CSAH - BAB 14: Belanja Makan

Romance Series 9089

SEDANG dia membuat kerja di dalam bilik pejabatnya, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu lalu Aizad berkata, "Masuk." lalu pintu dibuka dan muncul kelibat Irisa di muka pintu. Dia mengangkat wajahnya apabila wajah Irisa berada di muka pintu.

"Hai abang Aizad." Irisa lalu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Aizad.

"Ris nak apa datang ni?" tanya Aizad sambil matanya fokus pada kerjanya itu.

"Ris datang ni sebab Ris nak belanja makan." ujar Irisa lalu berdiri di depan meja kerja Aizad.

Aizad pura-pura tidak mendengar apa yang Irisa berkata padanya.

"Abang! Abang dengar tak apa Ris cakap tadi kat abang?"

"Dengar." jawab Aizad selama saja. Irisa pula di situ sedang menahan geram dengan tingkah laku Aizad.

"Habis tu, abang saja buat-buat pekak kan?" marah Irisa yang sudah lama menahan geram dengan Aizad.

Lalu dia bangun dan mendekati Irisa dengan wajah sinis.

" Ris nak apa sebenarnya ni?" tanya Aizad dalam wajahnya yang agak serabut.

"Ris datang ni sebab Ris nak belanja makan dengan Ris, itu je." jawab Irisa.

"Ris nak ajak abang makan dengan Ris? Ris tak rasa ke kita ni bukan pasangan kekasih?" ujar Aizad.

"Ris nak ajak abang makan pun, salah ke?"

Aizad hanya berdiam sahaja, tidak tahu mahu bercakap apa lagi. Dia menggaru kepalanya yang seolah-olah tidak gatal.

"Abang!" jerit Irisa. Aizad sedikit terkejut dengan jeritan Irisa padanya.

"Apa dia Ris? Terjerit-jerit, sakit telinga abang ni tahu tak!"

"Habis tu, Ris panggil abang, abang buat-buat tak dengar pulak."

Tiba-tiba muncul kelibat Elman pula.

"Eh Zad, perempuan ni siapa?" tanya Elman hairan apabila ada kelibat Irisa di dalam bilik pejabat Aizad.

"Kenalkan ni sepupu aku, nama dia Irisa."

"Oh hai Irisa, my name is Elman. Just call me Man only."

"Hai." ucap Irisa sambil melambai tangannya ke arah Elman.

"Awak buat apa kat sini, Irisa? Nak belanja makan ke?" tanya Elman hairan lagi.

"Saja nak jumpa Aizad. By the way Ris nak belanja dia makan, awak nak ikut sekali tak?" pinta Irisa dengan selamba saja dia bercakap.

"Eh boleh ke ni? Awak nak belanja kitaorang makan? Zad kau macam mana? Kau on tak?"

"Aku rasa macam malu la Man." ucap Aizad.

"Kau nak malu apanya Zad, dia cuma nak belanja kita makan je. Dah la jom jangan nak banyak songeh pulak!" Elman terus menarik tangan Aizad.

Mahu tidak mahu, terpaksalah Aizad menerima Irisa membelanjanya makan bersama sahabatnya.

Sampai sahaja di kafe, mereka terus melayan diri. Selesai mereka melayan diri, mereka membaca doa dan menjamu selera.

Aizad hanya berdiam dan makan sahaja. Tidak bercakap apa-apa.

"Alhamdulillah kenyangnya perut aku, terima kasih la Irisa sebab belanja kitaorang makan." ujar Eilman apabila selesai mereka makan, setelah Irisa membayar.

"Sama-sama... Okey la kalau macam tu, saya balik dulu ye. Bye." Irisa segera meninggalkan mereka berdua di situ.

Apabila sampai saja di rumah, dia terus bergegas menaiki dan menuju ke biliknya lalu pintu biliknya ditutup. Dia terus mencapai telefonnya dari dalam beg tangannya lalu membuka skrin telefonnya dan melihat wajah Aizad di dalam skrin telefonnya itu.

"Abang Aizad, Ris akan pastikan abang Aizad akan jadi milik Ris selama-lamanya. Abang jangan lari ye, Ris akan kejar sampai dapat abang!" ucap Irisa sendirian.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk oleh ibunya. Dia sedikit terkejut apabila mendengar ketukan itu, lalu dia segera menyimpan telefonnya di dalam beg tangannya. Pintu dibuka lalu muncul wajah ibunya di muka pintu.

"Mama nak apa, buka pintu bilik Ris ni?" tanya Irisa hairan.

"Tak ada apa, kamu buat apa dalam bilik ni? Berangan ek?"

"Ha'ah Ris berangan, kenapa?"

Datin Sri Roslia hanya menjeling saja ke arah wajah anak perempuannya itu.

"Eeee mama ni, buat aku terkejut je!"

Dinding biliknya, terlihat banyak gambar Aizad yang tertampal di situ. Lama dia melihat gambar-gambar Aizad itu, dia menjadi tidak keruan kerana dia amat menyukai wajah tampan Aizad. Lalu tubuhnya dibaring di atas katil. Dia senyum sehingga tidur.

Pada pukul 6.40 petang, setelah Aizad menyiapkan kerjanya, dia terus mengemas mejanya dan dia bangun dan melangkah keluar dari kawasan pejabat miliknya. Kelibat kereta Vellfire sudah sampai lalu Pak Ayub keluar dan membuka pintu kereta untuk Aizad. Aizad terus masuk ke dalam perut Vellfire dan Pak Ayub meneruskan memandunya pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, Pak Ayub terus membuka pintu dan Aizad keluar dari perut Vellfire itu.

"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia melangkah masuk bersama Pak Ayub.

"Waalaikumsalam." jawab mereka hampir serentak.

"Macam mana kerja hari ni Zad? Okey?" tanya Datin Azimah.

Tali leher di kolar bajunya terbuka sedikit kerana sudah penat. Lalu duduk di atas sofa sambil merehatkan tubuhnya yang sedang kepenatan. Lalu menyandar di sofa.

"Boleh la ma,"

"Aik? Penat nampak, kerja banyak ke Zad?" tanya Dato Hashimi pula.

"Biasa la pa. Kerja memang banyak nak kena siapkan." jawab Aizad.

"Zad naik dulu ye."

Setelah lama dia merehatkan tubuhnya, dia terus bangun dari sofa lalu dia menaiki dan menuju ke biliknya.

"Sayang..." panggil Aizad di muka pintu. Layla menoleh ke arah wajah suaminya di muka pintu.

"Eh abang dah balik?" Layla terus bangun dari katil lalu bersalam tangan suaminya.

"Sayang tengah buat apa ni?" tanya Aizad lalu duduk di atas katil bersama isterinya, Layla.

"Tak ada buat apa-apa la bang." jawab Layla.

"Yeke tak ada buat apa-apa? Bukan abang nampak sayang main telefon ke tadi?"

"Eh macam mana abang boleh tahu ek?"

"Mesti la abang tahu, abang nampak tau."

Sempat wajahnya menjeling pada suaminya.

"Macam mana kerja bang? Okey ke?" tanya Layla.

"Okey jugak la." itu saja dia mampu berkata.

"Mmmmm..."

"Sayang dah solat asar ke belum?" tanya Aizad tiba-tiba melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 7.00 malam.

"Dah lama dah Ayla solat tadi." jawab Layla.

"Oh... Apa kata malam ni kita keluar makan nak tak?"

"Nak nak, kat mana?"

"Ada la mana boleh bagitahu."

"Ala bagitahu la kat mana."

"Tak boleh."

"Bagitahu jugak!" sempat lagi Layla meminta suaminya untuk memberitahu di mana mereka makan. Aizad tetap tidak mahu memberitahu. Ianya rahsia.

Selepas sahaja mereka mengerjakan solat fardu isyak, mereka terus bersiap dan menuruni.

"Eh mama papa tak siap lagi ke?" tanya Aizad.

"Siap? Siap nak pergi mana?" tanya Datin Azimah hairan.

"Oh lupa Zad nak bagitahu, hari ni Zad nak belanja mama dengan papa makan kat restoran yang viral tu." beritahu Aizad.

"Eh betul ke ni Zad?" tanya Dato Hashimi.

"Betul la ma pa."

"Okey okey mama pergi siap sekarang." Datin Azimah dan Dato Hashimi mempercepatkan langkah mereka menuju ke bilik lalu menyiapkan diri.

"Tok tak nak ikut ke?"

"Ikut pergi mana?"

"Pergi keluar makan, hari ni abang Aizad nak belanja kita tok." beritahu Layla pada tok mommy.

"Oh... Tak apa la tok tak larat ni, kamu berdua pergi je la ye." lalu tok mommy terus menuju ke biliknya.

Setelah mereka menyiapkan diri, mereka terus keluar dan menaiki Aruz yang berwarna hitam.

Sampai sahaja di restoran Damascus, mereka terus keluar dari Vellfire dan masuk ke dalam Damascus. Setelah mereka memesan makanan dan minuman, mereka duduk di belakang sedikit. Makanan dan minuman yang mereka pesan tadi sudah sampai dan mereka mula menjamu selera. Selesai mereka makan dan Aizad membayar, mereka terus pulang ke rumah.

"Terima kasih la Zad sebab belanja makan, kenyang pulak perut mama ni." ujar Datin Azimah apabila sampai di dalam rumah.

"Sama-sama. Zad dengan Ayla naik dulu ye nak tidur dah ni."

"Yalah, mama dengan papa pun nak tidur jugak ni." jawab Dato Saliman lalu masing-masing masuk ke dalam bilik, menukar pakaian dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience