CSAH - BAB 35: Ajak Makan

Romance Series 9089

PAGI ketika itu, pukul 8.30 pagi, dia terus bangun lalu mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia terus keluar dari bilik air lalu dia mengelap seluruh anggota badannya yang basah. Selepas itu, dia mencapai baju kemeja yang berwarna putih serta baju kot berwarna hitam. Selesai dia sudah bersiap, dia mengambil tali leher lalu dipakai di kolar baju kemejanya. Secara tiba-tiba, isterinya Layla datang untuk membetulkan tali leher.

"Tak apa bang, biar Ayla betulkan." ujar Layla lalu membetulkan tali leher di kolar baju kemeja Aizad.

"Terima kasih sayang." ucap Aizad sambil senyum pada Layla.

"Sama-sama, jom kita breakfast. Ayla dah siap masak dah." jawab Layla turut senyum juga.

"Sayang masak apa breakfast pagi ni?" tanya Aizad ingin tahu.

"Ayla masak bihun putih lepas tu dengan sambal kicap." beritahu Layla pada suaminya.
Kata-kata isterinya itu, telah membuatkan dia terliur dengan masakan isterinya itu.

"Sedapnya, okey jom." lalu Aizad segera mencapai beg kerjanya lalu mereka terus keluar dari bilik lalu menuruni menuju ke meja makan.

Selepas sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi makan, Layla terus menyedok bihun putih ke atas pinggan milik Aizad, lalu mereka membaca doa sebelum makan. Selesai sudah membaca doa sebelum makan, mereka mula menjamu sarapan pagi itu.

Apabila hampir selesai dia menjamu, dia melihat jam di pergelangan tangannya menunjukkan sudah pukul 9.10 pagi. Lalu dia berkata, "Okey la sayang, abang dah lambat ni nak pergi kerja." jawabnya apabila selesai dia sudah menjamu bihun putih bersama sambal kicap tadi.

"Okey..." lalu dia segera bersalam tangan suaminya dengan lembut.

"Sayang, nanti boleh tak sayang masak lauk favorite abang." pinta Aizad.

"Boleh, tapi bukan abang selalu makan kat kafe ke?" tanya Layla pula.

"Abang sebenarnya malas nak makan kat kafe."

"Mmmmmm yalah yalah, nanti Ayla masak lauk favorite untuk abang ye."

"Okey sayang bye, bye Yad." lalu Aizad mencium dahi Zayad yang sedang menjamu roti putih bersama perisa mentega kacang.

"Bye ayah."

Sampai sahaja di pejabat, dia terus berjalan menuju ke arah bilik pejabatnya, lalu dia terus duduk dan mula membuat kerjanya.

"Good morning my friend." ucap Elman di muka pintu.

"Good morning Man." ucap Aizad juga.

"Wah wah kau, bukan main hensem lagi aku tengok kau ni. Lepas tu wangi pulak bau baju kau tu, kau pakai minyak wangi apa ni Zad?" tanya Elman apabila dia tercium bau sesuatu di dalam bilik pejabat Aizad.

"Ala aku pakai minyak wangi biasa je la Man." jawab Aizad sambil mengeluarkan komputer ribanya dari dalam beg kerjanya.

"Kau pakai minyak wangi biasa je? Aik, biar betul kau ni?"

"Betul la, buat apa aku nak tipu kau."

"Yalah..."

"Kalau kau dah tak ada apa-apa nak cakap, sila keluar. Aku nak buat kerja ni." arah Aizad.

"Baik la encik Aizad Danisy." Elman lalu keluar dari bilik.

Secara tiba-tiba, Nabiha menyapa Elman.

"Hairan betul aku tengok bos ni, bukan main ceria lagi muka dia, lepas tu bau dia wangi pulak tu." ujar Nabiha.

"Eh kau ni Nab, terkejut aku tahu tak. Kau buat apa kat sini?" tanya Elman terkejut apabila Nabiha menyapanya dengan tiba-tiba saja.

"Aku saja intai bos tu, lain macam aku tengok bos hari ni. Bukan main hensem lagi bos tu." ujar Nabiha lagi.

"Dah dah kau ni Nab, jangan intai lama sangat, nanti mata kau tu ketumbit." jawab Elman sambil ketawa kecil.

"Apa kau cakap tadi Man? Mata aku ketumbit? Amboi amboi kau belajar dari mana ni ha?" tanya Nabiha.

"Itu kan pantang larang mak dulu-dulu. Mak kita cakap jangan intai orang, nanti mata ketumbit, ha gitu."

"Yeke?" tanya Nabiha lagi sambil menjeling ke arah Elman.

"Iya betul."

"Mmm yalah..." lalu Nabiha segera berlalu. Elman turut berlalu pergi juga.

Di rumahnya pula, Layla di dalam dapur sedang sibuk memasak lauk kegemaran suaminya kerana Aizad sangat suka dengan masakannya. Manakala anaknya Zayad sedang menonton televisyen dengan rancangan kartun. Selesai dia sudah memasak, lauk di letak di dalam bekas kedap udara dan ditutup dengan rapat. Nasi putih di dalam periuk nasi yang sudah siap masak, lalu dicedok ke dalam bekas dan ditutup rapat. Jam di dinding ruang tamu sudah menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Mesti Aizad sedang menunggu kehadirannya.

"Yad, jom siap sekarang. Kita pergi office ayah." beritahu Layla lalu Zayad terus bangun dan menutup skrin televisyen, segera mereka menyiapkan diri.

Selesai mereka sudah menyiapkan diri, mereka terus menuruni menuju ke ruang tamu, Layla segera mencapai beg berisi makanan dan mereka melangkah keluar lalu mereka menuju ke pejabat dengan menaiki teksi.

Sebaik mereka sampai di depan pejabat, mereka terus melangkah turun dari teksi, setelah dia membayar RM10 ringgit kepada pemandu teksi. Lalu mereka berjalan menuju ke arah meja kaunter di lobi pejabat.

"Assalamualaikum." ucap Layla pada wanita di hadapannya.

"Waalaikumsalam. Ye cik, cik nak jumpa siapa?" tanya wanita yang bernama Amilin.

"Saya nak jumpa suami saya." beritahu Layla pada wanita itu.

"Oh cik nak jumpa encik Aizad Danisy ye."

"Ha'ah yeye."

"Kejap ye sebelum tu siapa nama cik?"

"Layla Adilya." jawab Layla sambil menyebut namanya sendiri.

"Cik tulis di sini ye, nama pelawat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat rumah cik. Ni pennya." jawab wanita itu sambil memberi pen berwarna hitam kepada Layla. Layla menulis nama penuh dan nombor telefonnya di dalam buku pelawat.

Setelah dia sudah mengisi, lalu pen dan buku diberi semula kepada Amilin. Amilin segera mencapai gagang telefon lalu menekan nombor bilik pejabat Aizad dan Aizad menjawab panggilan Amilin.

Kedengaran suara Aizad di dalam panggilan itu, "Helo."

"Helo bos, ni ada orang nak jumpa bos, nama dia Nur Layla Adilya binti Musa." beritahu Amilin di dalam panggilan itu.

Pemberitahuan Amilin itu, telah membuatkan dia sudah tahu isterinya sudah datang ke sini bersama anaknya.

"Okey, nanti Lin tunjukkan dia ke bilik saya ye." beritahu Aizad pula kepada Amilin.

"Baik bos." lalu panggilan terus ditamatkan. Gagang telefon lalu diletak semula.

"Cik, jom ikut saya ke bilik encik Aizad." ujarnya lalu bangun dan membawa Layla serta Zayad menuju ke bilik pejabat.

Butang lif ditekan lalu pintu lif dibuka dan mereka melangkah masuk ke dalam lif. Butang tingkat empat ditekan. Secara tiba-tiba, lif itu terus menaiki ke tingkat empat. Sebaik lif sampai di tingkat empat, mereka melangkah keluar dari lif lalu berjalan menuju ke bilik pejabat Aizad.

"Ni la bilik dia." beritahu Amilin apabila mereka berhenti di depan bilik Aizad. Layla hanya faham sahaja.

Dia melihat tag nama di muka pintu, terlihat nama penuh suaminya, Mohamad Nor Aizad Danisy bin Hashimi. Sungguh dia tidak sangka, suaminya bekerja sebagai pengarah syarikat pejabat itu. Dia berasa sangat beruntung kerana suaminya adalah merupakan anak kepada Dato Hashimi dan Datin Azimah, iaitu ibubapa mertuanya.

Tok! Tok! Pintu bilik diketuk, lalu berkata, "Masuk." tombol pintu terus dibuka lalu Layla dan Zayad melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Aizad.

Tombol pintu terus ditutup lalu Amilin meninggalkan di situ.

"Hai sayang!" panggil Aizad dengan wajahnya sangat teruja apabila muncul isteri dan anak di hadapannya.

"Hai abang." ucap Layla lalu beg berisi makanan diletak di atas meja di tepi tingkap bilik pejabat Aizad.

"Cantik jugak bilik office dia ni, untung aku dapat suami macam dia, dah la kerja jadi bos syarikat ni." gumam Layla sambil memandang sekeliling bilik pejabat suaminya.

"Sayang... Sayang!" panggil Aizad lagi. Layla sedikit terkejut apabila terdengar panggilan suaminya.

"Sayang ni kenapa? Mengelamun ek?"

"Eh tak ada la mana ada Ayla mengelamun, Ayla saja tengok bilik office abang ni, cantik, besar." beritahu Layla saja.

"Oh itu je sayang nak bagitahu abang yang bilik abang ni memang cantik dan besar."

"Yalah itu je la, apa lagi?"

"Ayla tak nak cakap yang Ayla untung dapat suami macam abang ni sebab abang kerja jadi bos office ni."

"Ha itu abang yang cakap, bukan Ayla ek."

"Eh macam tu pulak."

"Yalah yalah, untung Ayla dapat suami macam abang Aizad sebab kerja jadi bos office ni. Ayla betul-betul tak sangka bang."

"Haaa macam tu la, ni yang abang sayang ni." jawab Aizad sambil menyentuh wajah isterinya.

"Ayah sayang ibu je? Yad?" tanya Zayad dengan wajahnya seakan-akan rajuk.

"Eh mesti la ayah sayang Yad jugak, Yad kan anak ayah."

Zayad terus memeluk tubuh bapanya dengan erat.

"Dah la jom makan."

Sampai sahaja di pejabat, Irisa segera mematikan enjin keretanya lalu melangkah turun dari perut kereta dan butang kunci keretanya ditekan. Dia terus berjalan melangkah masuk ke dalam lobi pejabat.

"Cik." panggil Irisa pada wanita di hadapannya.

"Ye, cik nak jumpa siapa?" tanya wanita yang bernama Amilin.

"Saya nak jumpa Aizad Danisy." beritahu Irisa.

"Oh sekejap ye, sebelum tu cik kena tulis nama dan nombor telefon dulu ye." arah wanita itu lalu memberi buku pelawat kepada Irisa.

"Eh kenapa saya kena tulis nama dan nombor telefon pulak?" tanya Irisa hairan.

"Kena la cik, kalau pelawat datang office kena tulis nama dan nombor telefon dulu baru boleh masuk." jelas wanita itu.

"Tak apa la kot, saya tak nak la tulis nama dan nombor telefon. Bukannya penting pun bagi saya." jawab Irisa.

"Cik, cik kena tulis nama dan nombor telefon dulu."

"Saya tak nak la! Tak faham bahasa ke?" marah Irisa.

"Cik, cik tak boleh masuk cik."

"Kau jangan nak halang aku boleh tak!" Irisa meneruskan perjalanannya menuju ke bilik pejabat Aizad. Amilin segera mengikuti langkah Irisa menuju ke bilik pejabat Aizad.

Sebaik dia di depan bilik pejabat Aizad, dia terus membuka tombol pintu dan terkejut apabila melihat sepupunya sedang makan menyuap bersama Layla dan anak mereka, Zayad.

Mereka terus menoleh ke arah wajah Irisa di muka pintu.

"Eh Ris. Ris buat apa datang office abang ni? Macam mana Ris boleh masuk ni?" tanya Aizad hairan apabila muncul Irisa di situ.

"Wah wah wah, bukan main lagi abang suap makan dengan perempuan ni ya? Dasar perempuan tak tahu malu!" maki Irisa.

"Eh Ris, Ris cakap apa ni? Ris jangan nak hina isteri abang macam tu ya! Ris ingat Ris ni perempuan paling suci sangat ke?"

"Yes! Memang aku ni perempuan paling suci dalam dunia ni! Bukan macam dia ni, dasar perempuan kampung!"

Pang! Bunyi tamparan itu mula berbunyi dalam satu bilik pejabatnya. Terasa perit pipinya akibat ditampar oleh Aizad.

"Berani abang tampar Ris ya?"

"Ya! Memang abang berani tampar Ris! Ris ni dah kenapa ek? Tak habis-habis nak maki, hina, caci isteri abang! Apa salah isteri abang? Apa dosa isteri abang? Kalau Ris benci Ayla sekalipun, jangan hina dia! Jangan maki dia! Jangan caci dia!" marah Aizad.

Layla hanya sekadar melihat saja pertengkaran antara Aizad dan Irisa. Dia tidak mahu masuk campur urusan mereka.

"Lin, panggil security sekarang!" arah Aizad lalu Amilin segera memanggil pengawal keselamatan.

Tidak lama kemudian, muncul kedua-dua pengawal keselamatan di situ.

"Ada apa tuan panggil kami?" tanya salah seorang pengawal keselamatan.

"Korang berdua bawak perempuan ni keluar dari office saya, sekarang!" arah Aizad.

"Hey! Don't touch me!" marah Irisa pada pengawal keselamatan itu.

"Cik, tolong jangan buat malu ye kat office kami ni, tolong hormat sikit." kata pengawal keselamatan itu.

"I datang ni cuma nak ajak sepupu I makan, salah ke?"

"Tapi cik dah buat kami malu tahu tak."

"Oh malu? Jadi I tak boleh datang sini la ye?"

"Tak boleh cik, cik kena keluar dari sini."

"Hey! You jangan nak pegang I la! I geli tahu tak!" jerit Irisa apabila tangannya menepis oleh kedua-dua pengawal keselamatan itu.

Lalu kedua-dua pengawal keselamatan itu membawa Irisa keluar dari pejabatnya.

"Hish buat malu je la kat office aku ni!"

Layla melihatnya hanya berdiam sahaja, tidak mahu mengeluarkan apa-apa bicara.

Lalu Layla bersuara juga, "Bang, Ris tu kenapa?"

"Tak ada apa-apa, dia tu je suka buat hal tak habis-habis. Malu betul abang tahu tak Ayla!"

"Tapi dia datang sini nak apa sebenarnya?"

"Dia tu beria-ria nak ajak makan dengan abang."

Layla hanya sekadar faham sahaja dengan kata-kata suaminya itu.

"Keluar! Kalau kamu datang ke sini lagi, kami akan telefon polis tau."

"You nak call polis? Call la, you fikir I takut dengan polis?"

"Keluar!" jerit salah seorang pengawal keselamatan itu, lalu mereka meninggalkan Irisa di situ.

"Kurang ajar! Tak apa, kau tunggu kau! Aku akan pastikan kau takkan lari dari aku Aizad! Sebab kau milik aku selamanya!" gumam Irisa.

Share this novel

Ariff Aizat
2025-02-03 16:01:30 

Ada² je la eilman ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience