SELAMA Aizad mengambil cuti beberapa hari, dia perlu meluangkan masa bersama isterinya Layla kerana esok hari Isnin dia akan mula bekerja di pejabat miliknya. Jadi buat masa sekarang ini dia perlu meluangkan masa bersama isteri kesayangannya.
"Good morning mama." ucap Layla apabila muncul ibu mertuanya.
"Good morning." jawab Datin Azimah sambil duduk di atas kerusi makan. Lalu menyedok kuetiau goreng ke atas pinggannya.
"Zad bila kamu nak kerja balik? Mama rasa kamu dah lama sangat cuti ni." ujar Datin Azimah sambil mengunyah kuetiau goreng di dalam mulutnya.
"Buat masa ni Zad nak luangkan masa dengan Ayla dulu. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, mungkin esok la kot Zad kerja." beritahu Aizad.
Datin Azimah hanya sekadar faham sahaja, lalu menyambung makan kuetiau goreng.
"Sayang..."
Wajahnya terus menoleh ke arah wajah Aizad.
"Apa kata lepas zuhur ni kita keluar nak?"
"Pergi mana?"
"Tempat yang special sikit, tempat dia memang best tau."
"Kat mana tu?"
"Ada la..."
"Ala bagitahu la kat mana tempat tu?" rayu Layla, dia mahu tahu di manakah tempat itu.
"Mana boleh bagitahu sekarang. Nanti sayang tahu la kat mana tempat tu."
Wajahnya terus menjadi merajuk kerana Aizad tidak mahu memberitahu di manakah tempat itu.
"Sayang merajuk ke?" tanya Aizad.
"Yalah abang tak nak bagitahu kat Ayla." jawab Layla sambil bangun dan mengambil pinggannya menuju ke dapur. Serta Aizad juga bangun dan menuju ke dapur.
Selepas itu, dia terus menaiki tangga menuju ke bilik dengan wajahnya masih lagi merajuk. Aizad pula terus mengejar Layla sehingga mereka masuk ke dalam bilik.
"Sayang jangan la merajuk, tak comel nanti muka Ayla tu." pujuk Aizad sambil menyentuh kedua-dua bahu isterinya.
Layla sempat menepis kedua-dua bahunya yang disentuh oleh suaminya.
"Okey la kalau macam ni abang pun merajuk la." Aizad terus memeluk tubuh lalu memandang ke arah lain.
"Merajuk merajuk la, ingat Ayla kisah sangat ke?"
Dia tahu Aizad hanya pura-pura merajuk saja. Bukannya merajuk betul pun.
"Abang pura-pura merajuk je kan?" tanya Layla.
"Eh tak la, abang merajuk betul-betul ni." jawab Aizad.
"Tak payah nak tipu Ayla, bang. Ayla tahu abang pura-pura je kan?" tanyanya lagi sambil memandang belakang.
"Tak, betul."
"Okey tak apa kalau macam tu tak payah pergi."
Belum sempat dia bangun, tangannya ditahan oleh Aizad.
"Eh kena pergi jugak."
"Ha tahu pulak. Bagitahu kat mana tempat tu?"
"Kat KL."
"KL?"
"Tapi sayang janji dengan abang, jangan merajuk lagi tau."
"Dan abang pun kena janji dengan Ayla, apa-apa kalau nak keluar ke bagitahu Ayla tau."
"Yalah yalah..."
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi azan zuhur. Kini telah masuk waktu solat zuhur.
"Eh bang, dah zuhur la. Jom kita solat zuhur sama-sama.
"Jom."
Selepas mereka mengerjakan solat zuhur, mereka terus bersiap dan menuruni ke ruang tamu.
"Nak pergi mana siap-siap ni?" tanya Datin Azimah, ketika itu dia sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Nak pergi jalan-jalan." jawab Aizad.
"Mmm pergi jalan-jalan saja kamu ni ek. Balik tu jangan lewat tau." pesan Datin Azimah kepada mereka sebelum mereka melangkah keluar.
"Okey ma." jawabnya sambil mereka melangkah keluar lalu memakai kasut.
Setelah mereka masuk ke dalam perut kereta lalu Aizad menghidupkan enjin keretanya. Setelah enjin keretanya dihidupkan, Aizad meneruskan memandunya menuju ke tempat itu.
Apabila sebaik mereka sampai di tempat itu, mata Layla seolah-olah terkejut melihat tempat itu.
"Eh ni ke tempatnya yang suami aku cakap tu?" gumam Layla. Dia sendiri tidak tahu tempat apakah itu.
Sebaik kereta Aizad sudah diletak parkir, mereka terus turun dari perut kereta lalu Aizad menekan butang kunci keretanya.
"Abang, ni ke tempatnya?" tanya Layla sambil mereka berjalan.
"Yalah, kenapa?"
Kepalanya geleng sambil berkata, "Tak ada apa-apa la."
"Dah jom."
Setelah mereka membayar untuk masuk, lalu mereka terus melangkah masuk ke dalam Times Square. Kelihatan ramai orang di sana dan di situ sedang berjalan-jalan ke arah sana dan sini.
"Ramai betul orang, bang." ujar Layla apabila dia pertama kali melihat tempat itu.
"Biasa la hari cuti memang ramai orang pergi sini." beritahu Aizad. Layla sekadar faham sahaja.
"Ayla dah tahu abang memang nak bawak Ayla ke sini kan?" tanyanya sambil memandang wajah suaminya di sebelahnya.
"Ha'ah memang abang nak bawak Ayla ke sini."
"Dah la jom."
Setelah puas mereka berjalan-jalan di sekeliling Times Square, mereka ingin makan di luar. Lalu mereka menyinggah kedai untuk membeli kudapan. Setelah mereka membeli kudapan, mereka terus duduk di situ.
"Macam mana Ayla, best tak pergi Times Square?" tanya Aizad.
"Best."
"Lepas ni kita pergi tempat lain pulak ye."
"Tempat mana?"
"Nanti la abang fikir ye."
Selepas mereka makan kudapan, lalu mereka menyambung perjalanan mereka sehingga ke waktu hampir senja.
Setelah sampai di perkarangan rumah, mereka terus masuk dengan memberi salam.
"Assalamualaikum." ucap Layla apabila Aizad membuka pintu rumah.
"Waalaikumsalam." jawab Aizad pula, lalu menutup pintu rumah.
Mereka terus menaiki anak tangga menuju ke bilik lalu mengerjakan solat maghrib.
Setelah mereka mengerjakan solat maghrib, mereka terus menuju ke ruang makan kerana makan malam sudah siap dihidangkan. Lalu mereka membaca doa dan mula menjamu selera. Selesai mereka menjamu selera, Layla dan Aizad terus menaiki ke bilik.
"Alhamdulillah." ucapnya apabila dia sendawa.
"Kenyangnya."
"Alhamdulillah abang pun kenyang jugak ni."
"Kan?"
Masing-masing buat haluan sendiri. Setelah itu, mereka terus tidur.
KEESOKAN paginya, apabila cahaya matahari memasuki kamarnya, dia membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang isterinya tiada di sebelahnya. Dia sudah tahu isterinya sedang menyiapkan sarapan untuknya. Lalu dia melihat jam sudah pukul 8 pagi. Dia segera bangun lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Selesai dia sudah mandi, dia terus bersiap memakai baju kerjanya. Setelah siap, dia terus laju menuruni menuju ke ruang makan.
"Good morning bang."
"Good morning sayang."
"Wanginya... Abang pakai minyak wangi apa ni? Wangi sangat la bau ni." ujar Layla apabila dia terhidu bau wangian pada baju kerja suaminya.
"Wangi sangat ke sayang?" tanya Aizad.
"Ye wangi sangat-sangat."
"Abang pakai minyak wangi biasa je."
"Mmm jom la, Ayla dah siapkan breakfast untuk abang."
"Wow sayang..." lalu Aizad duduk di kerusi makan.
Selesai mereka membaca doa makan, mereka mula menjamu selera.
Tidak sempat dia menghabiskan makanannya, dia sudah hampir terlambat.
"Okey la abang nak pergi kerja dah ni."
"Eh roti tu kenapa abang tak habiskan?" tanya Layla apabila melihat roti yang dimakan oleh Aizad tidak habis, cuma sedikit saja dia menggigit roti itu.
"Abang dah lambat ni nak pergi kerja."
"Okey." Layla terus bersalam tangan suaminya sebelum Aizad pergi.
"Bye sayang."
"Bye abang."
Sebaik dia sampai di depan pejabat, dia terus turun dari perut Vellfire lalu dia terus berjalan masuk ke dalam pejabat.
Setelah hampir waktu senja, dia terus mengemas meja kerjanya lalu dia bangun dan melangkah keluar dari kawasan pejabatnya. Sampai saja di perkarangan rumahnya, dia keluar dari perut Vellfire.
"Assalamualaikum." ucap Aizad setelah dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam." jawab Pak Ayub lalu pintu rumah ditutup.
Lalu dia terus menaiki menuju ke biliknya.
"Assalamualaikum sayang." ucap Aizad.
"Eh bang, waalaikumsalam." jawabnya lalu bersalam tangan suaminya.
"Sayang tengah buat apa?" tanya Aizad.
"Ayla main telefon je tadi." Aizad hanya sekadar faham sahaja.
"Eee busuk la abang ni!" ujar Layla apabila dia terhidu bau masam. Lalu hidungnya ditutup.
"Busuk?"
Setelah dia menghidu bau bajunya, ya memang busuk bajunya.
"Pergi mandi la bang! Ayla tak tahan dengan bau ni, rasa nak muntah."
"Eleh..." lalu dia bangun dan menanggal pakaiannya segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
Malam itu, suasana sunyi-sepi sahaja. Cuma hanya mereka ditemani dengan angin yang cukup sejuk di luar belandanya.
Share this novel
Eh² dia pun nak merajuk jugak