CSAH - BAB 23: Teruja

Romance Series 9089

PADA waktu pagi itu, mereka sedang bersarapan bersama di dalam dapur. Sedang mereka berborak, tiba-tiba mulutnya terasa loya lalu dia menuju ke sinki lalu memuntahkan loya di dalam sinki.

Semua berasa terkejut apabila melihat Layla tiba-tiba saja termuntah.

"Wek! Wek! Wek! Wek! Wek!"

Aizad terus bangun dari kerusi lalu menepuk dan mengusap belakang badan Layla.

"Aizad, kenapa dengan bini kamu tu?" tanya Mak Nani hairan.

"Biasa la mak, Ayla allergic." kata Aizad sambil mengusap belakang badan isterinya.

"Allergic?" tanya Mak Nani lagi.

"Macam teruk sangat je tu, kamu tak pergi klinik ke? Check." ujar Mak Nani.

"Hari tu dah pergi klinik dah, doktor bagitahu Ayla mengandung." beritahu Aizad. Semua terus terkejut apabila mendengar kata-kata menantu mereka itu.

"Mengandung?"

"Betul ke ni kak ngah mengandung?" tanya Taniya pula. Dia berasa ingin tahu benarkah kakaknya sedang hamil.

"Ya..."

Aizad angguk sambil senyum. Semua benar-benar tidak sangka dan berasa gembira apabila Layla kini sedang hamil empat bulan. Tidak lama lagi mereka bakal akan menimang cahaya pertama mereka.

"Ya Allah kak ngah! Tak sabarnya adik nak jumpa anak kak ngah." lalu dia terus memeluk tubuh kakaknya. Lalu pelukan dilepaskan.

"Dah berapa bulan dah?" tanya Nazrol pula.

"Dah empat bulan." beritahu Layla. Nazrol hanya faham sahaja.

"Empat bulan?" Layla angguk senyum.

Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut-denyut.

"Abang, Ayla nak rehat la dalam bilik."

"Laa tak nak pergi klinik?"

"Ayla tak larat sangat ni bang. Kepala Ayla macam pening la. "

"Ha'ah Aizad, lebih baik kamu bawak Ayla rehat dalam bilik. Dia tak larat sangat tu." arah Mak Nani.

"Okey mak." Aizad terus bangun lalu membawa Layla masuk dan berehat di dalam bilik sahaja. Manakala mereka pula masing-masing buat haluan sendiri.

Tubuhnya dilabuhkan di atas katil sambil duduk. Aizad pula duduk di sebelah isterinya.

"Sayang okey tak ni?" tanya Aizad. Dia risau jika apa-apa terjadi pada isterinya.

"Ayla okey." itu saja dia mampu berkata.

"Okey apanya sayang, tadi dah muntah lagi. Kita pergi klinik la ye?" Layla menoleh lalu angguk lemah. Mereka terus bersiap.

Setelah mereka bersiap dan keluar dari bilik, mereka menuju ke ruang tamu.

"Kamu nak pergi mana?" tanya Pak Musa, ketika itu dia sedang menikmati pemandangan.

"Nak bawak Ayla pergi klinik, dia dah teruk sangat bila Zad tengok dia."

"Oh... Kalau macam tu pakai kereta abah tu. Nah ni kuncinya." kunci kereta itu diberi kepada menantunya.

"Eh tak apa la abah, Zad pakai kereta Zad la."

"Alah kereta kamu tu biar je kat sini, kamu pakai je kereta abah tu."

Dia berasa segan mahu meminjam kereta bapa mertuanya. Tetapi bapa mertuanya memaksa dia meminjam kereta bapa mertuanya. Dia terpaksa mengikuti kata-kata bapa mertuanya.

"Okey abah. Kami pergi dulu." jawabnya sambil menyarung kakinya ke dalam kasut, lalu mereka bersalam tangan Pak Musa.

"Yalah elok-elok..." pesan Pak Musa, setelah mereka bersalam tangannya.

"Baik abah."

Kereta yang dipandu oleh Aizad lalu terus hilang dari pandangannya.

Sampai sahaja di klinik kesihatan, mereka terus melangkah turun dari perut kereta lalu Aizad menekan butang kunci kereta. Mereka terus berjalan masuk ke dalam klinik kesihatan lalu Aizad mengambil dompet Layla di dalam beg tangannya dan mengeluarkan kad pengenalan lalu mendaftar nama Layla di kaunter. Setelah mendaftar, mereka melabuhkan punggung mereka di atas kerusi sambil menunggu nombor dipanggil.

Setelah lama mereka menunggu, kini nombor mereka telah dipanggil dan berjalan masuk ke dalam bilik doktor. Kelihatan doktor wanita yang sedang menunggu pesakit.

Doktor mengangkat wajahnya lalu menyuruh mereka duduk, "Sila duduk."

Lalu mereka melabuhkan punggung mereka di atas kerusi, di hadapan doktor itu.

"Siapa nama puan?" tanya doktor wanita itu.

"Nur Layla Adilya."

"Puan ada muntah lagi ke?" tanya doktor itu.

"Ada doktor, tapi sikit je la." doktor itu hanya angguk faham sahaja.

"Oh okey, boleh tak kita buat ultrasound?" Layla angguk lemah, lalu dia bangun dan baring di atas katil di situ.

"Dah nampak dah ni."

Aizad melihat di skrin itu, benar-benar jelas kelihatan di dalam skrin itu adalah anaknya di dalam kandungan isterinya. Dia berasa sangat teruja dan gembira kerana anak di dalam kandungan itu sangat sempurna.

"Ya Allah sayang, anak kita, sayang." Layla angguk senyum.

Setelah selesai pemeriksaan, dia bangun dari baringannya dengan perlahan lalu duduk semula di tepi meja doktor.

"Cuma saya nak pesan sikit, puan kena makan ubat, pastu kena banyak berehat. Jangan buat kerja rumah."

"Ah kerja rumah tu biar saya je yang buat, doktor." doktor wanita hanya angguk faham sahaja.

Layla angguk lalu berkata, "Baik doktor, terima kasih."

"Sama-sama." mereka terus bangun dan keluar dari bilik doktor lalu mereka pulang ke rumah.

Sampai di depan rumah, mereka terus masuk lalu memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah mereka melangkah masuk.

"Waalaikumsalam. Ha macam mana? Okey?"

"Alhamdulillah semuanya okey." jawab Aizad.

"Alhamdulillah..." ucap mereka serentak.

"Kandungan macam mana pulak?" tanya Mak Nani.

"Alhamdulillah kandungan Ayla pun okey, baby pun sihat." beritahu Layla sambil memegang perutnya yang semakin hampir membulat.

"Alhamdulillah, lega hati mak." lega Mak Nani mendengarnya.

"Ha Aizad, mak nak pesan sikit ni, kamu kena selalu tengokkan anak mak ni sebab dia ni selalu rajin tolong mak kat dapur, jadi angah tak boleh nak tolong mak dah la sebab angah mengandung." ujar Mak Nani.

"Baik mak." jawabnya lalu mereka menuju ke bilik.

Waktu malam yang penuh bersinar, mereka sedang menonton televisyen bersama di ruang tamu. Manakala Mak Nani dan Taniya pula di dalam dapur sedang menggoreng jemput-jemput pisang. Selesai sudah menggoreng, Taniya membawa besen berisi jemput-jemput pisang tadi menuju ke ruang tamu lalu diletak di atas meja.

"Ayla nak cekodok pisang?"

"Nanti la Ayla ambik, kan panas lagi tu."

"Huuuu panas... Panas!" perih Aizad apabila jemput-jemput pisang yang dipegangnya itu masih panas berasap.

"Elok-elok Aizad, panas lagi tu." pesan Mak Nani.

Mulutnya terus meniup jemput-jemput pisang sehingga suam lalu dibalut dengan tisu dan gigit dengan perlahan.

Sungguh sedap rasanya jemput-jemput pisang itu.

Setelah lama mereka menonton televisyen, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Masing-masing terus masuk ke dalam bilik dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience