KETIKA Aizad hendak menuruni menuju ke ruang tamu, tiba-tiba kelibat bapanya Dato Hashimi di ruang tamu sedang membaca surat khabar. Lalu dia terus duduk di tepi bapanya.
"Ha Zad, nak pergi mana siap-siap ni?" tanya Dato Hashimi apabila dia baru sedar kemunculan anaknya.
"Zad nak pergi keluar kejap." jawab Aizad.
"Kamu tak kerja ke hari ni?" tanya Dato Hashimi lagi sambil membuka cermin matanya.
"Hari ni Zad cuti pa, hari ni kan hari Ahad. Tu yang office tutup hari Ahad." ujar Aizad. Dato Hashimi sekadar angguk faham sahaja.
"Zad siap-siap nak pergi mana ni?" tanya Datin Azimah pula yang baru saja muncul.
"Zad nak keluar kejap."
"Sorang je? Ke dengan Ayla?"
"Ha'ah dengan Ayla."
"Kalau macam tu, jom breakfast. Makanan dah siap dah tu." ajak Datin Azimah.
"Tak apa la Zad nak tunggu Ayla turun. Ma pa pergi la makan dulu."
Lalu mereka terus bangun dan menuju ke ruang makan. Tidak lama kemudian, muncul kelibat Layla yang baru saja turun. Kelihatan baju yang dipakai oleh Layla sungguh cantik di matanya.
"Masya-Allah cantiknya isteri aku ni." gumam Aizad.
"Abang... Abang!" apabila dipanggil, segala lamunannya telah hilang.
Aizad terus bangun dan mendekati Layla sambil melihat baju yang dipakai oleh isterinya itu.
"Cantiknya sayang." puji Aizad sambil memberi senyumannya yang manis.
"Ala abang ni, jangan la puji Ayla macam tu. Malu Ayla." ujar Layla apabila kedua-dua pipinya merah padam.
"Salah ke abang nak puji sayang?"
"Bukan nak cakap salah, cuma Ayla malu sikit." jawab Layla.
"Nak malu apanya sayang, sayang memang cantik sangat-sangat."
"Terima kasih abang." ucap Layla sambil senyum lebar. Aizad pun turut senyum juga.
Lalu mereka melangkah keluar dan menaiki kereta berjenama Bezza milik Aizad.
Sampai sahaja mereka di OU, mereka terus turun lalu Aizad menekan butang kunci keretanya. Mereka terus berjalan masuk ke dalam OU. Mereka menyinggah di kedai baju kerana mahu membeli baju untuk baju basahan. Setelah mereka membeli beberapa baju, mereka menuju ke kaunter untuk membayar.
"Terima kasih, nanti datang lagi ya." ucap juruwang kepada mereka. Mereka sekadar senyum sahaja lalu mereka terus keluar dari kedai baju itu.
Setelah mereka membeli baju, mata mereka ternampak kedai yang bernama Bundle lalu mereka masuk dan memilih baju sejuk yang sesuai untuk mereka. Tiba-tiba Fariq seperti ternampak bekas teman wanitanya yang sedang memilih jaket.
"Eh Layla ke tu?" gumam Fariq. Lalu dia terus berjalan menuju ke arah wanita itu.
Apabila bahu disentuh, terus wanita itu memusing dan menoleh ke arah wajahnya. Terus terbeliak kedua-dua matanya apabila dia terjumpa Fariq di Bundle.
"Fariq?"
"Laa awak rupanya Layla, saya ingatkan orang lain. Hai Layla."
"Awak buat apa kat sini hah Fariq?" tanya Layla dengan wajahnya yang agak bosan.
"Saya tengah beli sweater sebab tak lama lagi saya dengan isteri saya nak pergi honeymoon kat California. Yang awak pulak buat apa kat sini Layla?" tanya Fariq pula.
"Saja nak beli sweater sebab sejuk." ujar Layla. Fariq sekadar faham sahaja.
Tiba-tiba muncul isteri Fariq iaitu Jasmeen.
"Eh tak silap saya, awak ni Layla kan?" tanya Jasmeen apabila dia mula teringat akan wajah wanita yang sudah lama tidak bertemu.
"Jasmeen?"
"Layla! Ya Allah dah lama saya tak nampak awak! Awak sihat ke Layla?"
"Alhamdulillah sihat."
"Awak buat apa kat sini?" tanya Jasmeen.
"Saya tengah nak beli sweater sebab aircond kat bilik saya tu sejuk sangat." ujar Layla. Jasmeen hanya sekadar faham sahaja.
Setelah membeli sweater, Aizad mula mencari isterinya lalu ternampak isterinya sedang berborak dengan lelaki dan wanita itu. Lalu dia terus menuju ke arah isterinya.
"Sayang..." panggil Aizad.
"Eh abang, dah beli ke sweater abang?"
"Dah..."
"Eh korang dah kahwin ke?" tanya Fariq hairan apabila mendengar perkataan 'abang' yang keluar dari mulut Layla.
"Ye Fariq, saya dengan Aizad dah kahwin. Kenapa?" tanya Layla pula memandang ke arah kedua-dua wajah mereka itu.
"Tak ada apa cuma tanya je."
"Ni suami awak ke Layla?" tanya Jasmeen.
"Kenalkan ni la suami saya, Aizad Danisy."
"Oh hai..."
"Hai."
"Kalau macam tu, kitaorang pergi dulu ya bye." Fariq dan Jasmeen terus pergi dari situ. Manakala Layla dan Aizad juga pergi.
Sampai sahaja di perkarangan rumahnya, mereka terus membuka pintu rumah dengan memberi salam.
"Assalamualaikum." ucap mereka hampir serentak.
"Waalaikumsalam." jawab Datin Azimah.
"Ya Allah! Banyaknya beli. Beli apa semua ni?" tanya Datin Azimah terkejut apabila melihat barang-barang yang dibeli oleh mereka. Lalu membelit barang-barang itu.
"Beli baju dengan sweater je mama." beritahu Layla.
"Kenapa beli? Baju tak cukup ke apa?" tanya Datin Azimah lagi.
"Ha'ah baju tak cukup mama." jawab Aizad pula.
"Hai ada-ada je la korang berdua ni." ujar Datin Azimah. Semakin lama semakin pening kepala dibuatnya.
Mereka terus membawa barang-barang mereka itu ke dalam bilik.
"Ayla..." panggil Aizad setelah dia duduk di atas katil.
"Ya abang? Ada apa bang panggil Ayla ni?"
"Duduk sini kejap, abang nak cakap sikit dengan Ayla ni."
Setelah dia duduk di sebelah suaminya lalu bertanya, "Ada apa abang?"
"Boleh abang tanya sikit?"
"Boleh tanya la, apa dia bang?"
"Boleh abang tahu apa hubungan Ayla dengan lelaki tu?" tanya Aizad dengan ingin tahu.
Sungguh dia tidak boleh menjawab soalan suaminya itu. Susah mulutnya untuk mahu berkata kerana ingatannya pada Fariq sudah lama hilang. Tetapi perlukah dia untuk memberitahu tentang bekas teman lelakinya itu pada Aizad?
"Ayla..." apabila panggil, segala lamunannya telah hilang.
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa, abang tanya apa tadi?"
"Aik dah lupa ke soalan apa abang tanya kat Ayla tadi?"
"Oh ya sorry sorry..."
Nafasnya mula menarik lalu hembus perlahan-lahan.
"Kalau abang nak tahu, dulu dia tu boyfriend Ayla. Nama dia Fariq." beritahu Layla lalu memulakan perbicaraannya.
"Apa? Boyfriend? Fariq?"
Layla angguk sambil menoleh ke arah wajah Aizad.
Sungguh dia terkejut dan tidak sangka yang isterinya adalah teman wanita Fariq dahulu lagi. Namun, apakan daya dan siapa sangka mereka sudah putus kerana Fariq sudah nikah dengan Jasmeen.
"Kenapa Ayla tak bagitahu abang?"
"Abang marahkan Ayla ke?"
"Tak! Sekarang ni bukan abang nak marah, cuma kenapa Ayla tak bagitahu? Kenapa Ayla simpan rahsia?"
"Ayla tak nak dimalukan, sebab tu Ayla tak nak bagitahu siapa-siapa pasal Ayla dengan Fariq." ujar Layla sambil bangun dari katil.
"Ya Allah sayang! Sampai hati sayang tak nak bagitahu kat abang selama ni."
"Maafkan Ayla, bang. Ayla tahu mesti abang tengah marahkan Ayla kan?" ujarnya sambil air matanya yang mengalir ke pipinya.
"Tak, abang tak marah sayang. Abang cuma nak tahu je pasal tu." ujar Aizad sambil menyeka air mata isterinya yang sudah mengalir ke pipi.
"Ayla minta maaf ya bang." Aizad angguk lalu mereka berpelukan dengan erat. Suara tangisan Layla masih bersuara.
"Jangan menangis sayang." pujuk Aizad dalam pelukan itu.
Malam itu, mereka menuruni dan menuju ke ruang tamu.
"Ma pa tok, Zad ada nak bagitahu ni."
"Apa dia Zad?" tanya Datin Azimah dengan tidak sabar mahu mendengar apa yang disampaikan oleh anaknya.
"Memandangkan hari ni Zad cuti, Zad cadang nak bawak Ayla pergi honeymoon kat Dubai." beritahu Aizad kepada mereka.
"Kat Dubai? Oh bagus la tu, bila kamu nak bertolak?"
"Minggu depan, lagipun Zad ada kerja yang tak disiap lagi dalam laptop tu. So kami akan bertolak minggu depan."
"Oh... Ayla kamu macam mana pulak? Kamu setuju ke?" tanyanya lagi.
"Ayla tak kisah mama, papa, tok, Ayla ikut je." mereka sangat gembira mendengarnya.
4 TAHUN KEMUDIAN
Akhirnya mereka telah selamat sampai di Dubai pada jam pukul 12.00 tengahari. Suasana di situ semakin riuh rendah kerana ramai orang di sana dan di sini sedang berjalan-jalan. Cuacanya pula sangat panas. Mereka terus berjalan sambil berpegangan tangan dengan erat. Lalu mereka terus memasuki ke dalam hotel Dubai. Setelah mereka mendaftar masuk, mereka terus menuju ke bilik yang bernombor 444 di tingkat empat. Sebaik mereka membuka pintu itu, kelihatan ruangan bilik itu sangat terang dan cantik.
"MasyaAllah cantiknya bilik ni!" ujar Layla sambil melihat ruangan bilik itu.
"Selesanya..." jawabnya sambil baring di atas katil yang empuk itu.
"Amboi sayang ni, seronok nampak ek."
"Mesti la seronok sebab dapat bilik yang cantik dan selesa macam ni." ujar Layla lagi. Dia amat menyukai bilik itu.
"Dah la kita rehat dulu lepas asar nanti kita pergi jalan-jalan nak?"
"Ayla okey je bang, Ayla ikut je mana abang nak pergi."
"Eh dah masuk waktu zuhur la sayang." beritahu Aizad apabila terdengar bunyi azan dari masjid.
"Eh ha'ah la! Hehehe."
"Tak apa, sayang pergi mandi dulu pastu kita solat sama-sama ya."
"Okey."
Layla terus membuka zip beg rodanya lalu mengambil tualanya dan menuju ke bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia terus keluar dari bilik air lalu mengambil dan memakai telekung yang dibawanya dari rumah. Tidak lama kemudian, kelibat Aizad sudah keluar dari bilik air lalu mengelap tubuhnya yang basah. Selepas itu, dia mula mengambil baju dan kain pelikat berwarna hijau gelap lalu mereka mula mengerjakan solat fardu zuhur. Selesai mereka mengerjakan solat zuhur, Aizad terus baring dan tidur. Manakala Layla pula ingin bermain telefonnya sahaja.
Setelah lama mereka tidur, Aizad tiba-tiba terjaga dari tidurnya lalu terdengar bunyi azan asar dari masjid lalu dia melihat jam di skrin telefonnya sudah menunjukkan pukul 4.50 petang. Dia terus menggeliat bangun dan menggosok-gosok matanya. Terlihat isterinya masih lagi tidur lalu dia segera mengejutkan isterinya.
"Sayang bangun." kejut Aizad. Perlahan-lahan matanya dibuka apabila melihat suaminya sudah bangun.
"Ada apa bang kejut Ayla ni?" tanya Layla hairan. Mulutnya menguap lalu ditutup dengan menggunakan tapak tangannya.
"Jom kita solat, dah asar dah ni."
"Okey." jawab Layla lalu bangun dengan masih lagi dia menguap.
Selesai mereka mengerjakan solat asar, mereka terus bersiap untuk pergi berjalan-jalan di sekeliling Dubai.
Kini mereka telah sampai di Dubai Safari Park. Setelah mereka membeli tiket, mereka terus berjalan bersama sambil berpegangan tangan dengan erat. Pelbagai jenis haiwan ada di situ seperti Gajah, Harimau, Kura-Kura, Singa, Zirafah dan lain-lain. Setelah puas mereka berjalan-jalan dan melihat haiwan itu, mereka menyinggah di kedai makan di situ lalu mereka memesan minuman dan makanan. Tidak lama kemudian, minuman dan makanan yang mereka pesan tadi sudah sampai lalu mereka membaca doa makan dan menjamu selera.
Selesai mereka makan, mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga waktu senja.
Malam itu, tiba-tiba telefon Layla berbunyi lalu melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Nama panggilan video itu ialah ibunya, Mak Nani. Lalu dia menjawab panggilan video itu.
"Assalamualaikum nak." ucap Mak Nani.
"Waalaikumsalam. Mak!"
"Kamu sihat ke nak? Dah lama mak tak sembang dengan kamu."
"Alhamdulillah sihat mak, semua sihat ke?" tanya Layla pula.
"Alhamdulillah... Ni mak nak tanya sikit ni?"
"Apa dia mak?"
"Kamu dengan Aizad macam mana okey ke?"
"Alhamdulillah semuanya okey je mak, tak ada apa-apa. Mak nak sembang dengan dia ke?" lalu telefonnya diberi kepada Aizad.
"Assalamualaikum mak."
"Waalaikumsalam Aizad. Zad apa khabar? Sihat ke?"
"Alhamdulillah mak sihat. Rindu pulak mak kat korang berdua ni, bila la korang nak balik rumah mak abah?"
"Nanti kalau Zad ada masa, Zad dengan Ayla balik la rumah mak ya. Mak jangan risau, kitaorang tak ada apa-apa. Semuanya akan okey. InsyaAllah."
"Yalah... Apa-apa nanti bagitahu la mak dengan abah ya."
"InsyaAllah mak."
"Okey la mak nak letak ni, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." lalu panggilan video itu ditamatkan.
Tiba-tiba mulut Layla sudah menguap.
"Eh nak tidur dah ke? Takkan dah ngantuk kot sayang."
"Ha'ah Ayla ngantuk la, Ayla tak puas tidur tadi."
"Yalah yalah, tidur la. Good night sayang."
"Good night too bang." lalu lampu di sebelahnya ditutup.
Share this novel