CSAH - BAB 24: Bersalin

Romance Series 9089

WAKTU pagi itu, mereka bangun, mandi dan bersiap untuk pergi membeli barang bayi. Setelah mereka bersiap, mereka terus keluar dari bilik.

"Nak pergi mana siap-siap ni?" tanya Mak Nani apabila melihat mereka yang sudah berpakaian seperti mahu keluar.

"Nak pergi beli barang baby." beritahu Layla lalu mereka duduk di atas kerusi makan. Mak Nani hanya angguk faham sahaja.

Lalu Layla menyedok bihun goreng ke atas pinggannya. Selesai sudah membaca doa, mereka mula menjamu selera.

Selesai mereka sudah makan, mereka terus bangun dari kerusi makan lalu menuju ke ruang tamu.

"Abah, kami nak keluar kejap tau." beritahu Layla kepada Pak Musa pula.

"Nak pergi mana?" tanya Pak Musa.

"Nak pergi beli barang baby." jawab Aizad. Pak Musa angguk faham.

Setelah mereka menyarung kaki ke dalam selipar, mereka terus masuk ke dalam perut kereta lalu Aizad menghidupkan enjin keretanya. Setelah enjin dihidupkan, Aizad terus memulakan memandunya menuju ke bandar.

Sebaik mereka tiba di bandar, pelbagai jenis berjenama bandar di situ. Ada kedai Hari-Hari, ada kedai emas, ada kedai alat tulis dan lain-lain lagi. Aizad terus memarkirkan keretanya lalu enjin dimatikan dan mereka terus turun dari perut kereta lalu Aizad menekan butang kunci keretanya. Mereka terus berjalan-jalan sambil melihat kedai-kedai itu.

Mereka terus melangkah masuk ke dalam kedai yang menjual barangan bayi. Lalu mereka mengambil bakul dan mengambil beberapa baju dan seluar bayi lalu diletak di atas meja kaunter pembayaran.

"Semuanya RM 27.70." kata jurujual itu. Lalu Layla mengeluarkan dompet dari dalam beg tangannya lalu mengambil sekeping wang RM50 kepada jurujual.

"Terima kasih, datang lagi." ucap jurujual kepada mereka berdua. Mereka sekadar memberi senyuman sahaja lalu mereka terus keluar dari kedai itu.

Lalu mereka meneruskan perjalanan mereka.

Selesai sahaja mereka membeli barang, mereka terus pulang ke rumah.

"Assalamualaikum." ucap Layla sebaik mereka melangkah masuk.

"Waalaikumsalam." jawab Mak Nani.

"Ya Allah! Banyak betul kamu beli. Kamu beli apa ni ha?" ujar Mak Nani apabila melihat barang-barang yang dibeli oleh mereka.

"Beli barang baby la mak." jawab Layla sambil duduk di atas sofa empuk itu.

"Tahu la barang baby, tapi kenapa banyak sangat kamu beli ni?" tanya Mak Nani hairan.

"Saja beli banyak-banyak." jawab Aizad pula. Mak Nani hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

Selesai mereka berehat, mereka mengambil dan membawa barang-barang mereka itu masuk ke dalam bilik.

Malam itu, Layla sedang melipat baju dan seluar bayi. Selesai dia sudah melipat kesemua pakaian bayi itu lalu dimasukkan ke dalam laci.

"Sayang dah habis lipat baju ke?" tanya Aizad setelah masuk ke dalam bilik, apabila melihat isterinya baru saja selesai melipat pakaian bayi.

"Baru je habis tadi bang."

Lalu Aizad duduk sambil mengusap perut isterinya yang sudah membulat.

"Assalamualaikum anak ayah." ucap Aizad berbisik pada anak di dalam perut Layla. Layla melihat sekadar senyum.

"Eh dia bergerak la sayang." ujar Aizad apabila terasa perut isterinya sedang menendang. Layla senyum lagi.

Lalu telinganya didekatkan pada perut isterinya.

"Ya Allah... Dia tendang la sayang."

"Sayang..."

"Ye bang?"

"Abang sebenarnya happy sangat-sangat sayang."

"Oh okey Ayla tahu, abang happy sebab Ayla mengandung kan?"

"Itu satu, yang kedua abang beruntung dapat yang isteri yang baik, penyabar, penyayang, pemurah, peramah macam Ayla."

"Ohhhhhhh... Ayla pun beruntung dapat suami yang hensem, kaya, baik budi macam abang."

"Iye sayang?"

Layla mengangguk-anggukkan kepalanya sambil senyum lebar.

"Abang tahu la abang ni hensem, ramai perempuan nak kat abang."

"Huarghhh... Ngantuknya." tiba-tiba mulutnya menguap.

"Aik dah ngantuk pulak ke sayang?"

"Yalah Ayla ngantuk ni, jom la kita tidur."

"Jom." lalu lampu bilik terus ditekan dan bilik menjadi gelap-gelita.

BEBERAPA minggu kemudian, sudah berminggu-minggu mereka tinggal di kampung Layla. Kata Layla, selepas sahaja dia sudah bersalin, dia akan berpantang di rumahnya. Kini mereka tidak keluar ke mana-mana. Mereka hanya mahu berehat sahaja di dalam rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi telefon lalu mengambil dan melihat nama panggilan di skrin telefonnya.

"Eh mama call la."

Nama panggilan itu ialah ibunya Datin Azimah. Lalu dia terus menekan punat hijau dan menjawab panggilan video itu.

"Assalamualaikum." ucap Datin Azimah.

"Waalaikumsalam mama." jawab mereka serentak.

"Kamu berdua sihat ke kat sana?" tanya Datin Azimah.

"Alhamdulillah kami sihat je mama. Mama papa tok sihat ke?" tanya Aizad pula.

"Alhamdulillah.. Mama, papa, tok sihat. Ni cucu mama mana?"

"Cucu mama tak keluar lagi." beritahu Aizad sambil tersengih.

"Mmmm lamanya cucu mama nak keluar, mama tak sabar nak tengok cucu mama."

"Mama jangan la risau, cucu mama sihat je ni." beritahu Layla.

"Alhamdulillah, nanti kirim salam kat semua ye."

"Insya-Allah ma. Nanti kirim salam kat papa dengan tok. "

"Okey kalau ada apa-apa, call mama ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." lalu panggilan video itu ditamatkan.

Tiba-tiba muncul kelibat umi di situ.

"Hai Mah, bukan main lagi gembira umi tengok. Apa hal?" tanya umi apabila melihat wajah anak perempuannya itu begitu amat teruja.

"Tadi Mah telefon Zad. Saja Mah telefon diaorang tanya khabar. Mah pun dah lama tak sembang dengan diaorang." ujar Datin Azimah.

"Oh... Aizad dengan Layla sihat ke kat sana?" tanya umi lagi.

"Alhamdulillah diaorang sihat walafiat umi." umi hanya faham sahaja.

Muncul Dato Hashimi lalu melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"Ni ada apa ni? Bukan main rancak bersembang nampak."

"Zad, diaorang kirim salam."

"Oh waalaikumsalam." jawab mereka hampir serentak.

"Awak ada telefon Zad ke tadi? Diaorang sihat tak kat sana?" tanya Dato Hashimi dengan perasaan ingin tahu.

"Ada, baru je tadi bang. Alhamdulillah diaorang sihat."

"Oh..." lalu mencapai alat kawalan televisyen lalu menekan butang on/off dan skrin televisyen dibuka.

Malam itu, selesai sahaja dia sudah mengerjakan solat fardu maghrib dan ingin melipat telekungnya, tiba-tiba bawah perutnya terasa sakit. Lama-kelamaan, sakitnya itu masih lagi terasa. Apakah benar dia akan bersalin? Atau sekadar sakit perut saja?

"Aduh! Sakitnya! Ya Allah!" rintih Layla lalu bangun perlahan-lahan dan memanggil suaminya.

"Abang! Abang! Abang!..." panggil Layla dengan nada yang kuat. Aizad yang mendengar suara panggilan isterinya, terus bangun dari sofa lalu melihat isterinya sedang kesakitan.

Tiba-tiba air ketuban mula pecah dari celah kangkang Layla.

"Tolong Ayla, bang! Sakit!" rintih Layla sambil matanya sudah mengalir.

"Ya Allah sayang! Air ketuban dah pecah!" lalu Aizad membawa isterinya keluar dari bilik.

"Mak! Mak! Ayla ni dah nak beranak dah mak!" Aizad memanggil ibu mertuanya.

"Hah yeke? Ya Allah! Cepat! Cepat! Bawak dia ke hospital!" arah Mak Nani dengan perasaan bimbang.

Manakala mereka pula terus bersiap dan mengikuti Aizad ke hospital.

Sampai sahaja di Hospital Selayang, tubuh Layla terus dibaring di atas katil lalu dibawa oleh beberapa doktor ke bilik kecemasan.

Tidak lama kemudian, muncul Datin Azimah, Dato Hashimi dan tok mommy.

"Ayla macam mana?" tanya Datin Azimah.

"Ayla kat dalam. Ayla dah nak bersalin, mama." beritahu Aizad.

"Hah dah nak bersalin? Ya Allah jangan la jadi apa-apa kat menantu dan cucu aku, ya Allah!" rayu Datin Azimah.

"Sabar kak, Insya-Allah semuanya akan okey." pujuk Mak Nani.

"Ya Allah, saya risau la Nani. Saya takut kalau apa-apa jadi kat menantu dengan cucu saya." ucap Datin Azimah sambil menangis.

Mak Nani tetap memujuk Datin Azimah bagi menenangkannya.

Setelah beberapa jam kemudian, mereka terdengar suara bayi menangis di dalam bilik kecemasan. Lalu muncul seorang doktor wanita yang baru saja keluar dari bilik kecemasan.

"Doktor, isteri saya macam mana? Anak saya selamat tak doktor?" tanya Aizad lalu bangun. Mereka pun turut bangun juga ingin tahu Layla selamatkah bersalin?

"Alhamdulillah Puan Layla selamat melahirkan anak lelaki." beritahu doktor wanita itu.

"Alhamdulillah... Syukur alhamdulillah!" ucap Aizad. Mereka mendengar turut gembira juga apabila Layla sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

"Mama, Ayla dah selamat bersalin, mama. Baby boy." beritahu Aizad.

"Alhamdulillah..." ucap mereka serentak. Mereka turut berasa gembira mendengar berita gembira itu.

"Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah! Kau telah beri kami cucu! Terima kasih ya Allah!" lalu kedua-dua tangannya amin.

"Boleh kami masuk, doktor?"

"Boleh, silakan."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama." doktor itu terus berlalu pergi.

Sebaik mereka masuk ke dalam bilik wad Layla, kelihatan Layla sudah tertidur kerana keletihan. Aizad terus melabuhkan punggungnya di sebelah katil Layla, sambil dia menggenggam tangan Layla.

Kedengaran suara Layla yang tertidur, sangat lena.

"Uish lena betul kak ngah tidur." ujar Taniya sambil berbisik.

"Kan... Dia penat sangat la tu." balas Hafizi.

"Okey la papa, mama dengan tok nak balik ni. Nanti papa, mama, tok datang lagi esok." ujar Dato Hashimi apabila dia melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.

"Ha yalah... Lagipun biar Zad jaga Ayla."

"Yalah... Apa-apa pun tahniah Zad!"

"Terima kasih ma! Pa! Tok!"

Setelah mereka bersalam, lalu mereka keluar dari bilik wad dan masing-masing pulang ke rumah. Hanya tinggal Aizad dan Layla sahaja di dalam bilik wad itu.

Setelah lama dia tertidur, dia tiba-tiba terjaga dari tidurnya apabila melihat suaminya sedang tidur lena di tepinya.

"Abang... Abang... Abang..." panggil Layla. Apabila dipanggil, Aizad terjaga lalu melihat isterinya sudah bangun dari tidurnya.

"Eh sayang dah bangun?" tanya Aizad.

"Dah pukul berapa ni bang?"

"Pukul 4 pagi dah sayang."

"Oh yeke? Lama sangat Ayla tertidur tadi."

"Tak apa, abang pun tertidur jugak."

"Dah tidur la. Good night."

"Good night too bang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience