CSAH - BAB 33: Tumpang Solat

Romance Series 9089

CAHAYA matahari telah menyinari sekeliling langit bumi, lalu memasuki kamar tingkap bilik mereka. Layla terus bangun lalu melihat jam di dinding bilik mereka, sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.

"Laa dah pukul 10.30 pagi." bisiknya tetapi matanya masih lagi mengantuk tetapi dia tidak mahu tertidur semula. Dia menggeliat sambil melihat di luar tingkap bilik, sangat panas serta cahaya matahari yang bersinar sekeliling taman rumah. Dia melihat suami dan anaknya masih lagi tertidur.

Dia terus bangun dari katil lalu mencapai tualanya dan mandi. Selesai dia sudah mandi, dia mengelap seluruh tubuhnya yang basah, lalu dia memakai baju serta seluar. Di dalam dapur, dia membuka dan melihat bahan-bahan di dalam peti sejuk. Dia mula terfikir mahu memasak apa.

"Nak masak apa ek breakfast ni?" fikirnya.

Lalu dia mengambil apa saja bahan-bahan untuk menyiapkan sarapan pagi.

Setelah 40 minit kemudian, selesai sudah memasak, dia menghidangkan kuetiau goreng di dalam bekas lalu dihidangkan di atas meja makan. Lalu dia menuju ke dapur semula dan dia mula membuat air milo panas bersama sedikit susu pekat ke dalam teko yang berisi serbuk milo, lalu dikacau sehingga larut. Selesai siap membuat milo panas, dia terus meletakkan teko bersama tiga cawan kecil di atas meja makan.

Dia terus menaiki anak tangga menuju ke bilik, melihat suami dan anaknya masih belum bangun dari tidur.

"Laa tak bangun lagi rupanya. Abang bangun..." ucap Layla sambil mengejutkan suaminya dari tidur.

Sebaik kedua-dua matanya dibuka, kelihatan isterinya sudah berpakaian. Dia menggosok-gosok matanya lalu bangun dan menggeliat.

"Dah pukul berapa ni sayang?" tanya Aizad masih lagi menggosok-gosok kedua-dua matanya.

"Pukul 11.20 bang, dah nak tengahari dah ni. Cepat la pergi mandi pastu kejutkan Yad tu. Ayla dah siapkan breakfast kat bawah, nanti turun ye dengan Yad." ujar Layla. Aizad hanya angguk sahaja, lalu dia keluar dari bilik semula dan menuju ke ruang makan.

Sambil dia menunggu suami dan anaknya menuruni, tiba-tiba telefonnya berbunyi lalu dia melihat nama panggilan di skrin telefonnya. Nama panggilan itu adalah adiknya, Taniya, lalu dia menarik punat ke kiri dan meletakkan di telinganya.

Kedengaran suara adiknya di dalam panggilan itu, "Helo assalamualaikum kak."

"Waalaikumsalam dik, ada apa adik telefon akak ni?" tanya Layla hairan.

"Adik dengan mak, abah, along, alang dalam perjalanan ke rumah akak." beritahu Taniya. Layla mendengar seolah-olah seperti terkejut apabila keluarganya mahu menyinggah rumahnya.

"Hah? Yeke?" tanyanya lagi ingin tahu.

"Ye kak, kejap lagi kami sampai. Nak dekat sampai dah ni." ujar Taniya.

"Okkk..." lalu panggilan terus ditamatkan.

Lalu muncul kelibat Aizad dan Zayad di anak tangga. Dia menoleh ke arah mereka.

"Aik abang, tak kerja ke hari ni?" tanya Layla apabila melihat Aizad baru saja melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan.

"Abang tak ada mood la nak kerja." jawab Aizad.

"Pulak... Kenapa? Abang tengah fikir pasal sepupu abang tu ek." teka Layla. Aizad memandang Layla dengan penuh pemikiran, tetapi benarkah tekaan isterinya? Adakah benar Aizad sedang berfikir tentang sepupunya itu?

"Tak ada la, mana ada. Sayang ni boleh pulak fikir macam tu." kata Aizad.

"Mana la tahu, abang selalu fikir pasal kak Irisa tu. Ayla ni bukan apa, Ayla cuma tak nak perselisihan salah faham, itu je." jawab Layla.

"Ye itu abang tahu sayang, abang cuma tak ada mood je hari ni. Dah la tu jom makan." jawabnya sambil menyedok kuetiau goreng ke atas pinggan lalu membaca doa sebelum makan.

Selesai dia sudah membaca doa sebelum makan, dia terus mengambil sebatang sudu dan garfu besi, lalu menyuap ke dalam mulutnya. Sedap sungguh kuetiau goreng yang dimasak oleh isterinya.

Selesai sahaja mereka bersarapan pagi, Layla mengambil pinggan membawa ke dapur untuk dibasuh sehingga bersih. Tiba-tiba terdengar bunyi loceng dari luar rumah.

"Assalamualaikum." ucap salah seorang dari luar rumah.

"Siapa pula datang rumah aku pagi-pagi macam ni?" fikirnya.

"Waalaikumsalam. Kejap-kejap." lalu dia bangun dan membuka pintu rumah, muncul wajah keluarga Layla iaitu Pak Musa, Mak Nani, Nazrol, Hafizi dan Taniya.

"Oh mak dengan abah rupanya, eh rol my adik pun ada jugak." ujar Aizad.

Lalu kaki mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah yang sangat luas dan besar. Mereka sungguh tidak sangka rumah itu sangat besar.

"Masha-Allah besar betul rumah kamu ni Aizad!" ucap Mak Nani masih lagi memandang sekeliling rumah itu.

"Alah biasa-biasa je mak, tak besar mana pun rumah ni." jawab Aizad.

Nazrol, Hafizi dan Taniya pun memandang sekeliling rumah itu. Inilah pertama kali mereka melihat rumah seluas dan sebesar itu.

"Uish cantiknya rumah ni." gumam Taniya.

"Kan? Aku pun tak pernah tengok rumah sebesaq macam ni, first time masuk rumah Aizad ni." gumam Hafizi juga.

Sebaik selesai dia sudah membasuh pinggan di sinki dapur, lalu dia mengelap kedua-dua tangannya dengan menggunakan sehelai kain lap berwarna coklat terang.

Sebaik dia keluar dari dapur, muncul kelibat keluarganya di ruang tamu.

"Mak? Abah?" panggil Layla. Mereka terus menoleh ke arah wajah Layla apabila mereka dipanggil oleh Layla.

"Kak ngah!" jerit Taniya lalu memeluk tubuh kakaknya. Rindu pada kakaknya tidak pernah terpadam.

Layla tergamam apabila tubuhnya dipeluk erat oleh adiknya.

"Adik rindu dekat kak ngah! Kak ngah rindu adik tak?" tanya Taniya dalam pelukannya.

"Mesti la kak ngah rindu sangat dekat adik, rindu nak usik adik." ucap Layla sambil ketawa kecil. Wajah Taniya mula menjeling.

"Hish kak ngah ni, ada pulak cakap macam tu." jawab Taniya.

Mereka pun ketawa melihat telatah Layla dan Taniya.

"Tak ada la, kak ngah gurau je. Jangan la marah."

"Kak ngah sihat?"

"Alhamdulillah kak ngah sihat je ni ha."

Lalu pelukan dilepaskan, Layla terus bersalam ibu, bapa, along serta alang.

"Angah sihat?"

"Alhamdulillah... Angah sihat, mak abah along alang sihat ke?"

"Alhamdulillah." jawab mereka hampir serentak. Layla hanya senyum saja mendengarnya.

"Aizad, kamu apa khabar? Sihat?" tanya Pak Musa kepada menantunya.

Aizad angguk sambil berkata, "Alhamdulillah Zad sihat, anak Zad pun sihat bah." mereka sekadar faham sahaja dengan kata-kata menantunya itu.

"Zayad! Meh sini dekat mak su!" panggilnya lalu Zayad berjalan menuju ke arah ibu saudaranya itu.

"Dah besar rupanya anak mak su ni, berapa tahun?" tanya Taniya kepada Zayad.

Zayad membuat jarinya empat lalu menunjuk pada ibu saudaranya.

"Dah empat tahun... Comel la budak ni, geram mak su tengok!" ucap Taniya sambil menyentuh wajah kecomelan Zayad.

Nazrol dan Hafizi pun menyentuh juga wajah kecomelan Zayad. Pipi dicubit-cubit kerana sangat geram dengan wajah comel Zayad.

"Oh ye, mak dengan abah datang sini ada apa?" tanya Layla kepada Mak Nani dan Pak Musa.

"Kami datang ni saja nak tengok korang la, tengok cucu mak." jawab Mak Nani. Layla dan Aizad angguk tanda faham.

"Zayad, meh sini dekat mak tok." lalu Zayad berjalan menuju ke arah Mak Nani dan Pak Musa pula.

"Meh duduk sini dekat mak tok dengan atok." lalu Mak Nani mengangkat tubuh cucunya duduk di sebelah Mak Nani dan Pak Musa.

"Pandai la cucu atok ni!" jawab Pak Musa sambil mencium dahi Zayad.

"Kejap ye, Ayla pergi buatkan air." jawab Layla sambil bangun dari sofa.

"Eh angah, tak payah susah-susah buat air."

"Ala tak apa la mak, lagi pun mesti mak abah along alang adik dahaga kan?"

Nazrol, Shahmy dan Taniya angguk serentak.

"Yalah-yalah, pergi la."

Layla terus berjalan menuju ke dapur lalu menyiapkan jus blackcurrant. Jus blackcurrant pun sudah siap, lalu diletak di atas dulang bersama lima gelas kecil. Dia mengangkat dulang lalu diletak di atas meja, hadapan mereka.

"Nah, jemput la minum." pelawa Layla setelah meletakkan dulang serta jug berisi jus blackcurrant dan lima gelas kecil, di hadapan mereka. Lalu jus blackcurrant dituang ke dalam lima gelas kecil itu. Mereka terus mencapai gelas itu lalu diminum. Sungguh masam sedikit rasa jus blackcurrant itu.

Lalu gelas itu diletak semula di atas meja.

"Kenapa, masam ke?" tanya Layla.

"Ha'ah masam." jawab Hafizi pula.

"Jus blackcurrant memang rasa dia masam. Tak apa minum je."

"Eh dah pukul 2.30 la, jom la kita solat dulu kat sini."

"Mak dengan abah nak solat kat sini ke?"

"Ha'ah boleh ke Aizad?"

"Boleh je mak, abah. Solat je kat bilik kosong tu."

"Kalau macam tu Aizad jadi imam boleh?"

"Eh boleh jugak, ok jom. Sayang jom la solat sekali."

"Tak apa la bang, Ayla nak masak ni."

"Mmmm okey."

"Adik nak tolong akak boleh?"

"Jom." lalu Taniya terus bangun dari sofa dan menuju ke dapur bersama kakaknya.

Mak Nani, Pak Musa, Nazrol, Shahmy dan Aizad terus menaiki anak tangga menuju ke bilik yang kosong tiada penghuni.

"Yang adik ni tak solat sekali ke?" tanya Layla kepada Taniya.

"Adik tak bawak telekung, kak. Adik solat kat rumah adik je la." jawab Taniya.

Layla hanya menjeling saja pada adik bongsunya.

Selesai sahaja mereka sudah mengerjakan solat fardu zuhur, mereka terus bangun dan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Setelah 1 jam setengah mereka memasak di dapur, lauk yang Layla memasak sudah bersedia untuk dihidangkan. Dia memasak ikan goreng, sup sayur, sambal belacan dan juga ulam-ulam seperti kacang botol dan daun ulam.

Lalu mereka terus bangun dan menuju ke ruang makan. Mereka terus duduk sambil membaca doa makan. Selepas mengaminkan doa, mereka mula menjamu selera. Selesai mereka sudah makan, masing-masing terus bangun dan berehat di sofa apabila mereka sudah kenyang.

"Sedapnya, Ayla masak. Kenyang pula abang hari ni."

"Ha'ah kan? Sedap betul angah masak."

Mereka memuji dengan masakannya yang sangat sedap. Layla menjadi malu, berpipi merah.

Setelah lama mereka berehat kerana perut mereka sudah kenyang, mereka meminta untuk pulang ke rumah mereka.

"Kami pun nak balik dah ni, yalah perut dah kenyang lepas tu boleh tidur puas-puas." ujar Pak Musa.

"Itu je la kerja abang kan, lepas makan tidur, lepas makan tidur." bebel Mak Nani sambil menjeling ke arah suaminya.

"Eh biar la, yang awak tu pun asyik buat kerja tak habis-habis. Awak tak ada rasa penat ke bila buat kerja?" tanya Pak Musa kepada isterinya.

"Penat tu penat la jugak, tapi saya ni tak boleh tinggalkan kerja. Ada kerja je saya mesti kena buat dah itu memang kerja saya. Abang apa tahu."

"Dah la tu mak, abah. Asyik nak bertengkar je la mak dengan abah ni." sampuk Layla apabila melihat perbicaraan antara Mak Nani dan Pak Musa.

"Biasa la tu kak, bergurau-senda." jawab Taniya sambil bisik. Layla hanya menjeling saja.

"Zayad, nanti mak su, pak long, pak lang datang lagi ye."

"Ala mak su, pak lang, pak long nak balik dah ke?" wajahnya terus mula rajuk.

"Yad, nanti kalau ayah cuti. Kita balik rumah mak tok okey?" pujuk Aizad sambil memegang bahu anaknya.

"Okey ayah." itu saja Zayad mampu menjawab.

"Okey la kalau macam tu, kami balik dulu ye."

"Okey mak, abah." lalu mereka bersalam sebelum mereka pulang. Mereka melangkah keluar lalu menyarung kasut dan terus pulang ke rumah.

Kereta yang dipandu oleh Pak Musa terus hilang dari pandangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience