."
Qairina mengangkat wajahnya sambil memandang wajah Layla.
"Betul ke Ayla sudi berkawan dengan Rin?"
Layla angguk sambil senyum. Qairina benar-benar tidak sangka, Layla sudi berkawan dengannya, walaupun dia hanya cacat saja. Tetapi Layla tetap mahu juga berkawan dengan Qairina kerana kasihan melihat wajah Qairina itu.
"Terima kasih Ayla sebab sudi berkawan dengan Rin. Semua orang bencikan Rin, Ayla!" ucap Qairina sambil menangis teresak-esak.
Layla cuba menenangkan Qairina sambil berkata, "Ayla tahu Rin."
Setelah pelukan dilepaskan, dia memakai purdah semula di mulut dan hidungnya.
"Ibu!" panggil Zayad apabila sudah berada di hadapannya.
"Puas dah main basikal tadi?" tanya Layla kepada anaknya itu.
"Dah." itu saja Zayad mampu menjawab.
"Ni anak awak ke Ayla?" tanya Qairina apabila melihat anak Layla itu.
"Ha'ah nama dia Muhammad Zayad Arfan." beritahu Layla sambil menyebut nama penuh anaknya. Qairina sekadar faham saja.
"Eh, dah nak maghrib la. Jom la balik."
Mereka baru tersedar apabila melihat langit sudah mahu malam. Lalu mereka terus meninggalkan kawasan taman permainan.
"Ayla, terima kasih sekali lagi tau." ucap Qairina sambil memegang kedua-dua tangan Layla dengan lembut.
"Sama-sama,"
"Okey la, nanti kita jumpa lagi ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." lalu mereka terus masuk ke dalam rumah.
Pukul 9.00 malam, mereka di ruang tamu hanya menonton televisyen sahaja. Wajah Layla seperti monyok saja. Aizad pula hairan melihat wajah isterinya yang monyok itu.
"Sayang... Kenapa muka tu, sedih je muka." ujar Aizad sambil menyandar di sofa.
"Entah la bang, Ayla rasa macam sedih sangat hari ni." beritahu Layla lemah.
"Apa yang sayang sedih sangat tu? Cuba bagitahu abang."
"Tadi kat taman, ada sorang perempuan ni tau, dia pakai purdah. Ayla pelik la tengok kenapa dia pakai purdah. Lepas tu, Ayla tanya dia kenapa pakai purdah, dia cakap tak ada orang nak berkawan dengan dia sebab mulut dia cacat, bang." beritahu Layla lagi dengan panjang lebar.
"Hah betul ke ni sayang? Mulut dia cacat?" Layla mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Ya Allah kesiannya dia! Habis tu tak ada orang nak berkawan dengan dia ke?"
"Ayla la jadi kawan dia. Ayla berkawan dengan dia sebab Ayla kesian tengok mulut dia, bang." ucap Layla.
"Ya abang tahu sayang, kesian kesian jugak. Tapi teruk sangat ke mulut dia tu?"
"Teruk jugak la, mulut dia macam kena bakar."
Aizad mendengarnya berasa sangat kasihan, sungguh benar-benar tidak sangka wanita yang bernama Qairina yang mulutnya cacat seperti dibakar. Sungguh sedih dengan pendirian Qairina.
Share this novel