Bab 1

Action Series 305

Sebuah trak berhenti di tepi jalan berhadapan dengan sebuah Perodua Ativa merah, keluar sahaja lelaki bertopi hijau dari trak dia tertawa pada lelaki berusia 26 tahun itu yang dah menunggunya dari tadi sambil menyilang tangan.

“Hahaha! Adik tunggu abang ke dik? Tayar pancit?” Ardi ketawa mengekek saat melihat wajah bengang teman rapatnya sejak sekolah rendah itu.

“Apa pasal kau tak hantar pekerja kau je jemput aku? Kata banyak sangat kerja kat bengkel tu,” sindir Bunyamin atau nama timangannya dengan orang terdekat Bun.

Ardi memeriksa keadaan tayar kereta baru Ardi yang baru dibelinya 2 minggu yang lalu.

“Tukar tayar je ni, naiklah dulu.” Nada Ardi memujuk.

“Hantar aku kat klinik,” arahnya tanpa mempedulikan bebelan Ardi.

Agak lambat Bun sampai ke klinik haiwan pada hari ini, mujur sajalah pesakit yang buat temu janji dengannya tak banyak karenah.

“Owowoooooo. Owoooooo!”

Seekor anjing Husky menyalak ketakutan memandang picagari di tangan Bun, “Dah siap dah pun.”
Kata Bun sambil menggeleng pada anjing yang kuat drama itu.
Selesai saja kerjanya pada hari ini, tangan disertu sebelum mengemas meja.
Yang datang buat temu janji tak ramai sangat, tapi pesakit biasa ramai.

“Dr., nak saya tumpangkan ke?” tanya salah seorang pembantu veterinar disitu.

“Saya naik tren,” pendek saja jawapannya.

Pembantu Veterinar hanya sekadar angguk, benarlah kata staf di klinik ini. Dalam banyak-banyak doktor, Dr. Bunyamin saja yang kurang bercakap dan berbual. Dia hanya bercakap bila perlu saja, tapi dengan haiwan dan tuan haiwan bukan main mesra lagi. Mungkin masih berat hati dengam keretanya yang rosak.

Bun menuju ke stesen LRT, sambil menambah nilai kad Touch ‘n Go di mesin layan diri dia berbual dengan Ardi dalam talian. “Paku? Tu jalan yang biasa aku dengan staf guna, macam mana boleh ada paku pula harini?”

‘Tahniah lah, dalam banyak-banyak orang kau juga yang kena. Ahahaha!’ tawa Ardi mengekek.

Bun mendengus bengang, kadnya disentuh ke mesin untuk masuk.

“Diamlah kau, bila boleh siap tu?”

‘Paling cepat 4 hari, sebab kena selesaikan kereta pelanggan lain juga ni.‘

“Ok, nanti bagitahulah berapa. Aku bayar Qr,” kata Bun sambil berlari masuk kedalam gerabak tren.

Disebabkan sesak dengan penumpang yang baru balik kerja, dia terpaksa berhimpit ditengah-tengah ruang.

‘Tapi kalau kau nak guna kereta aku dulu pun tak apa, aku pergi kerja naik motosikal.’

“Kau nak menyakitkan hati aku ke apa ni? Aku mana reti kereta manual,” Bun berkerut dahi, sekali lagi Ardi ketawakannya dengan nada mengejek. Dalam banyak-banyak orang, Ardi saja yang berani mengutuk dan mengejeknya.

Dalam sesak orang ramai, matanya tertatap pada seseorang yang berada di hadapan pintu antara kabin lain.

Wanita itu, mata wanita yang pernah melindunginya dulu. Mulanya dia tak pasti tapi tubuhnya bergerak menyelusuri kecelah-celah penumpang menuju kearah wanita itu untuk mendapat kepastian. “Di, kau ada contact tak dia?”

‘Huh, siapa? Bella?’

“Tak bukan! Kak Mar,” Bun hampir berjaya kearah wanita itu yang sekadar menunggu dan tertunduk sayu.

‘Kak Mar? Weh, aku dah lama tak jumpa dia. Sepatutnya aku lah yang tanya kau, bukan kau tanya aku!’

“Dia hilang, umi kata dia hilang jejak sejak 8 tahun yang lalu. Kau tak ada dengar berita apa-apa ke?” saat dia nak menggapai wanita itu, pintu gerabak tiba-tiba terbuka membuatkan dia hilang imbangan terus jatuh tertiarap ke lantai kabin depan.

‘Helo, helo! Kau dengar tak ni? Takkan marah sebab aku sebut nama Bella pula!’ risau Ardi.

Bebelannya tak diendahkan, sebab Bun berada didalam situasi yang aneh sekarang ini.

Setelah dia jatuh kelantai, ada seorang lelaki dan wanita masing-masing memakai sut hitam dan baju hujan lutsinar berwarna merah sedang duduk menunggu di bangku tak jauh dari sini.
Manakala wanita tadi melangkah masuk duduk di bangku kedua hadapannya.

Pintu kabin terkatup rapat, Bun cuba buka semula namun gagal. Dia mengalah terus duduk di bangku berhadapan dengan wanita tadi.

Wanita itu berpakaian sukan hoki, bajunya corak harimau Malaya dan dia memegang sebatang kayu hoki. Rambutnya gaya Wolfcut Long Tail, memakai kepala fon kepala warna kuning serta topeng mulut hitam buat Bun kurang jelas untuk lihat wajahnya. Dia juga memakai beg silang lusuh.
Tapi lihat dari cara dan gaya dia berjalan, dia kenal akan wanita itu.

“Kak…Akak!” panggil Bun namun tak diendah oleh wanita itu. Bukan kehadiran wanita ini saja yang buat dia ralit, si kembar bersut itu pun sama sebab asyik merenungnya dari tadi.

‘Woi! Kau ok tak tu?’ teriakan Ardi dari dalam talian mengejutkannya. Terus Bun jawab, “Weh aku rasa…” mata tak lekang dari wanita berbaju sukan hoki itu. “Aku dah jumpa Kak Mar.”

Talian dimatikan, fon dia simpan dalam beg galas sambil tersandar hilang rasa teragak-agak.

‘Akak, Kak Mar…Amara.’

Matanya menatap sayu pada wanita yang pernah melihatnya dengan cara yang sama dulu. Dia tak tahu kenapa wanita ini tak mahu bercakap dengannya, dia juga tak tahu kenapa wanita ini menutup bibir yang sering tersenyum ceria padanya dulu. Tetapi yang pasti, dia dah jumpa.

Tren berhenti, kini kosong dengan penumpang kecuali mereka berempat di gerabak berdekatan dengan kabin pemandu. LRT pun bergerak setelah pintu gerabak ditutup, seraya itu si kembar bersut bangun, masing-masing mengeluarkan senjata dari dalam sut membuatkan Bun membeliak mata terkejut dan meremang satu badan.

Bun mula rasa tak sedap hati, dia bangun dan cuba nak buka pintu antara gerabak sekali lagi namun terkunci rapat.
Dia mengetuk-ngetuk pintu sambil intai ketingkap, “Assalamualaikum! Ada orang tak kat sebelah sana?!”

Ternyata gerabak ini benar-benar kosong setelah stesen terakhir, hanya mereka yang tinggal dan tren ini bergerak agak laju dari biasa masuk ke lorong yang gelap.

Wanita berbaju Harimau Malaya melepaskan dua das tembakan pada kaki si kembar terus membuatkan Bun menekap telinga terkejut yang amat.

Kayu hoki pula dia hayun memukul ke arah tangan si kembar yang memegang senjata terus tercampak ke tepi, wanita bersut mengerut dahi marah terus melompat serang si wanita berbaju Harimau Malaya manakala lelaki bersut cuba mengejar Bun yang dengan kelirunya terus berlari sekeliling ruang.

“Woi, kenapa kejar aku?! Akak!” panggilnya panik. Bun melompat dan berlari dari satu bangku ke bangku yang lain.
Nampaknya tembakan pada kaki si lelaki bersut tak kena tepat jadi tak memudaratkannya untuk mengejar Bun.

Wanita bersut cuba menikam wanita berbaju Harimau Malaya dengan belati yang tersembunyi di kasutnya namun si baju Harimau Malaya lebih pantas mencucuk matanya dengan dua jari menyebabkan wanita bersut menjerit kesakitan.
Dengan kesempatan itu, tangan wanita bersut dipulasnya hingga pisau terlepas jatuh kelantai, dia tolak jauh-jauh pisau itu.
Ditolaknya wanita bersut itu hingga tercampak kelantai, kayu hoki dia ambil lalu dihayunkan ke kepala wania bersut terus pengsan.

Dia lihat situasi Bun pula, ‘Kenapalah kau masuk tadi?’

Pistol penembak elektrik dikeluarkan dari dalam beg silang, pengsanlah lelaki bersut itu setelah terkena renjatannya.

Bun asyik tersandar di sudut ruang gerabak terlalu terkejut dengan situasi yang mengelirukan ini, dia pandang wanita berbaju Harimau Malaya itu penuh tanda tanya.

Tiba-tiba pintu kabin pemandu terbuka, seorang staf keluar menghalakan sepucuk pistol pada wanita baju Harimau Malaya ingin menembaknya. Tak perasan Bun dari tadi berada di belakang, Bun terus menerkam peluk staf itu.

“Akak, lari kak!” teriak Bun risau.

Takut keadaan makin tak terkawal sebab pistol masih di tangan musuh, wanita itu mengeluarkan pula pistol damak. Dia menembak dan damak mengena ke dada staf itu terus jatuh pengsan atas riba Bun. Bun menolak staf itu ke tepi sambil mengelap telapak tangannya di seluar.

Tetapi tren masih bergerak tanpa pemandu, wanita berbaju Harimau Malaya masuk kedalam terus mengendalikannya dengan mudah sekali.
Tren berhenti mengejut membuatkan Bun jatuh terduduk, dia sekadar memerhati wanita itu dari luar sebab masih terkejut dengan si kembar yang entah datang dari datang tiba-tiba nak serang mereka berdua.

Tren bergerak mengundur kebelakang secara peralahan-lahan hinggalah tiba di stesen terakhir tadi, tren berhenti dan pintu terbuka.

Sempat Bun periksa si kembar yang yang dah tak sedarkan diri itu, mereka masih hidup. Wanita berbaju Harimau Malaya mengutip senjata dan kayu hokinya, dia kemudian mengangkat staf yang mengawal tren ini ke bahunya sebelum keluar meninggalkan Bun.

Bun juga keluar mengekorinya, “Tunggu! Apa yang jadi?” teriak Bun.
Pada masa yang sama, tercengang juga dia tengok wanita itu dengan mudahnya angkut staf lelaki itu di bahu

Wanita itu tak mahu mempedulikannya, yang penting dia nak dapatkan informasi daripada staf tren ini yang hampir-hampir membunuhnya.

“Tunggu, Amara!” teriaknya marah hingga bergema stesen dengan nama itu.
Nama yang asyik terpahat di hatinya, nama yang hampir pudar diingatan dan wajahnya setelah 8 tahun menghilang tanpa apa-apa pesanan.

Wanita itu akhirnya berhenti dan menoleh padanya penuh tanda tanya, matanya bergerak melihat Bun dari atas ke bawah.

Ya, dia kenal budak itu. Budak yang kini sudah menjadi seorang lelaki dewasa. Dan dia telah capai cita-citanya, terselit rasa bangga dihati.

“Amara…Mana kau pergi?” tanya Bun sekali lagi dengan jegilan, dia mahu lihat apa jawapan wanita yang telah meninggalkannya tanpa apa-apa pesanan atau tanda.

Ruang itu sunyi, hanya bunyi nafas mereka dan jantung yang masing-masing tak henti berdetak.

Bun melangkah mendekatinya, mulanya nak membebel tetapi dirinya terpaku setelah wanita itu bertindak mengusap kepalanya bagai kanak-kanak.
Hal itu membuatkan Bun berganjak kebelakang, dia rasa dirinya masih diperanak-anakkan.

Wanita itu mengeluarkan pistol bius tadi, damak dilepaskan tepat ke leher Bun terus jatuh pengsan.

Mata Bun kabur, memori lama mula hinggap ke minda. Memori yang sepatutnya penuh dengan duka di isi dengan warna-warni.

‘Aku nak bawa kau ke Pohon Beringin, aku nak kau memilikinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience