AIZAD kini sedang membuat kerja dari rumah dengan menggunakan komputer riba miliknya. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu biliknya lalu pintu dibuka dan muncul kelibat ibunya, Datin Azimah yang sedang membawa segelas air susu untuk anaknya. Dia menoleh ke arah wajah ibunya dengan memberikan senyuman pada ibunya.
"Kamu buat apa tu Zad?" tanya Datin Azimah sambil meletakkan gelas di meja di tepi Aizad.
"Zad tengah buat kerja ni mama." jawab Aizad sambil matanya fokus pada skrin komputer ribanya. Datin Azimah sekadar angguk faham sahaja.
"Kalau macam tu, mama keluar dulu ye." Aizad menoleh lalu angguk sambil senyum. Datin Azimah terus keluar dan menutup pintu bilik anaknya.
Gelas di tepinya segera mencapai lalu minum separuh demi separuh.
Dato Hashimi dan isterinya Datin Azimah sedang menonton televisyen bersama tok mommy. Manakala pembantu rumah mereka, Mak Lina sedang menyiapkan makan tengahari untuk keluarga Datin Azimah.
"Dato, Datin, makanan dah siap." panggil Mak Lina setelah menyiapkan makan tengahari.
"Baik." jawab Dato Hashimi. Lalu Mak Lina menuju ke dapur.
"Kejap ye bang, saya nak panggil Zad tu kejap." Datin Azimah bangun dan memanggil anaknya. Manakala Dato Hashimi dan tok mommy pula menuju ke meja makan.
"Zad, nak makan tak? Jom." bisik Datin Azimah di tepi pintu bilik anaknya.
"Nak, kejap lagi Zad turun ye mama." jawab Aizad di dalam biliknya.
"Okey." lalu Datin Azimah menuruni semula.
"Laa, Zad tak turun lagi ke?" tanya Dato Hashimi.
"Dia kata kejap lagi dia turun." ujar Datin Azimah lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan. Mereka terus membaca doa. Selesai membaca doa, mereka mula menjamu selera.
Sebaik mereka mula hendak makan, tiba-tiba muncul kelibat Aizad. Mereka terus menoleh ke arah wajah anak mereka.
"Mama. Papa. Tok." panggil Aizad. Mereka segera menoleh ke arahnya.
"Semalam Zad pergi rumah kawan Zad." ujar Aizad sambil memasukkan nasi ke dalam mulutnya, lalu mengunyah.
"Kawan? Kawan Zad lelaki ke perempuan?" tanya Dato Hashimi ingin tahu siapakah sahabat Aizad sebenarnya.
"Perempuan." kata Aizad.
"Perempuan? Siapa nama perempuan tu?" tanya Datin Azimah pula ingin tahu siapakah perempuan itu.
"Layla Adilya." jawab Aizad sambil menyebut nama penuh wanita itu.
"Oh nama dia Layla Adilya ye?" Aizad angguk.
"So?"
"Zad nak rasa macam nak masuk meminang dia la."
"Apa? Nak masuk meminang?"
"Why? Mama papa ingat Zad main-main ke?"
"Tak ada la, tapi kenapa tiba-tiba nak masuk meminang pulak?"
"Zad rasa ini la peluang Zad untuk nak jadikan dia isteri Zad yang sah." jawab Aizad. Mereka berasa sangat terkejut mendengar kata-kata anak mereka itu.
Mereka terus berdiam diri kerana mereka belum pernah kenal wanita itu. Mereka menyambung makan semula sehingga selesai.
Di luar rumahnya, dia sedang menjemur baju dan seluarnya yang sudah dibasuh. Selesai dia sudah menjemur pakaiannya, dia terus masuk ke dalam rumahnya lalu melihat dua orang abangnya Nazrol dan Hafizi sedang seronok menonton rancangan di skrin televisyen. Dia terus meletakkan bakulnya di dalam biliknya lalu duduk di tepi mereka, sambil bermain telefonnya.
"Hai kau ni angah, asyik main telefon je. Meh la tengok movie ni ha," ujar Hafizi.
"Ahh malas la aku, korang nak tengok tengok je la." jawab Layla sambil matanya fokus pada skrin telefonnya.
Pon! Pon! Tiba-tiba mereka terdengar bunyi hon di luar rumah. Datang sebuah kereta Vellfire di depan rumah mereka.
"Mak! Ada orang datang!" jerit Hafizi sambil memanggil ibunya.
"Siapa datang?" tanya Mak Nani hairan apabila mendengar panggilan anaknya.
"Entah. Macam orang kaya je." kata Hafizi. Lalu Mak Nani keluar dan melihat ada sebuah kereta Vellfire di depan rumahnya.
"Assalamualaikum." ucap Datin Azimah setelah dia keluar dari kereta Vellfire.
"Waalaikumsalam. Meh la masuk." pelawa Mak Nani, lalu mereka terus melangkah masuk dan bersalam dengan keluarga Layla.
"Ni rumah Layla Adilya ye?" tanya Datin Azimah.
"Ha'ah kami ni mak ayah dia. Dato dengan Datin siapa pulak?" tanya Mak Nani hairan. Dia kenalkah orang tua kaya ini?
"Saya Azimah, dan ini suami saya Hashimi. Yang ni mak saya Hayani." jawab Datin Azimah sambil memperkenalkan kepada keluarga Layla. Mereka hanya angguk faham sahaja.
Layla datang lalu bersalam tangan Datin Azimah dan tok mommy dengan sopan.
"Oh ni la Layla Adilya ye?" tanya Datin Azimah.
"Ha'ah. Dia ni anak kedua. Yang sulung Nazrol, yang tengah Fizi, yang bongsu adik Taniya." jawab Mak Nani. Mereka sekadar faham sahaja.
"Boleh saya tahu, siapa nama puan dengan encik?"
"Saya Ainani, ni suami saya Musa." ujar Mak Nani lalu memanggil mereka.
Mereka datang lalu bersalam masing-masing. Setelah mereka bersalam, mereka masuk semula.
"Oh... Anak kami sorang je, ni ha. Nama dia Mohamad Nor Aizad Danisy." jawab Datin Azimah. Mereka angguk.
"Dato dengan Datin datang sini ada apa ye?" tanya Pak Musa pula.
"Kami datang ni nak bawa hajat." jawab Datin Azimah.
"Hajat apa tu Datin?" tanya Mak Nani.
"Kami nak pinang anak puan."
"Nak pinang? Nak pinang siapa?"
"Siapa lagi, Layla Adilya la." mereka terkejut mendengar kata-kata Datin Azimah.
Mereka berpandang wajah. Benarkah keluarga Aizad mahu meminang Layla?
Beberapa minit berlalu, muncul Layla dengan membawa dulang serta jug berisi jus mangga dan empat gelas kaca.
"Jemput la minum ye," pelawa Mak Nani.
"Tak payah susah-susah la."
"Tak apa la Datin."
"Macam mana? Puan dan encik dah setuju ke dengan pinangan kami ni?" tanya Datin Azimah lagi.
"Nanti kami bincang. Bila kami dah buat keputusan, baru kami akan beritahu." mereka angguk serentak.
"Kalau macam tu, kami balik dulu la ye."
"Kejap! Datin, boleh tak kalau saya nak nombor telefon Datin. Kalau ada apa-apa hal, saya boleh call Datin." ujar Mak Nani.
"Oh boleh..." Datin Azimah mengeluarkan buku nota kecil serta pen hitam lalu menulis nombor telefonnya. Setelah menulis nombor telefonnya, kertas itu dikoyak dan diberi kepada Mak Nani.
"Terima kasih Datin." ucap Mak Nani.
"Sama-sama. Kami balik dulu ye assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Kereta Vellfire yang dipandu oleh pembantu mereka, Pak Ayub lalu terus hilang dari pandangan mereka.
Pada malam itu, di ruang tamu, Mak Nani memanggil mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbincang tentang pinangan keluarga Aizad tadi.
"Ada apa mak abah, berkumpul ramai-ramai ni?" tanya Taniya hairan.
"Mak dengan abah nak bincang sikit pasal pinangan tu."
"Kenapa ni mak?" tanya Nazrol pula hairan.
"Mak rasa lebih baik buat majlis kahwin angah terus. Senang tak payah nak buat majlis tunang la apa la." beritahu Mak Nani. Terus terbeliak kedua-dua matanya apabila terkejut mendengar kata-kata ibunya.
"Hah? Kahwin? Mak apa ni mak? Angah tak bersedia lagi la nak kahwin. Lagipun angah baru je putus dengan boyfriend angah." ujar Layla.
"Hah? Putus? Putus dengan siapa pulak ni angah?" tanya Pak Musa pula.
"Putus dengan boyfriend dia la tu." bisik Nazrol sambil ketawa kecil.
"Hah? Betul ke ni ngah? Angah putus dengan boyfriend angah? Kenapa putus? Sebab apa angah dengan boyfriend angah putus?" bertalu-talu soalan Pak Musa kepada anak perempuannya.
"Angah dengan dia putus sebab dia nak bertunang dengan orang lain." beritahu Layla dengan jujur.
"Astaghfirullah al-azim ngah! Kenapa kamu tak nak bagitahu abah pasal tu?" tanya Pak Musa lagi, terkejut dengan kenyataan anaknya.
"Angah bukan saja tak nak bagitahu abah, angah takut abah marah angah. Itu je." jawab Layla sambil menunduk wajahnya.
"Angah angah, kenapa la kamu buat kami macam ni ngah? Abah betul-betul tak sangka, sanggup angah tak nak bagitahu kami ye." ucap Pak Musa dengan berasa kecewa sedikit.
"Dah la tu bang, benda dah jadi. Nak buat macam mana." sampuk Mak Nani.
"Habis tu? Angah nak mak buat macam mana lagi? Dah itu je cadangan mak, ikut je la. Angah jangan nak banyak songeh pulak ek!" ujar Mak Nani.
"Mak, hati angah ni belum terbuka lagi nak terima Aizad tu. Macam mana angah nak terima dia, mak? Angah dengan Aizad tu baru je first time kenal." jawab Layla. Walaupun Layla dan Aizad baru saja pertama kali berkenalan, tetapi Mak Nani sungguh berkenan dengan lelaki itu kerana lelaki itu sangat baik dan peramah orangnya.
"Eh eh kamu ni angah tanya mak pulak. Fikir la sendiri! Otak kamu tu kan ada! Fikir pakai otak la! Dah! Esok kita pergi rumah dia! Kamu angah jangan tak ikut mak dengan abah pulak ye esok! Bangun pagi tau! Dah mak nak tidur!" Mak Nani terus bangun dan masuk ke dalam bilik.
Nampaknya, Layla tidak boleh membantah kerana ibunya mahu membuat majlis kahwin. Akan tetapi, perlukah dia untuk menerima Aizad sebagai suaminya? Namun, apakan daya kenangannya bersama Fariq dahulu sudah tiada lagi dalam ingatan. Dia terpaksa menerima keputusan ibunya. Suasana di situ menjadi sepi seketika.
Share this novel
Hah Aizad nak pinang Layla? Betul ke ni?