CSAH - BAB 3: Gelang Tangan

Romance Series 9089

KESEPIAN di dalam biliknya yang membuatkan dia berasa kebosanan. Angin kipas di dalam biliknya sedang berputar laju sedikit. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu biliknya lalu pintu dibuka dan muncul wajah Taniya.

"Adik nak apa ni?" tanya Layla apabila dia menoleh ke arah wajah adiknya itu.

Lalu Taniya terus masuk ke dalam bilik kakaknya lalu dia terus duduk di sebelah kakaknya.

"Tak ada apa la, saja adik datang jenguk kak ngah." jawab Taniya apabila melihat wajah kakaknya merenung. Lalu dia pun turut merenung juga. Lama-kelamaan, wajahnya terus mengangkat semula. Dia terus bangun dan pergi.

"Kak ngah nak pergi mana?" tanya Taniya apabila dia sedar kakaknya mahu menuju ke ruang tamu.

"Nak tengok tv." jawab Layla lalu menoleh ke arah wajah adiknya.

"Okey jom." Taniya pun turut bangun juga.

Sedang mereka menonton rancangan mereka itu, tiba-tiba telefon milik Layla berbunyi lalu dia mengambil dan melihat nama panggilan di skrin telefonnya, nama panggilan itu ialah teman lelakinya Fariq. Dia terus menekan punat hijau dan menjawab panggilan teman lelakinya itu.

"Assalamualaikum." ucap Fariq di dalam panggilan.

"Waalaikumsalam." jawab Layla lembut.

"Awak buat apa tu?" tanya Fariq.

"Tengah tengok drama korea," ujar Layla sambil ketawa kecil.

"Oh..."

"Awak ada apa call saya ni?" tanya Layla pula.

"Saya nak jumpa awak harini boleh tak?" pinta Fariq.

"Nak jumpa saya?"

"Ya." kata Fariq.

"Okey la, saya pergi siap sekarang." lalu panggilan itu ditamatkan oleh Fariq. Layla terus bangun dan menyiapkan diri.

"Adik, kak ngah nak keluar kejap tau. Adik duduk rumah je okey?" pesan Layla kepada adiknya.

"Kak ngah nak pergi mana siap-siap ni?" tanya Taniya lalu menoleh ke arah tubuh kakaknya yang sudah berpakaian seperti mahu keluar.

"Kak ngah nak keluar kejap." jawab Layla sambil membetulkan jam di pergelangan tangannya.

"Adik nak ikut," pinta Taniya.

"Tak payah! Duduk je rumah!" marah Layla lalu dia terus melangkah keluar dan pergi berjumpa dengan Fariq.

Taniya pula terus wajahnya menjadi rajuk kerana tidak dapat mengikuti kakaknya.

Keindahan di situ telah membuatkan mereka terasa bahagia. Layla dan Fariq sudah lama mereka berhubungan sejak mereka pertama kali berkenalan. Mereka berjalan-jalan sambil berpegangan tangan erat.

"Awak, saya rasa nak beli tudung la." ujar Layla.

"Nak beli tudung? Oh pergi la, saya pergi kedai emas. Nanti kita jumpa kat Baskin Robbins tau."

"Okey." masing-masing terus menuju ke kedai yang mereka mahu beli.

Beberapa jam kemudian, selesai sudah dia membeli tudung, dia mula mencari kelibat teman lelakinya. Dia ternampak Fariq yang sedang memakan aiskrim di dalam kedai Baskin Robbins. Dia terus menuju ke arah Fariq.

"Awak." sapa Layla lalu dia duduk di hadapan Fariq.

"Lama betul awak, kata nak beli tudung je." ujar Fariq lalu menyambung memakan aiskrim.

"Saya tak tahu nak pilih warna apa, semuanya cantik tapi itu la, saya tak tahu nak pilih mana satu." jawab Layla lalu dia mengambil sebekas aiskrim dari Fariq, lalu memakannya. Fariq hanya menjeling saja.

"Nah." Fariq terus memberikan beg itu kepada Layla.

"Apa ni awak?" tanya Layla hairan apabila melihat beg yang berwarna merah.

"Hadiah dari saya. Buka la." jawab Fariq.

Apabila dia membuka kotak berwarna merah itu, wajahnya terkejut apabila di dalam kotak merah itu ada seutas gelang tangan yang berwarna emas yang sangat bersinar dan cantik.

"Wah cantiknya gelang ni awak!" ujar Layla sambil memandang ke arah wajah teman lelakinya itu, lalu memandang semula ke arah gelang tangan itu.

"Saya beli gelang tu untuk awak." jawab Fariq lagi. Dia berharap Layla akan suka dan menerima hadiahnya itu.

"Gelang ni untuk saya?"

Fariq angguk sambil senyum.

"Terima kasih awak,"

"Sama-sama."

"Cantiknya gelang ni! Saya suka sangat gelang ni!" ujar Layla sambil melihat gelang tangan itu yang sudah pakai di pergelangan tangannya.

Fariq berasa sangat gembira melihat buah hatinya menyukai hadiahnya itu.

Dia mengambil buku diari milik Layla di dalam bilik kakaknya lalu dibuka dan dibacanya. Berterbangan muka surat kerana angin menolaknya. Tiba-tiba secara terkejut, Layla terus mengambil bukunya dari pegangan adiknya. Taniya tersentak apabila tiba-tiba saja kakaknya muncul.

"Adik buat apa ni hah? Adik baca buku diari kak ngah ek?" marah Layla apabila melihat wajah adiknya yang menunduk.

"Adik minta maaf kak ngah, adik tak ada niat nak baca diari kak ngah tu." jawab Taniya mula berasa kesal dengan perbuatannya.

"Keluar! Keluar!" arahnya lalu dia keluar dari bilik kakaknya dan pintu ditutup hempas kuat.

Sungguh dia tidak sangka kerana adiknya sanggup mengambil dan membaca buku diarinya tanpa meminta izinnya. Dia berasa dirinya sangat malu kerana jika ibu dan bapanya mendapat tahu bahawa dia sedang bercinta dengan Fariq Nasif, pasti mereka sangat kecewa kerana tidak memberitahu dengan jujur. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu lalu muncul wajah adiknya. Taniya tahu kakaknya masih marah lagi dengannya. Wajah kakaknya seolah-olah memandang ke arah tingkap.

"Kak ngah masih marahkan adik lagi ke pasal tadi?" tanya Taniya ingin tahu.

Layla hanya berdiam sahaja. Tidak bercakap langsung.

"Adik minta maaf kak ngah." Taniya menangis lagi.

Layla terus memusing dan memeluk tubuh adiknya yang sedang menangis.

"Yalah, kak ngah pun tak patut marah adik macam tu. Dah la jangan menangis," pujuk Layla supaya Taniya berhenti menangis.

SEBAIK dia sampai di halaman rumahnya, ada sebuah kereta berjenama Axia yang berwarna putih kelabu di luar rumahnya. Dia berasa hairan kereta milik siapakah itu? Lalu dia terus melangkah turun dari perut keretanya, mengunci keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap Fariq apabila melihat ada sebuah keluarga yang sedang berborak dengan mereka.

"Waalaikumsalam. Haaaa dah balik pun anak papa ni." sapa bapa Fariq, Encik Yunus datang untuk menyambut kehadiran anak lelakinya itu.

"Pa, siapa yang datang ni?" bisik Fariq pada telinga Encik Yunus.

"Kawan papa." jawab Encik Yunus, dengan suaranya perlahan.

"Kawan papa yang mana pulak ni?" tanya Fariq hairan lagi.

"Kawan papa masa kat universiti dulu." jawab Encik Yunus lagi.

"Yunus, ni anak kau ke?" tanya sahabatnya itu bernama Encik Isqandar.

"Ha'ah, kenalkan ni anak aku. Nama dia Fariq Nasif." mereka angguk faham. Fariq bersalam tangan Encik Isqandar. Encik Isqandar turut bersalam tangan Fariq.

Anak matanya tepat memandang ke arah gadis di depannya sangat cantik, berseri-seri dan sopan-santun. Gadis di depannya itu terasa sedikit malu.

"Fariq, sebenarnya mama dengan papa dah bincang nak buat majlis tunang Fariq dengan Jasmeen." beritahu ibunya, Puan Zaina.

Kedua-dua anak matanya terus terbeliak apabila mendengar dia akan bertunang dengan gadis bernama Jasmeen, merupakan anak perempuan kepada sahabat baik Encik Yunus.

"Bertunang?"

Puan Zaina angguk sambil senyum. Dia memandang semua di situ dengan perasaan curiga. Benarkah Fariq akan bertunang dengan gadis yang bernama Jasmeen?

"Eh kejap-kejap, maksud mama? Fariq dengan dia ni akan bertunang?" tanya Fariq lagi, hairan.

"Ya sayang." jawab Puan Zaina.

"Mama! Papa! Fariq tak bersedia lagi la!" marah Fariq.

"Hei! Fariq ni dah kenapa? Kenapa Fariq tak bersedia? Mama dengan papa dah setuju dengan plan aunty Jalila. Fariq jangan nak bagi alasan kat mama ek! Mama tak nak dengar alasan Fariq!" tengking Puan Zaina.

Dia mula terfikir, adakah Fariq sudah mempunyai teman wanita? Dia tidak pernah bertanya pun kepada anak lelakinya itu sejak Fariq dan Layla berhubungan.

"Tapi mama..."

"No! Tak ada tapi-tapi! Fariq kena dengar cakap mama, faham!"

"Mama, Fariq tak nak bertunang la mama!"

"Tak nak bertunang? Kenapa tiba-tiba Fariq tak nak bertunang pulak ni? Fariq ada sembunyi apa-apa ke daripada mama dengan papa? Cuba Fariq cakap dengan mama." ujar Puan Zaina memaksa anak lelakinya berbicara dengannya.

"Fariq sebenarnya..."

"Sebenarnya apa Fariq? Bagitahu mama! Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya Fariq dah ada girlfriend, mama."

Akhirnya rahsia yang dia simpan itu telah terbongkar.

"Hah? Girlfriend?"

Fariq hanya menunduk dan berdiam sahaja. Sungguh Puan Zaina benar-benar tidak sangka, anak lelakinya sudah mempunyai teman wanita yang bernama Layla Adilya. Tetapi Puan Zaina kenalkah wajah wanita itu? Pernah berjumpakah dengan wanita itu?

"Fariq cakap kat mama, siapa girlfriend Fariq tu?"

"Nama dia Layla Adilya."

Anak matanya terus terbeliak apabila mendengar anak lelakinya menyebut nama Layla. Sungguh dia benar-benar tidak tahu, anak lelakinya sanggup menyimpan hal itu tanpa pengetahuannya.

"Mama betul-betul tak sangka, sanggup Fariq rahsiakan daripada mama dengan papa! Fariq tak pernah bagitahu pun kat mama dengan papa, siapa budak Layla tu sebenarnya!" ucap Puan Zaina berasa kecewa sedikit dengan anak lelakinya itu.

"Mama, Fariq bukan tak nak bagitahu kat mama dengan papa. Cuma Fariq perlukan masa yang sesuai je nak bagitahu. Maafkan Fariq, mama. Fariq tak ada niat nak buat mama macam ni." Fariq tidak tahu bagaimana mahu memberitahu hal yang sebenar.

"Kenapa baru sekarang Fariq nak bagitahu kat mama pasal benda ni?" tanya Puan Zaina dengan perasaan hampa.

"Fariq cuma belum bersedia lagi nak bagitahu kat mama dengan papa." jawab Fariq.

Setelah lama Puan Zaina berdiam diri, lalu dia berkata, "Mama nak Fariq putuskan hubungan Fariq dengan budak tu!"

Dia mengangkat wajahnya, sebaik dia mendengar kata-kata ibunya itu.

"Mama! Fariq tak nak putus dengan Layla sebab hati Fariq masih sayangkan Layla. Tolong la mama, jangan la putuskan hubungan Fariq dengan Layla! Fariq sayangkan Layla!" rayu Fariq sambil melutut.

"Mama tak kira! Mama nak Fariq putuskan hubungan Fariq dengan budak tu! Kalau Fariq tak nak dengar cakap mama, mama akan halau Fariq keluar dari rumah ni!" jerkah Puan Zaina.

Sungguh terkejut wajahnya apabila mendengar kata-kata ibunya. Tetapi sanggupkah Fariq untuk memutuskan hubungannya dengan Layla? Adakah Fariq akan mengikuti apa saja kemahuan Puan Zaina?

"Mama, mama jangan la halau Fariq, okey okey Fariq akan bertunang dengan Jasmeen." ucap Fariq dengan perasaan rela hati.

"Haaa macam tu la anak mama." Puan Zaina senyum sambil menyentuh wajah anak lelakinya itu.

Nampaknya, Fariq sudah tidak boleh membantah kerana ibunya sudah setuju mahu membuat majlis pertunangan antara Fariq dan Jasmeen. Tetapi relakah Fariq mahu menerima Jasmeen sebagai tunang? Mahu tidak mahu, dia terpaksa setuju menerima Jasmeen, walaupun hatinya tidak pernah mencintai gadis itu.

Fariq terus menaiki anak tangga lalu menuju ke biliknya. Sungguh dia kecewa kerana ibunya mahu memisahkan hubungan antara Fariq dan Layla. Hatinya masih lagi menyayangi Layla, kerana dia tidak sanggup mahu berjauhan dengan teman wanitanya. Tetapi haruskah Fariq redha dan menerima hakikat? Dia menangis sendirian di dalam biliknya.

"Yunus, anak kau tu kenapa?" tanya Encik Isqandar hairan.

Tidak sempat Encik Yunus berkata, isterinya memotong perbicaraan Encik Isqandar.

"Tak ada apa-apa la Is, dia tu memang macam tu perangai dia. Biarkan aje dia tu." sampuk Puan Zaina. Encik Isqandar hanya faham sahaja.

"Jadi macam mana? Kita buat kat sini ke buat kat tempat lain?" tanya Puan Zaina setelah berbicara dengan anak lelakinya tadi.

"Kita buat kat sini je la, kita buat majlis kecil-kecil je." cadang Puan Jalila.

"Mmmmm saya setuju dengan cadangan tu."

Mereka turut angguk setuju juga dengan cadangan Puan Jalila.

"Bila nak buat majlis tunang tu?" tanya Encik Yunus pula.

"Kita buat minggu depan, lepas tu boleh la kita buat majlis nikah sekali." jawab Puan Jalila lagi. Encik Yunus dan Puan Zaina angguk lagi.

Selepas selesai sahaja mereka berbincang tentang mahu membuat majlis, keluarga Jasmeen terus pulang ke rumah.

Malam itu, dia hanya berkurung sahaja di dalam biliknya kerana dia tidak mahu bercakap dengan ibu dan bapanya. Tetapi disebabkan ibunya mendesak mahu memutuskan hubungan Fariq dan Layla, dia terpaksa menerima Jasmeen, sedangkan hatinya tidak pernah mencintai Jasmeen. Hatinya masih lagi menyayangi Layla. Bagaimana dia mahu memberitahu kepada buah hatinya yang dia akan bertunang dengan Jasmeen tidak lama lagi. Suasana itu semakin sepi seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience