ANGIN kipas di dalam ruang tamu rumah telah membuatkan tubuh mereka kesejukan. Aizad dan anak mereka, Zayad kini sedang menonton televisyen sahaja dengan rancangan di skrin televisyen itu. Hari ahad ialah merupakan hari cuti pekerja-pekerja Aizad kerana mereka hanya bekerja bermula hari isnin sehingga jumaat. Ahad direhatkan bagi pekerja-pekerja Aizad. Manakala isterinya pula Layla di dapur sedang memasak untuk menyiapkan makan tengahari. Selesai dia sudah memasak, lauk itu lalu dihidangkan di atas meja makan.
"Abang! Yad! Jom makan! Makanan dah siap!" panggil Layla.
Mereka terus bangun dari sofa dan menuju ke meja makan. Terlihat di atas meja makan ada lauk sambal udang, sayur kangkung ikan bilis dan ikan goreng kunyit. Mereka terus melabuhkan punggung mereka di atas kerusi makan. Layla terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan, sambil dia mencedok nasi putih ke atas pinggan. Lalu membaca doa sebelum makan, selesai sudah membaca, mereka mula menjamu selera.
"Sedapnya!" puji Aizad apabila dia mengambil nasi putih bersama sambal udang lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Sedap!
Layla hanya sekadar senyum sahaja melihat suaminya sedang makan. Dia berasa gembira apabila mendengar pujian suaminya itu.
"Tambah la lagi bang."
Aizad mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Ayah!"
Aizad menoleh ke arah wajah Zayad di sebelahnya.
"Ye Yad? Ada apa Yad panggil ayah ni?"
"Hari ni tak ada pergi mana-mana ke? Yad bosan la duduk rumah, asyik-asyik tengok tv je." rungut Zayad.
Layla hanya sekadar melihat saja rungutan anaknya itu. Dia tahu anaknya sudah berasa bosan duduk di rumah kerana hanya menonton televisyen saja. Layla pula sudahlah tidak bekerja, lebih-lebih lagi dia hanya menjaga Zayad sahaja di rumah.
"Ada, nanti ayah bawak Yad keluar jalan-jalan ye." pujuk Aizad.
Pujukan Aizad itu telah membuatkan Zayad berasa teruja.
"Yeay! Sayang ayah!" jerit Zayad sambil memeluk tubuh bapanya.
"Cepat makan, lepas ni kita siap pergi keluar jalan-jalan."
Selesai sahaja mereka sudah makan, mereka terus menaiki anak tangga menuju ke bilik lalu menunaikan solat fardu zuhur. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu zuhur, mereka terus bersiap dan melangkah keluar dari rumah. Mereka terus melangkah masuk ke dalam perut kereta berjenama Bezza milik Aizad, setelah Aizad menghidupkan enjin kereta. Lalu mereka terus menuju ke pusat beli-belah.
Dalam pusat beli-belah itu, kelihatan sungguh ramai orang di situ sedang membeli-belah. Aizad, Layla dan Zayad berjalan sambil menaiki tangga eskalator menuju ke tingkat atas. Sebaik tiba di tingkat atas, mereka meneruskan perjalanan mereka. Mereka menyinggah di kedai yang menjual barang mainan lalu mereka masuk. Zayad pula dengan wajahnya yang sangat teruja, dia mengambil beberapa mainan yang dia mahu. Selepas membayar, mereka keluar dan berjalan ke arah kedai permainan kanak-kanak.
Seronok betul Zayad apabila dia bersama Aizad sedang bermain bersama-sama. Setelah puas dapat bermain, mereka menyinggah di kedai Baskin Robbins.
"Sayang!"
Layla mengangkat wajahnya apabila dipanggil oleh suaminya.
"Sayang kenapa ni? Dari tadi abang tengok sayang asyik diam aje, tak nak cakap apa-apa pun kat abang. Sayang merajuk dengan abang ke?" tanya Aizad hairan melihat wajah isterinya yang sedang makan aiskrim di dalam bekas kecil bersama sudu kecil.
"Eh, mana ada Ayla merajuk. Ayla okey je la bang. Tak ada apa-apa pun." jawab Layla, sambil dia mengambil sedikit aiskrim di dalam bekas kecil itu, lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Betul ke ni sayang okey ke?" tanya Aizad lagi. Layla angguk.
"Abang jangan la risau pasal Ayla, Ayla tak ada apa-apa pun." ujar Layla.
"Kenapa sayang cakap macam tu kat abang? Sayang ingat abang ni tak ada perasaan risau ke kat sayang? Mesti la abang risau kalau apa-apa jadi kat sayang. Susah hati abang tau dibuatnya." ucap Aizad.
Dia tahu Aizad sangat merisaukan Layla, jikalau apa-apa terjadi padanya.
"Kenapa abang nak risau? Ayla bukannya sakit pun, Ayla cuma tak ada mood nak cakap. Itu je."
Aizad hanya sekadar faham saja dengan kata-kata isterinya itu. Selesai mereka sudah makan aiskrim, mereka bangun dan keluar dari kedai itu setelah membayar.
PADA waktu itu, Irisa dan sahabatnya Fasya sedang bersantai di dalam kelab malam yang kelihatan bercahaya lampu berwarna-warni. Didengari pula bunyi muzik yang sangat sederhana. Ramai wanita yang berpakaian seksi di situ sedang menari bersama lelaki. Mereka pula minum air arak sambil didengari bunyi muzik itu. Tiba-tiba, muncul kelibat seorang lelaki datang menuju ke arah mereka.
"Hai." sapa lelaki itu. Mereka menoleh ke arah wajah lelaki itu yang sangat kacak dan tampan.
"Hai!" jawab mereka hampir serentak.
"Boleh I nak menari dengan you?" tanya lelaki itu.
"Boleh." Irisa lalu bangun dan mendekatkan tubuhnya pada tubuh lelaki itu.
"Before that, what's your name?" tanya Irisa pula.
"Nama I Rayqal." beritahu Rayqal pada Irisa.
"Oh Rayqal... Nama I Irisa."
"Oh Irisa..."
Rayqal terus menarik tangan Irisa lalu mula menggerakkan tubuh mereka dan menari. Fasya pula hanya sekadar melihat saja sahabatnya yang sedang menari dengan Rayqal.
Ketika mereka sedang menari, tiba-tiba, Irisa merasakan kepalanya seakan-akan berdenyut. Dia mula merasakan seperti dia telah mabuk. Tubuhnya sudah berasa lemah lalu dia hampir mahu jatuh tetapi Rayqal sempat menyambut tubuh Irisa itu.
"Eh, you ni kenapa Irisa?" tanya Rayqal hairan apabila melihat wajah Irisa yang sudah berasa pening.
"I macam pening la, I tak larat. I nak balik la." jawab Irisa lalu bangun perlahan-lahan.
"Apa kata I hantar you balik." ujar Rayqal.
Irisa menoleh ke arah wajah Rayqal di sebelahnya dengan perasaan bungkam.
"You nak hantar I balik?" tanyanya pula. Rayqal angguk.
"Boleh kan I hantar you balik ek?"
Tidak sampai beberapa minit, kepala Irisa mula berdenyut lagi. Dengan tiba-tiba, dia terus jatuh pingsan. Rayqal terkejut lalu dia menyambut tubuh Irisa yang sudah jatuh pingsan.
"Eh, Irisa! Irisa! Bangun Irisa!" kejutnya sambil menggoyangkan tubuh wanita di ribanya. Tetapi Irisa tetap tidak sedar dan bangun.
Rayqal terus mengangkat tubuh Irisa.
"Fasya, tolong I."
"Why? Kenapa dengan Ris tu?" tanya Fasya hairan.
"Dia pengsan Sya." beritahu Rayqal.
"Hah? Pengsan?"
Fasya terus bangun dari sofa dan melihat Irisa sudah pingsan.
"Jom la kita hantar dia balik."
Rayqal angguk lalu mereka melangkah keluar dari kelab malam itu dan menghantar Irisa pulang. Setibanya di depan rumah Irisa, pintu rumah dibuka perlahan-lahan lalu mereka melangkah masuk ke dalam rumah yang kelihatan sudah gelap-gelita. Mereka terus menaiki anak tangga dan menuju ke bilik Irisa. Rayqal terus meletakkan tubuh Irisa di atas katil lalu tubuh Irisa diselimutkan. Selepas itu, Rayqal dan Fasya bergegas keluar dari rumah Irisa sebelum ibubapa Irisa terjaga dari tidur mereka. Lalu mereka pulang ke rumah masing-masing.
Esoknya, sebaik dia mahu bangun, matanya dibuka perlahan dan melihat sekeliling di biliknya. Dia terus bangun dari baringannya, apabila dia kini sudah berada di dalam rumahnya. Jam di dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari.
"Aku kat mana ni? Kenapa aku boleh tidur kat dalam bilik aku ni? Siapa yang hantar aku balik masa aku pengsan tadi? Rayqal ke? Ke Sya?" gumam Irisa.
Dia tidak tahu siapa yang menghantarnya pulang. Adakah Rayqal ataupun sahabatnya yang menghantarnya pulang sewaktu dia pingsan tadi. Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka dan muncul kelibat ibunya di muka pintu. Dia menoleh ke arah wajah ibunya dengan perasaan hairan.
"Haa... Bangun pun anak mama ni. Mama ingat kamu ni dah mati ke apa."
"Apa mama ni, cakap macam tu kat Ris? Ris ni anak mama tau. Tergamak ek mama cakap macam tu kat Ris."
"Ye la! Malam-malam pun nak pergi keluar jugak! Sampai pukul 4 pagi baru mama sedar, mama dengar bunyi pintu rumah terbukak! Kamu pergi mana tadi hah?"
Irisa hanya berdiam sahaja, tidak tahu mahu berkata apa.
"Ris, jawab la soalan mama ni. Kamu pergi mana malam tadi?"
"Ris pergi kelab malam."
"Kelab malam? Ris buat apa kat situ?"
"Saja nak bersantai-santai."
"Yeke bersantai-santai? Ke kamu ada buat perkara tak senonoh kat belakang mama?"
"Tak ada, mana ada."
"Kamu jangan nak tipu mama, kalau betul kamu ada buat perkara tak senonoh. Baik kamu terus-terang kat mama."
"Tak ada la mama, mana ada Ris buat perkara tak senonoh kat belakang mama and papa. Percaya la Ris tak ada buat perkara macam tu kat belakang mama and papa."
Datin Sri Roslia memandang wajah anaknya dengan perasaan ingin tahu lagi. Irisa pula hanya sekadar berdiam saja. Dia tidak mahu ibunya tahu yang dia sebenarnya sudah mabuk kerana banyak minum air beralkohol.
Share this novel