SEDANG mereka menikmati bersarapan pagi di ruang makan, tiba-tiba Layla terasa mahu termuntah lalu dia bangun dan menuju ke dapur. Aizad berasa terkejut apabila melihat isterinya yang sedang memuntahkan loya di sinki dapur.
"Wek!"
"Eh kenapa tu?"
"Entah..."
"Zad, kenapa dengan Ayla tu?" tanya Datin Azimah hairan melihat situasi itu.
"Tak tahu la mama, tiba-tiba je Ayla termuntah tadi." beritahu Aizad setelah mereka keluar dari dapur.
"Hah muntah?"
"Ayla ada salah makan ke?" tanya Dato Saliman.
"Tak tahu la papa... Tiba-tiba Ayla rasa tak selera la makan."
"Tak apa la, Ayla rehat je la ye." Layla angguk, lalu dibawa masuk ke dalam bilik.
Setelah Layla dibawa masuk ke dalam bilik, dia terus duduk di atas katil.
"Abang nak pergi kerja dah ni, kalau ada apa-apa masalah, telefon abang tau jangan tak telefon abang pulak." pesan Aizad.
"Okey abang..." lalu Layla bersalam tangan suaminya dan Aizad terus keluar dari bilik meninggalkan isterinya di dalam bilik.
Terus sahaja dia masuk ke dalam bilik pejabatnya, dia terus duduk di atas kerusi lalu memulakan kerjanya. Belum dia memulakan kerjanya, tiba-tiba muncul wajah sahabatnya, Elman di muka pintu.
"Good morning my friend." ucap Elman lalu masuk ke dalam bilik Aizad.
"Good morning." jawab Aizad.
"Kau ni macam monyok je, kenapa Zad, cuba bagitahu aku kenapa."
"Bini aku tu tiba-tiba termuntah tadi." beritahu Aizad.
"Hah muntah? Aku rasakan bini kau tu mengandung kot." teka Elman. Dia sudah dapat meneka yang isteri Aizad sebenarnya sedang hamil.
"Yeye je dia mengandung, ni baru first time dia kena tau bukannya berhari-hari dia kena muntah."
"Kau tak percaya cakap aku?"
"Entah la Man... Tapi betul ke kau cakap bini aku tu mengandung?"
"Kalau kau tak percaya, kau bawak la bini kau pergi jumpa doktor, check mana tahu kot dia mengandung."
"Nanti la... Aku tengah buat kerja ni."
Elman terus bangun dan keluar dari bilik Aizad lalu dia membuat kerjanya.
"Eh Man... Bos tu kenapa? Masam je muka." ucap Wafia.
"Dia bagitahu aku, bini dia tak sihat." jawab Elman.
"Laa yeke kenapa tak bawak pergi klinik?" tanya Wafia lagi.
"Dah dia sibuk kerja, macam mana dia nak bawak bini dia pergi klinik."
"Patutnya cuti je jaga bini, ni sibuk pulak dengan kerja tu." ujar Wafia.
"Biar la dia, yang kau ni Fia sibuk pahal." sergah Elman apabila Wafia berkata begitu.
"Ala orang cakap je pun salah ke?" ujar Wafia sambil menjeling ke arah Elman.
Lalu masing-masing pergi menyambung kerja mereka.
Pukul 12.00 tengahari, sudah tiba masanya untuk dia keluar makan tengahari bersama rakannya Elman. Sampai sahaja di kafe, mereka terus melayan diri. Setelah mereka melayan diri, mereka duduk dan membaca doa lalu menjamu selera. Selesai mereka makan, mereka terus masuk pejabat semula.
Selepas kerjanya disiapkan, dia terus mengemas mejanya lalu bangun dan keluar dari kawasan pejabatnya. Sampai sahaja di tingkat atas rumahnya, lalu pintu bilik dibuka apabila melihat isterinya sedang tidur lena di atas katil.
"Sayang..."
Lalu matanya dibuka perlahan dan melihat suaminya di sebelahnya. Lalu dia bangun dari baringannya.
"Abang... Abang baru balik ke ni?" tanya Layla.
"Ha'ah baru je balik... Kenapa Ayla tidur ni? Kan dah senja ni tak baik tau tidur senja ni. Nanti syaitan merayau dan kacau kita."
"Sorry la bang, Ayla tak larat tadi sebab tu Ayla tidur. Kang Ayla solat pastu termuntah lagi."
"Hah Ayla muntah lagi ke?" tanya Aizad apabila terkejut mendengar perkataan 'muntah'.
"Ayla muntah sikit je tadi."
"Laa kenapa Ayla tak telefon abang? Kan abang dah pesan kat Ayla kalau ada apa-apa masalah, telefon abang."
"Ayla tak nak la kacau abang buat kerja, sebab tu Ayla tak nak telefon abang."
"Mmm... Jom la kita solat maghrib sama-sama." Layla angguk sambil senyum.
Selesai sahaja mereka mengerjakan solat fardu maghrib, Layla tiba-tiba mahu mengidam sesuatu.
"Abang..."
"Ye sayang, nak apa panggil abang ni?" tanya Aizad hairan.
"Ayla tiba-tiba rasa mengidam nak makan la bang."
"Ayla nak makan apa?"
"Ayla nak makan steamboat."
"Steamboat?"
"Boleh sayang, nanti lepas solat isyak kita pergi ye."
"Yeay! Thank you bang! Love you!"
"Love you too sayang."
Selepas sahaja mereka mengerjakan solat fardu isyak, mereka terus bersiap dan menuruni ke ruang tamu.
"Pergi mana siap-siap tu?" tanya Datin Azimah apabila ternampak mereka yang sedang berpakaian seperti mahu keluar.
"Ayla ni tiba-tiba mengidam nak makan steamboat katanya." beritahu Aizad.
"Aik tiba-tiba pulak mengidam nak makan steamboat."
"Ha'ah mama, Ayla mengidam nak sangat makan steamboat."
"Yalah..."
Lalu mereka melangkah keluar dari rumah lalu Aizad menghidupkan enjin keretanya. Setelah enjin keretanya dihidupkan, Aizad meneruskan memandunya menuju ke restoran steamboat.
Sampai sahaja di restoran steamboat, kelihatan ramai orang juga di situ sedang menikmati steamboat itu. Layla duduk di situ manakala Aizad pula mengambil makanan di sana. Setelah mengambil beberapa jenis makanan lalu Aizad duduk di hadapan isterinya. Lalu mereka membaca doa dan mula menjamu selera. Selesai mereka makan dan membayar, mereka terus keluar dari restoran steamboat.
"Terima kasih tau bang sebab abang tunaikan permintaan Ayla." ujar Layla setelah mereka masuk ke dalam perut kereta.
"Sama-sama. Kalau Ayla rasa mengidam lagi cakap je biar abang bawak ye." jawab Aizad. Layla angguk.
Lalu Aizad memandu pulang ke rumah.
Sampai di perkarangan rumahnya, mereka terus keluar dan memberi salam.
"Assalamualaikum." ucap Layla setelah melangkah masuk bersama Aizad. Lalu pintu rumah ditutup.
"Waalaikumsalam." jawab mereka hampir serentak.
"Aik kejapnya pergi..."
"Ha'ah mama, kejap je lagipun malas nak pergi mana." jawab Aizad lalu duduk di atas sofa bagi merehatkan tubuhnya seketika.
"Mmm... Ayla ada rasa muntah lagi ke?" tanya Datin Azimah pula kepada Layla.
"Tak ada dah kot... Tapi perut Ayla ni rasa lain macam la, tiba-tiba macam sakit perut." jawab Layla apabila memegang perutnya itu.
"Entah-entah Ayla mengandung ke?" tanya Datin Azimah lagi.
"Hah mengandung?" terkejut Layla dibuatnya. Benarkah dia sedang hamil?
"Tak ada la, kot la tengok Ayla ni memang betul-betul mengandung ke kan?"
Dia mula terfikir benarkah dia sedang hamil? Adakah dia benar-benar hamil?
"Tak apa la kalau macam tu, kitaorang naik dulu ye mama papa tok." jawabnya lalu membawa Layla menuju ke bilik.
"Yalah..." jawab Datin Azimah. Manakala Dato Hashimi dan tok mommy hanya angguk sahaja.
Share this novel