CSAH - BAB 22: Balik Kampung

Romance Series 9089

SEJAK terjadinya peristiwa antara dia dan Irisa di dalam pusat beli-belah semalam, dia tidak boleh melupakan apa yang Irisa menghina anak di dalam kandungannya. Dia masih lagi murung kerana teringat peristiwa semalam itu. Dia tidak boleh memaafkan Irisa kerana sanggup menghina anaknya anak haram. Aizad pula berasa kasihan melihat isterinya masih terbaring di atas katil.

"Sayang..." panggil Aizad lembut. Dia tahu Layla masih murung. Tetapi dia akan cuba memujuk Layla supaya Layla kembali senyum.

"Sayang kenapa murung je ni?" tanya Aizad.

"Entah la bang, Ayla teringat balik kata-kata kak Irisa tu. Kenapa dia sanggup hina anak kita anak haram, bang? Berdosa sangat ke anak kita ni bang?" ucap Layla dalam tangisan.

"Sayang... Dah la tu jangan menangis, abang tahu apa yang Irisa buat tu memang melampau. Abang takkan maafkan dia sebab dia hina anak kita." jawab Aizad, tetapi suara tangisan Layla masih bersuara.

Lalu mereka berpelukan. Layla menangis sepuas-puasnya dalam pelukan itu. Aizad terus menyeka air mata Layla.

"Terima kasih abang sebab abang faham perasaan Ayla. Ayla tak boleh, bang. Ayla tak boleh lupa apa yang kak Irisa cakap kat Ayla. Ayla... Ayla..."

"Sudah la tu sayang, jangan ingat lagi pasal tu. Abang tak nak dengar dah. Sekarang ni sayang lupakan aje pasal semalam tu ye." pujuk Aizad.

Mudahkah dia melupakan saja kata-kata Irisa kerana menghina anaknya? Perlukah dia untuk melupakan saja peristiwa itu? Fikirannya sudah terbang melayang.

"Macam mana Ayla nak lupakan? Susah Ayla nak lupakan sebab kata-kata dia tu la membuatkan Ayla ni jadi murung. Ayla tak boleh, bang. Ayla tak boleh." ujar Layla sambil mengusap perutnya yang masih belum membulat.

"Kenapa Ayla tak boleh nak lupakan kata-kata dia tu?"

"Sebab dia hina anak kita, abang! Abang tahu tak!"

"Ye abang tahu sayang! Kenapa Ayla susah sangat nak lupakan aje kata-kata dia tu?"

"Abang ingat senang ke Ayla nak lupakan kata-kata dia tu. Ayla tak boleh abang! Abang faham tak?"

"Ye abang faham, abang faham sangat sayang. Abang minta maaf ye sayang."

"Abang tak perlu pun nak minta maaf kat Ayla, abang tak pernah buat salah pun kat Ayla. Sepatutnya abang kena faham perasaan Ayla."

Lalu tangan Layla dipegang dengan lembut sambil dia berkata, "Ayla tahu kan abang sayang sangat kat Ayla seikhlas hati abang. Ayla sorang je dalam hati abang. Tak ada perempuan lain yang abang nak pilih. Hanya Layla Adilya sahaja untuk Aizad Danisy."

Layla menoleh ke arah wajah suaminya lalu senyum. Aizad turut senyum juga.

"Ayla pun sayang jugak kat abang. Walaupun hati Ayla belum bersedia tapi Ayla tetap cuba untuk terima abang jadi suami Ayla. I love you bang."

"I love you too much sayang."

"Abang..."

"Ye sayang?"

"Ayla nak cakap sikit boleh?"

"Boleh, apa dia sayang?"

"Ayla ingat nak balik rumah mak dengan abah sebab Ayla rindu sangat kat diaorang."

"Ha'ah kan? Dah lama kita tak balik rumah mak dengan abah. Mm okey lepas asar kita balik ye."

"Eh betul ke ni bang?"

Aizad angguk sambil senyum.

"Terima kasih bang."

"Sama-sama sayang."

Tiba-tiba terdengar bunyi azan dari masjid terdekat.

"Eh dah azan la."

"Eh ha'ah la, jom kita solat asar sama-sama."

"Jom."

Kini azan asar telah masuk waktu, mereka terus mandi dan mengerjakan solat fardu asar. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu asar, Layla terus mengangkat beg lalu membuka zip dan mengambil beberapa pakaian, alat mandi dan lain-lain. Setelah melipat kesemua pakaian dan lain-lain masuk ke dalam beg lalu zip beg ditarik sehingga habis. Lalu beg diletak di tepi meja.

Setelah mereka bersiap, mereka terus menuruni sambil Aizad membawa beg itu menuju ke ruang tamu.

"Eh nak pergi mana bawak beg ni?" tanya Datin Azimah hairan apabila ternampak mereka membawa beg dan lain-lain.

"Nak balik kampung, mama. Lagi pun Ayla dah lama tak balik kampung Ayla. Tu yang Ayla ajak abang Aizad balik kampung sekali, lepas Ayla bersalin." jawab Layla.

"Hah nak balik kampung? Laa kejapnya mama baru nak luangkan masa dengan Zad dan Ayla." ucap Datin Azimah dengan wajahnya sedih apabila anak dan menantunya mahu pulang ke kampung Layla.

"Mama jangan la sedih ye, kalau mama rindu, mama telefon la ye." pujuk Layla sambil memegang kedua-dua tangan ibu mertuanya.

Kata-kata menantunya itu, membuatkan dia bertambah sedih dengan pemergian anak dan menantunya.

"Alah awak ni pun Mah, tak payah la nak sedih sangat. Diaorang tu nak balik kampung je, bukannya nak pergi jauh pun." usik Dato Hashimi apabila dia baru saja turun.

"Eh abang ni, saja je nak usik Mah." ucap Datin Azimah apabila melihat usikan suaminya itu. Dato Hashimi hanya menjeling saja.

Umi pula hanya sekadar melihat saja telatah menantu dan anak perempuannya. Sempat umi menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah itu.

Aizad dan Layla segera melangkah keluar dari rumah, lalu Aizad menekan butang kunci keretanya, lalu membuka bonet belakang keretanya dan memasukkan beg itu ke dalam bonet, lalu ditutup semula.

"Kami pergi dulu ye." pinta Aizad, lalu dia dan Layla bersalam tangan Dato Hashimi, Datin Azimah dan juga umi.

"Ye la, hati-hati jalan tu." pesan Datin Azimah kepada anak dan menantunya apabila sebaik mereka mahu melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Lalu Aizad segera menghidupkan enjin keretanya.

"Insha-Allah, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak.

Sebaik kereta Aizad memandu keluar dari perkarangan rumah Datin Azimah dan Dato Hashimi, kelibat kereta Aizad terus hilang dari pandangan mereka.

Semasa dalam perjalanan ke kampung, keadaan jalan sudah semakin banyak kereta kerana terlalu sesak. Cuaca pun sudah hampir mahu senja.

Jam pukul 7.30 malam, kini mereka telah sampai di kampung Layla yang bernama Kampung Inap Desa. Mereka terus turun lalu Layla memberi salam.

"Assalamualaikum mak oh mak." panggil Layla. Manakala Aizad pula membuka bonet belakang lalu mengambil beg dan ditutup semula.

"Waalaikumsalam." jawab Pak Musa lalu keluar dan ternampak anak dan menantunya di luar rumah.

"Eh angah dengan Aizad rupanya." kata Pak Musa lalu keluar.

"Abah..." mereka terus bersalam tangan Pak Musa. Pak Musa turut menyambut salam mereka.

"Mana mak, abah?" tanya Layla setelah bersalam.

"Ada kat dapur." jawab Pak Musa.

"Mak buat apa kat dapur?" tanya Layla lagi.

"Memasak la apa lagi." jawab Pak Musa lagi. Layla Hanya faham sahaja.

Lalu dia berjalan menuju ke dapur. Manakala Aizad dan Pak Musa duduk di atas sofa, di ruang tamu.

"Aizad sihat?" tanya Pak Musa kepada menantunya.

"Alhamdulillah... Zad sihat. Abah mak semua sihat ke?" tanya Aizad pula.

"Alhamdulillah, kami sihat je ni nak." jawab Pak Musa.

Aizad hanya sekadar senyum saja melihat bapa mertuanya itu.

Lalu ketiga-tiga adik-beradik Layla keluar dan ternampak Aizad di ruang tamu.

"Eh Aizad. Bila kau sampai?" tanya Nazrol, lalu duduk di atas sofa, di hadapan adik iparnya.

Manakala Hafizi dan Taniya duduk juga, di atas sofa, di tepi Nazrol. Hafizi terus bersalam tangan Aizad. Aizad turut menyambut salam Hafizi.

"Baru je tadi." jawab Aizad. Nazrol hanya faham sahaja.

"Angah mana, Aizad?" tanya Nazrol lagi.

"Dia kat dapur." jawab Aizad bersahaja. Mereka hanya faham sahaja.

"Mak..."

Apabila namanya dipanggil, dia terus menoleh lalu muncul kelibat anaknya di situ.

"Eh anak mak..."

Layla terus bersalam dan mencium wajah Mak Nani.

"Baru sampai ke ni?" tanya Mak Nani.

"Ha'ah baru sampai mak."

"Mak masak apa? Sedapnya bau." ucap Layla apabila dia tercium bau masakan ibunya.

"Pergi la mandi dulu, solat pastu baru kita makan sama-sama."

"Okey." Layla terus keluar dari dapur lalu membawa beg masuk ke dalam bilik.

Selesai mereka sudah mandi dan mengerjakan solat fardu maghrib, mereka terus menyertai makan malam bersama keluarga. Selesai mereka sudah makan, mereka terus keluar lalu merehatkan perut mereka yang sedang kekenyangan.

Cuaca pada waktu malam itu sangat cantik, kelihatan di atas langit malam itu, ada bintang berkelip-kelipan yang sangat cantik dan bersinar.

"Cantik kan bang bintang tu?" ujar Layla sambil melihat bintang-bintang yang berkelip-kelipan di langit malam itu.

"Cantik, cantik macam Ayla." puji Aizad lalu melihat juga bintang berkelipan di atas langit malam itu.

"Apa dia bang?" tanya Layla lagi ingin tahu.

"Cantik macam Ayla la." ulang Aizad.

"Oh... Abang rasa mana lagi cantik, bintang ke Ayla?"

"Kalau bagi abang, dua-dua cantik."

"Serius ni?"

"Ye serius."

"Terima kasih abang."

"Sama-sama." lalu mereka menyambung semula melihat bintang berkelipan itu.

Setelah puas mereka melihat bintang berkelipan itu, kedua-dua tingkap rumah terus ditutup rapat lalu mereka solat fardu isyak dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience