CSAH - BAB 5: Berjumpa Semula

Romance Series 9089

SETELAH beberapa hari dia berkurung di dalam biliknya, dia tidak mahu keluar kerana dia masih kemurungan disebabkan Fariq dan Jasmeen mahu bertunang. Kini dia hanya termenung jauh di tingkap biliknya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lalu melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Nama panggilan itu ialah rakannya, Atia. Dia terus mengambil dan menjawab panggilan rakannya itu.

"Helo assalamualaikum Ayla." ucap Atia di dalam panggilan.

"Waalaikumsalam Tia." jawab Layla lemah. Atia berasa hairan apabila mendengar suara rakannya agak lemah.

"Apasal lemah semacam je suara kau ni? Kau sakit ke Ayla?" tanya Atia ingin tahu jika benar Layla jatuh sakit.

"Tak la aku mana ada sakit apa-apa Tia, aku cuma tak ada mood nak cakap." lemah suara Layla.

"Kau kenapa ni Ayla? Kau ada masalah ke? Cuba cerita dengan aku kenapa." ujar Atia memaksa Layla bercerita dengannya.

Tiba-tiba kedengaran suara Layla mula menangis teresak-esak.

"Ayla! Kau menangis ke ni?" tanya Atia dengan berasa terkejut apabila mendengar suara sahabatnya menangis teresak-esak.

"Aku betul-betul kecewa dengan boyfriend aku tu Tia!" jawab Layla.

"Boyfriend kau? Siapa?" tanya Atia hairan. Dia berfikir siapakah sebenarnya teman lelaki Layla, dia tidak pernah ambil tahu pun tentang hal itu.

"Fariq la! Siapa lagi kalau bukan dia!" kini suara Layla semakin kuat sehingga telinga Atia mahu pekak dibuatnya.

"Kau ni Ayla, kalau ya pun jangan la marah aku. Cuba cakap elok-elok dengan aku. Bagitahu aku kenapa dengan boyfriend kau tu?" tanya Atia pula.

"Dia cakap kat aku, dia nak bertunang dengan pilihan mama dia. Aku macam tak sangka betul weh, dia sanggup buat aku macam ni. Dia macam tak ikhlas sayangkan aku tahu tak!" beritahu Layla kepada Atia. Atia mendengarnya sangat faham dengan kata-kata sahabatnya itu.

"Aku faham sangat perasaan kau Ayla, kau sabar je la. Nak buat macam mana dah dia bukan jodoh kau." ujar Atia dengan berasa sedih mendengar cerita sahabatnya itu.

Suasana di situ semakin sunyi-sepi kerana masing-masing berdiam diri.

"Dah la aku malas la nak cakap lama-lama, okey bye." panggilan terus ditamatkan.

"Eh Ayla... Ayla..."

"Kesian betul kau Ayla, sanggup boyfriend kau buat macam tu kat kau." bisik Atia sendirian. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan.

Lalu tubuhnya terus dibaring di atas katil dan tidur dengan lena.

Seminggu berlalu, kini dia tidak lagi murung dan termenung. Dia terus bersiap dan menuju ke pusat beli-belah dengan menaiki teksi. Di kedai Baskin Robbins, dia hanya duduk sambil memakan aiskrim.

"Eh kedai aiskrim, jom bang, saya dah lama tak makan aiskrim." pinta Jasmeen.

"Okey." itu saja dia mampu berkata. Lalu mereka terus masuk ke dalam kedai Baskin Robbins.

Sedang mereka membayar, Fariq ternampak seorang gadis yang sedang termenung jauh di situ. Dia berfikir mungkin gadis itu sedang dalam kemurungan agaknya.

"Awak, tunggu kejap tau."

"Abang nak pergi mana?" tanya Jasmeen.

"Abang nak basuh tangan kejap."

"Okey."

Apabila saat Fariq mahu menuju ke arah gadis itu lalu menyapa gadis itu.

"Cik?" sapa Fariq lembut.

Lamunannya terus hilang apabila dia disapa oleh lelaki itu, saat dia menoleh ke arah wajah lelaki itu, dia terkejut apabila memandang wajah itu adalah bekas teman lelakinya, Fariq.

"Awak?"

"Layla! Awak buat apa kat sini?" tanya Fariq.

"Hei sepatutnya saya yang tanya awak, awak tu buat apa kat sini?" tanya Layla pula.

"Saya saja nak singgah sini makan aiskrim. Yang awak tu pula buat apa kat sini?" tanya Fariq lagi.

"Suka hati saya la nak buat apa pun yang awak sibuk kenapa!"

"Saya cuma tanya awak je, salah ke saya tanya?"

"Salah!"

"Abang!" panggil Jasmeen lalu menuju ke arahnya.

"Ni siapa bang? Abang kenal ke dia ni?" tanya Jasmeen sambil berbisik kepada suaminya.

"Abang?"

"Ya dia suami saya, kenapa? Jealous ke?" senyuman Jasmeen semakin sinis.

"Tak ada maknanya aku nak jealous dengan kau! Dah la rampas boyfriend aku! Kalau ikutkan hati aku ni, aku tampar je muka kau tu!" gumam Layla.

"Ada nampak muka aku ni jealous ke? Tak ada kan? Tak ada maknanya aku nak jealous dengan korang! Dah la rampas boyfriend orang! Kalau kau nak tahu, dia ni boyfriend aku tau." beritahu Layla kepada mereka. Akhirnya rahsia yang mereka simpan itu telah terbongkar.

"Boyfriend?" dari situlah Fariq terdiam seketika.

"Ya!"

"Abang bagitahu Jasmeen sekarang! Perempuan ni siapa! Cakap!" jerkah Jasmeen.

"Dia ni girlfriend abang dulu." beritahu Fariq kepada isterinya.

"Oh kalau dia ni girlfriend abang, Jasmeen ni siapa? Saya ni bukan isteri abang ke?" tanya Jasmeen dengan perasaan geram.

"Bukan macam tu, abang terima Jasmeen sebab mama. Abang terpaksa ikut cakap mama, itu je." beritahu Fariq lagi.

Jasmeen mula mendiamkan diri setelah diberitahu segala tentang suaminya dan Layla. Air mata di pipi Jasmeen terus Fariq menyeka air matanya itu. Lalu dipeluk dengan erat.

"Sampai hati abang kan, tak bagitahu perkara hal sebenar kat saya. Saya betul-betul kecewa dengan abang."

"Maafkan abang ya Meen, abang bukannya tak nak bagitahu perkara hal sebenar kat Meen. Abang cuma nak cari masa yang sesuai untuk abang selesaikan. Maafkan abang ya Meen." Jasmeen angguk senyum.

"Hei dah la tak payah nak buat drama kat sini! Korang ingat ni apa, tempat untuk berlakon?" jerit Layla.

Fariq terus mendekatkan wajahnya pada wajah berang Layla.

"Kau siapa nak jerit-jerit dekat kitaorang? Kau ada hak ke nak jerit dekat kitaorang?" tanya Fariq dengan mengeluarkan perkataan 'kau' pada Layla.

"Awak ni dah kenapa Fariq? Sejak bila awak cakap macam tu kat saya? Saya tak pernah nak cakap aku kau dekat awak, sekarang awak dah pandai beraku kau ya."

"Mulai hari ini, kau jangan muncul lagi depan mata aku! Aku benci kau Layla! Aku benci kau!" tengking Fariq.

Kata-katanya itu telah membuatkan dia berasa kecewa dan terluka. Lalu dia terus beredar dari situ. Manakala Jasmeen pula menyapu lengan suaminya supaya bersabar.

Air matanya mengalir dengan laju. Sungguh dia tidak sangka Fariq sangat membencinya. Sungguh dia kecewa dengan bekas teman lelakinya kerana sanggup membencinya. Sedang dia menahan kekecewaan, seorang lelaki datang untuk menyapanya.

"Cik, cik kenapa menangis ni? Cik tak apa-apa ke?" tanya lelaki itu.

"Saya tak apa-apa, saya okey je." jawab Layla dengan suaranya agak lemah.

"Apa kata kita lepak dulu kejap boleh? Sambil-sambil tu boleh kita sembang." Layla angguk lalu pergi bersama lelaki itu.

Setelah Layla menceritakan semuanya pada Aizad, akhirnya Aizad sangat faham dengan cerita yang disampaikan oleh Layla.

"Oh macam tu ceritanya."

Layla masih menangis lagi.

"Sabar, jangan menangis ya. Saya faham sangat perasaan awak. Oh saya lupa la nama awak siapa? Boleh kita berkenalan?"

Akhirnya tangisannya itu berhenti juga.

"Saya Layla Adilya."

"Oh Layla Adilya, cantik nama tu."

"Terima kasih, nama awak siapa?"

"Aizad Danisy."

"Aizad?" Layla menoleh. Aizad angguk.

Dia mula ketawa kecil.

"Apa yang kelakar sangat tu? Saya punya nama kelakar ke?" tanya Aizad.

"Tak mana ada, okey je nama awak." jawab Layla.

"Kalau macam tu, kita pergi makan nak? Saya belanja awak boleh?"

"Awak nak belanja saya?" Aizad angguk senyum. Layla turut angguk lalu mereka terus bangun dan menyinggah Kentucky Fried Chicken (KFC).

Selepas saja mereka makan, mereka terus pulang ke rumah masing-masing.

Pada malam itu, dia hanya bermain telefonnya sahaja di ruang tamu. Tiba-tiba muncul pula ibunya Datin Azimah.

"Ha Zad, buat apa tu?" tanya Datin Azimah lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Eh mama, tak ada buat apa-apa la mama." jawab Aizad lalu dia menekan butang tutup skrin telefonnya.

"Habis tu bukan main tengok gambar tu apa dia? Nak sorok daripada mama ke ni?" tanya Datin Azimah.

"Tak la mana ada," ujar Aizad lalu membuka skrin televisyen pula.

"Okey tak nak bagitahu mama, tak apa. Mama okey je," Datin Azimah terus bangun tetapi tangannya ditahan oleh anaknya.

"Ala mama, mama jangan la merajuk dengan Zad, sini sini Zad nak bagitahu mama ni." Aizad terus menarik tangan ibunya menyuruh duduk di sebelahnya.

"Apa dia?" tanya Datin Azimah dengan rasa tidak sabar mahu mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya itu.

"Zad rasa kan Zad macam dah jumpa jodoh," ujar Aizad lalu memulkan perbicaraannya.

"Siapa jodoh Zad tu? Bagitahu la mama siapa dia?" tanya Datin Azimah lagi.

"Ish mama ni, mana boleh bagitahu sekarang. Malu la Zad nanti."

"Mm yalah yalah, mama bukan apa. Mama dah lama tak tengok anak mama kahwin. Bila Zad nak bawa dia jumpa mama papa?" tanyanya lagi.

"Nanti la Zad bawa dia ke sini,"

"Ha! Berborak apa tu hah?" muncul Dato Saliman.

"Eh tak ada apa, saya saja sembang dengan Zad ni ha." jawab Datin Azimah.

"Yeke? Macam ada benda sembunyi je daripada abang," usik Dato Saliman.

"Eh tak la mana ada papa."

Matanya terus memandang ke arah skrin televisyen.

Masing-masing terus berdiam diri. Manakala Datin Azimah pula menuju ke dapur untuk mengalas perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience