CSAH - BAB 4: Bertunang?

Romance Series 9089

TELEFONNYA berbunyi lalu dia terus mengambil dan melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Nama panggilan itu ialah Fariq. Pantas jarinya menekan punat hijau dan menjawab panggilan Fariq itu. Kedengaran suara Fariq di dalam panggilan itu.

"Assalamualaikum." ucap Fariq di dalam panggilan.

"Waalaikumsalam awak, ada apa awak telefon saya ni?" tanya Layla hairan.

"Boleh tak saya nak jumpa awak sekejap sebab saya ada perkara nak cakap dengan awak." pinta Fariq. Dia berharap Layla akan berjumpa dengannya.

"Nak jumpa saya?" tanya Layla lagi.

"Ya, sekejap je. Boleh la ek?"

"Mm yalah yalah, pukul berapa? Kat mana nak jumpa?"

"Pukul 4 petang, kita jumpa kat kafe ye. Bye."

Belum sempat dia berkata apa-apa, panggilannya sudah ditamatkan oleh Fariq dengan begitu saja. Dia berasa hairan mengapa Fariq mahu berjumpa dengannya lagi? Bukankah semalam sudah jumpakah? Mengapa mahu berjumpa lagi?

Pada pukul 4 petang, dia tiba di kafe yang ditetapkan oleh Fariq. Dia terus masuk ke dalam kafe dan ternampak kelibat Fariq di situ lalu dia berjalan menuju ke arah teman lelakinya.

"Hai awak." sapa Layla. Fariq yang sedang menunggu kehadiran Layla tadi, secara tiba-tiba, Layla menyapanya.

"Hai, duduk la." pelawa Fariq lalu Layla duduk di hadapannya.

"Awak nak cakap pasal apa tadi dengan saya?" tanya Layla dengan perasaan ingin tahu.

"Sebenarnya saya nak cakap pasal hubungan kita." ujar Fariq dengan berasa gelisah.

Sungguh berdebar hatinya untuk meneruskan perbicaraannya dengan Layla. Tetapi apatah lagi mulutnya terasa berat untuk bercakap. Namun, dia tetap untuk memberitahu hal sebenar kepada Layla dengan secara jujur.

"Pasal hubungan kita? Kenapa?" tanya Layla ingin tahu lagi. Dia berasa hairan dengan tingkah laku teman lelakinya itu. Tetapi perasaannya ingin tahu juga mengapa Fariq mahu berjumpa dengannya.

"Kalau saya cakap ni, awak jangan terasa pulak ya."

"Awak nak cakap apa tadi dengan saya? Cepat la cakap!" tanya Layla apabila setelah lama dia berdiam.

"Saya dah buat keputusan yang saya terpaksa terima arahan mama saya." ujar Fariq dengan wajahnya tenang.

"Awak cakap apa ni Fariq? Saya tak faham la apa yang awak cakap ni." kening Layla disengetkan sedikit.

"Lepas ni, saya takkan jumpa awak lagi Layla sebab saya nak bertunang minggu depan." jawab Fariq.

"Hah? Awak nak bertunang?" tanya Layla lagi, sambil wajahnya terkejut dengan kata-kata Fariq.

"Ya Layla. Saya nak bertunang minggu depan."

"Jadi awak nak jumpa saya ni sebab awak nak bertunang la ya?"

Fariq angguk. Air matanya mula mengalir ke pipi. Sungguh dia tidak sangka 'bekas' teman lelakinya akan bertunang pada minggu hadapan.

"Maafkan saya Layla, saya tak ada niat nak buat awak macam ni. Itu pun sebab saya terpaksa ikut cakap mama saya, itu je." jawab Fariq.

"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni Fariq? Awak tak sayangkan saya ke?" tanya Layla sambil memandang wajah Fariq di hadapannya.

"Saya sayangkan awak Layla, cuma saya tak tahu nak pilih siapa. Jadi terpaksa la saya terima dia walaupun saya tak pernah cintakan dia."

"Awak bagitahu saya, siapa bakal tunang awak tu?"

"Jasmeen." jawab Fariq dengan menyebut nama bakal tunangnya itu.

Sungguh dia berasa sangat terkejut nama Jasmeen yang disebut oleh Fariq itu adalah bakal tunangnya.

"Sampai hati awak Fariq, saya betul-betul tak sangka awak sanggup buat macam ni kat saya." ujar Layla sambil dia menangis.

"Saya tak tahu nak buat macam mana, saya memang tak tahu nak pilih awak atau Jasmeen." ujar Fariq.

"Saya betul-betul kecewa dengan awak Fariq!" Layla terus bangun tetapi tangannya ditahan oleh Fariq sebelum dia beredar.

"Awak dah tak nak jumpa saya lagi ke lepas ni? Awak betul-betul bencikan saya?" tanya Fariq ingin tahu benarkah Layla sudah membencinya.

Segera tangannya ditepis lalu gelang tangan di pergelangan tangannya ditanggalkan dan diberi kepada Fariq.

"Kenapa awak pulangkan balik gelang tangan ni?" tanya Fariq.

"Sebab gelang tangan ni dah tak ada makna untuk saya. Jadi awak simpan je la gelang tangan tu."

"Kenapa awak tak simpan je gelang tangan ni?" tanya Fariq lagi.

"Buat apa saya nak simpan gelang tangan tu? Lagipun saya dengan awak dah tak ada apa-apa kaitan. Jadi awak simpan je la gelang tangan tu." jawab Layla.

Sungguh Fariq benar-benar tidak sangka gelang tangan yang dihadiahkan pada Layla dahulu, kini wanita itu tidak lagi mahu menerima gelang tangan itu, kerana telah membuatkan Layla berasa kecewa dengan Fariq.

"Awak betul-betul bencikan saya ke Layla?" tanya Fariq ingin tahu.

Layla hanya berdiam sahaja, tidak mengeluarkan apa-apa. Fariq bertanya lagi sehingga Layla menjawab soalannya itu.

"Layla! Saya tanya awak ni! Awak bencikan saya ke?"

"Ya! Memang saya benci awak Fariq!"

"Kenapa awak bencikan saya, Layla?"

Fariq memandang wajah Layla, hanya menangis saja. Layla berasa sangat kecewa kerana lelaki itu sanggup memilih Jasmeen daripada Layla.

"Sebab saya dah tak nak terima awak lagi dalam hidup saya! Mulai hari ni! Awak jangan jumpa saya lagi!" segera Layla melangkah meninggalkan Fariq.

Sebelum dia beredar dari kafe itu, sempat lagi Layla berkata pada Fariq, "Saya doakan awak akan bahagia dengan bakal tunang awak. Dan lepas ni, saya takkan muncul lagi depan mata awak. Awak anggap je saya ni tak pernah wujud dalam hidup awak."

Kelibat Layla tadi terus hilang dari pandangannya.

Dia hanya menangis sahaja di dalam biliknya setelah dia berputus hubungannya dengan Fariq. Sungguh dia tidak boleh menerima hakikat yang bekas teman lelakinya akan bertunang dengan Jasmeen pada minggu hadapan. Mereka cuba untuk melihat Layla tetapi pintu biliknya telah dikunci supaya tiada sesiapa mengganggunya. Mereka tidak tahu mengapa Layla berkurung saja di dalam bilik.

HARI yang ditunggu-tunggu adalah merupakan majlis pertunangan antara Fariq dan Jasmeen. Kelibat Jasmeen yang berpakaian gaun berwarna ungu, sedang menuju ke pelamin lalu duduk di atas kerusi putih di sebelah Puan Zaina. Cincin diambil dan disarung pada jari manis Jasmeen lalu bersalam tangan Puan Zaina. Manakala Fariq pula yang berpakaian baju kurta berwarna ungu tua, turun dari tangga untuk sesi bergambar.

Selesai majlis pertunangan, masing-masing terus pulang ke rumah.

Beberapa hari kemudian, majlis akad nikah antara Fariq dan Jasmeen akan disiapkan pada hari sabtu. Mereka mahu membuat majlis akad nikah di dalam dewan putrajaya. Semua telah pun disiapkan seperti nasi dan lauk, kerusi meja serta pelamin pengantin.

Fariq pula sedang memakai songkok berwarna hitam serta membetulkan baju pengantinnya yang berwarna biru tua. Dia memandang telefonnya lalu teringatkan Layla. Perlukah dia mahu memberitahu kepada Layla, yang dia akan berkahwin dengan Jasmeen. Jika dia menelefon Layla, pasti Layla tidak akan menjawab panggilannya.

"Fariq, dah siap ke belum? Cepat la tok kadi dah sampai dah tu." ujar bapanya, Encik Yunus apabila melihat anaknya sudah siap berpakaian pengantin.

"Oh okey." dia terus keluar dan duduk di hadapan tok kadi sambil bersalam. "Muhammad Fariq Nasif bin Yunus."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Jasmeen binti Isqandar dengan seutas gelang tangan dan mas kahwinnya RM70 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nurul Jasmeen binti Isqandar dengan seutas gelang tangan dan mas kahwinnya RM70 ringgit tunai."

"Sah?" mereka angguk setuju.

"Alhamdulillah!" lalu semua membaca doa.

Selesai membaca doa, Fariq terus menuju ke Jasmeen lalu cincin disarungkan pada jari manis Jasmeen lalu salam lembut tangan Fariq dan mencium dahi Jasmeen.

Suasana majlis pernikahan semakin meriah kerana ramai datang menjemputnya. Mereka makan sambil didengari lagu pengantin.

Setelah selesai majlis pernikahan mereka, Fariq hanya termenung sahaja di tingkap rumah. Tiba-tiba muncul kelibat isterinya Jasmeen.

"Abang buat apa tu?" tanya Jasmeen.

"Tak ada buat apa-apa." jawab Fariq.

"Abang, Meen tiba-tiba rasa mengantuk la. Jom la kita tidur." Jasmeen terus menarik perlahan tangan Fariq lalu duduk di atas katil dan dibaring atas tilam serta bantal empuk di kepala mereka. Lampu di sebelahnya tutup dibiarkan bilik menjadi gelap-gelita.

Share this novel

Ariff Aizat
2025-04-05 12:46:56 

Hah? Fariq nak bertunang? Dengan siapa? Siapa bakal tunang Fariq sebenarnya?


NovelPlus Premium

The best ads free experience