CSAH - BAB 25: Berpantang

Romance Series 9089

SETELAH dia bersalin di Hospital Selayang selama beberapa hari, dia kini masih belum dibenarkan pulang kerana dia masih dalam pemantauan doktor. Tiba-tiba muncul ibu dan bapa mereka serta nenek Aizad dan adik-beradik Layla.

"Assalamualaikum." ucap Datin Azimah setelah masuk ke dalam bilik wad menantunya.

"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak.

"Macam mana? Ayla dah boleh keluar discharge ke?" tanya Datin Azimah ingin tahu.

"Belum boleh keluar lagi ma, sebab doktor masih nak pantau keadaan Ayla. Nanti kalau dah tak ada apa-apa, doktor bagitahu la." beritahu Aizad.

"Oh... Mama lupa la, kamu dah ada idea ke nak bagi nama apa kat baby ni?" tanyanya lagi. Dia memang ingin tahu nama apakah yang akan mereka memberikan kepada anak lelaki itu.

"Eh ha'ah kan? Lupa pulak Zad. Hehehe..." jawab Aizad. Dia hampir terlupa tentang itu. Mereka sempat lagi menjeling ke arahnya.

"Apa la kamu ni Aizad, itu pun boleh lupa." ujar Pak Musa.

"Ayla dah ada nama." jawab Layla.

"Hah betul ke ni sayang? Sayang namakan anak kita apa?"

"Ayla namakan dia Muhammad Zayad Arfan bin Muhammad Nor Aizad Danisy." beritahu Layla.

"Muhammad Zayad Arfan bin Muhammad Nor Aizad Danisy? Uih sedap jugak nama tu."

"Macam mana bang? Abang suka tak nama anak kita?" tanya Layla kepada suaminya.

"Abang suka sangat-sangat, sayang! Memang sesuai sangat nama anak kita tu. Terima kasih sayang! I love you so much sayang!" ucap Aizad sambil menggenggam tangan isterinya dengan erat.

"I love you more my husband!" Layla hanya senyum saja melihat wajah kacak suaminya.

Aizad turut senyum juga melihat wajah isteri kesayangannya. Dia berasa sangat gembira kerana isterinya mampu memberikan zuriat kepadanya. Dia berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberikan malaikat kecil seperti anak mereka.

Aizad terus bangun dan mengendong anaknya lalu diazankan. Selesai sudah anaknya diazankan, lalu anaknya dicium dan diberikan kepada Datin Azimah.

"MasyaAllah comelnya cucu nek ma ni. Assalamualaikum Zayad Arfan!" ucap Datin Azimah lalu mencium lembut dahi Zayad.

Dato Hashimi dan tok mommy hanya senyum saja melihat wajah cucu mereka yang sedang tidur lena, dibuai oleh Datin Azimah.

"Nani nak dodoi jugak ke?" tanya Datin Azimah kepada Mak Nani.

"Boleh jugak."

Lalu Datin Azimah memberikan tubuh Zayad kepada Mak Nani.

"Assalamualaikum cucu mak tok." ucap Mak Nani sambil berbisik di telinga Zayad.

"Eh muka dia sama macam ibu dia la." ujar Taniya apabila melihat wajah anak saudaranya itu.

Ya. Wajah Zayad hampir sama dengan wajah Layla.

"Yeke dik?" tanya Nazrol pula kepada adiknya.

"Ya... Cuba tengok muka Zayad tu betul-betul."

"Eh ha'ah la, sama."

"Kan betul adik cakap."

"Mana mana, abah nak tengok cucu abah."

"Patut la muka sama macam mak dia." jawab Pak Musa mula tersengih.

"Yeke abah?" tanya Layla hairan sedikit.

"Ya... Masa mak lahirkan angah dulu, muka angah memang macam muka abah."

"Oh yeke abah?" Aizad pula bertanya kepada Pak Musa.

"Iya Aizad." Aizad hanya angguk sahaja dengan kata-kata bapa mertuanya. Pak Musa mula ketawa.

"Apa ni abah, malu la angah nanti." sergah Layla apabila mendengar cerita bapanya.

"Kenapa nak malu pulak angah? Betul apa abah cakap." Pak Musa tersengih lagi.

"Ala abah ni, malu angah tau." ucap Layla sambil menutup wajahnya, malu.

Mereka semua turut ketawa besar.

"Betul la apa yang abah kamu tu cakap, muka angah memang macam abah. Muka along dengan alang pulak macam mak." ujar Mak Nani sambil ketawa kecil.

"Oh... Patut la tengok muka Rol dengan Fizi macam muka mak ye. Oh okey faham.. Faham."

Datin Azimah, Dato Hashimi dan tok mommy hanya ketawa kecil saja mendengar perbualan mereka itu.

"Ha'ah Aizad, muka adik ni tak ada ikut muka siapa. Muka adik memang macam ni la. Biasa je." balas Nazrol pula.

Aizad angguk faham lagi.

SELEPAS beberapa jam kemudian, doktor memberitahu Layla kini dibenarkan pulang bersama anak mereka. Sampai sahaja di depan rumahnya, mereka terus masuk ke dalam bilik. Manakala anak mereka diletakkan di atas katil yang sudah tidur.

Layla pula memakai kain batik serta memakai stoking pada kedua-dua kakinya. Lalu duduk di atas katil di sebelah anaknya yang sedang tidur.

Aizad mengambil kotak tungku lalu mengeluarkan tungku dan menekan butang on/off tungku, lalu dia mula mengurut isterinya dengan menggunakan tungku itu.

Sungguh sedap urutan itu. Dia merasakan sudah tenang kerana dia sedang diurut oleh tungku itu. Selesai sudah mengurut, butang tungku dimatikan lalu menyimpan tungku di dalam kotaknya itu.

Lalu kepalanya disapu dengan cecair hijau bagi menyihatkan tubuhnya.

"Adik... Oh adik..." panggil Mak Nani sambil mengacau bubur nasi di dalam periuk dengan menggunakan senduk.

Muncul Taniya di dapur apabila ibunya memanggilnya.

"Ye mak? Ada apa mak panggil adik ni?" tanya Taniya hairan.

"Ni tolong bawakan bubur ni ke dalam bilik kakak kau." arahnya lalu meletakkan mangkuk berisi bubur nasi di atas dulang bersama segelas air kosong.

"Baik mak." jawabnya lalu mengambil dulang itu dan mengetuk pintu bilik Layla.

Aizad terus memusing tombol pintu bilik lalu muncul adik Layla iaitu Taniya yang sedang membawa dulang bersama mangkuk berisi bubur nasi dan segelas air kosong.

"Abang Aizad, nah ni mak buatkan bubur nasi untuk kak ngah." ujarnya lalu memberikan dulang itu kepada abang iparnya dengan perlahan-lahan.

"Terima kasih adik." ucap Aizad sambil senyum.

"Sama-sama, kak ngah jangan lupa makan bubur nasi tu tau." sempat lagi dia berpesan kepada kakaknya supaya menyuruh dia makan.

Layla angguk sambil senyum. Lalu pintu bilik ditutup dan Aizad meletakkan dulang itu di tepi meja katil. Aizad terus melabuhkan punggungnya di tepi isterinya sambil dia mencapai mangkuk berisi bubur nasi bersama sebatang sudu besi.

Dia mengambil sedikit bubur itu lalu dihalakan ke arah Layla. Layla segera membuka mulutnya lalu makan bubur yang disuap oleh suaminya.

"Makan lagi sayang, biar cepat kenyang."

"Dah la bang, dah cukup dah ni." jawab Layla sambil memandang ke arah lain.

"Betul ni? Tak nak dah?"

Layla menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu makan lagi.

Dia terus mengambil gelas itu lalu diberikan kepada Layla lalu diminum. Setelah minum seteguk, gelas diletak semula di atas dulang.

"Kalau Ayla lapar, Ayla ambil je la bubur tu."

"Ayla tak nak la bang, Ayla tak selera."

"Okey..."

Malam itu, Layla dan Aizad hanya duduk di dalam bilik sahaja bersama Zayad yang sedang tidur.

"Terima kasih sayang sebab dah lahirkan zuriat untuk abang. Abang sayang Layla."

"Sama-sama abang. Ayla pun sayang abang jugak sebab terima Ayla jadi isteri abang yang sah."

Mereka berpandangan sambil senyum lebar.

Tiba-tiba mulut Layla menguap tanda dia sudah mengantuk.

"Laa dah ngantuk ke?"

Layla angguk sambil menguap banyak kali.

"Okey good night sayang."

"Good night." lampu di bilik terus menjadi gelap-gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience