CSAH - BAB 6: Dah Putus?

Romance Series 9089

HARI demi hari berlalu, Layla masih termenung di tingkap biliknya kerana memikirkan tentang bekas teman lelakinya yang sudah berkahwin dengan Jasmeen dalam beberapa hari lalu. Tetapi perlukah dia untuk melupakan segala kenangan mereka dahulu? Perlukah dia melupakan saja bekas teman lelakinya itu? Hatinya agak sukar untuk melupakan Fariq.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk lalu dibuka dan muncul wajah adiknya Taniya. Dia menoleh ke arah wajah adiknya lalu menoleh semula ke arah tingkap. Taniya terus masuk ke dalam bilik Layla lalu duduk di sebelah kakaknya.

"Kak ngah, kak ngah kenapa termenung kat sini?" tanya Taniya apabila melihat wajah kakaknya dalam kemurungan sahaja.

"Tak ada apa la." jawab Layla, tetapi suaranya agak lemah.

"Kak ngah, jom kita makan sama-sama nak tak?" Taniya cuba mahu menggembirakan kakaknya.

"Kak ngah tak ada selera la nak makan." ujar Layla.

"Kak ngah, jangan la macam tu kak ngah. Makan la sikit, nanti perut kak ngah tu masuk angin. Sakit perut pulak nanti." ujar Taniya memujuk kakaknya.

"Kak ngah tak lapar dik. Adik pergi je la makan." jawab Layla. Tetapi suaranya tetap lemah juga.

Taniya melihat kakaknya yang sedang termenung di situ, tidak tahu bagaimana mahu memujuk kakaknya supaya menggembirakan Layla. Taniya terus bangun lalu melangkah keluar dari bilik kakaknya dengan wajahnya sedih. Lalu menuju ke meja makan.

"Laa mana kak ngah?" tanya Nazrol apabila melihat wajah adik perempuannya masam mencuka.

"Kak ngah kata kak ngah tak ada selera nak makan." jawab Taniya sambil menunduk wajahnya.

"Laa tak nak makan pulak, dia tak lapar ke?" tanya Nazrol lagi. Taniya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Sejak along tengok perangai kak ngah tu kan, along pelik tengok perangai dia. Asyik berkurung je dalam bilik, tak nak pun keluar." Nazrol berasa hairan dengan kelakuan Layla sejak kebelakangan ini.

"Entah la along, adik dah pujuk kak ngah suruh makan tapi kak ngah tak nak jugak."

Lalu muncul kelibat Mak Nani dari dapur, sedang membawa mangkuk berisi Tomyam, lalu diletak di atas meja makan.

"Adik, tak panggil kak ngah makan ke? Panggil la dia." arah Mak Nani selepas dia meletakkan mangkuk berisi Tomyam di atas meja makan.

Wajah Taniya masih lagi menunduk.

"Hai adik, kenapa masam je muka adik tu? Kak ngah mana?" tanya Mak Nani lagi, hairan melihat anak perempuannya yang menunduk wajah.

"Kak ngah tak nak makan, mak." beritahu Taniya.

"Hah tak nak makan? Dah kenapa pula tak nak makan?" Mak Nani turut hairan juga dengan anak perempuannya itu.

Semua di situ hanya berdiam sahaja. Tidak tahu mahu berkata apa-apa.

"Tak apa la, makan la dulu. Mak nak tengok kak ngah kamu tu kejap." Mak Nani segera meninggalkan mereka. Mereka terus makan tanpa menunggu.

"Angah." panggil Mak Nani selepas membuka pintu bilik anaknya. Layla terus menoleh ke arah wajah ibunya.

"Oh mak, mak nak apa mak?" tanya Layla. Mak Nani terus masuk dan duduk di sebelah anaknya.

"Angah buat apa termenung kat sini? Angah tak nak makan ke?" tanya Mak Nani.

"Angah tak ada selera la nak makan, mak." jawab Layla, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kenapa angah tak nak makan? Cuba angah bagitahu kat mak, kenapa." pujuk Mak Nani. Layla hanya berdiam sahaja.

Tetapi perlukah dia untuk menceritakan segala tentang bekas teman lelakinya kepada ibunya? Jika dia memberitahu, dia takut ibunya tidak akan menerima hakikat. Terpaksalah dia menceritakan satu-satu kepada ibunya.

"Angah, bagitahu la mak, kenapa ni?" tanya Mak Nani lagi.

Dengan tiba-tiba, Layla menangis sambil memeluk tubuh ibunya. Mak Nani pula terkejut melihat anak perempuannya yang menangis itu.

"Eh, kenapa nangis ni angah? Bagitahu mak, kenapa nangis ni?"

"Angah sebenarnya dah..." terdiam Layla seketika kerana dia masih menangis. Dia tidak dapat meneruskan perbicaraannya.

"Dah apa angah? Cuba angah cakap tu biar habis."

Perlukah dia memberitahu kepada ibunya yang dia dan bekas teman lelakinya sudah putus, kerana lelaki itu sudah berkahwin?

"Angah sebenarnya dah putus, mak." beritahu Layla.

"Hah dah putus? Angah putus dengan siapa ni?"

Sekali lagi Layla berdiam. Dia tidak mampu mahu memberitahu kepada ibunya yang dia sebenarnya sudah putus dengan bekas teman lelakinya sejak minggu lepas.

"Dengan Fariq, mak." jawab Layla, sambil menunduk wajahnya.

"Hah? Eh kejap-kejap, Fariq tu siapa ngah? Angah bagitahu mak! Siapa Fariq tu?" tegas Mak Nani.

"Fariq tu boyfriend angah, mak." beritahu Layla, tetapi dia terpaksa memberitahu kepada ibunya secara jujur.

Mak Nani mendengar terus wajahnya terkejut dengan kata-kata anaknya itu. Dia tidak pernah tahu pun Layla sengaja merahsiakan daripada ibu dan bapanya supaya mereka tidak tahu yang dia dahulu berhubungan dengan lelaki bernama Fariq Nasif. Tetapi kini hubungan mereka sudah berputus kerana Fariq mahu bertunang.

"Astaghfirullahaladzim? Kenapa angah tak bagitahu mak yang Fariq tu boyfriend angah?" tanyanya lagi.

"Angah minta maaf mak! Angah tahu angah tak patut buat mak dengan abah macam tu! Angah tahu angah banyak berdosa dekat mak dengan abah! Angah minta maaf!" ucap Layla sambil menangis.

"Ya Allah angah! Kenapa la angah jadi macam ni! Mak tak pernah ajar anak mak simpan rahsia kat orang tua. Lagipun anak tipu orang tua dah kira berdosa tau." jawab Mak Nani.

"Ye angah tahu angah tipu mak dengan abah sebab tak bagitahu dengan jujur."

"Angah angah, sampai hati angah tipu mak! Kenapa angah tak bagitahu je kat mak dengan abah? Kan senang, boleh la angah kenalkan Fariq tu dekat mak dengan abah." ujar Mak Nani dengan wajahnya berasa kecewa sedikit.

"Kalau angah bagitahu kat mak dengan abah, angah takut mak dengan abah tak boleh terima. Itu je sebab tu angah rahsiakan hal ni daripada mak."

Mak Nani tidak tahu lagi mahu berkata apa lagi. Dia sungguh kecewa dan sedih dengan kenyataan anaknya itu kerana Layla sengaja merahsiakan daripadanya.

Layla mengangkat wajahnya dan melihat wajah ibunya yang sudah mengalirkan air mata. Dia tahu ibunya sangat kecewa kerana sengaja merahsiakan daripada ibunya. Dia tiada niat untuk mengecewakan ibunya, tetapi dia terpaksa merahsiakan.

"Angah tahu mak dah kecewa dengan angah, tapi angah nak minta maaf sangat-sangat kat mak. Mak jangan la benci angah ye, angah tak ada niat nak buat kat mak dengan abah macam tu." ucap Layla sambil memegang kedua-dua tangan ibunya dengan lembut.

"Mak tahu angah tak ada niat nak kecewakan mak, tapi mak tak pernah benci angah, mak tak pernah pilih kasih anak mak, mak sayang sangat kat angah. Mak sayang semua sama rata." ujar Mak Nani sambil memegang wajah anaknya yang sedang menangis teresak-esak.

Dia berasa sangat bersyukur kerana ibunya seorang yang sangat pemaaf dan penyayang. Tidak pernah membencinya. Tidak pernah memilih kasih. Tetapi Mak Nani tetap menyayanginya hingga ke syurga. Dialah syurga Layla selamanya.

"Terima kasih mak, lepas ni angah takkan buat lagi macam tu kat mak dengan abah. Angah pun sayang jugak kat mak sampai ke syurga." ucap Layla lalu memeluk tubuh ibunya dengan erat. Mak Nani turut memeluk tubuh anaknya juga.

"Sama-sama angah." Mak Nani mencium dahi anaknya dengan lembut.

Suasana di dalam biliknya terasa sunyi-sepi seketika.

KETIKA itu di dalam rumah sahabatnya Atia, mereka sedang berborak bersama-sama di ruang tamu.

"So macam mana hari ni? Aku tengok muka kau bukan main ceria lagi." ujar Atia hairan apabila melihat wajah sahabatnya yang sangat ceria.

Kini wajah Layla kembali ceria kerana ibunya Mak Nani tidak memarahinya. Mak Nani memaafkannya. Layla berasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana ibunya seorang yang pemaaf dan penyayang. Dia sangat menyayangi ibunya hingga ke syurga.

"Alhamdulillah weh, dia tak pernah marah aku, dia tak pernah benci aku. Dia sayang sangat dekat aku, aku bersyukur kepada Allah sebab mak aku memang seorang yang pemaaf." jawab Layla dengan wajahnya sangat gembira.

"Hmmmm untung kau ada mak yang seorang pemaaf macam mak kau, aku ni.. Dah la tak ada mak ayah. Mak ayah aku dah lama meninggal sebab kemalangan. Jadi aku sorang-sorang je la kat rumah ni. Aku rindu kat mak ayah aku." ucap Atia. Dia mula teringat ibubapanya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Walaupun ibubapanya sudah meninggal dunia, tetapi hatinya tetap merindui ibubapanya.

"Aku tahu kau rindu sangat kat arwah mak ayah kau, kau sedekahkan la al-fatihah kat arwah mak ayah kau ataupun kau sedekahkan yasin ke untuk arwah mak ayah kau." nasihat Layla.

"Ye aku tahu, aku akan selalu baca yasin untuk arwah mak ayah aku. Aku nak sangat-sangat jumpa mak ayah aku bila aku mati nanti." ucap Atia lagi.

Layla hanya mendengar sahaja.

"Tapi aku tetap ada untuk kau jugak Tia." jawab Layla.

"Ye aku tahu, kau kan sahabat aku selamanya." ujar Atia sambil menoleh ke arah wajah sahabatnya.

Layla hanya senyum sahaja.

Suasana di situ semakin sunyi-sepi.

Share this novel

Ariff Aizat
2025-04-17 20:02:17 

Layla putus dengan siapa?


NovelPlus Premium

The best ads free experience