PADA keesokan harinya, mereka bangun pagi dan bersiap untuk pergi bersarapan pagi di kafe hotel. Di dalam kafe itu, kelihatan ramai orang di situ sedang menjamu selera. Mereka terus melayan diri sambil mencedok pelbagai jenis makanan yang ada di dalam bekas itu. Setelah mereka melayan diri, mereka terus berjalan menuju ke meja di belakang sedikit. Lalu mereka duduk dan membaca doa makan. Selesai amin membaca doa makan, mereka mula menjamu selera.
"Sayang..." panggil Aizad.
"Mm?"
"Lepas makan ni, kita pergi jalan-jalan nak?"
"Boleh jugak." jawab Layla sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya lalu mengunyah.
Selesai mereka makan, mereka terus bangun dari kerusi lalu keluar dari kafe itu.
Sebaik mereka sampai saja di tempat itu, Aizad membayar kepada pemandu teksi itu dengan harga 40 dirham. Lalu mereka terus turun dari teksi. Kini mereka sudah berada di Muzium Dubai. Lalu mereka terus masuk ke dalam muzium itu lalu membayar di kaunter muzium. Setelah mereka membayar, mereka terus berjalan sambil melihat gambar, patung, harta peninggalan dan lain-lain. Layla bercadang mahu menangkap gambar bersama suaminya. Setelah menangkap beberapa gambar, semuanya kelihatan cantik. Lalu mereka terus keluar dari muzium itu.
Kini mereka sudah sampai di Masjid Dubai yang sangat cantik. Lalu mereka terus melangkah masuk ke dalam masjid itu yang kelihatan sangat luas dan besar. Rekaannya sangat cantik. MasyaAllah! Setelah mereka puas melihat sekeliling dalam masjid, lalu mereka terus melangkah keluar dari masjid itu lalu mereka pulang ke hotel semula.
Selesai mereka membersihkan diri, mereka berehat sekejap untuk merehatkan tubuh yang kepenatan. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi azan dari masjid menandakan telah masuknya waktu zuhur.
"Abang, dah zuhur dah. Jom la solat."
"Jom."
Selesai mereka sudah mengambil wuduk, dia mencapai telekungnya lalu memakai dan menghampar sejadah di atas lantai lalu mengerjakan solat fardu zuhur. Selesai dia sudah mengerjakan solat fardu zuhur, dia terus bangun lalu melihat sejadah dan telekungnya.
Setelah mereka puas tidur akibat kepenatan, tiba-tiba dia terdengar bunyi azan dari masjid menandakan telah masuknya waktu asar. Dia terus bangun lalu memandang isterinya masih lagi tertidur. Dia segera mencapai telefonnya lalu melihat jam di skrin telefonnya menunjukkan sudah pukul 4.30 petang. Dia terus bangun dan mandi. Selesai dia sudah mandi, dia terus mengejutkan isterinya dari tidur.
"Sayang... Bangun,"
Perlahan-lahan matanya dibuka lalu melihat suaminya sudah mandi dan bertutup dengan tuala. Terkejut wajahnya apabila melihat dada suaminya yang tegap itu.
"Kejut Ayla! Abang ni kan." marah Layla lalu bangun.
"Kenapa?" tanyanya sambil melihat dadanya sendiri yang basah kuyup.
"Terkejut Ayla tengok tahu tak, tengok badan abang sado macam tu. Malu Ayla tau." ujar Layla sambil wajahnya ditutup dengan kedua-dua tangannya.
"Apa yang nak malunya, badan abang je kot. Nak malu apanya. Apa la Ayla ni." ujar Aizad.
"Yalah terkejut Ayla, eee abang ni lain kali tutup la sikit badan abang tu dengan tuala ke. Baru la tak nampak badan abang tu."
"Yalah yalah... Ni sayang dah mandi ke belum?"
"Belum."
"Kalau belum, pergi mandi lepas tu solat berjemaah dengan abang."
Layla dengan lajunya segera mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia terus mengelap badannya yang basah dengan menggunakan tualanya. Selepas itu, dia memakai telekung dan mereka mula mengerjakan solat fardu asar. Selesai mereka sudah mengerjakan solat fardu asar, Aizad bercadang tidak mahu keluar pada petang itu. Layla sekadar ikut sahaja kata-kata suaminya.
Malam itu, selesai saja mereka mengerjakan solat fardu isyak, mereka terus bersiap untuk pergi membeli-belah di pusat beli-belah Dubai.
Sampai sahaja di pusat beli-belah, mereka terus berjalan masuk ke dalam pusat itu. Mereka kini menyinggah di kedai baju dan memilih baju untuk dibeli. Baju yang mereka membeli itu sangat murah. Sungguh berbaloi harganya! Setelah mereka memilih baju, mereka terus menuju ke kaunter untuk membayar.
"Thank you! Please come again!" ucap juruwang itu kepada mereka berdua. Mereka hanya sekadar senyum sahaja. Lalu mereka terus keluar dari kedai baju.
Lalu mereka menyinggah di kedai menjual keychain. Semua keychain kelihatan cantik lalu mereka memilih yang mana mereka suka. Setelah mereka memilih keychain, mereka terus membayar lalu keluar dan terus pulang ke hotel.
Setelah mereka menukar pakaian, mereka hanya bermain telefon sahaja.
"Sayang..."
"Ya abang?"
"Abang rasakan abang nak surprise la kat mama sebab tak lama lagi kan kita nak balik dah esok."
"Bagus jugak tu bang... Nanti kalau kita balik, mama mesti terkejut punya. Hehehe."
"Dah la jom kita tidur..."
"Okey..."
SETELAH mereka berbulan madu di Dubai selama 4 hari 3 malam, mereka telah sampai di Malaysia pada jam pukul 5.40 petang. Sebaik mereka sampai di depan rumah Datin Azimah, mereka terus turun dari teksi lalu mereka memberi salam.
"Assalamualaikum." ucap Aizad sambil menekan loceng.
"Waalaikumsalam." jawab Mak Lina lalu membuka pintu rumah dan muncul kedua-dua wajah Aizad dan Layla di depannya.
"Selamat pulang tuan, puan. Sila masuk."
"Terima kasih." Mak Lina terus mencapai beg roda milik mereka lalu membawa masuk ke dalam rumahnya.
"Mama mana Mak Lina?" tanya Aizad.
"Datin ada kat atas, nak Mak Lina panggil dia ke?" tanyanya lagi.
"Eh tak payah la Mak Lina, kitaorang balik ni saja nak surprise kat mama." beritahu Aizad.
"Oh kalau macam tu, tak apa la. Jom Mak Lina bawakkan beg ni ke atas."
"Eh tak apa la Mak Lina, biar Zad je yang angkat beg ni. Beg ni bukannya berat mana pun."
"Okey la Mak Lina ada kerja sikit kat dapur." mereka angguk lalu Aizad membawa kedua-dua beg roda naik ke atas lalu masuk ke dalam bilik dan berehat.
Malam itu, Aizad bercadang mahu membuat kejutan kepada ibunya kerana mereka sudah pulang dari Dubai tadi. Lalu mereka terus turun, kelihatan Datin Azimah sedang menonton televisyen bersama tok mommy.
"Mama..."
Datin Azimah seolah-olah dia dipanggil oleh anaknya. Lalu dia terkejut kerana anak dan menantunya sudah pulang.
"Eh. Dah balik dah? Bila masa balik? Tak bagitahu pun nak balik sini." ujar Datin Azimah apabila mereka bersalam tangannya dan juga tok mommy.
"Ha'ah bila pulak sampainya? Pukul berapa sampai tadi?" tanya tok mommy pula.
"Pukul lima petang tadi kitaorang sampai."
"Oh..." jawab mereka serentak.
"Tak bagitahu pun."
"Saja kitaorang nak surprise."
"Mmm..."
Tiba-tiba muncul pula kelibat Dato Hashimi.
"Papa..."
"Baru sampai ke tadi?" tanya Dato Hashimi lalu mereka bersalam tangannya. Lalu dia duduk di sebelah isterinya.
"Dah lama dah pa, pukul lima lebih kitaorang sampai." beritahu Layla pula. Dato Hashimi sekadar faham sahaja.
"Kenapa tiba-tiba je balik?" tanyanya lagi.
"Diaorang kata nak surprise kat kita, bang. Sebab tu diaorang balik sini tak bagitahu kita." beritahu Datin Azimah pula kepada suaminya.
"Oh patut la."
Mereka sekadar senyum sahaja. Suasana di ruang tamu hanya ditemani dengan skrin televisyen sahaja.
Share this novel