Bab 27 : Rayuan

Action Completed 1933

Amara bangun dari tidurnya, ternyata hujan di luar agak lebat.

Mesti Naura yang membawanya ke sini sebab tertidur di pedati semalam, hari ini dia akan pastikan yang dia berjaya keluar dari sini.
Lagi lama dia hilang depan mata TuanDeris makin bahaya orang sekelilingnya.

Amara bangun lalu menuju ke ruang tamu, terkejut dia bila nampak Bun tengah duduk di kerusi sedang menunggunya bangun dari tadi.

“Assalamualaikum, Alang Kasturi,” ucap Bun dengan nada kecewa.

Amara tergamam mendengar gelarannya disebut keluar dari mulut Bun, anak matanya memandang pada sebuah fail yang dipegang oleh Bun.

Fail berisi segala maklumatnya, tentang apa yang terjadi padanya selama 8 tahun menghilang.

Amara kebingungan, tapi secara logiknya Bun bukanlah budak bodoh berbanding dia yang selalu masuk kelas corot dulu.

Masing-masing senyap, hanya bunyi deras hujan saja kedengaran diantara mereka.

Hati masing-masing gundah-gulana, bezanya Amara mengekalkan wajah boneka manakala Bun mengetap gigi rasa geram diselubungi rasa bersalah.

“Kau…8 tahun kau hilang rupanya kau hidup dengan binatang tu?” Bun menatapnya dengan mata yang berkaca, Amara nampak kemarahan di mata lelaki yang telah berjaya mengabaikan penderitaan kisah silam bersama uminya dengan kejayaan dan impian.

Kalau Bun dah tahu, apa boleh buat. Dengan siapa Bun ambil maklumat itu, Amara malas nak fikir. Masa tak boleh nak berputar kembali, Amara sudah menerima takdirnya nanti.

‘Bun, orang yang ada depan kau sekarang berniat untuk bunuh bapa kandung kau nanti. Kalau nasib aku selamat, aku tetap pergi dari dunia ini atas perbuatan yang dah aku lakukan selama ini,’ bisik hati Amara seakan-akan memujuk hati agar tekadnya kekal tanpa perubahan.

“Bagi beg aku Bun,” minta Amara.

Bun geram dengan perubahan serta tingkah lakunya sekarang ini, dia bangun sambil mencampakkan fail itu ketepi dengan kasar terus menghempas ke dinding habis kertas-kertas itu bertebaran ke lantai.

Amara tak menunjukkan apa-apa realsi sebaliknya tangan masih menghulur minta begnya.

“Kenapa…kenapa kau tak beritahu…?” tanya Bun tersekat-sekat suaranya sambil memandang ke wajah Amara yang bagai sudah hilang jiwanya itu.

“Apa guna, Bun?” balas Amara dengan nada hiba.

Bun menatap kedalam mata wanita yang telah berkorban seluruh hidupnya dibawah naungan si pembunuh adik, ibu dan sahabat karib demi kehidupan dia dan umi.

Rabak hatinya bila dah dapat tahu, rabak jiwanya dengan kesenangan yang telah dia miliki selama ini adalah di bawah penderitaan Amara yang tiada kena mengena diantara mereka anak-beranak.

Amara sekadar merenungnya dengan wajah kosong, sebab tiada apa yang boleh diubah dah. Ini saja kehidupan yang patut mereka teruskan.

“Macam mana dengan keluarga kau kalau dapat tahu?!” Bun bertanya serius agar Amara sedar tentang kehidupannya sendiri.

“Babah masih ada akak,” jawab Amara sambil menahan sebak menyebut panggilan keluarganya yang masih hidup itu.

“Aku? Aku dengan umi!” Bun separuh berteriak, air mata sudah mengalir deras.

“Ini bukan salah kau, Bun. Bukan salah kau,” kata Amara lagi agar Bun tak keliru diantara rasa bersalah dan rasa berbudi.
"Hentikan angan-angan dan niat kau tentang Pohon Beringin, kau tahu kan susah untuk umi diterima semula dalam keluarga itu.”

Tak ada sebab untuk Amara masuk ke dalam keluarga yang makmur itu, hubungan antara keluarga itu akan lebih kacau bilau kalau dapat tahu tentangnya nanti.

Siapa saja yang nak menerima orang yang dah bunuh orang masuk keturunan mereka?

Air mata Bun mengalir, dia terduduk di sofa rasa tak percaya yang nyawa Amara sekarang bila-bila masa saja boleh diragut oleh lelaki kejam itu.

Bun tak nak hal itu terjadi, dia tak mahu orang lain bersusah payah berkorban untuknya lagi.

“Kembali pada aku Amara, kembalikan Amara aku…” lafaz Bun dengan nada sebak membiarkan air matanya yang dipendam selama ini mengalir deras dihadapan Amara.

Amara yang mendengar terpaksa memejam mata, seakan-akan perit untuk menelan realitinya sekarang ini.
“Kau tak perlukan aku Bun, kau tak perlukan umi juga. Kau dah besar Bun,” balas Amara sedikit memujuk agar Bun faham akan situasi mereka sekarang.

“Apa aku pada kau Amara? Selama aku dan umi hidup dengan kau, kami ni apa?” tanya Bun dengan jegilan.

Amara mengetap bibir, “Kau? Kau adalah budak yang aku lindung dari pembuli, kau adalah budak yang aku suap waktu lapar, kau adalah budak yang selalu di belakang aku waktu bahaya datang, dan kau adalah budak yang aku cari setiap kali hilang. Itu kau pada aku,” jawapannya buat Bun rasa terhukum dengan kata-katanya sendiri.

Bun menatapnya dengan rayuan, tetapi Amara tetap dengan pendiriannya.

“Jangan sia-siakan apa yang aku korbankan selama ini Bun, teruskan kehidupan kau,” pujuk Amara lagi sambil meminta begnya dikembalikan.

Bun mengesat air matanya, dia bangun lalu kearah sebuah rak buku.

Laci paling bawah dia tarik buka, disitu rupanya beg Amara disimpan selama ini. Bun tak terus memberi sebaliknya memegang sambil menatap ke arah Amara.

“Kau tak akan pulang ke?” Bun tanya minta kepastian.

“Untuk apa aku pulang Bun? Rumah aku bukan disini,” dia ingin ambil begnya namun Bun bertindak menjarakkan dirinya.

Hal itu membuatkan Amara memandangnya penuh tanda tanya, apa dia tengah bergurau ke sekarang?

“Kalau Deris tak ada, kau boleh kembali kan?” persoalan Bun buat Amara mengangkat sebelah kening tak memahami tujuan soalan itu. “Kalau Deris tak ada, niat aku untuk beri kau Pohon Beringin ini sebagai mahar takkan kau tolak kan?”

Amara terkebil-kebil, masih tersimpan lagi niatnya walaupun telah tahu segala-galanya buat Amara hairan.

‘Degil, sama macam bapak dia.’

“Kau kata untuk apa kau pulang? Kau ingat aku tak tahu, kau tengok kami dari jauh senyap-senyap,” Bun dengan mata yang masih berkaca dan merah terus merenung kearah Amara.

Amara membisu, sangsi dengan ayatnya.

“Kau sebut tentang babah, Kak Mira dan umi. Tapi kau tak sebut nama Bella bila aku cakap tentang Pohon Beringin, sebab kau tahu kan?” Bun meleret senyuman.

Anak mata Amara mengelak untuk memandang Bun penuh rasa curiga, ‘Tak guna! Aku lupa budak bijak ni anak si Deris! Kalau dah bapaknya boleh korek rahsia semua musuh dia dalam-dalam, mustahil Bun tak boleh.’

Bella dan Bun berpisah secara baik sebelum mereka habis semester, atas alasan masing-masing dah pudar rasa cinta dalam hati mereka.

Dan Amara adalah saksi. Bukan itu sahaja, umi, babah, Kak Mira dan keluarga Morgana pun dia melawat secara bersembunyi selama ini.

Tapi Bun, setiap kali dia nampak bayang, kelibat atau bunyi tapak kaki Amara dia rasa selamat. Dia tak pernah hubungi Amara kerana selama ini Amara ada bersamanya sampailah tamat belajar.

Kecewa juga dia bila Amara tak datang ke majlis graduasinya, tapi dia tahu Amara datang bersama motosikal besar memerhati dia dan umi dari jauh.

“Amara,” Bun mendekatinya, membuatkan Amara melangkah kebelakang hingga ke jendela.

“Aku dapat tahu kau ada niat untuk hapuskan Deris.”

‘Macam mana dia tahu? Dia hantar orang mengintip aku juga ke?’ gelisah Amara. Matanya hanya pada begnya di tangan Bun.

Jarak mereka sekarang hanya sejengkal, kehangatan nafas masing-masing dapat dirasa.

Amara tak tahu apa apa dalam kepala Bun sekarang, tapi kalau dah anak Deris macam-macam boleh bermain difikirannya.

“Bagi beg aku Bun,”

“Kalau aku bagi, kau janji akan kembali ke?” tanya Bun dengan mata yang merayu padanya.

“Aku…aku tak janji,” tangan cuba merampas begnya dari tangan Bun namun Bun lebih pantas menukar posisinya ke belakang buat Amara bengang.

“Pintu Pohon Beringin sentiasa terbuka untuk kau Amara, aku tunggu. Aku tunggu berita kematian Deris,” beritahu Bun akan apa yang ada dalam hatinya selama ini.

“Kenapa kau perlu tunggu aku Bun? Kau jangan keliru di antara kasih dan budi,” Amara memberi amaran.

“Kalau itu yang kau risaukan, budi aku yang kau rasa sekarang ini akan hilang selepas Pohon Beringin jadi milik kau,” balas Bun buat Amara rasa nak mengalah.

“Aku hanya anggap kau adik saja Bun, lebih-lebih lagi rasa hormat kau pada aku dah hilang!” akhirnya Amara berterus-terang saja.

Bun tertunduk menyembunyikan senyuman, dia faham apa yang Amara cuba lakukan sekarang dan hal itu langsung tak menyakiti harag dirinya.

Bun mendekatkan bibirnya ketelinga Amara yang secara refleksnya membuatkan Amara memegang kedua-dua bahu Bun, bukan untuk menyerang tapi untuk menghalang.

“Akak, Kak Mar, Kak Amara…” panggil Bun lembut.

Amara tiba-tiba rasa lain macam, dia menolak Bun kasar.

Tawa nakal yang keluar dari bibir lelaki itu seakan-akan mengejeknya.

Nafas Amara turun naik, keliru dengan hatinya sekarang akan tindakan Bun tadi.

“Kau…!” dia malas nak panjangkan hal lalu berjaya merampas begnya kembali. Dia dah memegang tombol pintu nak pergi.

“Amara ingat, aku dah jumpa babah. Semua orang tengah tunggu jawapan kau, termasuk Pohon Beringin,” pesan Bun.

Amara menghela nafas panjang, dia tak in yakin dia boleh kembali seaman itu. Lebih-lebih lagi, nyawa Bun dalam bahaya.

Pintu dikuak luas, dia melangkah keluar meninggalkan Bun yang tersenyum menyeringai.

Suka?

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience