SELEPAS dia bangun dan selesai sudah dia mandi, dia terus bersiap dan duduk di hadapan meja soleknya. Apabila ingin memakai, tiba-tiba barangnya sudah habis dipakai.
"Alamak! Deodoran aku dah habis! Nak kena pergi beli la pulak." rungut Layla.
Selesai dia sudah bersiap, dia terus menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.
"Eh Ayla, nak pergi mana pulak ni?" tanya Datin Azimah hairan.
"Ayla nak beli barang sikit." jawab Layla. Datin Azimah sekadar faham sahaja.
Telefonnya dikeluarkan dari dalam beg tangannya lalu mencari nombor telefon Aizad dan membuat panggilannya.
"Helo sayang..."
"Helo abang, boleh tak Ayla nak pinjam kereta abang kejap?" pinta Layla.
"Ayla nak buat apa pinjam kereta abang?" tanya Aizad hairan.
"Ayla nak beli barang sikit ni, barang Ayla dekat meja dah habis."
"Tapi Ayla pandai ke bawak kereta?" tanya Aizad lagi.
Terasa berat mulutnya kerana tidak tahu mahu memberi jawapan apa pada suaminya.
"Tak apa la abang..." lalu panggilannya ditamatkan dengan begitu saja. Aizad sedikit hairan dengan tindakan isterinya kerana menamatkan panggilan dengan begitu saja.
"Ha Ayla, kenapa tak pergi lagi? Kata nak beli barang." ujar Datin Azimah apabila kelibat Layla masih di situ juga, tidak keluar juga.
"Ayla sebenarnya tak pandai la nak bawak kereta, boleh tak mama teman Ayla kejap?" pinta Layla.
"Laa yeke? Tunggu kejap, mama pergi ambil beg." jawabnya lalu menaiki laju menuju ke biliknya dan mencapai beg tangannya.
Tidak lama kemudian, muncul semula Datin Azimah. Lalu mereka terus keluar dari rumah dan menuju ke pusat beli-belah dengan menaiki kereta milik ibu mertuanya.
Semasa dia dan ibu mertuanya sedang berjalan, tiba-tiba ternampak kelibat Irisa di situ.
"Eh kak Irisa... Akak buat apa kat sini?" tanya Layla apabila melihat Irisa sedang bermain telefon.
"Kau? Kau buat apa kat sini?" tanya Irisa pula.
"Ni ha mama teman Ayla beli barang. Yang akak tu pula buat apa kat sini?"
"Kau boleh tak jangan nak panggil aku akak, jijik aku dengar! Aku bukan kakak kau!" marah Irisa.
"Kenapa Ayla tak boleh panggil akak? Ayla kan muda lagi. Kena la panggil akak. Rasanya tak salah kot kalau nak panggil akak kan? Betul tak mama?" ujar Layla sambil menoleh ke arah wajah ibu mertuanya. Datin Azimah angguk setuju dengan kata-kata menantunya itu.
Kata-kata Layla itu sudah membuatkan telinganya bertambah cair. Jijik sungguh perkataan 'kakak' itu. Lalu anak matanya memandang ke arah perut Layla yang masih belum membesar.
"Kau mengandung ek?" tanya Irisa tiba-tiba.
"Eh macam mana akak boleh tahu yang Ayla ni mengandung?"
"Oh kau mengandung rupanya. Kau mengandung anak siapa?"
"Anak abang Aizad."
Dia mendengarnya sudah membuatkan dia berasa marah dan panas hati. Dia benar-benar tidak sangka Layla kini sudah hamil apabila anak di dalam perut Layla itu adalah anak Aizad.
"Jadi memang betul la kau mengandung anak haram kan?"
Kata-kata Irisa itu telah membuatkan dia terkejut dengan ayat Irisa yang diberi 'anak haram' kepadanya. Sungguh dia tidak sangka, sanggup Irisa berkata anak di dalam perutnya itu mengatakan anaknya adalah anak haram.
"Akak cakap apa ni? Anak dalam perut Ayla ni anak abang Aizad tau, bukan anak haram. Mulut akak tu jaga sikit ek, jangan sampai saya report kat suami saya."
"Kau nak report? Pergi la report, ingat aku takut ke? Aku tahu anak dalam perut kau ni belum tentu anak Aizad, entah-entah anak haram!"
Pang! Terus pipinya ditampar oleh Layla. Datin Azimah terkejut melihat tindakan menantunya apabila Layla menampar Irisa kerana menghina anak Layla.
Terasa perit pipinya akibat ditampar oleh Layla. Layla melihatnya sedang menahan sabar dan geram.
"Akak jangan nak hina anak Ayla! Anak ni bukan anak haram!" jerkah Layla sambil meninggikan suara.
"Pandai tampar aku ek sekarang kau, kau ingat kau dah hebat la ye. Kau jangan perasan sangat la Layla! Aku sebenarnya benci tengok muka kau! Kau tu tak layak dengan Aizad! Aku yang layak untuk dia! Bukan kau! Kau tu perempuan kampung! Tak sedar diri!" tengking Irisa.
"Irisa!" jerit Datin Azimah pula. Sungguh dia tidak sangka, sanggup Irisa berkata begitu kepada menantunya.
"Kenapa kamu cakap macam tu kat Ayla? Kamu tahukan Ayla ni baru je mengandung, yang kamu ni suka-suka nak hina menantu mak long ni dah kenapa hah Irisa?" jerkah Datin Azimah.
"Mak long ingat menantu mak long ni suci sangat ke? Ris ni dah lama bencikan perempuan ni! Sebab perempuan ni tak layak jadi menantu mak long!"
Dengan berasa tidak tahan dengan kata-kata anak saudaranya, kali ini dia pula menampar Irisa. Pang! Irisa tergamam apabila ibu saudaranya sanggup menamparnya. Layla pula sekadar melihat saja Irisa ditampar oleh ibu mertuanya.
"Kenapa mak long tampar Ris? Betul la kan apa yang Ris cakap ni memang betul!"
"Kenapa kamu sanggup cakap macam tu depan mak long? Mak long dah lama sabar dengan perangai kamu Irisa. Sampai hati kamu hina Ayla ni tak layak jadi menantu mak long! Kamu ni apa nak jadi hah perangai! Mak long tak tahu la!" ucap Datin Azimah sambil menangis.
"Tepi!" Irisa terus berjalan laju lalu meninggalkan Datin Azimah dan Layla di situ.
Sampai saja di rumah, Datin Azimah terus berlari masuk ke dalam bilik. Sungguh tergores hatinya kerana Irisa menghina Layla sebegitu!
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu lalu muncul wajah suaminya, Dato Saliman di muka pintu.
"Mah kenapa nangis ni?" tanya Dato Saliman sambil duduk di sebelah isterinya.
Kedengaran suara isterinya yang masih lagi menangis teresak-esak, lalu Dato Saliman memujuknya supaya berhenti menangis.
"Irisa bang."
"Kenapa dengan dia? Dia buat apa kat Mah? Sampai Mah nangis ni." tanya Dato Saliman lagi.
"Dia kata Ayla tak layak jadi menantu kita, bang."
Dato Saliman berasa sangat terkejut dengan kata-kata isterinya itu. Sungguh kecewa hatinya bagai dihiris dengan sembilu.
"Astaghfirullah al-azim..."
"Sudah la tu Mah, jangan la nangis." pujuk Dato Saliman sambil memeluk tubuh isterinya erat.
Layla pula tidak sangka Irisa sanggup berkata begitu kepada ibu mertuanya. Tidak layak menjadi menantu Datin Azimah? Dan dia menghina anaknya adalah anak haram? Benci sangatkah Irisa pada Layla? Sampai bilakah Irisa terus-menerus membencinya? Tiba-tiba air matanya turut mengalir ke pipi.
"Ya Allah Yang Maha Mengasihani! Apa salah anakku? Apa dosa anakku ya Allah? Benci sangat ke dia kat aku? Ya Allah kau kuatkanlah imanku ini ya Allah!"
Telefonnya dicapai dari dalam beg tangannya lalu mencari dan menekan nombor telefon ibunya.
"Assalamualaikum mak." ucap Layla di dalam panggilan.
"Waalaikumsalam ngah, ada apa kamu telefon mak ni?" tanya Mak Nani hairan.
"Angah ada surpise nak bagitahu mak ni."
"Apa dia ngah? Bagitahu la apa yang surprise sangat tu?"
"Angah mengandung mak." beritahu Layla. Mak Nani terkejut seolah-olah seperti mimpi, benarkah anaknya sedang hamil?
"Mengandung? Betul ke ni ngah?"
Layla angguk sambil berkata, "Betul mak."
"Alhamdulillah!"
Mereka terkejut dan menjadi hairan apabila melihat wajah ibunya begitu gembira sekali.
"Mak, kenapa ni mak?" tanya Taniya ingin tahu.
"Shh!"
"Ala mak ni. Orang nak tahu pun tak boleh."
"Ye la, Waalaikumsalam."
"Kenapa ni mak? Bukan main happy lagi tengok mak macam tu." ujar Taniya.
"Angah kamu mengandung." beritahu Mak Nani kepada anak-anaknya.
"Hah yeke mak? Betul ke ni kak ngah mengandung?"
Akhirnya, mereka tidak sabar mahu menjadi ibu dan bapa saudara. Tidak sangka, Layla kini sedang hamil.
"Iye la, takkan la mak nak tipu korang pulak. Betul la angah telefon mak tadi."
"Kenapa tu?" tanya Pak Musa pula hairan melihat isterinya yang gembira semacam.
"Sini bah, sini sini."
Setelah Taniya berbisik di telinga bapanya, Pak Musa begitu terkejut apabila dia mendapat tahu bahawa anaknya kini sedang hamil.
"Betul ke angah mengandung?"
"Alhamdulillah!" ucapnya sambil mengaminkan doa.
"Tak sabarnya nak jadi atok." ucap Pak Musa. Lalu pergi.
"TAK guna!" jerit Irisa sambil membaling beg tangannya.
"Dah berani ek kau perempuan! Kau tunggu la kau perempuan!"
Punggungnya dilabuhkan hempas di atas katil.
Telefonnya dikeluarkan dari dalam beg tangannya lalu mencari nombor telefon Aizad dan membuat panggilan.
"Helo..."
"Helo Zad..."
"Nak apa telefon abang ni?" tanya Aizad.
"Zad, you nak tahu tak isteri you tampar I. Sakit tahu tak!" ujar Irisa sambil memegang pipinya masih lagi merah.
"Ris buat apa kat dia hah sampai dia tampar muka Ris?"
"You nak tahu tak isteri you tu mengandung anak haram tau."
"Hei! Ris cakap apa? Ulang balik!"
"Isteri you tu mengandung anak haram!"
"Hei kau jangan nak hina anak aku macam tu ek! Kang tak pasal-pasal muka kau tu aku tumbuk muka kau sampai lebam aku kerjakan!" tengking Aizad sambil menggenggam tangannya dengan kuat erat.
Rasa mahu saja dia menumbuk muka Irisa kerana sudah lama dia menyimpan kegeramannya terhadap Irisa.
"What? Betul kan I cakap, isteri you tu mengandung anak haram!"
"Irisa!" jerit Aizad dengan sekuat suaranya.
"You jangan jerit-jerit dengan I boleh tak? Sakit telinga I ni tau!"
"Kau ingat ek, lagi sekali kalau kau cakap macam tu kat isteri aku. Aku takkan maafkan kau Irisa! Sampai bila-bila pun aku tak maafkan kau!" terus panggilannya ditamatkan dengan begitu saja.
"Helo... Helo..."
"Eeeeeeeeeeee!"
Aizad pula cuba menahan sabar tetapi tidak boleh. Dia tidak boleh mengawal emosinya kerana Irisa terlalu melampau akibat menghina anaknya anak haram.
Share this novel