KETIKA mereka sedang bersarapan pagi di ruang makan, tiba-tiba terdengar bunyi loceng di luar rumah. Mereka terfikir siapa pula yang datang ke rumah mereka pagi-pagi ini? Lalu Aizad bangun dari kerusi dan apabila membuka pintu rumah, muncul wajah mereka iaitu Dato Hashimi, Datin Azimah serta tok mommy di muka pintu rumah.
"Assalamualaikum." ucap Datin Azimah.
"Waalaikumsalam eh, mama, papa, tok. Masuk la," pelawa Aizad lalu bersalam.
"Ayla mana, Zad?" tanya Datin Azimah sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ada ada." jawab Aizad lalu menutup pintu rumah.
"Ayla..." panggil Datin Azimah lembut.
"Eh, mama rupanya, ingatkan siapa tadi." ujar Layla lalu bangun dan bersalam tangan ibu mertuanya.
"Ayla sihat?" tanya Datin Azimah setelah Layla bersalam dengannya.
"Alhamdulillah Ayla sihat, mama papa tok sihat?" tanya Layla pula.
"Alhamdulillah kami sihat aje ni, cucu mama tak habis makan lagi ke?" tanyanya apabila melihat cucunya yang sedang mengunyah makanan.
"Belum. Yad... Salam nek ma, atok, tok mi." arahnya lalu Zayad bersalam tangan neneknya. Serta atok dan tok mommy.
Datin Azimah terus mencium kedua-dua pipi cucunya.
"Besar dah cucu mama ni... Hensem betul cucu mama ni." ujarnya apabila melihat cucunya di depan matanya, sudah semakin meninggi.
"Yad... Mari sini, habiskan makanan ni dulu." panggil Layla lalu Zayad duduk di sebelah ibunya.
"Ada apa mama, papa dan tok datang ni?" tanya Aizad setelah dia melabuhkan punggungnya di atas sofa di tepi mereka.
"Saja datang tengok rumah baru kamu ni, cantik betul ek rumah ni. Zad beli rumah ke ni?" tanya Datin Azimah setelah dia memandang sekeliling di rumah itu.
"Ha'ah mama, Zad beli rumah ni." jawab Aizad.
"Oh yakah? Bila kamu beli rumah ni?" tanyanya lagi.
"Baru je lagi mama, rumah ni harga RM4.444."
Mereka faham sahaja dengan kata-kata Aizad.
Selesai sahaja Zayad sudah makan, lalu mereka duduk di atas sofa di sebelah Aizad.
"Ayla dengan Zad selesa ke duduk rumah ni?" tanya Dato Hashimi pula.
"Selesa jugak la papa, rumah ni walaupun rumah ni besar dan cantik. Ayla suka sangat papa." balas Layla. Dato Hashimi hanya faham sahaja.
"Cucu papa dah berapa bulan dah tu? Nampak makin besar ek sekarang."
"Sekarang ni Yad dah masuk 12 bulan. Dia dah boleh berjalan, boleh makan sendiri," jawab Layla sambil mendukung tubuh Zayad lalu diletak di atas ribanya.
"Tak sangka kan Zad dah pandai jaga isteri Zad, jaga makan minum Ayla pastu Zayad lagi." ujar Datin Azimah.
"Eh mesti la, seorang suami sepatutnya menjaga makan minum isteri dan anak. Suami kena bertanggungjawab semua ni."
Layla hanya senyum sahaja mendengar kata-kata suaminya itu. Dia benar-benar tidak sangka seorang suami yang bernama Muhammad Nor Aizad Danisy sangat pandai menjaga makan minum isteri dan anak. Dia perlu mencontohi seperti Aizad.
Setelah lama mereka berborak, tiba-tiba mereka terdengar bunyi azan dari masjid tandanya sudah masuk waktu azan zuhur.
"Eh dah azan la. Zad, boleh tak mama nak tumpung solat kat sini?"
"Boleh. Lagi bagus kalau kita solat berjemaah sekali, kan dapat pahala."
"Oh boleh jugak, jom la."
Mereka terus bangun dan mengambil wuduk lalu mengerjakan solat fardu zuhur. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu zuhur, masing-masing bersalam setelah mengaminkan doa selepas solat.
Layla terus menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur.
"Mmmm nak masak apa ek harini?" fikir Layla bingung, setelah dia membuka peti sejuk yang berjenama Haier. Terlihat banyak bahan-bahan di dalam peti sejuk itu.
Setelah lama dia berfikir mahu memasak lauk apa, dia hentam sajalah masak apa pun.
"Masak aje la apa-apa."
Setelah 1 jam dia memasak lauk hidangan, akhirnya lauk itu sudah siap dimasak lalu dihidangkan di atas meja makan.
"Sedapnya bau," ujar Datin Azimah apabila tercium bau masakan. Lalu dia bangun dari sofa dan melihat lauk di atas meja ada ayam goreng kunyit, masak lemak pucuk paku, sambal belacan yang berwarna hijau serta kacang botol dan ulam.
"Ayla masak ke semua ni?" tanyanya apabila melihat menantunya sedang meletakkan bekas berisi nasi putih di atas meja makan.
"Ha'ah sebelum mama, papa dan tok nak balik. Makan dulu. Kang nanti lapar pulak."
"Terima kasih la Ayla, susah-susah je Ayla masak.
"Ala tak ada susahnya mama, Ayla dah anggap mama macam mama sendiri walaupun Ayla ni cuma menantu mama je."
"Eh jangan la cakap macam tu, mama dah anggap Ayla macam anak mama sendiri."
"Terima kasih mama."
"Sama-sama nak... Dah jom makan! Abang! Umi! Zad! Jom makan!" jerit Datin Azimah. Lalu mereka segera bangun dari sofa lalu menyertai makan petang itu.
Selesai sahaja mereka sudah makan, Datin Azimah, Dato Saliman dan tok mommy meminta mahu pulang.
"Terima kasih la Ayla, sedap betul lauk Ayla masak." ujar Dato Saliman apabila menggosok-gosok perutnya yang sudah mengisi.
"Sama-sama..."
"Mama, papa dan tok nak balik dah ni, lain kali kami datang lagi ye."
Layla angguk senyum sambil berkata, "Okey mama."
Selepas bersalam keluarganya, mereka terus melangkah keluar dari rumah anaknya lalu pulang ke rumah dengan menaiki kereta berjenama CR-V milik Dato Hashimi.
6 TAHUN KEMUDIAN
Enam tahun sudah pun berlalu, kini perkahwinan Aizad dan Layla sudah enam tahun perkahwinan mereka. Selama enam tahun perkahwinan mereka, mereka kini sudah bergelar ibu dan bapa sejak hadirnya seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Zayad Arfan. Anak mereka pula kini sudah berusia 4 tahun. Cepat saja tiba-tiba masa pun sudah berlalu.
"Sayang..."
"Ye?"
"Abang rasakan dah lama kita tak berdating?"
"Berdating?"
"Yalah kita kan enam tahun perkahwinan kita, so harini la hari anniversary kita."
"Eh ha'ah kan bang, dah lama kita tak dating."
"Okey kalau macam tu, malam ni kita keluar ek."
Layla angguk senyum sambil memandang wajah suaminya.
Malam itu, selepas sahaja selesai mereka mengerjakan solat fardu isyak, mereka terus bersiap untuk pergi menyambut hari perkahwinan mereka di suatu tempat.
"Eh, tempat mana abang bawak ni?" tanya Layla hairan, setelah mereka sampai di tempat itu.
"Jom..." arahnya lalu turun dari perut kereta. Lalu Layla pun melangkah turun dari perut kereta.
Mereka berjalan masuk ke dalam pantai yang sangat terang dengan bergantungan lampu kelip-kelip serta meja dan kerusi. Dan anginnya sangat kencang. Lalu mereka melabuhkan punggung mereka die atas kerusi makan itu.
Setelah mereka memesan, mereka menikmati pemandangan pantai itu. Cuaca malam di situ sangat selesa kerana anginnya cukup kencang. Terasa selesa tubuhnya apabila ditiup angin kencang. Serta juga ombak datang untuk membasahkan pasir. Sedang mereka menikmati pemandangan pantai, makanan dan minuman yang mereka pesan tadi sudah sampai lalu mereka membaca doa dan mula menjamu selera.
Sedang mereka menjamu selera, datang kelibat seorang lelaki yang berbaju seperti penyanyi, memainkan lagu untuk hari perkahwinan mereka. Bunyi muzik yang dimainkan oleh lelaki itu sangat merdu sekali. Mereka sekadar senyum saja melihat lelaki yang bermain viola itu.
"Sayang..."
Dipandang ke arah wajah suami di hadapannya.
"Abang rasa hari perkahwinan kita ni dah bermakna untuk abang."
"Kenapa?"
"Abang rasa abang dah cukup bahagia dengan isteri dan anak kita."
Layla hanya senyum saja mendengar kata-kata suaminya yang penuh bermakna itu.
"Ayla pun rasa dah cukup bahagia dengan abang dan Yad. Ayla tak nak abang hilang, Ayla tak nak Yad hilang. Ayla nak ada sentiasa bersama abang dan anak kita. Ayla sayang abang, Ayla sayang Yad. Terima kasih abang sebab terima Ayla jadi isteri abang yang sah. I love you bang."
"I love you more sayang..."
Share this novel