Mereka sekeluarga minum petang di ruang tamu sambil tonton televisyen. Makan pula cucur labu dan air the, gabungan paling mantap untuk seisi keluarga.
Bun tertarik dengan satu hiasan berbingkai di dinding, nampak macam keris tapi lonjong bulat.
“Pak cik, tu apa?”
Hj. Marzuki memandang ketempat yang ditunjuk oleh Bun, dia tersenyum bangga. “Oh, itu Badik Sengat Pari. Arwah tok pakcik punya tu.”
“Untuk apa?” dia tanya lagi.
Hj. Marzuki pun ambil bingkai itu lalu di buka, sarung badik dia buka memaparkan duri sengat ikan pari yang nampak bisa itu. Musa ikut serta. Tak pernah-pernah Hj. Marzuki buka bingkai senjata itu sebelum ini.
“Sebelum ni, arwah tok pakcik bagi pada isteri dia selepas kahwin,” beritahu Hj. Marzuki sambil membelek-belek badik itu. Masih utuh dan cantik ukirannya.
“Kenapa?” Musa tanya.
“Untuk pertahankan diri. Lelaki zaman dulu kerja kuat, terpaksa tinggal isteri kat rumah seorang diri waktu baru kahwin untuk cari rezeki. Dengan mana-mana senjata yang suami beri inilah yang jadi pelindung dia,” cerita Hj. Marzuki lagi.
Tersenyum saja Hj. Marzuki melihat mereka, sebab anak perempuannya tak layan sangat benda- benda macam ni.
Share this novel