BUNYI alarm telefonnya sudah berdering. Dia terus mematikan alarm telefonnya itu, lalu melihat jam di skrin telefonnya sudah menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tubuhnya terus bangun tetapi matanya masih mengantuk lagi. Dia segera mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia terus memakai telekung lalu mengejutkan suaminya dari tidur.
"Abang, bangun bang. Dah subuh dah ni." kejut Layla sambil mengejutkan suaminya.
Perlahan-lahan matanya terbuka lalu melihat isterinya sudah memakai telekung yang berwarna hitam gelap.
Matanya berkelip-kelip sahaja lalu dia menggeliat tubuhnya dan bangun. Lalu dia menggosok-gosok matanya.
"Kenapa abang ni tengok Ayla macam tu?" tanya Layla hairan apabila Aizad memandang wajahnya.
"Tak ada apa."
"Mm cepat la pergi mandi lepas tu kita solat subuh sama-sama." arah Layla lalu Aizad mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Manakala Layla terus menghampar sejadah di atas lantai.
Setelah Aizad mandi dan keluar dari bilik air, dia terus memakai kain pelikat serta bajunya lalu mereka mengerjakan solat fardu subuh. Selesai mereka mengerjakan solat fardu subuh, Aizad terus baring dan menyambung tidur semula.
"Laaa tidur balik? Mengantuk lagi la tu." Layla menggeleng-gelengkan kepalanya lalu dia keluar dan menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
Setelah dia menyiapkan sarapan pagi, tiba-tiba muncul kelibat ibu dan nenek mertuanya.
"Eh Ayla? Ayla buat apa tu?" tanya Datin Azimah.
"Eh mama, Ayla tengah siapkan breakfast ni ha." jawab Layla setelah meletakkan bekas yang berisi nasi goreng di atas meja makan.
"Sedapnya bau. Ayla masak apa ni?" tanya Datin Azimah lagi apabila dia terhidu bau masakan.
"Ayla masak nasi goreng." jawab Layla sambil duduk di atas kerusi makan.
"Sejak bila Ayla pandai masak nasi goreng ni? Ayla tolong mak kat dapur ke?" tanya tok mommy pula.
"Ha'ah tok, Ayla selalu tolong mak masak kat dapur." ujar Layla.
Datin Azimah dan tok mommy hanya sekadar faham sahaja dengan kata-kata Layla. Lalu mereka terus duduk lalu membaca doa. Selesai membaca doa, mereka terus menjamu selera.
Tiba-tiba muncul kelibat Aizad.
"Good morning." ucap Aizad apabila melihat mereka sedang bersarapan.
"Eh bang, good morning. Jom breakfast."
"Tak apa la sayang, abang nak keluar kejap."
"Abang nak pergi mana?" tanya Layla hairan.
"Jumpa kawan abang kejap."
"Laa Zad tak nak sarapan dulu ke?" tanya Datin Azimah pula.
"Tak apa la, Zad sarapan kat luar je la dengan kawan." lalu Aizad terus pergi dan mencapai kunci keretanya. Lalu dia melangkah masuk ke dalam perut keretanya dan menghidupkan enjin.
Setelah enjin dihidupkan, tiba-tiba telefonnya berbunyi lalu melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Nama panggilan itu ialah rakannya, Eilman. Dia terus menjawab panggilan rakannya itu.
"Weh Zad, kau kat mana ni? Kau tak gerak lagi ke?" tanya Eilman di dalam panggilan.
"Aku nak gerak la ni, kau kat mana?" tanya Aizad sebelum memulakan memandu.
"Aku kat kedai mamak ni." jawab Eilman.
"Okey okey, kejap lagi aku sampai." panggilan terus ditamatkan. Aizad terus memandu dan menuju ke tempat yang Eilman berada.
Sampai sahaja di depan gerai mamak, dia terus mematikan enjin keretanya lalu melangkah turun dan menekan butang kunci keretanya. Lalu dia berjalan menuju ke arah rakannya.
"Sampai juga kau." ujar Eilman lalu bersalam tangan Aizad. Aizad turut bersalam dengannya. Dan duduk sambil memesan milo suam.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni Man?" tanya Aizad apabila minuman yang dipesannya sudah sampai lalu dia mengacau milo suam dan diminum. Sungguh manis milo suam itu.
"Saja aku nak jumpa kau, sebab hari ni kan cuti." ujar Eilman.
"Ha'ah kan ye tak ye jugak." Aizad hampir terlupa kerana hari ini merupakan cuti pekerja bagi mereka yang bekerja.
Anak mata Eilman tiba-tiba memandang cincin yang dipakai oleh Aizad. Dia terfikir Aizad sudah berkahwinkah? Tetapi dengan siapa pilihannya?
"Kau pandang apa tu Man?" tanya Aizad lalu mengejutkan Eilman dari lamunan itu. Segala lamunannya itu terus hilang sekelip mata.
"Tula, cincin yang kau pakai tu."
"Oh... Kenapa?"
"Kau tak bagitahu aku pun yang kau dah kahwin? Kau kahwin dengan siapa?" tanya Eilman ingin tahu siapakah isteri Aizad yang sebenarnya.
"Aku rasa malu la nak bagitahu."
Benar. Aizad berasa malu kerana tidak mahu memberitahu yang dia dan Layla sudah berumahtangga. Dia ingin menyimpan hal ini supaya tiada sesiapa boleh menyebarkan hal itu kepada orang awam.
"Apa yang nak malunya, aku cuma tanya siapa nama isteri kau? Itu je."
"Okey kalau kau nak tahu siapa nama isteri aku, tapi kau kena janji dengan aku dulu, kau jangan bagitahu siapa-siapa pasal aku dengan isteri aku. Satu office pun kau jangan bagitahu jugak tau. Kau diam aje boleh?"
"Okey okey, aku janji aku akan simpan benda ni. Kau bagitahu la aku siapa nama isteri kau tu?" tanya Eilman lagi dengan tidak sabar mahu tahu.
"Nama dia Layla Adilya." jawab Aizad lalu menyebut nama isterinya.
"Layla Adilya?"
"Hah kenapa? Kau pun nak ngorat dia ke apa?"
"Eh eh eh kau ni ke situ pulak kau fikir ek. Kau ingat aku ni ada masa nak ngorat ke isteri kau tu?"
"Mana la tahu, kau nak sangat tahu nama isteri aku."
"Hai nak tahu nama isteri orang pun salah ke Zad?"
"Entah la Man, aku tak tahu nak kata salah ke tak salah ke."
Eilman sempat menjeling ke arah Aizad. Aizad turut menjelingnya juga.
"Tak ada la, aku bukannya nak dekat isteri kau tu. Ramai lagi perempuan yang aku boleh cari."
Aizad hanya sekadar mendengar sahaja dengan kata-kata rakannya.
"Dah la aku nak balik dah ni,"
"Eh aku pun nak balik jugak ni."
"Okey la Zad, nanti kita jumpa lagi ye." Eilman terus bangun dan bersalam. Aizad turut bersalam. Lalu Aizad terus pulang ke rumahnya.
"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia membuka pintu rumah dan melangkah masuk. Lalu pintu rumah ditutup.
"Waalaikumsalam." jawab Datin Azimah.
"Lambat betul balik, kata jumpa kawan je." ujar Datin Azimah apabila melihat anaknya duduk di atas sofa sambil berehat.
"Mana Ayla, mama?" tanya Aizad sambil menukar topik.
"Aik dah pandai tukar topik nampak."
"Zad penat la mama, Zad jumpa kawan Zad pun kejap je tak lama pun."
"Ayla dekat atas."
"Oh okey la Zad nak pergi tengok Ayla kejap." Aizad terus bangun dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Sebaik dia membuka pintu biliknya, dia melihat isterinya baru saja selesai mengerjakan solat fardu zuhur. Lalu dia terus masuk dan menutup pintu biliknya.
"Hai bang, lambat betul abang balik. Dah pukul berapa dah ni, dah pukul 3 lebih. Kejap lagi nak asar dah ni." ujar Layla lalu membuka telekungnya.
"Sayang baru habis solat ke ni?" tanya Aizad lalu duduk di sebelah isterinya yang duduk di atas sejadah.
"Ha'ah. Ayla ingat nak tunggu abang balik la, boleh la solat sama-sama. Tapi dah pukul 3, terpaksa la Ayla solat sendiri." jawab Layla.
"Mm tak apa la, abang nak mandi solat pastu teman abang makan boleh? Abang lapar la."
"Aik? Bukan abang kata nak sarapan kat luar ke?"
"Alamak! Macam mana dia boleh tahu yang aku tak makan dari tadi. Aduh!" gumam Aizad sendirian.
"Abang tipu Ayla ye? Abang kata abang nak sarapan kat luar, pastu suruh Ayla teman abang makan."
"Ala sayang, jangan marah ek."
"Oh maknanya abang tipu Ayla la ni ye."
"Sayang jangan la marah abang."
"Abang ni sampai hati tau tipu Ayla. Abang cakap abang nak sarapan kat luar tapi rupanya abang tak makan pun dari tadi."
"Macam mana ni sayang."
"Macam mana ni apa? Dah la malas Ayla nak layan abang, baik Ayla tidur je." Layla terus baring dan pura-pura tidur.
Aizad pula tidak tahu mahu buat apa lagi. Dia sungguh kesal kerana menipu isterinya.
Pada malam itu, Layla masih merajuk lagi dengan Aizad. Tidak mahu memandang wajahnya.
"Sayang merajuk dengan abang lagi ke?"
Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.
"Jangan la merajuk sayang, abang minta maaf okey."
Lalu Aizad segera mendekatkan tubuhnya pada tubuh Layla di sebelahnya.
"Eee apa ni? Tak payah pegang la!" marah Layla lalu jauh sedikit daripada Aizad.
"Eleh... Merajuk konon, padahal saja kan."
"Mana ada."
"Okey la apa kata kita pergi fun fair nak? Kita naik roller-coaster, main game, macam-macam lagi. Nak tak?"
"Okey la kalau sayang tak nak pergi tak apa, abang boleh pergi dengan perempuan lain."
Belum sempat dia bangun, tangannya ditahan oleh Layla. Dia tahu Layla sengaja berbuat begitu.
"Tahu pulak takut..."
"Abang ni sengaja kan cakap macam tu kat Ayla."
"Ya la dah sayang merajuk dengan abang, abang boleh je pergi dengan perempuan lain."
"Eh, abang ni nak kahwin lagi satu ke apa?"
"Tak ada la, abang gurau je la sayang. Jom."
"Jom pergi mana?" tanya Layla hairan.
"Pergi siap la."
"Siap nak pergi mana?" tanya Layla lagi.
"Ada la..."
"Bukan abang kata nak bawak Ayla pergi fun fair?"
"Ha'ah." terus kedua-dua matanya terbeliak serentak.
"Okey okey, Ayla pergi siap sekarang." Layla terus bangun dan segera menyiapkan diri.
"Ni nak pergi mana malam-malam ni?" tanya Datin Azimah.
"Nak pergi jalan-jalan." jawab Aizad.
"Malam-malam pun nak keluar jugak ke?"
"Ala sekejap je mama, bukannya lama pun kitaorang pergi."
"Ya la tu..."
"Jangan balik lewat sangat!" pesan Datin Azimah kepada mereka.
Sampai sahaja di tempat itu, wajahnya seolah-olah terkejut apabila dia melihat tempat itu. Lalu mereka terus melangkah turun dari perut kereta lalu Aizad menekan butang kunci keretanya.
Setelah mereka membeli tiket, mereka berjalan sambil melihat pelbagai jenis permainan di situ.
"Ayla nak naik apa?" tanya Aizad.
"Ayla nak naik roller-coaster." jawab Layla dengan berasa teruja.
"Okey." jawab Aizad lemah.
Setelah puas mereka bermain, mereka tiba-tiba terasa perut mereka berbunyi. Lalu mereka menyinggah jualan makanan lalu mereka membeli dan makan di situ.
"Bang bang, Ayla rasa nak naik tu la." ujar Layla sambil jarinya menunjuk ke arah sesuatu.
Terus matanya memandang tepat ke arah Wheel yang sebesar itu. Wheel itu sangat cantik dan berlampu warna-warni.
"Okey jom."
Ketika mereka sedang menaiki Wheel itu, mereka mula merasakan mereka sedang berbahagia di sisi mereka.
Setelah mereka turun dari Wheel itu, mereka terus pulang ke rumah. Sebaik mereka melangkah masuk, kelihatan ruang tamu sudah menjadi gelap-gelita lalu mereka terus menuju ke bilik dan terus tidur.
Share this novel
Comel Layla merajuk